Friday, June 8, 2012

AKU,DIA & TZM - PART 41


...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥

Mustaqim melirik ke arah jam tangannya, jarum jam sudah menunjukkan ke angka lapan malam. Agak lama masa yang dia habiskan di rumah Yassir hanya kerana mahu mengambil hati Dhiera. Dhiera memintanya untuk tunggu sehingga semua tetamu pulang. Letih menunggu akhirnya dia tertidur hingga ke petang. Saat terjaga, serta merta dia teringat akan janjinya dengan Datuk Karim. Dia bingkas bangun, menunaikan solat Asar dan terus meminta diri untuk pulang.

Mustaqim perasan riak wajah Dhiera mula berubah, namun tidak dihiraukannya. Dari Seremban dia terus memandu hingga ke Kuala Lumpur dan terus menuju ke rumah Datuk Karim, mujur la ada sebuh masjid tidak jauh dari rumah Datuk Karim. Mustaqim menekan pedal minyak agar pergerakkan keretanya laju sedikit. Sebaik sahaja tiba di kawasan masjid, hatinya berasa lega. Cepat-cepat dia mengambil wuduk terus menunaikan solat.

Usai solat,

“Astaghfirullahalazim...” Mustaqim menepuk kepalanya. Dia baru teringatkan Ali, isteri dan anak-anaknya. Cepat-cepat Mustaqim mengeluarkan telefon bimbit.

“ Assalammualaikum bang....err...abang kat mana sekarang ni, masih di rumah Abang Yassir?”

“ Waalaikumsalam.... baru kau nak ingat pada aku anak beranak?” berdesing telinga Mustaqim dengan sindiran Ali. Dia benar-benar terlupa, saat dia terjaga yang dia ingat hanyalah janjinya dengan Datuk Karim.

“ Maaf bang....” Mustaqim kehilangan kata-kata.

“ Aku dah balik dulu. Si Arman yang tolong hantarkan. Tengok kau dah tidur lena, malas nak kejut.” Mustaqim menarik nafas lega. Mujur lah dia tidak menginggalkan Ali di rumah Yassir.

“ Oh..syukur lah. Maaf bang..maaf.”

“ Tak ada apa lah, kau ke mana ni?”

“ Saya nak ke rumah Datuk Karim dah janji dengan dia.”

“ Datuk Karim?? Ke kau nak jumpa Naurah?”

“ Dua-dua.....” suara Mustaqim berubah ceria.

“ Baik-baik sikit Mus, dia tu bini orang. Kau jangan buat bukan-bukan.” Ali yang sudah tahu rancangan Mustaqim mula berasa gusar.

“ Tahu lah saya bang” Mustaqim sempat melirik ke arah Bilal yang sudah bersiap sedia untuk melaungkan azan menandakan sudah masuk waktu Isyak.

“ Erm....ok la bang, orang dah nak azan dah ni.”

“ Ha...iya lah, ingat pesan aku tu Mus.” Ali mengingatkan lagi.


“ Baik bang, assalammualaikum.” Talian dimatikan. Kepalanya disandarkan di tiang sambil memejamkan mata cuba menghayati laungan azan.

Saat matanya dibuka semula para jemaah sudah mula masuk semula di ruang sembahyang dan dia juga perasan salah sorang daripada jemaah itu adalah Datuk Karim. Mustaqim bingkas bangun, dia terus memasuki barisan saff dan berdiri di sebelah Datuk Karim. Usai solat, Datuk Karim seakan terkejut bila melihat Mustaqim berada di sebelahnya.

“ Eh...Mus!” Mustaqim sekadar tersenyum dan mereka terus bersalaman. Tampa diminta, Mustaqim menjelaskan bagaimana dia boleh bersolat di masjid ini.

“ Datuk ke sini naik kereta atau jalan kaki?” soal Mustaqim.

“ Tak larat rasanya saya nak berjalan Mus, kaki ni dah season. Saya naik motor berdua dengan driver saya. Nak bawa kereta lagi lah saya tak kuasa.” Datuk Karim tergelak kecil.

“ Oh patut lah, saya tak perasan pun kereta Datuk di sini.”

“ Ha...terlanjur awak di sini, saya balik tumpang awak la ye?”

“ Elok sangat la tu, driver Datuk macam mana?”

“ Hamid...” Datuk Karim memanggil pemandunya yang duduk tidak jauh daripadanya. Hamid bingkas bangun menghampiri Datuk Karim.

“ Awak balik la dulu. Saya balik dengan Mus.” Hamid tidak banyak bicara, dia sekadar mengagguk dan terus berlalu manakala Datuk Karim dan Mustaqim bergerak menuju ke kereta.

♥♥ **************************************************** ♥♥

“ Aniq dah tidur ke Man?” Yasmin menyoal Arman yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di atas sofa yang bertentangan dengannya.

“ Dah mak....lepas mandi terus pengsan. Panat sangat la tu.” Arman mencapai alat kawal jauh dan terus menukar siaran di television.

“ Bagus la tu, dia ada tanya pasal mama dia tak..?” Soalan Yasmin menarik perhatian Dhiera yang sedari tadi asyik dengan laptopnya.

“ Aniq tu dah terbiasa mak tampa mama dia. Mama dia pun bukan ada bahasa nak call anak dia. Mesti dia lupa lagi harijadi Aniq. Tengah asyik berjalan sana–sini, asyik dengan flash-flash camera mana la dia nak ingat. Man dah tak tahu nak kata apa dah.” Arman mengeluh. Kesal rasanya dengan sikap bekas isterinya Farisya. Yasmin meneruskan melipat kain baju yang telah kering.

“ Farisya dah tahu ke Aniq pindah ke sini balik?” Simpati dengan nasib anak dan cucunya. Namun apa la yang mampu dia lakukan, ini pilihan anaknya. Kasihan Aniq, kecil-kecil lagi telah menjadi mangsa. Anak kecil itu dahagakan kasih sayang seorang ibu, namun ibunya entah ke mana. Hanya pada dia dan Dhiera dia menumpang kasih.

“ Tak...kalau dia ingat pada anak dia nanti, pandai la dia cari mak. Man rasa menyesal mak....”

“ Pulak dah....menyesal sebab apa?” soal Yasmin.

“ Menyesal tak ikut cakap mak. Kalau la Man tak kahwin dengan Farisya, mesti tak jadi macam ni.” Arman meluahkan kekesalannya.

Saat-saat manis semasa bercinta mula bermain-main di kotak fikirannya. Semuanya indah belaka, pandangan orang tua ditolak ketepi. Farisya yang terlalu taksub dengan dunianya sebagai model terkenal buatkan rumah tangga mereka berantakan. Pernah sekali mereka perang besar bila Arman mendapat tahu yang Farisya mahu gugurkan kandungannya kerana risau akan kehilangan potongan badan.

Sedaya upaya Arman cuba selamatkan rumahtangganya, dia terlalu sayangkan Farisya. Sangkaan Arman bila Aniq lahir ke dunia, hati Farisya berubah dan bersedia tinggalkan dunia permodelannya, namun sangkaannya meleset sama sekali. Setelah setahun Farisya kembali ligat dipentas peragaan. Soal Aniq entah jatuh nombor berapa. Bosan hari-hari berbalah tentang perkara yang sama, akhirnya Farisya minta untuk diceraikan.

“ Sudah la tu Man, benda dah jadi. Tak payah la nak di ingatkan lagi. Sekarang ni Man tumpukan perhatian pada Aniq dan masa depan Man. Apa yang dah berlaku jadikan pengajaran.”

“ Man tahu tu mak, ha...dengar tu Dhiera, dengar cakap mak. Kalau degil macam ni la jadinya.” Dhiera sedari tadi memasang telinga mendengar perbualan abang dan emaknya mula mengerutkan dahinya.


“ Kita pulak........”

“ Betul apa?..” kata-kata Arman tergatung bila telefonnya berbunyi ada SMS untuknya. Setelah baca seketika, dia mula mengukir senyuman.

“ Ha....tengok tu mak. Abang dah senyum-senyum dah ada awek baru la tu....” muncung-muncung bibir Dhiera bercerita.

“ Eh...jangan nak memandai eh. Ni kawan abang lah, kan dah janji nak pergi Janda Baik esok ada reunion.” Bela Arman.

“ Eleh..ye la tu, reunion atau nak cari janda baik kat sana? ” Dhiera mengejek.

“ Eh..ke situ pulak dia.” Arman mengambil bantal kecil lalu dibaling ke arah Dhiera. Dhiera sempat megelak sambil menjelirkan lidahnya ke arah Arman.

“ Tengok tu mak, dia tak mahu mengaku.” Dhiera masih belum puas mengenakan abangnya.

“ Dhiera.......” Arman lantas bangun dan cuba dapatkan Dhiera, namun Dhiera lebih pantas dari abangnya, diangkutnya laptop dan berlari naik ke atas.

“ Sudah-sudah...dengar dek Aniq nanti, terjaga pula tidur dia.” Yasmin mencelah.

“ Geram tul dengan minah sorang tu, ada je modal dia.” Rungut Arman.

“ Dah...dah... tapi kan Man, kalau betul apa yang Dhiera cakap tu pun apa salahnya.” Giliran Yasmin pula mengusik Arman. Merona merah wajah Arman.

“ Ish mak ni pun sama juga macam Dhiera?” Arman cuba menafikan.

“ Apa salah ke apa yang mak cakapkan ni? Tak salah kalau Man nak cari lain. Aniq perlukan ibu, jadikan apa yang dah berlaku sebagai pengajaran tuk Man. Mak sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak mak.” Yasmin bingkas bangun membawa baju-baju yang telah siap dilipat ke atas, meninggalkan Arman seorang diri di ruang tamu.

Kata-kata Yasmin membuatkan Arman tersenyum sendiri. Memang benar dia ada perjumpaan dengan rakan seuniversitinya dulu, tapi cuma mereka bertiga. Tujuan utama dia ke Janda Baik adalah untuk bertemu seseorang, bukan janda baik tetapi gadis baik. Seorang gadis yang telah membuatkan hatinya berdegup kencang setiap kali bertemu. Buatkan tidur malamnya sentiasa resah bila wajah gadis itu menjelma dalam fikiran.

♥♥ **************************************************** ♥♥


Jarak dari masjid ke rumah Datuk Karim 5 kilometer cuma, Mustaqim memandu perlahan sambil berbincang beberapa perkara tentang projek pembinaan mereka di Johor.

“ Kan bagus kalau Syafiq macam awak.” Tiba-tiba sahaja Datuk Karim meluahkan perasaannya.

“ Kenapa Datuk kata macam tu?”

“ Sejuk hati saya lihat awak, rajin bekerja, hormatkan orang tua, solat pun tak tinggal. Jauh beza betul dengan anak saya.” Datuk Karim melepaskan keluhan berat.

“ Tak baik Datuk kata macam tu, kalau la Syafiq dengar apa kata dia nanti. Saya ni orang susah Datuk, harus lah rajin berusaha. Bukankah setiap orang ada keistimewaannya masing-masing?” Mustaqim cuba menyedapkan hati Datuk Karim, nampak kecewa benar dengan anak tunggalnya itu. Mustaqim tertanya-tanya buruk sangat kah sikap Syafiq, macam mana pula layanan dia terhadap Naurah?

“ Itu lah hakikatnya Mus, saya dah gagal untuk didik dia. Bab kerja tak dinafikan dia memang komited tapi bab-bab lain terutamanya agama....payah nak cakap. Malu saya dibuatnya.”

“ Erm...apa yang Syafiq dah buat?”

“ Macam-macam, cuba tanya pada dia bila kali terakhir dia bersolat. Cuba tanya dia, di mana arah kiblat di rumah itu?. Arak memang jadi minuman harian dia. Bila dah mabuk-mabuk, balik rumah isteri dia jadi mangsa. Kalau saya ada, boleh la tolong selamatkan bila saya tiada?” Darah Mustaqim mula mendidih, hatinya sakit bila membayangkan Naurah sering disakiti oleh Syafiq.

“ Isteri Datuk tak tolong?” Mustaqim cuba mengawal marahnya.

“ Isteri saya? Dua kali lima Si Syafiq juga. Entah la Mus......tahu buat anak, tapi tak reti nak sayangkan anak. Bila anak-anak nak dekat, dia marah-marah kata penat. Sikit pun dia tak kisah. Kesian budak-budak tu. Saya hanya mampu berdoa supaya dia sedar akan kesilapan dia.” Datuk Karim mengeluh lagi.

“ Sabar lah Datuk,” Wajah Naurah kembali bermain-main di kotak mindanya. Simpatinya terhadap Naurah semakin melimpah ruah dan dendamnya terhadap Zalia dan juga Syafiq semakin membara.

“Sudah la kau pisahkan aku dengan Naurah, bila kau dapat dia, kau sia-sia kan dia. Tak guna kau Syafiq. Kau juga Zalia, tegar kau biar anak kau tersiksa, apa jenis ibu kau ni!!!” Mustaqim melempiaskan marahnya hanya di dalam hati. Sedayanya dia cuba mengawal perasaannya di hadapan Datuk Karim.

Mustaqim membontoti Datuk Karim masuk ke dalam rumahnya. Hatinya berdebar-debar saat melangkah masuk. Bagaimana la agaknya keadaan Naurah ketika ini. Sebaik sahaja pintu terbuka dua orang anak kecil menyerbu Datuk Karim. Mustaqim memerhatikan sahaja gelagat anak-anak kecil yang sangat manja dengan datuknya.

“ Salam uncle......” kanak-kanak itu meluru mendapatkan Mustaqim pula.

“ Yang ni abang Syamir namanya dan si kecik tu Syamimi.” Datuk Karim memperkenalkan cucu-cucunya dengan girang. Mustaqim menggosok-gosok tangannya di kepala kanak-kanak itu.

“ Esok nak ikut Atuk, beg dah siap kemas?” soal Datuk Karim lagi.

“ Dah Tok, mama dah kemaskan semuanya.”

“ Bagus cucu-cucu atuk. Eh Mus..jemput lah duduk.” Leka melayan cucu buatkan dia hampir terlupa akan Mustaqim.

“ Datuk bawa budak-budak ni sekali?”

“ Ye, budak-budak ni, menantu saya dan orang gaji saya ikut sekali. Saja nak bawa makan angin di Jakarta. Kalau nak harapkan papa dia, entah bila. Bibik dah siapkan meja ke Syamil?”

“ Kejap eh tok, Mil pergi tengok.” Syamil berlari-lari ke arah ruang makan.

“ Atok....dah siap! Mama kata dah boleh makan..!” Syamil menjerit dari ruang makan.

“ Ha...elok sangat la tu, mari Mus kita makan. Hari ni menatu saya masak nasi jagung, kegemaran saya tu awak patut cuba.” Ceria sahaja wajah Datuk Karim bercerita perihal menantunya. Mustaqim tersenyum sinis, tampa sebarang bicara dia mengikuti Datuk Karim terus ke meja makan.

Meliar matanya melihat lauk-lauk yang telah siap terhidang di atas meja. Ada kari dalca, ayam masak merah, jelatah dan juga semangkuk besar nasi. Baunya sangat menyelerakan. Ya, Naurah memang pandai memasak. Detik hati Mustaqim. Mustaqim melabuhkan punggungnya di atas kerusi empuk, sengaja dia pilih untuk duduk setentang dengan pintu dapur supaya mudah untuk dia melihat Naurah. Hatinya berdebar-debar, bagaimana la Naurah ketika ini.


“ Eh....mana pula cermin mata ni?” Datuk Karim meraba-raba kocek baju melayunya.

“ Ada di depan agaknya...” Balas Mustaqim.

“ Awak duduk sekejap ye, saya pergi ambil. Kalau tak ada cermin mata nanti nasi masuk ke telinga bukan ke mulut,” Datuk Karim dan Mustaqim ketawa serentak. Pandai Datuk Karim berjenaka. Mustaqim menuruti langkah Datuk Karim dengan sorotan matanya sahaja. Terdegar Datuk Karim membebel mencari cermin matanya.

“ Mil....ada nampak cermin mata Atuk?”

“ Tak ada Tok.....” jawab anak kecil itu, lalu dia dan adiknya ketawa. Bagaikan ada sesuatu yang lucu sedang berlaku. Mustaqim memerhatikan Syamil dan Syamimi yang sedang ketawa di sebalik sofa berdepan dengan television. Tiba-tiba Syamil berdiri di atas sofa dan terus memanggil datuknya.

“ Atok....tengok ni..tengok ni..” Mustaqim tergelak bila melihat Syamil sedang memakai cermin mata datuknya yang lebih besar dari wajahnya sambil menyengih menunjukkan barisan giginya.

“ Bertuah punya cucu, penat kita mencari rupa-rupanya ada pada dia. Kembalikan pada Atok..cepat...” arah Datuk Karim. Mustaqim mengeleng-gelengkan kepalanya, terhibur hatinya melihat gelagat cucu-cucu Datuk Karim.

Mustaqim memalingkan semula wajahnya bila dia terdengar bunyi gelas berlaga. Saat dia memalingkan wajahnya, alangkah terperanjatnya dia bila melihat susuk tubuh seorang wanita yang sedang berdiri di hadapannya. Lidahnya kelu tidak mampu berkata-kata. Gelas di tangan wanita yang berdiri di hadapannya juga hampir terlepas, dia juga terkejut dengan apa yang dia lihat ketika ini.


♥♥ **************************************************** ♥♥

Siapakah wanita yang berdiri di hadapan Mustaqim itu...?

Siapa pula gadis yang telah berjaya mengtuk pintu hati Arman setelah kecewa dengan bekas isterinya Farisya?

Sabar....sabar....tunggu episod yang baru eh..... (^_^)

3 comments:

kail said...

harap bukan naurah menatu encik karim yeh....

nak mus ngan naurah.... plsssss....

MaY_LiN said...

ya..
nak naurah ngan mus..
tamo arman ngan naurah tau..
ni mesti bestie naurah mase kat kolej dl..

Unknown said...

arghh...bila nak klua ni....sminggu pun dah rasa lama nii...