Friday, May 18, 2012

AKU,DIA & TZM - PART 39

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥


Secawan kopi hitam pekat berada ditangan Mustaqim di bawa keluar bersama-sama dengan telefonnya menuju ke luar rumah. Mustaqim melabuhkan punggungnya di atas bangku yang tersedia, kedua-dua belah kakinya diangkat lalu dilunjurkan ke atas meja kecil yang letaknya bertentangan dengan bangku yang dia duduki. Mustaqim memejam mata sambil mengeliat kecil. Hawa air hujan yang baru sahaja turun sangat menyenangkan perasaannya yang kini sedang berserabut dengan pelbagai masalah.

Saat matanya di buka, bayangan wajah Dhiera mula memenuhi ruang fikirannya. Pasti gadis itu sedang merajuk dengannya. Beberapa kali dia cuba menghubungi gadis itu, namun panggilannya dibiarkan sepi tampa jawapan. Rasa bersalah mula menyelubungi diri, memang salahnya terlalu menumpukan perhatian terhadap kerja, tentang Dhiera diletakkan pada tempat yang terakhir.

Dia tahu dia tidak berlaku adil, namun tiap kali bersama gadis itu dia berasa lelah. Sangat berat mulutnya untuk mengucapkan kata-kata sayang, cinta. Pernah sekali dia dipaksa Dhiera untuk mengucapkannya. Dia mengucapkannya dengan lancar, namun di dalam hati? Allah sahaja yang tahu betapa tidak ikhlasnya dia dengan kata-kata itu.

“ Maafkan aku Dhiera, aku sedang mencuba untuk mencintai dirimu..” bisik hati kecilnya. Esok dia akan gunakan peluang yang ada untuk memujuk gadis itu, kasihan Dhiera.

Habis episod Dhiera, ingatan dia beralih pula kepada gadis yang wajahnya sangat mirip dengan Naurah, Nurien. Misteri tentang gadis itu harus diselesaikan, dia perlu tahu siapa sebenarnya gadis yang bernama Nurien itu. Mengingati Nurine buatkan dia berasa gembira, seolah-olah sudah jatuh cinta kali kedua dengan Naurah. Ya dengan Naurah bukan Nurien, hatinya hanya inginkan Naurah. Adakalanya hatinya berbisik, adakah Allah temukan dia dengan Nurien bagi menggantikan Naurah yang telah menjadi milik orang lain? Mustaqim mengeluh lagi, jawapannya masih samar.

“ Kau ni Mus, asal ada waktu terluang saja pasti akan duduk termenung, mengelamun. Kau fikirkan tentang apa pula sekarang ni?” sapaan Ali mengejutkan lamunan Mustaqim.

“ Tak ada apa la bang.” Mustaqim cuba berdalih.

“ Tak ada apa kau tu bukan boleh pakai, dalam kata tak ada apa pasti akan ada apa-apa!”

Mustaqim tersenyum sedikit. Dia sudah dapat mengagak Ali pasti tidak percaya. Lelaki itu amat bijak membaca orang hanya melalui gerak geri sahaja.

“ Kalau fikir pasal Yassir dengan Dhiera lagi?” Ali menyambung soalannya. Mustaqim tersenyum lagi.

“ Tidak….saja merenung masa lalu. Tengok abang sekarang ni, dulu rumah kecil je. Sekarang ni ha..ada tanah sendiri, rumah pun dah besar.” Malas rasanya mahu meluahkan apa yang ada dalam fikirannya. Sengaja dia ubah cerita lain.



“ Nak dapatkan semua ni kena la usaha, rezeki tidak akan datang bergolek.”

Benar lah apa yang dikatakan oleh Ali, semua ini berkat usahanya yang tidak henti. Sedaya upaya cuba mengubah nasib keluarganya, dari serba kekurangan kini serba cukup, serba lengkap. Setelah beberapa tahun menimba pengalaman bersama Yassir, Ali mengambil keputusan untuk bekerja sendiri. Yassir memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada Ali.

Mengambil upah mengubah suai rumah penduduk di sekitar taman perumahan, dari sebuah rumah ke sebuah rumah. Hasil kerja tangan Ali sangat digemari dan mula menjadi buah mulut penduduk sekitar. Dari situ lah perniagaannya semakin berkembang. Jika dulu hanya dia dan dua orang pekerja, kini dia punyai ramai pekerja. Tugasnya hanya memantau memastikan hasil kerja menepati citarasa pelanggan. Jika dulu rumahnya kecil, kini dia mampu membeli sebidang tanah lot berukuran 1 ekar, lalu dibinanya rumah yang selesa untuk isteri dan anak-anak. Ibubapa di kampung turut merasa hasilnya.

“ Alah, kau pun apa kurangnya. Kerja bersar, gaji besar, kereta besar..hati tu je yang tak besar. Sengaja disempitkan, cuba la buka sikit bagi ruang untuk orang lain.” Air kopi yang baru sahaja masuk ke dalam kerongkonnya hampir-hampir terhambur keluar dek kerena sindiran Ali.

“ Abang ni..sindir-sindir saya pula.” Balas Mustaqim.

“ Apa salah ke apa yang aku cakap kan ni?” Mustaqim hanya membatukan diri. Dia letih, cukup-cukup letih membicarakan hal yang sama.

“ Malas la bang cakap pasal benda ni, biarkan je la.” Jawab Mustaqim lambat-lambat.

“ Suka hati kau la Mus, ni aku ada dengar berita pasal kau ada hubungan dengan Zalia betul ke?” Jika tadi wajahnya muram, kini berubah. Tawa Mustaqim terhambur keluar dengan sendirinya.

“ La…ketawa pulak kau ni, betul ke tidak?” Ali mengulang kembali soalannya.

“ Wah…cepat betul ye berita tersebar.” Tawa Mustaqim masih bersisa.

“ Kalau saya kata ya…apa pendapat abang?” sengaja Mustaqim ingin melihat reaksi Ali.

“ Aku yakin itu bukan cinta, tapi dendam betul tak?” sekali lagi kata-kata Ali buatkan dia terkesima. Bijak betul lelaki ini, dengan mudah dia dapat membaca fikirannya.

Ya, dia sedang merancang startegi untuk membalas dendam terhadap Zalia. Kebetulan Datuk Karim pun terlibat sama dalam projek yang dia sedang kendalikan sekarang, mudah baginya untuk melakukan serangan, serangan serampang dua mata. Cuma tunggu masa yang sesuai sahaja, Zalia pun kelihatan sangat menyukai dirinya, dia perasan perhatian yang Zalia berikan agak istemewa dari pekerjanya yang lain. Peluang keemasan itu takkan disia-siakan.

Kalau boleh, dia mahu syarikat Zalia dan Datuk Karim jatuh merundum, setidak-tidaknya jatuh ke tangannya. Saat itu baru lah Zalia sedar, kemampuan mat rempit yang dahulunya dihina, dicaci, dilayan seperti anjing kurap ditepi jalan. Biar mereka tahu, betapa peritnya bila segala kepunyaan mereka dirampas. Peritnya apabila terpaksa berpisah dengan Naurah, peritnya bila terpaksa lalui hari-hari tampa Naurah.

“ Mus….aku tahu kau marahkan dia. Tapi jangan sia-siakan peluang yang kau ada sekarang ni dengan membalas dendam. Masa depan kau semakin cerah, jangan hancurkannya hanya kerana dendam.Aku tahu kau marah, sedih. Tapi dengan membalas dendam, semuanya takkan ke mana, takkan buatkan kau berasa lega.”

“ Tapi…….”

“ Ingat pada Allah. Biar lah Allah membalas semua perbuatan mereka, Allah yang berhak bukan kita. Setiap apa yang kau nak lakukan, tolong lah Mus…fikirkan dulu semasak-masaknya. Pertimbangkan dulu sewajar-wajarnya. Aku tak mahu kau jatuh kecundang akibat dendam kau.” Ali menepuk-nepuk bahu Mustaqim perlahan. Dalam hatinya berdoa agar Allah membukakan hati Mustaqim, supaya dia membatalkan niatnya, biarkah dia sentiasa berada dijalan yang betul, bukan dijalan yang salah.

♥♥ **************************************************** ♥♥

Dhiera membelek-belek majalah di hadapannya. Sesekali dia menjeling telefon yang berada di sisinya.

“ Ish..takkan dah give up. Call la lagi.” Dhiera berkata sendiri. Namun panggilan yang dinanti semakin sepi. Dhiera mengeluh, majalah dicampakkan ke bawah katil. Perasaan marah, sesal dan sebal dengan Mustaqim mula menguasai diri.

“ Dhiera……….!!” Sayup-sayup sahaja kedengaran namanya dipanggil. Dhiera bingkas bangun keluar dari biliknya, berlari-lari kecil menuruni anak tangga dan terus ke dapur. Segala tentang Mustaqim ditinggalkan di bilik bersama-sama dengan telefonnya.

“ Yupp….Dhiera datang ni.” Dhiera bersuara ceria di hadapan emaknya.

“ Budak ni…kata nak buat kek, Aniq dah tidur tu jom la kita buat cepat-cepat. Nanti dia bangun, satu benda pun tak boleh buat habis diganggunya nanti.” Emaknya mula membebel sambil menjuihkan bibirnya ke arah cucunya Aniq Hardy yang sedang lena tidur di ruang tamu.

“ Ni Dhiera dah turun, jom lah.”

Dhiera menghampiri kabinet dapur, sebuah buku masakan dikeluarkan diikuti pula dengan bahan-bahan yang lain. Perlahan-lahan dia mula menyukat dan mengadun. Gerak-geri Dhiera diperhatikan sahaja oleh emaknya. Naluri seorang ibu, pastinya dapat membaca gelodak hati si anak walaupun si anak sedaya upaya menyembunyikannya dari diketahui oleh ibu.

“ Dhiera...esok Mus datang ke?” sengaja Yasmin menyoal tentang Mustaqim. Sudah lama anak gadisnya itu tidak bercerita tentang tunangnya. Jika dahulu Dhiera sering merungut dan merungut namun sedikit pun tidak mendapat perhatian ayahnya. Jika diadukan kepadanya, apa sahaja lah yang mampu dia lakukan selain daripada mendengar luahan hati anaknya itu.

“ Entah....” jawab Dhiera pendek.

“ Gaduh lagi ?”

“ Tak juga, ala kalau dia tak sibuk esok datang la bakal menantu kesayangan ayah tu.” Yasmin mengeluh kecil, simpati dengan anaknya. Dia geram dengan Mustaqim, sering sahaja mengabaikan anaknya yang Dhiera pula bagaikan orang yang terhegeh-hegeh menagih cinta pada orang yang tak sudi.

“ Dhiera.....Dhiera bahagia ke macam ni? Hari-hari makan hati, memendam rasa?” soalan dari Yasmin buatkan kerja-kerja Dhiera terhenti seketika.

Wajah ibunya ditatap lama, mana mungkin dia boleh mengaku yang dia bahagia ketika ini. Namun.....sungguhpun Mustaqim bergitu, perasaan cintanya terhadap lelaki itu tidak pernah pudar. Sejak dari bangku sekolah lagi dia sudah menyimpan perasaan terhadap Mustaqim. Layanan Mustaqim yang tidak ubah seperti abang kandungnya benar-benar menyentuh hati buatkan bunga-bunga cinta untuk Mustaqim semakin bercambah dari sehari ke sehari.

Bila ayahnya menyatakan hasrat untuk satukan dia dan Mustaqim, dia lah insan yang paling gembira di dunia pada saat itu. Hasrat ayahnya diterima dengan baik dan apa yang lebih mengembirakan Mustaqim juga begitu. Namun setelah ditunangkan, sikap Mustaqim mula berubah. Mustaqim tidak lagi seperti dulu. Sering sahaja mengelak, sering sahaja menggunakan alasan sibuk bekerja. Mustaqim lebih suka habiskan masanya di pejabat daripada bertemu dengannya.

“ Dhiera cinta kan dia mak.....” lirih sahaja suaranya. Air mata Yasmin mula bergenang, faham apa yang Dhiera rasakan ketika ini. Yasmin memeluk anaknya erat, serta merta air mata Dhiera berjuraian jatuh membasahi bahu ibunya.

“ Aku kena buat sesuatu, aku tak mahu Dhiera menerima nasib yang sama. Aku tak mahu Dhiera lalui apa yang dah aku lalui ketika ini. Cukup lah aku sahaja yang tersiksa memendam rasa, tapi bukan Dhiera. Tidak...aku akan selamatkan Dhiera!”

♥♥ **************************************************** ♥♥


Malam kelam, langit hitam pekat angin pula bertiup kencang buatkan tubuh Zalia menggigil kesejukkan. Baju panasnya ditarik rapat ke tubuh. Zalia masih berdiri di balkoni bilik hotelnya. Pemandangan Kota Manila pada waktu malam meriah dengan lampu-lampu dari tiap bangunan yang ada di situ. Alangkah bagusnya jika hatinya meriah seperti lampu-lampu itu.

Hatinya dihambat dek rasa rindu yang teramat sangat terhadap suaminya dan juga pada satu-satu anaknya. Zalia mengeluh sendiri, dia sedar dia tidak layak mengeluh mengenangkan nasib diri. Ini lah harga yang perlu dibayar di atas kesilapan yang lalu. Zalia mendongak ke dada langit,

“ Ya Allah...sampai bila aku harus begini? Sehingga ke akhir hayat aku kah?”

Entah kenapa tiba-tiba wajah Mustaqim melintas di fikirannya. Serta merta senyuman terukir di bibir. Ada sesuatu tentang pemuda itu yang buatkan hatinya cukup senang tiap kali memikirkannya.

“Apakah ini cinta?”

“Ah....gila apa nak jatuh cinta pada umur begini. Mustaqim tu jauh lebih muda, mana sesuai untuk aku. Tidak....ini bukan cinta....bukan..!!” Zalia berperang sendiri dengan perasaannya, sedaya upada dia cuba menafikan perasaan yang ada buat Mustaqim.


♥♥ **************************************************** ♥♥

akan cuba sambung dalam masa terdekat ini..... terima kasih masih sudi luangkan masa membaca bingkisan ini.. (^_^)

3 comments:

siti said...

aiyo, jgn la zalia jatuh cinta dgn mus.
rasa mcm x sesuai sgt2.
apa dah jadi pd naurah??

MaY_LiN said...

hope jodoh mus n naurah kuat

kuntum said...

sokong MaY_LiN