Wednesday, April 18, 2012

AKU,DIA & TZM - PART 38

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Mustaqim berjalan keluar dari tapak pembinaan dan mengatur langkah menuju ke keretanya. Cepat-cepat dia memboloskan dirinya ke dalam lantas enjin dihidupkan. Mustaqim memejamkan matanya buat seketika terik panas mentari buatkan kepalanya pusing. Dia terpandangkan sebuah resotaran yang terletak tidak jauh dari tapak projek. Otaknya memberi signal yang perutnya minta untuk di isi, terus sahaja Mustaqim menurunkan handbrake, menggerakkan gear dan menekan pedal minyak menuju ke arah restoran tersebut.

Sesampainya dia di sana terus dia memesan segelas ais kosong. Sempat Mustaqim melirik ke arah tapak projek memerhatikan para perkerja berkerja di bawah terik mentari itu.

“Begitu lah aku pasa suatu masa dulu...” gumam Mustaqim. Takkan pernah sekali pun dia melupakan siapa dia dahulu.

“ Nak makan apa bang?” pembantu kedai menghampiri Mustaqim.

“ Ada apa yer?” soal Mustaqim kembali.

“ Ada nasi campur, abang boleh pilih lauk di depan sana. Nak masakkan panas pun ada juga, nasi goreng, mee ke..” cerita pembantu kedai itu panjang lebar.

“ Kalau macam tu, bagi saya nasi goreng ayam, air...bagi fresh oren.”

Pembantu kedai itu mengangguk dan terus menghilangkan diri membawa pesanan Mustaqim ke dalam dapur. Tidak sampai sepuluh minit, hidangannya tiba. Sambil makan, dia membaca surat kabar, dalam ralit membaca dia terdengar suara orang perempuan sedang ketawa,

“ Suara itu........” detik hati Mustaqim, dia mengangkat muka melihat. Dari jauh dia melihat dua orang perempuan sopan bertudung dan berbaju kurung berdiri membelakangi kauter yang menghidangkan lauk pauk. Sambil mencedok sambil itu mereka berbual sesekali mereka ketawa kecil. Entah kenapa hati Mustaqim mula berdebar-debar.


Saat salah seorang dari perempuan itu menoleh, sudu di tangan Mustaqim terlepas dari tangannya. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang ini.

“ Naurah............” bisiknya perlahan. Wajah perempuan itu sangat mirip dengan Naurah, adakah itu Naurah? Mustaqim terus menerus memerhatikan perempuan itu. Gayanya, lenggok suara persis Naurah, saling tidak tumpah. Itu Naurah, ya itu Naurah!

“ Tidak...!! mana mungkin itu Naurah, Naurah kini berada di rumah Syafiq. Tapi..........itu Naurah...Naurah..” Mustaqim berperang lagi dengan perasaan sendiri, hati mengatakan ya tapi akal mengatakan tidak.

“ Eh Nurine....akak ke kedai sebelah sekejap ye, Nurine tunggu sini.” Kata-kata dari seorang lagi wanita itu sekali lagi buatkan Mustaqim tersentak.

“Nurine?? Bukan.........itu Naurah..!” jerit hatinya lagi. Mungkin perasan sedari tadi diri diperhatikan Nurine menoleh sekilas. Lama mata mereke bertentangan, Mustaqim dapat melihat wajah gadis yang bernama Nurine itu sejelas-jelasnya.

“ Nurine.....jom...” Bagaikan tersedar dari lamunan, gadis itu hanya menurut. Dia mempercepatkan langkahnya menuju ke kereta dan kereta itu terus pergi meninggalkan pengkarangan restoran, meninggalkan Mustaqim dengan tanda tanya.

Ingin sahaja dia mengejarnya namun kakinya seakan berat untuk melangkah. Mustaqim menghabiskan nasi di dalam pinggannya dan terus bangun menuju ke kaunter untuk membayar.

“ Berapa kak?” soal Mustaqim sopan.

“ Tujuh ringgit setengah...” Mustaqim terus menyeluk sakunya, mengeluarkan wang kertas sepuluh ringgit lalu menyerahkan kepada pekedai.

“ Encik orang baru di sini? Tak pernah nampak pula sebelum ni.” soalnya ramah.

“ Ye kak, baru lagi. Ada kerja kat depan sana.” Mustaqim menunjukkan ke arah tapak projek.

“ Ooo...bagunan yang terbengkalai tu nak dibangunkan semula ya,” Mustaqim sekadar mengangguk.

“ Tadi akak tengok awak beria benar padang pada Cikgu Nurine...kenal ke?” soalan itu buatkan Mustaqim merenung pekedai itu lama.

“ Err..akak kenal dia?”

“ Lebih dari kenal, pelanggan tetap di sini. Lupa pulak nama akak Saleha, awak boleh la panggil Kak Leha.” Ramah sahaja Kak Leha bercerita, namun sedikit pun Mustaqim tidak berminat untuk tahu nama Kak Leha, yang menarik minatnya sekarang adalah gadis yang wajahnya mirip sangat dengan Naurah.


“ Oh...Kak Leha, saya Mus. Erm...cikgu ke dia? Nama dia memang Nurine?” Mustaqim terus menerus menyoal Kak Leha.

“ Iya..nama dia Nurien. Cikgu tadika, dia mengajar di tadika dekat je kat belakang kedai ni.” Muncung-muncung mulut Kak Leha bercerita.

“ Bukan Naurah ke nama dia?” Mustaqim tidak berpuas hati dengan jawapan Kak Leha. Kak Leha memberikan pandangan yang pelik ke arah Mustaqim.

“ Betul nama dia Nurine, bukan Naurah. Mus kenal ke?”

“ Kalau nama dia Nurine, saya tak kenal. Kalau nama dia Naurah mungkin ya. Mungkin juga pelanduk dua serupa, tak apa la kak.” Ada sedikit nada kecewa di sebalik kata-kata Mustaqim.

“ Tak mustahil juga, yer la dalam dunia ni kan ada tujuh orang yang wajahnya sama dengan kita?” Mustaqim mengangguk perlahan.

“ Betul juga tu, saya balik dulu ye kak. Terima kasih lah bagi tahu saya semua ni, mujur saya tak pergi tegur kalau tak malu je saya nanti.” Kak Leha ketawa kecil,

“ Terima kasih kembali, nanti datang lah lagi. Biasanya tiap-tiap tengahari dia akan ke sini. Kalau berkenan kat Nurine tu pun apa salahnya, baik budaknya belum kahwin lagi tapi...ramai saingan.” kali ni Kak Leha ketawa mengekek, Mustaqim sekadar mengangguk lalu tersenyum.

♥♥ **************************************************** ♥♥

Sehari suntuk wajah Nurine bermain-main di benaknya.

“ Nurine atau Naurah, kenapa wajahnya sangat mirip dengan Naurah. Cara dia pandang aku tadi seperti dia kenal aku. Argh..!!” Mustaqim menghentakkan tangannya ke stereng kereta.

Baru kelmarin ketika dia keluar minum dengan Datuk Karim, dia sempat mencuri dengar perbualan di antara Datuk Karim dengan menantunya melalui telefon, jelas sekali Naurah tidak ke mana hanya ada di rumah, jadi wanita yang dia jumpa di restoran tengahari tadi siapa? Pelanduk dua serupa? Apa Naurah punya saudara kembar? Ah...tak mungkin!

Mustaqim mengeluh lagi, fikirannya semakin berserabut.

“ Ok dah selesai..jom lah kita gerak.” Mustaqim memandang ke arah Rohaizad yang baru sahaja masuk ke dalam keretanya.

“ Betul dah selesai, jangan bila kita dah sampai KL ada masalah lagi.” Mustaqim mengingatkan Rohaizad.

“ Yupp...100% selesai Encik Mus, saya dah bincang dengan supervisor kat situ. Kiranya semua terkawal.” Terang Rohaizad.

“ Bagus lah macam tu, boleh kita balik sekarang, letih dah badan-badan ni.” Adu Mustaqim sambil memicit bahunya lembut.

“ Kalau Encik Mus letih, biar saya yang drive.” Rohaizad menawarkan diri.

“ Iya lah, kalau letih saya bagi tahu.” Kata-kata Mustaqim mati di situ, keadaan menjadi sepi yang kedengran cuma deruan air cond dan juga suara dj berceloteh di radio. Tidak lama selepas itu, Mustaqim memberhentikan keretanya di hadapan sebuah supermarket. Rohaizad yang baru sahaja melelapkan matanya terjaga semula.

“ Saya nak beli barang sekejap, awak tunggu la sini dulu,” Rohaizad mengangguk perlahan, matanya dipejamkan semula. Mustaqim terus keluar meninggalkan keretanya.

Mustaqim terus menuju ke peti sejuk yang memuatkan beberapa jenis minuman. Dua tin air Redbull dan sebotol air mineral besar dicapai dan terus ke kaunter. Selepas membayar, tiba-tiba bahunya disentuh dari belakang. Sebaik sahaja dia memusingkan badannya, dia seakan terkejut bila ternampak anak lelaki Yassir berada di belakangnya.

“ Eh..Abang Man...!”

“ Ha...betul pun kau, aku ingatkan salah orang tadi.” Balas Arman, anak sulung kepada Yassir. Mustaqim sekadar tersengih.


“ Kau buat apa kat sini? Wah datang Johor sikit pun tak bagi tahu aku.” Sambung Arman.

“ Maaf la bang, saya ke sini atas urusan kerja juga. Ni pun nak balik KL semula.”

“ La...kejap sangat, kalau tak boleh singgah rumah mak ada kat rumah tu.”

“ Mak pun ada, mak sorang je ke?”

“ Ha’ah mak sorang saja tapi hujung minggu ni kami semua nak balik Seremban, aku nak tukarkan sekolah Aniq, biar dia duduk di Seremban. Kalau di sini siapa saja yang ada, nak harapkan mak dia datang ambil entah bila.” Ada nada kecewa di sebalik kata-kata Arman.

Arman dan isterinya baru sahaja bercerai. Seorang guru berkahwin dengan seorang model, dua bidang yang sangat jauh bezanya namun dek kerana cinta mereka bersatu. Rumah tangga mana yang tidak bergolak, yang tidak dilanda badai, sedaya upaya mereka cuba mempertahankan namun kecundang jua akhirnya. Isterinya terlalu sibuk dengan kerja hinggakan tiada masa untuk anaknya. Seringkali Arman meminta agar isterinya berhenti kerja dan berikan tumpuan sepenuhnya kepada Aniq dan seringkali itu juga la isterinya membantah.

Berada di persada seni apatah lagi kini berada dipuncak kegemilangan, menjadi pujaan ramai memang besar cabarannya. Mustaqim faham benar akan dunia itu, kena kuat semangat tuk tempuhinya lagi-lagi bila berada di puncak kegemilangan. Simpati dengan nasib Arman namun apakan daya, mungkin ini suratan takdirnya.

“ Sabar lah bang....” hanya itu sahaja yang mampu diucapkan ketika ini.

“ Aku ok..Aniq pun dah boleh terima.”

“ Eh..lupa nak tanya, abang Man ke sini nak beli barang ke?” Mustaqim mengubah topik.

“ Tidak la tengah tunggu Aniq balik.”

“ Tunggu Aniq? Kenapa tak ambil je dia dari tadika?”

“ Hari ni cikgu dia buat jamuan sikit, jamuan perpisahan tapi buat di luar. Dah janji dengan cikgu dia nak tunggu sini.”

“ Oh....ok lah bang, saya ingat nak gerak balik dulu. Lambat gerak , lambat sampai KL nanti. Erm...abang jangan la bagi tahu mak yang saya ada kat sini ye, nanti dia ingat saya tak nak jumpa dia. Kecil pula hati mak nanti.”

“ No hal la, hujung minggu ni ada masa datang la rumah, mak nak buat birthday party tuk Aniq.” Arman menepuk-nepuk bahu bakal adik iparnya. Mustaqim bersalaman dengan Arman dan berlalu pergi mendapatkan keretanya.

Sebaik sahaja dia bersedia untuk bergerak, dia terperasan sebuah kereta Produa Kelisa berwarna merah metallic berhenti betul-betul di hadapan Arman. Melalui cermin pandang belakang, terlihat seorang anak kecil keluar dari perut kereta itu bersama-sama dengan seorang gadis. Berkerut dahi Mustaqim memandang gadis itu.

Melalui baju yang digunakan Mustaqim dapat mengagak itu adalah gadis yang sama yang dia jumpa di restoran tengahari tadi. Cepat-cepat Mustaqim mengudurkan kereta dengan perlahan dia bergerak ke arah Arman. Sah itu orang yang sama, tiba-tiba hatinya dihambat rasa cemburu apabila melihat Nurien berbual mesra dengan Arman.


Mustaqim sempat membunyikan hon, Arman dan Nurien sempat menoleh. Sengaja Mustaqim menurunkan cermin lalu melambai-lambaikan tangannya ke arah Arman dan Aniq. Sengaja dia mahu melihat reaksi Nurien. Mustaqim sedikit hampa bila Nurien hanya memandangnya dengan pandangan yang kosong, berbeza dengan pandangannya di restoran tengahari tadi.

Siapakah dia yang sebenarnya..? Mustaqim berteka-teki sendiri, dia harus pastikan siapa dia yang sebenarnya. Itu lah perkara yang pertama yang harus dia lakukan bila tiba di Kuala Lumpur nanti.

♥♥ **************************************************** ♥♥
Nurine...siapa kah gerangannya Nurine itu? nantikan sambungannya ya... (^_^)


p/s: maaf kepada pembaca yang dah lama menunggu sambungan cerita ni, bebanan kerja semakin bertambah, sukar tuk mencuri masa tuk update episod terbaru.

1 comment:

MaY_LiN said...

alahai..ke naurah lupa ingatan..
larikan diri jadi cikgu..
kan naurah minat jd cikgu