Wednesday, March 21, 2012

AKU,DIA & TZM - PART 37

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥


Mustaqim melemparkan pandangannya ke atas meja. Serabut rasanya bila melihat kertas-kertas beserta fail-fail yang berselerakkan di atas mejanya. Satu persatu fail di ambil lalu disusun, begitu juga dengan kerta-kertas yang berselerakkan, ada yang dibuang ada juga yang disimpan. Kini mejanya kemas. Tiba-tiba pintunya diketuk,

“ Encik Mus, petang ni ada meeting dengan Puan Zalia.”Mustaqim mengangguk perlahan.

“ Saya sorang saja ke?”

“ Tidak la, sama-sama dengan Encik Saiful. Kenapa Encik Mus risau ke nak jumpa dengan Puan Zalia?”

“ Ada la sikit,”

“Encik Mus jangan risau lah, Puan Zalia ok orangnya. Kalau kena dengan cara boleh dibawa bergurau. Dah time lunch, Encik Mus tak keluar makan ke? ” Ramah sekali pembantunya. Sering mengambil berat, bertanya itu dan ini.

“ Saya malas nak keluar la Syima. Awak keluar ke?”

“ Saya pun tak keluar juga, masih ada beberapa dokumen yang perlu saya siapkan untuk Encik Saiful. Tapi saya nak order McD Delivery, Encik Mus nak?” Mustaqim memandang wajah Syima sekilas.

“ Ok lah kalau macam tu. Awak order je la apa-apa, saya tak kisah.” Mustaqim menyeluk sakunya wang kertas bernilai lima puluh ringgit dihulurkan kepada Syima.

“ Banyak ni Encik Mus, tak ada duit kecil?” soal Syima.

“ Tak apa, yang lebih ni saya belanja. Tapi kalau tak cukup awak tambah-tambah la sendiri ya,” Syima tertawa kecil.

“ Pandai juga ye Encik Mus bergurau. Saya ingatkan Encik Mus ni serius je orangnya. Terima kasih ye Encik Mus, lebih dari cukup ni.” Mustaqim sekadar tersenyum, dia sendiri tidak tahu untuk berkata apa.

“ Erm...Syima tolong ambil fail-fail ni, saya dah selesai guna.” Syima segera mengambil fail-fail yang dihulurkan oleh Mustaqim dan terus berlalu keluar.

Biliknya sunyi kembali. Mustaqim menyandarkan tubuhnya ke kerusi sambil melepaskan pandangannya ke sekeliling bilik. Sudah bertahun-tahun berlalu, siapa sangka dia kini berada di sini. Sudah tiga bulan dia menjadi salah seorang warga Nordin Group Cooperation. Orang yang pernah menghina dia suatu ketika dulu, orang itu juga lah yang telah meminta Yassir untuk membenarkan dia berkerja di sini. Kecil betul dunia ini.

“ Kenapa dia beria sangat mahu aku bekerja di sini, masih ingat kah lagi dia dengan aku? Di mana Naurah, apa kisah dia ketika ini, bahagia kah dia bersama Syafiq? ” persoalan yang sama asyik bermain-main di fikirannya.

Ringan sahaja mulutnya untuk bertanya kepada Syima tentang Naurah, namun dia tidak meneruskan kehendak hatinya. Seringkali dia memujuk hatinya dengan mengatakan ianya masih terlalu awal untuk bertanya, masih banyak masa lagi.

Sejak daripada peristiwa itu, Mustaqim meninggalkan Kuala Lumpur dan membawa diri ke tanah kelahiran cek mek molek mengorak langkah membina masa depan yang lebih baik. Sambil bekerja, sambil itu la dia belajar. Memang perit, namun hanya dengan keperitan itu saja lah yang mampu membuatkan dia terlupa seketika tentang kisah lalu, kisah dia bersama Naurah.

Yassir juga terlalu banyak membantu. Lepas dari SPM, Mustaqim mengambil Sijil dalam bidang Kejuruteraan kemudian membuat Diploma dan Ijazah dalam bidang yang sama. Segala perbelanjaannya ditanggung sepenuhnya oleh Yassir dengan syarat Mustaqim kena kekalkan prestasi cemerlang dalam pelajarannya dan ternyata Mustaqim telah mengotakan janjinya.

Terlalu banyak budi yang Yassir taburkan dan kini sudah tiba masanya untuk dia membayar balik. Tampa bantuan Yassir sudah pasti dia tidak akan sampai ke tahap ini.

Masa cutinya dikorbankan. Dia tidak seperti pelajar yang lain. Setiap kali cuti semester, mereka akan bercuti. Mustaqim akan membantu Yassir di syarikatnya samada kerja-kerja di pejabat mahupun di tapak pembinaan, dari situ dia menimba pengalaman dan pelajaran yang baru yang tidak dapat diperolehi dari pelajar-pelajar yang lain.

Lamunan Mustaqim terhenti apabila telefonnya berbunyi. Melalui deringan itu dia sudah tahu siapa pemanggilnya. Mustaqim mengeluh kecil, malas rasanya untuk menjawab panggilan itu. Lambat-lambat dia mengambil telefonnya, butang hijau ditekan.

“ Abang..!! dapat juga call abang. Kenapa payah sangat nak call?” suara yang agak tinggi dari hujung talian membingitkan telinganya.

“ Sibuk la dengan kerja, banyak benda nak belajar.” Mustaqim sengaja memberi alasan. Padahal sehari suntuk, tidak banyak kerja yang dia lakukan.

“ Abang ni dari dulu asik sibuk je. Jom temankan Dhiera makan, Dhiera tunggu kat kolej eh.” Suara itu kendur kembali.

“ Tak boleh Dhiera, abang ada kerja. Boss abang ajak makan sekali.” Berbohong dan terus berbohong.

“ Ala............ ingatkan bila abang dah ada kat KL ni boleh la jumpa selalu, ni tak sama je. Bukan sama, tapi lagi susah. Kalahkan perdana menteri asyik sibuk saja.” Dhiera mula merungut dan membebel.

“ Kalau macam tu, abang tak payah kerja la. Duduk mengadap Dhiera 24 jam. Biar Dhiera saja yang kerja, boleh?” Sindir Mustaqim. Dia mula lelah dengan kerenah Dhiera.

“ Abang ni..!! benci lah........”

“ Abang cakap yang betul kan? Kalau abang tak kerja macam mana nak kahwin dengan Dhiera? Takkan selamanya nak mengharap kat ayah Dhiera, tak malu?” Dhiera terdiam.

“ Ye la...ye la....ok lah Dhiera pergi makan dengan kawan je. Bye..!” talian terputus. Mustaqim tahu gadis itu merajuk. Biarlah, esok lusa dia akan ok sendiri.

Dhiera.... ini antara dia antara pengorbanannya untuk Yassir iaitu dengan bersetuju untuk memperisterikan anak gadis Yassir iaitu Dhiera. Walaupun dalam hatinya tiada sekelumit pun rasa cinta terhadap gadis itu, dia pasrah, hanya dengan cara ini sahaja dia dapat membalas jasa Yassir. Kini mereka telah pun selamat ditunangkan.

Dhiera.......seorang gadis yang manja, cantik dan periang. Namun apa yang ada pada gadis itu sedikit pun tidak mampu mengusik hatinya. Sayangnya dia kepada gadis itu hanya lah sayang seorang abang kepada seorang adik. Telah pun dicuba untuk memupuk rasa cinta, namun cubaan itu sering kali gagal. Dua tahun dari sekarang dia akan menjadi suami kepada Dhiera, dia harus mencuba dan terus mencuba. Masih belum terlambat untuk ke arah itu.

Mustaqim mengeluh lagi, seakan sukar bernafas, Mustaqim melonggarkan tali leher yang terikat kemas di kolar bajunya. Kerana termakan budi, kini dia terjerat.

♥♥ **************************************************** ♥♥


Tepat jam 2 petang, Mustaqim dan Saiful sudah pun berada di bilik Zalia. Zalia menyambut kedatangan mereka dengan senyuman yang panjang lebar.

“ Selamat datang Mustaqim, macam mana kerja di sini, semua ok?” Zalia memulakan bicara.

“ Terima kasih puan, buat masa ni Alhamdulillah ok saja.” Jawab Mustaqim sopan.

Mustaqim melemparkan pandangannya ke segenap sudut bilik Zalia. Matanya tertacap pada dua buah potret yang tergangtung di bilik itu. Gambar seorang lelaki segak berbaju melayu hitam lengkap bersongket bediri mesra di sebelah Zalia yang juga anggun mengenakan kurung moden juga berwarna hitam kekelabuan.

“Pasti itu arwah Datuk Nordin, dan itu..........” tidak berkelip mata Mustaqim memandang sebuah lagi potret seorang gadis lengkap mengenakan jubah graduasi beserta topi. Melalui senyumannya jelas terpancar riak kegembiraan dan Mustaqim merasakan seolah-olah gadis dalam potret itu sedang tersenyum ke arahnya. Tidak semena-mana dia menjadi tidak keruan.

“ Naurah...” bisik hati kecilnya.

“ Datuk Karim...perkenalkan Projek Manager kita Saifullah dan Assitant Projek Manager kita yang baru Mustaqim Mansur.” Datuk Karim segera berdiri dan bersalaman dengan Saifullah dan Mustaqim.

“ Yang Saiful ni abang dah kenal sangat Lia, ni ha...budak muda ni. Asyik dengar cerita tentang awak je, baru hari ni kita dapat berjumpa.” Datuk Karim menepuk-nepuk bahu Mustaqim. Mustaqim terperanjat, fikirannya jauh melayang sehinggakan dia tidak sedar Datuk Karim sedang bercakap dengannya.

“ Mus..ini Datuk Karim, syarikat dia dan syarikat kita akan bekerjasama dalam projek baru kita.”

Mustaqim memandang Datuk Karim dan kemudiannya dia memandang Zalia. Sah la Zalia tidak ingat siapa dirinya. Yang dia nampak hanya Mustaqim sekarang, bukan Mustaqim yang bersama dengan anaknya dulu. Datuk Karim, bukan kah dia ayah kepada Syafiq? ini bermakna bapa mertua kepada Naurah. Oh kecilnya dunia, sangat-sangat kecil dan kini mereka bertemu kembali. Persoalannya bakal terjawab.

Entah kenapa ada satu suara halus membisik pelanduk tidak sesekali melupakan jeratnya dan tampa sedar api dendam mula terbit dari dalam hati Mustaqim. Kerana dua orang ini, dia merana tapi kerana dua orang ini juga dia berada di sini. Mustaqim tersenyum sendiri, dia mendengar apa yang dibincangkan oleh Zalia dan yang lain-lain tetapi dalam kepalanya mula merancang sesuatu.

♥♥ **************************************************** ♥♥


Enam bulan berlalu, Mustaqim sudah mula selesa bekerja di NGC. Ya lambang NGC terpampang besar pada bangunannya sendiri. NGC merupakan singkatan kepada Nordin Group Cooperation, salah satu dia antara syarikat bumiputera yang berjaya dalam bidang pembangunan.

Banyak ilmu dan pengalaman baru yang Mustaqim perolehi dari Saifullah dan juga dari Zalia sendiri. Hubungan di antara dia dan Zalia juga mulai rapat, sering habiskan masa bersama pada satu-satu masa. Kabar-kabar angin mengatakan mereka ada hubungan istemewa mulai tersebar. Perkhabaran itu buatkan Mustaqim tersenyum sendiri.

“ Benar kah dia ada hati dengan aku? Jika ya..aku takkan lepaskan peluang keemasan ini. Tak mengapa, buat masa ini, ikutkan sahaja rentaknya. Biarkan dia hanyut dalam perasaan dia sendiri, biarkan. Itu lebih baik, lagi mudah untuk aku. Suatu masa nanti kau akan terima akibatnya, kau akan terima balasan di atas kekejaman yang pernah kau lakukan pada aku dulu..”

Mustaqim baru sahaja berura-ura untuk mengambil telefon bimbitnya, tiba-tiba sahaja telefonnya berdering. Tampa lengah, dia terus menjawab panggilan itu.

“ Assalammualaikum....” entah kenapa suara Yassir yang berada di hujung talian menggetarkan hatinya.

“ Wa’alaikum salam bang...”

“ Apa la kau ni, aku ni kan bakal mertua kau, masih panggil aku abang?” suara Yassir yang agak serius tadi mula berubah rentak.

“ Err....belum jadi lagi kan? Dah sah nanti baru lah boleh saya panggil ayah.”

“ Hahahaha...ada-ada saja kau ni Mus. Banyak kerja?” Mustaqim menarik nafas lega, dia menyangkakan Yassir akan marahkan dia. Sejak akhir-akhir ni dia memang jarang meluangkan masa dengan Dhiera dan dia juga bimbang kalau-kalau kabar angin tentang hubungan dia dan Zalia sampai ke telinga Yassir.

“ Boleh la bang, banyak benda baru nak kena belajar.”

“ Aku faham tu. Kau jangan sia-siakan peluang keemasan ni. Maaf la saja aku telefon, si Dhiera mengadu yang kau asik sibuk je sampai tak ada masa untuk dia.” Tanggapan pertamanya betul, Dhiera mengadu lagi.

“ Ermm....” Mustaqim kehilangan kata-kata, sudah tidak tahu bagaimana mahu membela dirinya.

“ Aku tak marah Mus, lagi elok macam ni.” Kata-kata Yassir membuatkan dia sedikit lega.

“ Kenapa abang cakap macam tu?”

“ Kau orang berdua belum ada ikatan sah, tak elok kalau kau usung dia ke sana ke sini macam pasangan yang lain. Biar lah macam ni, dah kahwin nanti tak nak keluar rumah pun tak apa..hahaha..” Seronok benar Yassir berseloroh.

“ Terima kasih bang sebab faham keadaan saya. Saya buat ni pun untuk masa depan kami.”

“ Tak apa Mus, tapi hujung minggu tu pergi la jumpa dia sekejap, puaskan hati dia. Aku tahu dia masih mentah lagi, perangai pun tak matang mana. Jadi aku nak kau bimbing dia. Aku cakap sikit pun tak jalan, degil betul.” Yassir meluahkan perasaannya.

“ Perlahan-lahan bang pasti boleh. Insya’Allah mungkin minggu ni saya akan jumpa dia.”

“ Kau turun Seremban lah, dia dah mula cuti. Ada di rumah. Aku pun lama dah tak jumpa kau, boleh kita bual panjang.”

“ Kalau macam tu, baik lah bang. Jumaat petang saya pergi PD dulu jenguk abang Ali esoknya saya datang Seremban.”

“ Ha...iya lah..jumpa nanti. Assalammualaikum.”

“ Yassir terlalu baik, sanggup kah aku menghampakan dia? Bagaimana harus aku pupuk rasa cinta aku kepada Dhiera? Kenapa aku tak mampu mencintai gadis lain selain dari Naurah? Arghh!!! Naurah lagi.....Naurah dah lama menjadi isteri orang dan telah pun punyai anak bersama Syafiq, kenapa aku masih mengharapkan dia?”

Mustaqim berperang dengan perasaannya sendiri. Dia pernah terdengar Zalia dan Datuk Karim bercerita tentang cucu, serta merta hatinya dihambat dek cemburu, Naurah kini bahagia dengan hidupnya tapi dia? Sesekali memandang Datuk Karim dan Zalia, berapi marahnya. Kau pasti akan terima pembalasannya, tunggu lah!

“ Encik Mus...Encik Mus...” Mustaqim tersedar dari lamunannya. Lama Syima berdiri di hadapannya namun sedikit pun dia tidak sedar.

“ Eh Syima....ada apa?”

“ Jauh betul Encik Mus mengelamun, teringat kat tunang ye?” Sengaja Syima mengusik.

“ Betul juga tu, ada la sikit.”

“ La...macam tak happy je, ni mesti kes gaduh betul tak?” Mustaqim tidak menjawab, dia sekadar tersenyum pahit.

“ Sabar lah Encik Mus, orang perempuan ni merajuk sebenarnya mahukan perhatian.”

“ Dia sepatutnya faham kerja saya, kejap-kejap nak merajuk letih la saya nak melayan. Oh ya, ada apa awak jumpa saya ni?” cepat-cepat Mustaqim menukar topik perbualannya, lelah rasanya bila berbicara tentang Dhiera.

“ Ha’ah eh..jauh pulak menyimpang. Macam ni, Puan Zalia ajak Encik Mus sama-sama lunch dengan dia.” Riak wajah Mustaqim berubah sedikit.

“ Kenapa Encik Mus? Risau eh kena gossip lagi.” Syima dan Mustaqim ketawa kecil.

“ Mau tak risau, staff lain pandang saya semacam je padahal tak ada apa-apa pun.” Keadaan yang tegang kini mula berubah menjadi lebih santai. Mustaqim mula berasa relaks tidak tertekan seperti tadi.

“ Ala gossip je Encik Mus, kali ini Encik Mus jangan risau kita keluar ramai-ramai. Puan Zalia ajak saya, Encik Saifullah dengan Rohaizad sekali, jom la Encik Mus. Dieorang dah tunggu tu..”

“ Kalau macam tu ok lah jom..” Mustaqim bingkas bangun dan sama-sama jalan beriringan dengan Syima keluar dari biliknya meninggalkan segala kekusutan di biliknya.

♥♥ **************************************************** ♥♥


Restoran Madam Kwan’s kelihatan agak lengang, mereka memilih tempat yang agak tersorok, lebih privacy. Sambil menjamu makanan, sambil tu Zalia berbincang dengan pekerjanya.

“ Lupa saya nak bagitahu dengan awak semua, ingat lagi tak projek JV kita dengan syarikat Datuk Karim?” Saifullah, Mustaqim, Rohaizad dan Syima mengangguk perlahan.

“ Kita dah dapat, kerja-kerja dah di mulakan. Jadi awak bertiga kena turun padang la memantau projek itu.”

“ Projek pembinaan lot-lot kedai tu ke puan?” Rohaizad bertanya.

“ Betul tu, projek itu dulu bawah seliaan syarikat pembinaan yang lain tapi terbengkalai sampai sekarang sebab syarikat mereka muflis dan Alhamdulillah syarikat kita dapat ambil alih.” Ceria sahaja wajah Zalia bercerita.

“ Macam mana pula dengan tenaga kerja?” giliran Mustaqim pula bertanya.

“ Tenaga kerja di bawah seliaan syarikat Datuk Karim, kita hanya memantau saja.” Saifullah menyambung.

“ Sebenarnya projek ni cuma nak membantu Datuk Karim untuk naikkan semula nama syarikatnya. Jadi saya nak Mustaqim dan Rohaizad dalam seminggu tu ambil la dua atau tiga hari turun padang ye, tengok-tengokkan projek tu.” Cerita Saifullah lagi.

“ Betul tu Saiful, Syima tolong call orang sana, minta sediakan sebuah rumah untuk staff kita. Mustaqim akan mengetuai projek ni.” Sampuk Zalia, suapan Mustaqim terhenti.

“ Saya ke puan?” bagaikan tidak percaya dia telah diberikan tanggungjawab yang besar itu.

“ Ya...awak dan dari semasa ke semasa awak akan berurusan dengan Datuk Karim. Saifullah akan cover projek lain di sini. Saya tengok awak dah bersedia, jangan hampa kan saya ya.” Ujar Zalia bersungguh-sungguh.


♥♥ **************************************************** ♥♥

apa kah benar Zalia ada hati pada Mustaqim? nantikan sambungannya ya.. (^_^)

1 comment:

MaY_LiN said...

hope dato karim yg kawen ngan mama naurah