Tuesday, March 6, 2012

KIRIM SALAM UZTAZ EH! - PART 1

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥

“Nana….nanti kirim salam ustaz eh.” Aku mengenyitkan mata ke arah Nana.

“ Ish….tak de kerja nak kirim salam pada Ustaz Wan, bukan handsome pun. Dia dah tua la kak, dah ada anak bini.” Muncung-muncung bibir Nana mengomel. Iffa tergelak kecil,rasa macam mahu cubit-cubit saja bibir mungil milik gadis kecil yang baru berumur tujuh tahun itu, geram!.
“ Nana….kirim salam je la, mana tahu kakak awak sudi nak jadi bini ustaz nombor dua” kali ini ibu aku pula menyampuk. Aku sekadar ketawa terkekeh-kekeh.

Alah, aku saja-saja nak menyakat Nana adik aku tu. Tak ada maksud lain atau perkataan yang lebih tepat lagi, mengatal!

“ Dah pukul berapa ni tak pergi mengaji lagi?” Saat suara ayah ku bergema, cepat-cepat aku sarungkan tudung, kunci kereta yang tersangkut di dinding aku sambar dan terus masuk ke dalam kereta. Lagi lama aku merapu, tak pasal-pasal kena dengar azan maghrib awal di rumah. Macam tu juga dengan adik aku.

Selepas pulang dari kerja, sudah menjadi rutin harian aku menghantar Nana ke tempat mengaji dan harus tiba di sana sebelum jam tujuh. Jarak antara rumah aku dengan kelas mengaji tu tidak la jauh, ada la dalam tiga kilometer. Eh tiga kilometer tu tak jauh ke? Alah naik kereta tak sampai sepuluh minit dah sampai, ye tak?

Sebaik sahaja Nana selamat masuk ke dalam, aku pun cepat-cepat lah beredar dari situ. Perut dah lapar, waktu maghrib pun tak lama lagi dah, aku harus cepat mandi pun belum lagi. Sedang terkocoh-kocoh tu, tiba-tiba sebuah motorsikal menghampiri aku, mujur tak berlanggar.

Penunggang motor itu, berkain pelekat, berbaju melayu lengkap bersongkok. Aku hanya memandang sekelias dan terus menekan pedal minyak meninggalkan tempat itu, dalam fikiran aku sekarang hanya terbayang-banyangkan lauk apa lah yang ibu masak hari ni. Lapar!

♥♥ **************************************************** ♥♥

Lewat jam 9 malam, rumah yang sedari tadi sunyi sepi kini riuh kembali dengan suara dari mulut becok Nana yang tak pernah penat bercerita itu dan ini. Sesampai sahaja di rumah, dia terus meluru ke arah aku yang sedang menonton television. Aku dah hantar Nana, ayah pula yang akan ambil Nana pulang.

“ Kak….kak…..cuba teka apa yang dah berlaku di tempat mengaji adik?”

Aku memandangnya sambil mengerutkan dahi. Kenapa skema sangat ayat adik aku ni?

“ Erm….entah, dah habis baca Iqra ke?”

Budak-budak sekarang, berbeza betul dari zaman aku. Dulu kanak-kanak diajar mengaji menggunakan muqadam, kini muqadam tidak lagi digunakan pakai dan digantikan dengan Iqra. Sejauh mana keberkesanannya? aku rasa tentunya lebih efisyen, kalau tak masakan Iqra digunakan secara meluas.

“ Belum, tapi kan ada ustaz baru tau kak.”

“ Iyer? Handsome tak, muka di macam mana?”

“ Handsome la juga, lagi muda dari Ustaz Wan.”

“ Wah…..muka dia macam mana? Muda eh umur dia berapa?” aku semakin berminat.

“ Umur dia macam kakak kot. Muka dia putih, tapi dia tak ajar adik. Dia ajar budak-budak yang mengaji Al-Quran je.” Bersemangat betul Nana bercerita.

“ Oh…kalau macam tu boleh la kirim salam kat ustaz tu pulak eh?” aku tersenyum nakal.

“ Ish…kalau nak pergi la kirim salam sendiri. Tak kuasa.!” Aku ketawa lagi seronok menyakat Nana.

“ Nana…….dah buat homework ke belum?” Laung Ibu dari dalam bilik.

“ Belum bu…..dia belum buat lagi ” aku menyampuk, memang itu la aktiviti kegemaran aku. Jadi batu api!

“ Ha..batu api sorang tu, sampah dah buang? Dah tengah malam buta baru terhegeh-hegeh nak buang.”

Erk!! Aku pun terlibat sama.

“ Kakak nak dating dengan hantu bu, sebab tu dia buat lambat-lambat..” Mengekek tawa Nana bila mendengar kata-kata ibu. Ceh! Boleh tahan juga eh Si Nana ni, boleh dia kenakan aku balik.

Aku menjengilkan mata ke arah Nana, dan bersedia mengejar dia pada bila-bila masa sahaja, tapi langkah ku terhenti bila terdengar suara ayah berdehem. Ish, suara polis pencen itu memang mampu mengetarkan jiwa pada siapa-siapa sahaja yang mendengarnya. Sangat tegas orangnya. Boleh banyangkan tak bila ayah naik angin?.

Aku dan adik beradik memang tak berani, kalau nak buat kecoh pun kena tengok-tengok juga. Adakalanya ayah buat tak kisah tapi bila dia buat kisah tu la yang buatkan kami adik beradik kecut perut. Mujur lah ayah bukan jenis yang cepat naik tangan.

“ Belum, nak pergi la ni.” Aku bingkas bangun berjalan lambat-lambat menuju ke dapur.

“ Jangan nak ketawa sangat Nana, pergi buat homework sekarang!” Arahan lantang yang keluar dari mulut ibu buatkan tawa Nana terhenti.

“ Ye la, ye la Nana buat.” Nana memoncongkan mulutnya. Dari jauh aku mengangkat ibu jari tangan kanan dan kiri, lalu menunjukkan ke arah Nana lalu ketawa dengan senang hati.

♥♥ **************************************************** ♥♥

Sebelum bergerak ke tempat kerja, menjadi tugas aku sekali lagi menghantar Nana ke sekolah. Seperti biasa aku suka singgah ke warung Mak Ndak yang terletak tak jauh dari sekolah Nana. Aku suka dengan nasi lemak , kuih muih dan juga lontong di situ. Cikgu-cikgu yang mengajar di sekolah itu pun gemar bersarapan di warung Mak Ndak.

Pagi itu, kereta Myvi Unggu aku berhenti betul-betul di hadapan warung Mak Ndak. Aku dan Nana sama-sama turun, tiba-tiba Nana menarik tanganku.

“ Kak….itu la ustaz yang adik cerita semalam.” Ucap Nana separuh berbisik. Mata ku meliar memandang pelanggan yang sedang bersarapan di situ.

“ Mana?”

“ Tu….yang pakai baju hijau tu.” Jari kecil Nana menunding ke arah seorang lelaki yang berkemeja hijau epal, lengkap bertali leher sedang mengirup air dari cawannya.

“Eh, kalau tak salah mamat ni la yang aku jumpa lepas hantar Nana pergi mengaji semalam. Oh ustaz rupanya, tapi pagi ni tak nampak macam ustaz pun.” Bisik hati kecil aku.

Seolah-olah tahu kami sedang bercakap tentang dia, mata aku dan dia saling berpandangan. Aku tergamam buat seketika. Indahnya ciptaan Allah. Sudahlah kacak, segak pula tu. Dia tersenyum mesra. Aku sempat menoleh kiri, kanan dan belakang bagi memastikan yang dia tidak senyum pada orang lain. Sah! senyuman itu untuk aku.

Tiba-tiba aku lihat dia ketawa sendiri, lucu mungkin dengan cara aku. Aku segera membalas senyuman dan tarik tangan Nana masuk ke dalam untuk membeli kuih. Malu !

Sepanjang hari aku angau dengan senyuman dia. Menurut Nana, ustaz itu cikgu yang baru berpindah dari Terengganu. Bila aku tanya siapa nama ustaz itu, dengan mudah Nana menjawab,

“ Tak tahu. Masa guru besar perkenalkan dekat perhimpunan adik tak berapa dengar nama dia,”

Dari hari ke hari aku semakin rajin pula menghantar Si Nana ke tempat mengaji dan berharap dapat bertemu dengan ustaz tu. Ada la juga sekali dua kami bertentangan mata, tapi sekejap saja lah. Pandang sekali imbas sahaja.

Tapi itu cukup membuatkan aku tersenyum sendiri dan dari hari ke hari juga aku sering meminta Nana menyampaikan salam ku kepadanya. Aku tahu Nana juga pemalu orangnya, sama lah macam aku. Takkannya dia sampaikan salam aku. Setiap kali aku suruh, setiap kali itu lah dia mencebikkan bibirnya. Sedikit pun aku tak ambil hati, gila apa nak kirim salam segala, malu tahu!

♥♥ **************************************************** ♥♥

“ Kakak…………!” jerit Nana sebaik sahaja dia pulang dari mengaji. Pinggan yang berada ditangan aku hampir terlepas, terkejut.

“ Haih budak ni!! Tak reti bagi salam?” Nana hanya tersengih.

“ Kak….adik ada sesuatu nak bagi tahu.”

“ Apa yang sesuatunya tu?”

“ Ustaz Hanif kirim salam pada akak.”

Ustaz Hanif? Ustaz mana pula ni. Aku tak pernah dengar la pulak nama ustaz ni.

“ Ustaz mana pula ni?” soal aku lagi.

“ Ustaz baru tu la, siapa lagi.”

Gulp!! Air liur yang ku telan seakan-akan tersekat di tekak.

“ Errrr…kenapa tiba-tiba je dia kirim salam pada akak? Dia kenal akak ke?” Saat itu aku mula resah, gelisah. Aku menarik tangan Nana masuk ke bilik untuk menyambung ceritanya. Bukan apa bimbang kalau ibu turut dengar sama.

“ La…kan akak selalu suruh kirim salam pada dia.” Kata-kata Nana mati di situ. Tidak semena-mena wajahku terasa panas.

“ Nana kirim salam betul-betul ke?” soal aku lagi.

“ Tak….Nana suruh Afif. Afif terus bagi tahu pada ustaz. Ustaz senyum je lepas tu dia suruh kirim salam balik.”

Gedebuk!! Bagaikan sebuah batu menghempap kepala. Rasa seperti mahu pitam bila mendengar cerita Nana. Apa la agaknya tanggapan Ustaz Hanif……macam mana nak berhadapan dengan di nanti. Pastinya aku malu, aduh..!! Oh Ustaz Hanif namanya. Sangat sesuai dengan orangnya. Tanpa dipaksa-paksa aku tersenyum sendiri bila teringat akan namanya, hilang semua kerisauan aku.

“ Ha…senyum sorang-sorang, suka la tu.” Senyuman aku terhenti serta-merta. Ish budak Nana ni mengacau betul la orang nak feeling..feeling..

“ Ustaz tu tanya nama kakak siapa tau.” Sekali lagi wajah ku terasa panas. Ish kenapa, mengapa aku berperasaan begini? Bukan kah aku sekadar bergurau, tetapi kenapa aku rasa aneh je.

“ Dah tu awak bagi tahu ke?”

“ Tentu la, nama kakak saya Iffa Haryani binti Isa” jawab Nana jujur.

“ Lepas tu dia tanya nama adik pula, adik jawab je la Iffa Haryana binti Isa. Kak…dia cakap nama adik sedap tau, ha….jangan jeles.” Sambung Nana lagi.

Aku sekadar mencebikkan bibir tanda sedikit pun aku tak heran !

“ Itu je?”

“ Ada lagi…masa nak tunggu ayah datang, dia teman Nana tau. Dia tanya Nana macam-macam, duduk kat mana, adik beradik ada berapa orang.”

“ Nana jawab semua?”

“ Iya lah, Masa ayah sampai dia siap salam lagi dengan ayah, lepas tu dia kata lagi, nanti kirim salam Kak Nini.” Nana ketawa sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya.

“ Akak ada nama baru la, Nini. Eh macam nama coklat kat tv tu la. Nini coklat celup..celup..celup…” Nana ketawa riang. Kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya untuk mengenakan aku.

“ Nana…!! Sekali lagi akak dengar Nana ejek-ejek akak, esok jalan kaki pergi sekolah. Taknak hantar.” Tika itu, baru la tawa Nana terhenti.

“ Ok…ok…Nana tak cakap lagi.” Ha..tahu pun takut!

“ Dah la, malas nak layan kakak, huh!” Nana terus keluar dari bilik tinggalkan aku seorang diri. Biarkan aku mengelamun sendiri.

Erk!! Nini ? sesuka hati je panggil aku Nini. Oh dek kerana adik aku, ku panggil Nana kakak dia kena panggil Nini la yer? Sangat tak sesuai. Orang panggil kita Iffa lah. Tapi….Nini tu pun macam comel juga.

Malam itu, aku tidur dalam senyuman. Sungguh aku tidak menyangka semua ini berlaku. Aku hanya suka-suka. Oh Ustaz Hanif, jika awak rasa perlakuan saya ini agak gedik, maafkan lah saya. Itu bukan saya, hanya suka-suka dengan Nana sahaja.

♥♥ **************************************************** ♥♥


Hari Sabtu bagi aku adalah hari yang sangat membosankan kerana aku kena bekerja, tapi setengah hari sahaja. Apa yang membuatkan aku bertambah bosan bila aku sering ditinggalkan sedirian di rumah. Ayah, ibu dan Nana biasanya akan menghadiri jemputan kenduri kahwin. Bila mereka tiada tentu la tiada lauk untuk tengahari itu. Nak suruh aku masak, penat la baru balik kerja, eh sungguh ke penat atau malas?

Kalau aku rajin, aku akan berperang di dapur, tapi kalau virus malas menyerang, aku lebih suka singgah ke Warung Mak Ndak tuk makan. Makan sampai kenyang lepas tu baru balik rumah. Heaven!

“ Mak Ndak, nak kueh tiau goreng satu dengan teh O ais” pesan aku, lalu aku duduk di salah sebuah meja yang kosong. Majalah Harmoni keluaran terbaru yang baru sahaja aku beli aku selak sehelai demi sehelai sementara menanti kueh tiau goreng kegemaran aku siap di masak.

“ Assalammualaikum……” suara sedikit garau yang entah dari mana datangnya buatkan bacaan ku terhenti. Cepat-cepat aku mendongak.

Kering darah ku bila melihat gerangan yang memberi salam itu sedang duduk di hadapanku. Adakah aku sedang bermimpi?

“ Wa…waalaikumsalam.” Sejak bila aku jadi gagap pun entahlah.

“ Boleh saya duduk di sini? Rasa macam tak seronok pula makan sorang-sorang.” Eh, sejak bila dia ada di kedai ni, aku tak nampak pun tadi.

“ Err…kalau encik tak kisah, jemput la duduk.” Pelawa ku sopan.

“ Apa pula ber encik-encik dengan saya, panggil saya Hanif cukup lah.” Oh senyuman dia!! Bikin cair hati ini.

“ Awak ni kakak pada Nana kan? Iffa Haryani, betul?” aku kehilangan kata-kata, pastinya kerja si budak Nana, habis semua dia cerita.

“ Betul la tu, entah apa lah yang Nana dah cerita pada ustaz kan?” Hanif ketawa kecil.

“ Lucu juga awak ni kan. Tadi panggil saya encik, sekarang ni ustaz pula. Yang benarnya saya tak layak lagi dapat tittle Ustaz tu. Hanya berkongsi ilmu agama yang masih cetek ni.” Merendah diri pula ustaz ni, ceh.

“ Oh, tapi sebelum ni saya tak nampak pula awak kat sini, orang baru ye?” Giliran aku pula menyoal, walaupun aku dah tahu semuanya dari Nana. Saja nak memulakan perbualan.

“ Macam tu la, saya orang Terengganu, mengajar di sekolah ni.” Ceritanya sambil menunjuk ke arah sekolah di belakang warung Mak Ndak.

“ Cikgu juga rupanya. Ustaz dengan cikgu sama la kan?” Hanif ketawa lagi. Kelakar sangat ke apa yang aku katakan ni? Sikit-sikit ketawa, sikit-sikit senyum.

“ Sebelah pagi saya mengajar subjek Sains , sebelah malam tolong pakcik saya mengajar budak-budak mengaji.” Sopan sahaja tutur kata Hanif. Oh….hati ku dah tertawan.

“ Maknanya Ustaz Wan tu pakcik awak?” Hanif mengangguk perlahan.

Nasi goreng yang berada di pinggannya dijamah sedikit. Tidak lama selepas itu, kueh tiau aku pula sampai. Memang terliur betul, tak sabar rasanya nak makan. Tapi memandangkan Hanif berada di hadapan, selera ku mati. Makan pun penuh dengan sopan santun walaupun ketika itu aku sangat lapar!

Dari satu perkara ke satu perkara yang lain, aku mula rasa selesa berbual dengannya. Aku suka dengar suara dia, cara dia bercakap, ada slang Ganu’. Bila dia ketawa dan menampakkan barisan gigi dia yang tersusun cantik diserikan lagi dengan bibir yang basah berwarna merah samar, Ya Allah….kacaknya..!!

Bila bertentangan mata, cepat-cepat dia larikan pandangannya ke tempat lain. Malu la tu, alahai..comelnya kamu..!!!

“ Bila aku jatuh cinta…..kan ku sebut nama mu..” Aku tersentak bilamana telefon aku berbunyi. Deringan lagu Bila Aku Jatuh Cinta dari Awi Rafael membuatkan perbualan kami terhenti seketika. Dia tersenyum lagi, entah apa la yang dia fikirkan sekarang ni kan?

Cepat-cepat aku mengambil telefon yang memang berada di sisi. Nama Ibu tertera di skrin telefon, segera la aku menjawabnya. Ku sangkakan ibu, rupa-rupanya budak kecik tu yang menalifon. Ish..lorat betul.

“ Kakak..!!” jeritnya di hujung talian. Pastinya Hanif dapat mendengar suara Nana. Tapi aku tak kisah, setidak-tidaknya tidak la dia beranggapan yang pakwe aku telefon. I’m single tau.

“ Hmm….ada apa?”

“ Kakak…kenapa tak balik lagi? Dating eh…..”

“ Ish..mana ada, tengah makan.”

“ Makan sambil dating kan?”

“ Ish budak ni mana ada…kat warung Mak Ndak ni..”

“ Ala..adik tahu la. Nampak kakak tengah makan dengan Ustaz Hanif ..kan..?” Aku dan Hanif saling berpandangan, dia pasti dengar. Sepertimana yang sudah ku jangka, dia tersenyum lagi dan kemudiannya dia ketawa kecil. Wajahku terasa panas, membahang.

“ Err…dah la, akak nak makan ni. Bye.” Cepat-cepat aku matikan talian telefon.

“ Saya ingat saya nak balik dulu la,” sambung ku lagi.

“ Mee awak tu tak habis lagi dah nak balik?”

“ Tak apa lah, ibu dah bising suruh balik cepat.” Ah, semuanya alasan yang sengaja aku reka. Aku melambaikan tangan ke arah pembantu warung Mak Ndak.

“ Dik…kira”

“ Eh…biar saya belanja.”

“ Ala..sikit je ni, lain kali saja lah awak belanja.”

“ Tak apa, awak kan dah temankan saya makan, lain kali pun saya akan belanja juga.” Jawab Hanif beserta senyuman. Kata-kata dia itu seolah-olah ingin memberi tahu aku sesuatu. Adakah dia ingin mengajak aku keluar nanti? Masih terlalu awal untuk memikirkannya, tapi..harap-harap apa yang aku fikirkan ni jadi kenyataan nanti.

Sebaik sahaja pembantu sampai, Hanif terus bangun mengeluarkan dompetnya dan terus memberikan wang.

“ Terima kasih ye, saya balik dulu.” Orang dah belanja, harus lah ucapkan terima kasih.

“ Cik Nini…sekejap..!” Langkah kaki ku termati. Dia panggil aku Cik Nini? Argh…sangat tak sesuai!. Aku toleh ke belekang, ku lihat dia sedang menulis sesuatu di atas kertas tisu.

“ Ini nombor telefon saya, ye la kalau nak tanya saya apa-apa , telefon la saya.Nak tanya pasal Nana ke, boleh saja.” Bagaikan mahu gugur jantung bila dia menyuakan kertas tisu itu kepada ku.

Kertas tisu itu aku ambil lalu ku keratkan menjadi dua bahagian. Pen yang berada di tangan Hanif ku minta dengan sopan. Lantas aku coretkan nombor telefon ku pula dan terus menyuakan kepada Hanif.

“ Ini pula nombor saya, kalau-kalau Nana nakal di tempat mengaji, aku bagi tahu saya terus tau.”

Nana juga yang jadi mangsa. Saat itu bibir ku terasa lenguh, asyik tersenyum dan terus tersenyum. Bahagianya rasa bila bersama Hanif. Cik Nini pun Cik Nini la, comel apa?

♥♥ **************************************************** ♥♥

Ligat berbalas SMS ? tidak la ligat mana, biasa-biasa saja. Cinta? Entah la masih terlalu awal mungkin. Kami berbual cerita yang biasa-biasa, belum pernah lagi menyentuh soal hati dan perasaan. Segan, biar lah dia mulakan dulu, itupun kalau dia sukakan aku. Jika aku sorang je yang syok sendiri, tak apa lah. Aku pasrah.

“ Iffa….dah kenyang makan SMS ke?” berdesing telinga aku bila mendengar sindiran dari Kak Mira. Rakan sekerja aku. Aku jaga bahagian Logistic, dia pula bahagian Admin. Meja kami sebelah menyebelah saja, tentu-tentunya dia boleh lihat segala aktiviti aku.

“ Dah waktu lunch eh kak?” Aku sekadar tersengih mempaperkan barisan gigi aku yang putih melepak, cantik tersusun. Oh, drama masuk bakul angkat sendiri sudah bermula.

“ Tak, dah nak balik dah pun,” Ceh aku disindir lagi. Aku tetap tersenyum, bahagia. Sebab apa aku bahagia? Sebab baru sahaja lepas berbalas SMS dengan Hanif.

“ Iffa tengah bercinta ke? Akak tengok galak ber SMS. Muka pun berseri-seri je. Tak nak share dengan akak pun kan?” Nada Kak Mira seakan merajuk.

“ Tak ada apa pun yang nak dikongsikan, kawan-kawan je kak.” Ya, memang itu pun hakikatnya.

“ Boleh percaya ke?”

“ Percaya lah………” Aku mula menyanyi.

“ Ha sudah, nanti hujan ribut pula kat sini, dah jom..jom..” Gesa Kak Mira. Teruk sangat ke suara aku?

“ Ye la, kita nak gerak la ni. So nak makan kat mana hari ni kak?”

“ Restoran Halijah yang dekat dengan bank tu ok tak? Akak nak singgah bank sekali nak bank in duit sales pagi tadi. ” Aku mengangguk setuju. Aku dan Kak Mira berjalan seiring sejalan menuju ke kereta aku. Memang aku dan dia sentiasa bergilir-gilir, hari ni kereta aku esok kereta dia pula.

Setibanya di Restoran Halijah, kami terus ke kaunter buffet pilih mana-mana lauk yang aku suka dan terus makan. Sedang makan aku ternampak kelibat Hanif, bila aku toleh sekali lagi bayangan dia hilang. Mungkin dia pun berada di sini, beli barang. Maklum lah tengah cuti sekolah. Ataupun aku dah mula gila bayang, mana lelaki yang aku nampak, aku akan nampak Hanif? Oh tidak!

Cepat-cepat aku hapuskan bayangan Hanif dan fokus kepada nasi yang berada di hadapan aku. Lepas kekenyangan, aku mengeluh sendiri kerana terpaksa menapak ke kereta, tempat parking kereta yang berdekatan dengan restoran penuh, maka terpaksa lah parking kereta jauh sikit. Pandai betul taktik Kak Mira, dia suruh aku ambil kereta dan tunggu di depan bank, dia sedap je la masuk ke dalam bank yang sejuk tu.

Dari sebuah kedai ke sebuah kedai aku lewati untuk menuju ke kereta aku, sehinggalah aku tiba di hadapan kedai yang menjual kelengkapan barang-barang perkahwinan. Dari jauh aku terpandangkan Hanif yang baru sahaja masuk ke dalam bersama seorang perempuan muda dan juga seorang perempuan yang berumur pertengahan. Eh, macam isteri Ustaz Wan je, tapi yang muda tu siapa?

Hati aku mula berperang dengan pelbagai soalan, apa yang Hanif buat di situ, dia nak kahwin ke? Aku mempercepatkan langkah, dan aku terdengar perbualan antara isteri Ustaz Wan dan pekedai.

“ Nak cari barang-barang untuk majlis kahwin dia la ni. Hujung tahun lepas dah bertunang, hujung tahun ni nak langsungnya. Satu apa pun tak buat lagi. Risau saya.” Bebel isteri Ustaz Wan.

Saat itu dunia aku rasakan gelap. Punah semua impian untuk aku bersama dengan dia. Dia dah bertunang rupanya dah nak kahwin. Kenapa dia tak bagi tahu awal-awal, tidak la aku mengharap. Oh Hanif, kenapa la kau tak gantung signboard besar-besar kat leher kau, mengatakan yang kau dah berpunya ? kenapa…kenapa..?

ku akui ku sangat sangat menginginkanmu
tapi kini ku sadar ku di antara kalian
aku tak mengerti ini semua harus terjadi – D’Masiv _ Antara Kalian

Tiba-tiba sahaja lagu ini muncul di fikiran, luluh rasa hati aku. Namun sedaya upaya aku tahan, sedaya upaya aku tahan agar aku kuat, tak menangis. Salah aku, aku yang syok sendiri. Pipi tak mancung, hidung tersorong-sorong. Nah...sekarang ni terima lah akibatnya.


♥♥ **************************************************** ♥♥

Adakah Hanif benar-benar akan berkahwin hujung tahun ini? tunggu final part minggu depan eh..

Macam mana..any comment..? boleh saya perbaiki mana-mana yang patut..(^_^)V

4 comments:

El Fye said...

biarla endingnya nini dgn hanif...

Anonymous said...

best..

ihaaz said...

tak sabar nak tunggu minggu depan.. hehe

sumysya said...

penulis novel ke?? ade jual kat MPH ke novel?