Wednesday, February 22, 2012

AKU,DIA & TZM - PART 36


...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥


Langit malam yang hitam pekat indah dihiasi dengan bintang yang bertaburan. Dari jauh kedengaran bunyi cengkerik sahut sahutan. Angin yang bertiup perlahan menampar pipi, sangat menenangkan jiwa Mustaqim, menenangkan jiwa yang lara. Jiwa yang sarat dengan perasaan rindu terhadap Naurah.

Bila anda rindukan seseorang,
Pandanglah pada bintang yang paling terang sinarnya…
Percayalah pada hati bahawa insan yang dirindui itu juga sedang merindui mu..
Saya tengah tengok bintang yang paling terang sekarang ni, dan dalam fikiran ini hanya ada awak.
Miss you sayang – Naurah

Mustaqim tersenyum sendiri bila teringatkan kiriman SMS dari Naurah suatu ketika dulu dan setiap kali dia terpandangakan bintang-bintang di langit, ayat-ayat itu lah yang akan menerjah fikirannya. Mustaqim membelek-belek rantai kunci pemberian Naurah.

Rantai kunci berbentuk motor, warna dan jenis sama seperti motor TMZ milik Mustaqim. Dia sendiri tidak menyangka yang Naurah datang mencarinya hingga ke rumah. Dia tahu cinta Naurah kepadanya sangat telus, terasa menyesal kerana membiarkan Naurah pergi pada malam itu. Dia sepatutnya menghalang Naurah dari terus pergi. Penyesalan demi penyesalan buatkan Mustaqim resah.

Isi kandungan surat yang hadir bersama-sama dengan rantai kunci ini juga turut meruntun perasaan Mustaqim. Dia kini jelas, yang Naurah kini akur pada takdir, dia sudah tidak mampu untuk melawan. Pedih hatinya bila membayangkan Naurah akan menjadi milik orang lain. Milik Syafiq!!

Matanya kini terpandang pula kepada motornya. Bila melihat nombor plat motor itu, dia tersenyum sendiri.

“ Awak….cuba tengok motor awak ni..” pinta Naurah. Mustaqim sekadar menurut.

“ Ada apa dengan motor saya? Ada yang bercalar, rosak? ” soal Mustaqim kehairanan.

“ Cuba tengok betul-betul, nampak tak apa yang saya nampak?” berkerut dahi Mustaqim cuba memahamkan apa yang Naurah sampaikan.

“ Motor saya lah, awak nampak benda lain ke? Ada hantu cantik ye duduk atas motor saya?” gurau Mustaqim

“ Ish….ada ke hantu cantik? Sempat lagi ye nak menggatal, dengan hantu pun jadi.” Naurah mencubit lengan Mustaqim.

“ Aduhhh…sakit la sayang. Saya bergurau saja.” Mustaqim menggosok-gosok tangannya yang perit akibat dicubit.

“ Padan muka……huh..!” Naurah terus memeluk tubuh.

“ Ok lah, cuba bagitahu apa yang awak nampak yang saya tak nampak. Puas dah saya tenung dalam-dalam pada motor saya tu, tak ada pulak yang pelik-pelik.”

Naurah mengeluh perlahan.

“ Awak ni tak peka lah…saya dah lama perasan tau. Sejak kali pertama awak tunjukkan motor awak ni pada saya. Tapi saya diamkan dulu, ye la masa tu masih terlalu awal buat kita.”

“ Susah betul bercakap dengan orang universiti ni. Berbelit-belit. Cuba awak cakap terus, saya ni SPM pun tak lepas, susah sikit nak faham.” Mustaqim menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Naurah menjeling sekilas kepada Mustaqim.

“ Nombor plat awak ni. Cuba perhatikan huruf dan nombornya NM 1208 , apa yang awak boleh kaitkan dengan kita.”

Mustaqim merenung ke arah nombor plat motornya dalam, dahinya berkerut-kerut berfikir.

“ Hrummm…..tak dapat juga la tu. Taka pa lah, ini homework untuk awak, dah dapat jawapannya nanti awak bagi tahu pada saya. Jom lah balik dah petang ni.” Suara Naurah agak mendatar, seolah-olah kecewa.

“ Kejap……” Mustaqim menarik tangan Naurah. Naurah tidak jadi bangun, dia duduk semula.

“ Sayang !!! Saya rasa saya dah nampak, dah faham dah.” Ucap Mustaqim dalam nada teruja. Naurah pula kelihatan kurang berminat.

“ Jangan la macam tu sayang, tadi bukan main excited lagi, sekarang ni senyum pun tak nak. Sungguh ni saya dah tahu dah.”

“ Apa dia?” jawab Naurah malas. Mustaqim tersenyum lagi.

“ NM 1208 adalah gabungan nama kita kan sayang? Naurah dan Mustaqim. Ha….nombor pun sama.Tarikh lahir kita berdua, saya dua belas haribulan sepuluh dan awak lapan haribulan sembilan. Ya Allah ini suratan atau kebetulan ni, tak sangka nya saya.” Mustaqim benar-benar teruja, kenapa la selama ini dia tidak perasan akan semua ini. Tangan Naurah digengam erat.

“ Hmm..tahu tak pe.” Jawab Naurah selamba. Mustaqim memandang Naurah lalu pipi Naurah ditarik, geram dengan jawapan Naurah.

“ Ish…sakit lah..!!” Naurah mencebikkan bibir sambil mengusap lembut pipinya. Perit.

“ Comel…!!” puji Mustaqim. Mustaqim sekadar tersenyum bahagia sambil merenung wajah Naurah. Wajahnya didekatkan ke wajah Naurah.

“ Eh…awak nak buat apa ni?” soal Naurah bimbang.

“ I love you sayang…………” cepat-cepat Mustaqim melarikan wajahnya.

Senyuman masih tidak lekang di bibirnya. Saat itu, dia benar-benar yakin bahawa Naurah memang diciptakan untuknya. Tapi itu dulu, kini? Mustaqim mulai sedar, sedar akan hakikat dan takdir.

“ Haruskah aku mengalah atau bangkit melawan?” Mustaqim berteka-teki sendiri.

♥♥ **************************************************** ♥♥


“ Mus…..buat apa di luar tu sorang-sorang? Mari masuk minum kopi” pelawa Ayu dari dalam rumah.

Mustaqim yang baru tersedar dari lamunan, segera mengatur langkah masuk ke dalam rumah dan terus melabuhkan punggungnya di atas sofa bertentangan dengan Ali. Air kopi yang berada di hadapannya diambil lalu diteguk hingga tinggal separuh.

“ Bang….saya ingat nak jual la motor saya tu..” Mustaqim memulakan bicara. Ali sedikit terkejut dengan kata-kata Mustaqim.

“ Kenapa tiba-tiba saja kau nak jual?” soal Ali.

“ Makin hari saya tengok motor ni, makin sakit hati saya ni bang. Siksa jiwa saya menahan perasaan, menahan rindu pada Naurah.” Luah Mustaqim.

“ Jangan disebabkan Naurah, motor ni pulak kau nak jual. Kau tak sayang ke? Susah-susah kumpul duit untuk beli motor, kerja tak kira waktu?” Ali kurang bersetuju dengan tindakan Mustaqim.

“ Entah la susah nak cakap. Pandang itu nampak dia, pandang ini nampak dia. Lagipun kita nak ke Kelantan, saya tak guna dah motor,” dalih Mustaqim.

“ Kalau dah macam tu, kenapa kau tak jualkan semua barang-barang kau?” Soalan Ali buatkan Mustaqim terkedu.

“ Kalau kau nak jual sangat, berapa harganya? Biar aku yang beli. Suatu hari nanti kau pasti akan memerlukan motor tu.” Kata-kata Ali seolah-olah dapat menjangka apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

“ Kalau abang nak, ambil lah bang,….” Mustaqim bangun dan terus masuk ke dalam biliknya. Dadanya seakan sesak sukar bernafas. Sampai bila kah penderitaan ini akan berakhir?

♥♥ **************************************************** ♥♥

Sepanjang hari mendung dan hujan. Naurah duduk di birai katil, susunan barang hantaran yang telah digubah indah dipandang dengan pandangan yang kosong. Bagi gadis-gadis yang lain, pastinya akan rasa sangat bahagia ketika ini, tapi tidak pada Naurah.

Naurah melemparkan pandangannya pula ke luar jendela. Seluruh alam seakan-akan bersedih pada hari ini, begitu juga dengan dirinya. Dari luaran, wajahnya mengukir senyuman namun di dalam hatinya menangis, ibarat hujan yang sedang turun ketika ini. Hujan yang tidak lebat namun titisan-titisan hujan itu turun tampa henti daripada subuh hari hingga lah ke saat ini.

Hari ini, atau lebih tepat lagi malam ini dia akan menjadi tunangan orang dan sebulan daripada sekarang dia akan menjadi isteri orang, isteri kepada Syafiq.

“Bersedia kah aku? Bersedia kah aku menjalani hidup dengan lelaki yang tidak aku cinta? Bersediakah aku untuk memberikan hati ini kepada dia? Apa dia mampu menyayangi aku sama seperti Mus menyayangi aku? Apa aku mampu menyayangi diri dia, mencintai diri dia sama seperti aku sayang dan cintakan Mus?” persoalan yang sama asyik berulang-ulang di kotak fikirannya. Naurah mengeluh lemah. Perasaan sunyi mula menyelubungi diri.

Pagi tadi sempat dia mengirimkan SMS kepada Fika, menjemputnya untuk hadir sama di majlis pertunangannya, namun hingga ke saat ini tiada jawapan dari Fika.

“Kenapa Fika semakin jauh daripada aku? Sibuk sangat kah dia, sampai tiada masa tuk membalas SMS aku.” Monolog Naurah.

“ Assalammualaikum Kak Naurah….” Cepat-cepat Naurah menoleh, melihat Nabilah serta-merta Naurah mengukir senyuman.

“ Ila..mari lah duduk sini.” Naurah mengajak Nabilah duduk di sisinya. Nabilah akur, cepat-cepat dia mengatur langkah menghampiri Naurah. Dia sempat merenung wajah Naurah, simpati hanya itu sahaja yang dia dapat rasakan ketika ini.

“ Kak Naurah ok?” Nabilah tahu, itu adalah soalan bodoh. Tapi setidak-tidaknya ada juga modal untuk dia memulakan bicara. Naurah tersenyum lagi.

“ Ok..macam ni lah.” Keadaan sepi kembali.

“ Ila tak tahu nak cakap apa kak……..akak redha dengan ni semua?” suara lirih Nabilah memecah kesunyiaan setelah mereka diam tuk seketika.

“ Tak apa Ila. Akak redha jika ini ketentuan takdir buat akak. Mungkin ini juga balasan buat akak, terlalu asyik bercinta, sehingga cinta kepada Allah berkurangan ditambah lagi dengan sikap kurang ajar dengan mama, entah la Ila..”

Nabilah meraih tangan Naurah lalu digenggam erat.

“ Ada betulnya juga kata akak tu, Allah nak akak lebih cintakan dia. Munking sebab itu dia jauhkan akak dengan abang Mus. Ini ujian untuk akak, jika benar dia jodoh akak, akak dengan dia pasti akan bersatu satu hari nanti. Jika tidak……”

“ Akak akan doakan agar kebahagiaan senantiasa menjadi miliknya. Bahagia dia, bahagia juga akak….” Naurah menyambung kata-kata Nabilah.

“ Terima kasih Ila, kerana sentiasa ada di sisi akak ketika akak memerlukan teman tuk berkongsi rasa,” Naurah dan Nabilah berpelukkan buat seketika. Air mata Naurah tumpah lagi, Nabilah yang mengerti apa yang sedang bergolak di hati Naurah hanya membirakan Naurah menangis di bahunya, rambut dan belakang badan Naurah diusap perlahan.

“ Menangis lah kak, menangis sepuasnya. Lepas ni mulakan hidup baru, akak kena janji dengan diri sendiri, jangan lagi menangis atas perkara yang sama. Ini semua hanyalah satu permulaan.”

♥♥ **************************************************** ♥♥

Deringan dari telefon bimbit buatkan Fika tersedar dari lenanya.

“ Siapa pula yang menyibuk call aku apgi-pagi buta ni,” rungut Fika.

Dia membuka matanya perlahan, selimut menutupi tubuhnya yang tidak mengenakan sebarang pakaian di tarik hingga ke atas, sejuk!. Fika sempat menoleh ke arah sisinya, teman tidurnya telah tiada, kosong. Bila teringatkan apa yang bakal terjadi pada hari ini, cepat-cepat dia bangun dan menyandarkan tubuhnya di kepala katil.

Dari jauh terdengar suara orang menyanyi girang dari dalam bilik air, dia merengus, marah!. Telefon bimbitnya dicapai. Satu panggilan tidak berjawab beserta dengan satu SMS.

Assalammualaikum Fika,
Maaf lah kalau aku mengganggu kau pagi ni.
Lama betul tak dengar berita dari kau, apa kabar?
Hari ni majlis tunang aku dengan Syafiq, kalau kau ada masa jemput lah datang rumah.
Aku rindu sangat dengan kau. Datang eh, aku tunggu. – Naurah

Fika merengus lagi, telefonnya dicampakkan entah ke mana, hatinya yang sedari tadi panas, bertambah panas bercampur aduk dengan perasaan cemburu.

“ Morning honey….” Sapaan itu tidak diendahkan langsung oleh Fika. Wajahnya masam mencuka.

“ Aik….pagi-pagi dah muncong? Pendek rezeki tau.” Sambung lelaki itu dengan nada girang.

Fika menjeling tajam ke arah lelaki yang hanya mengenakan tuala di tubuhnya. Tubuh sasa yang menjadi miliknya ketika ini akan menjadi milik perempuan lain tak lama lagi.

“ Seronok nampak? Maklum lah dia nak tunang hari ni.” Sindir Fika. Lelaki itu tersenyum, dia menghampiri Fika. Rambut Fika diusap lembut.

“ Hari ni tunang, bulan depan kahwin. I ni macam mana?” sambung Fika lagi.

“ La, kan kita dah bincang tentang ni?” pujuk lelaki itu. Tubuh Fika diraih dan dipeluk erat.

Fika merenung dalam mata lelaki itu, dia sangat mencintai lelaki yang sedang memelukknya ketika ini.

“ I tahu……tapi Fiq…..I takut kalau you berubah hati, bukan kah you pernah jatuh cinta pada dia, kalau itu berlaku sekali lagi apa jadi pada I Fiq? You tahu kan yang I sangat sayangkan you, cintakan you.” Fika meluahkan perasaannya.

Seolah-olah bosan dengan sikap Fika, Syafiq melepaskan rangkulannya dan kembali berdiri di hadapan cermin. Krim pencukur disapu dibahagian dagu dan pipinya. Pisau cukur dicapai dan terus bercukur. Dia perlu kelihatan kemas hari ini. Fika mula bengang dengan sikap Syafiq yang tidak mengendahkan langsung kegusaran yang bersarang di hatinya.

“ Apa benar dia mencintai aku sama sepertimana aku mencintai dirinya?” persoalan yang sudah sekian lama berada di benaknya kini muncul kembali.

Adakalanya Syafiq sangat penyayang, dia dilayan bagaikan puteri penuh dengan kelembutan dan kasih sayang. Adakalanya Syafiq bersikap sebaliknya, dingin. Jika datang angin marahnya Fika akan dimarah teruk walaupun ketika itu dihadapan khalayak ramai.

“ You……….” Fika bersuara lirih, cuba mendapatkan perhatian Syafiq.

“ Boring lah! kan I dah kata, kahwin atau tak, sama je. Kita masih boleh bersama. I kahwin atas kehendak keluarga, misi I sekarang ni adalah untuk merampas segalanya milik dia. Lepas tu I blah la. Berapa kali I perlu bagi tahu pada you? I bukan tape recorder tahu tak!” Suara Syafiq mula meninggi. Fika terdiam.

Perlahan-lahan Fika bangun dan berjalan ke arah Syafiq, lantas tubuh Syafiq dipeluk dari belakang. Syafiq tidak mengendahkan pelukan itu, dia terus bercukur.

“ I tahu…….ok lah I janji tak akan tanya lagi. You jangan marah lagi ya, I sayangkan you, I taknak kehilangan you.” Luah Fika seikhlas hati.

Syafiq memusingkan tubuhnya, wajah Fika direnung dalam. Timbul pula rasa belas di hatinya.

“ Nanti bila dah selesai semua, kita kahwin ok.” Syafiq mula tersenyum. Fika juga begitu, perlahan-lahan tuala yang terikat kemas di pinggang Syafiq ditarik. Kini tiada seurat benang pun menutupi tubuh Syafiq, mahupun Fika.

“ Bie……..” Fika memandang tepat pada mata Syafiq dengan cara yang sangat menggoda.

“ Dah la tu, I nak kena siap-siap ni.” Syafiq faham kehendak Fika.

“ Bie……..” Fika bersuara manja dan akhirnya Syafiq tewas, termakan dengan hasutan syaitan dan nafsu.

♥♥ **************************************************** ♥♥

Hujan yang berlarutan dari pagi hingga lah membawa ke malam. Saat ini hujan masih belum menujukkan tanda-tanda akan berhenti, dalam kebasahan Mustaqim mengerling jam tangannya, sudah jam 11 malam. Dari jauh kelihatan beberapa buah kereta mewah beredar keluar dari rumah agam yang berada di atas bukit itu. Mustaqim mendongak memandang ke atas, memandang ke arah rumah agam itu, mencari kelibat seseorang. Seseorang itu adalah Naurah.

Selepas kejadian di café itu, Mustaqim berasa sangat menyesal membiarkan Naurah pergi begitu sahaja. Tampa pengetahuan Naurah, Mustaqim datang ke rumahnya, memerhatikan Naurah dari jalan di lereng bukit menuju ke rumahnya. Tempat itu sangat startegik, kerana dari situ Mustaqim boleh melihat bilik Naurah. Sesekali Mustaqim ternampak Naurah duduk termenung di jendela biliknya. Walaupun wajah Naurah tidak kelihatan dengan jelas, namun Mustaqim tahu itu Naurah. Rindunya terhadap gadis itu terubat sedikit.

“ Sudah kah dia menerima hadiah daripada aku?” Mustaqim berteka-teki sendiri.

Tidak lama selepas itu, kelihatan Naurah sedang berdiri di balkoni biliknya. Mustaqim memandangnya dengan senyuman. Imbasan cahaya dari rumah Naurah, buatkan Mustaqim dapat melihat Naurah dengan lebih jelas. Naurah kelihatan begitu anggun dengan busana kurung moden rona merah jambu. Namun riak wajahnya muram, tiada senyuman.

Mustaqim sangat berbesar hati melihat jambangan bunganya kini berada di tangan Naurah. Hatinya lega, akhirnya jambangan bunga itu selamat diterima oleh Naurah. Bukan apa, bimbang kalau mama Naurah dapat tahu kiriman bunga itu daripada dia. Dari dalam jambangan bunga itu, Mustaqim ada menyelitkan sesuatu sebagai tanda kenangan. Ucapan yang cukup ringkas di tulis pada kad kecil itu.

Congratulations on you engagement!
From your friend,
NM1028

♥♥ **************************************************** ♥♥


Naurah sedang berdiri di balkoni untuk melayan perasaan. Jambangan bunga ditangan dibelek-belek beserta dengan senyuman. Melalui tulisan sahaja Naurah sudah dapat mengagak daripada siapa ditambah pula dengan nama yang terdapat dihujung ucapan menguatkan lagi keyakinan Naurah bahawa itu adalah daripada Mustaqim.

Sepanjang hari dia murung, sepanjang hari juga dia terpaksa memaniskan muka pada tetamu yang hadir untuk meraikan majlis pertunangannya. Namun dengan kehadiran jambangan bunga itu, hatinya sedikit girang. Terima kasih Allah, terima kasih Mus!

Sedang leka membelek jambangan bunga itu, terdapat sesuatu yang bersinar di dalamnya. Cepat-cepat Naurah menarik keluar benda yang bersinar itu. Naurah tersenyum lagi apabila melihat rantai tangan daripada silver dan terdapat dua huruf yang bercantum, huruf N dan juga M yang di hiasi dengan berlian kecil di atasnya. Naurah terharu, air matanya merembes keluar. Di mana Mustaqim sekarang ini?

Naurah mendongak ke langit, titisan hujan yang mengenai wajah dan bajunya tidak diendahkan. Rantai tangan pemberian Mustaqim digenggam erat. Terasa bahagia bila titisan hujan bersama dengan linangan air mata membasahi itu wajahnya. Fikirannya hanyut teringatkan Mustaqim, dari jauh kelihatan Mustaqim sedang berjalan ke arahnya. Sekali lagi Naurah tersenyum menyambut kedatangan Mustaqim. Mereka berpegangan tangan, mata saling bertaut, hati kembali bersatu.

“ Saya sayangkan awak,” suara Mustaqim halus berbisik ke telinga Naurah.

“ Saya pun…cinta kan awak. Mus….bawa lah saya pergi dari sini…..saya ingin terus hidup bersama awak.” Rintih Naurah, tubuhnya dirasakan seolah-olah melayang.

“ Naurah! Buat apa tu?” suara itu mengejutkan lamunan Naurah, segera dia berpaling ke belakang.

“ Kenapa main hujan?” pertanyaan itu tidak segera di jawab.

“ Dah..jom masuk, demam nanti.” Naurah akur.

♥♥ **************************************************** ♥♥


Hari ini, malam ini merupakan malam terakhir dia berada di sini. Itu lah tekadnya, selepas ini dia akan membawa dirinya jauh dari sini jauh dari kehidupan yang lalu. Naurah sudah pun menjadi tunangan orang dan tidak lama lagi menjadi milik orang, bukan miliknya. Dia harus pergi, dia harus menerima hakikat ini. Jika Naurah telah memilih untuk akur dengan takdirnya, dia juga begitu.

Mustaqim telah menanam tekad untuk mengubah hidupnya. Peluang yang terbentang di hadapan mata tidak harus dia sia-siakan. Mustaqim mendongak kembali, melihat Naurah untuk kali yang terakhir.

Motosikalnya dihidupkan, hatinya kembali sebak, berat rasanya untuk meninggalkan Naurah. Perasaan itu segera di tapis. Mustaqim memulas pedal minyak dan mula meninggalkan tempat itu, tempat yang sarat dengan kenangan antara dia dan Naurah.

“ Selamat tinggal sayang ku….moga kebahagiaan sentiasa menjadi milik mu sayang.”

Tampa ditahan-tahan, air matanya mengalir.

♥♥ **************************************************** ♥♥
dah tamat ke cerita ni.....??

eh...mana boleh tamat....perjalanan mereka masih panjang...... (^_^)

3 comments:

mimi syafiqah said...

salam...leh email mie x?qaira85@yahoo.com.my ....URGENT

nabilah_2908 said...

Hai Mimi..

errr...kenapa tu yer... ;)

MaY_LiN said...

sedihnya kesah dorang ni..
bile naurah nak jumpe mus..