Friday, February 10, 2012

AKU,DIA & TZM - PART 35



...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥
Zalia terpinga-pinga melihat Naurah berlari masuk ke dalam rumah dan terus ke biliknya.

“ Kenapa dengan Naurah tu Syafiq?” soal Zalia, Syafiq menjadi serba salah untuk menjawab pertanyaan Zalia.

“ Ermm…Naurah marah dengan saya agaknya auntie.”

Dahi Zalia berkerut, geram kerana Syafiq tidak menghabiskan ceritanya.

“ Kenapa pula? Cuba cerita habis-habis.”

“ Macam ni, masa keluar dengan dia, Fiq dapat call dari kawan. Ada la perkara urgent nak kena jumpa dengan dia. Naurah kata nak beli barang kat Pasar Seni, so Fiq tinggalkan Naurah kat situ kemudian pergi jumpa dengan kawan Fiq. Fiq kata dengan dia sekejap je, tapi jadi lama la pulak. Sebab tu agaknya dia marah. Ajak makan pun tak mahu, jadi Fiq terus lah hantar Naurah balik.”

Zalia mendengus perlahan,

“ Apa lah Naurah ni, perkara kecil pun nak diperbesar-besarkan. Tak apa lah Fiq, esok elok la tu mood dia. Fiq kena la banyak bersabar dengan kerenah Naurah yer.”

“ Salah Fiq juga, Fiq berhak kena marah. Erm, Fiq minta diri dulu la ye auntie.”

“ Ha..iya lah, bawa kereta elok-elok.”

Setelah tiba di rumah, Syafiq terus ke bilik. Hatinya sebal, marahnya masih belum reda. Beberapa kali telefon berbunyi, sedikit pun Syafiq tidak mengendahkan panggilan itu. Bila teringatkan apa yang berlaku, api marahnya semakin membara.

“ Apa yang rosaknya kereta ni? Kenapa you tak panggil mechanic je?” bebel Syafiq sebaik sahaja tiba.

“ I….I tak biasa la. I panic la, yang I ingat cuma you..”

Syafiq masuk ke dalam kereta cuba untuk menghidupkan enjin. Sebaik sahaja dia memandang kedudukan gear, darahnya mula mendidih.

“ You……mari sini…!!” arah Syafiq kasar.

“ Cuba you tongok ni…tengok..!!” Syafiq menunjukkan ke arah kedudukan gear kereta. Gear kereta itu berada di tempat Drive bukan di tempat Parking seperti yang sepatutnya.

“ Oh….padan lah enjin kereta tak boleh dihidupkan.” Berdesing telinga Syafiq mendengar kata-kata itu.

“ Careless tak sudah-sudah…!! You tahu kan malam ni I busy? I ada dinner, papa pun ada sekali dan I terpaksa tinggalkan dinner tu hanya kerana melayan careless you yang tak habis-habis!!” bergema suara Syafiq di ruangan letak kereta itu.

" Bie.....sorry. Jangan marah-marah macam ni, I...I......"

Nafas Syafiq turun naik menahan marah. Mengenangkan yang berada di hadapannya adalah seorang perempuan, sedaya upaya dia menahan barannya. Kalau ikutkan hatinya yang panas boleh pecah muka perempuan itu dikerjakan.

“ Sekarang ni you pergi balik…balik…!!!!” jerit Syafiq lagi.

♥♥ **************************************************** ♥♥


“ Naurah……” sapa Mak Diha, Naurah tidak mengendahkan sapaan Mak Diha dan terus berlari naik ke atas.

“ Puan, kenapa dengan Naurah tu? Dia menangis.” Mak Diha bimbang.

“ Entah apa kena la dengan budak tu, Syafiq lewat sikit je takkan nak mengamuk sampai macam tu sekali.”

Mak Diha terdiam sejenak.

“Takkan lah Syafiq lambat, Naurah boleh sesedih itu. Seperti ada sesuatu yang berlaku antara Syafiq dengan Naurah.” Kata-kat Mak Diha berbaur curiga. Macam-macam perkara buruk bermain-main di benaknya.

“ Maksud Mak Diha?”

“ Saya bukan nak menuduh…Cuma andaian. Ye la bila lelaki dan perempuan berdua-duaan akan ada orang ke tiga yang datang menghasut…” Membulat mata Zalia bila mendengar kata-kata yang lahir dari mulut Mak Diha.

“ Apa yang Mak Diha cuba sampaikan ni? Mak Diha nak kata yang Syafiq tu buat perkara tak senonoh pada Naurah ke?” Suara Zalia meninggi, seolah-olah tak boleh menerima kata-kata Mak Diha.

“ Kita tak tahu apa yang berlaku puan, sebab Naurah tak kata apa-apa. Puan tengok sahaja Naurah tu, beriya-iya menangis, puan tak bimbang?”

Zalia mula gusar, ada betulnya juga kata-kata Mak Diha itu. Dia menarik tangan Mak Diha sama-sama naik ke atas menuju ke bilik Naurah.

Sementara itu, Naurah berlari masuk ke biliknya, pintu dikunci. Seakan hilang pertimbangan, segala barang yang berada di atas mejanya ditepis sehinggalah barang-barang itu terpelanting dan jatuh ke bawah. Novel dan buku-buku yang tersusun di rak buku habis semua dikembur dan dibaling tampa arah. Bantal-bantal dan cadar di katal habis semua berselerakkan.

“ Naurah….Naurah….buka pintu ni..!!” laung Zalia dari luar. Sedikit pun Naurah tidak endahkan panggilan itu. Dia terus mengamuk.

“ Naurah……kenapa Naurah? Syafiq ada buat apa-apa pada Naurah ke? “ kali ini giliran Mak Diha pula bersuara.

“ Pergi….pergi…!!! jangan gangu Naurah..pergi..!!!” jerit Naurah dari dalam bilik.

Mak Diha menghampiri pintu bilik Naurah.

“ Naurah, buka pintu nak…jangan macam ni. Betul ke Syafiq apa-apa kan Naurah, bagi tahu pada mak.”

“ Syafiq…Syafiq…Syafiq..semua pasal dia!!! dia tak buat apa-apa….puas!! argh..!!! pergi lah…jangan ganggu Naurah….!!!” Suara Naurah semakin nyaring.

Zalia sekali lagi menarik tangan Mak Diha menjauhi bilik Naurah. Hatinya lega Syafiq tidak melakukan perkara yang tidak elok kepada Naurah.

“ Taka pa lah Mak Diha, angin dia tak baik tu. Biarkan lah dia dulu. Esok-esok elok la, dah Mak Diha pergi la tidur.” Mak Diha serba salah, masih risaukan Naurah. Mahu tak mahu dia menurut kehendak Zalia.

Naurah menghempaskan tubuhnya di atas katil. Dia menangis semahunya, melepaskan segala kesakitan dan kesengsaraan yang dia tanggung selama ini. Wajah dan suara Mustaqim berselang seli bermain-main di benaknya. Sakitnya menahan rasa, menahan rindu yang tidak terungkap dek kata-kata. Pada siapa harus diadukan, berkongsi rasa. Naurah menangis dan terus menangis.

Perasaan rindu terhadap ayahnya kembali bersarang di hati. Dulu, pada ayahnya lah tempat dia mengadu, meluahkan rasa berkongsi apa juga cerita. Ayahnya akan memeluknya sambil mendengar cerita Naurah. Saat itu Naurah rasakan yang dia sangat selamat berada di dalam dakapan ayahnya dan kini semuanya telah tiada.

“ Ayah…………..”

Tangisan Naurah terhenti bila terasa rambutnya diusap perlahan. Cepat-cepat dia bangun. Kelihatan ayahnya sedang duduk di sisi sambil tersenyum. Putih bersih wajah ayanhnya. Naurah berasa tenang sebaik sahaja melihat wajah itu.

“ Ayah…..!! ayah…..!!”

Naurah memeluk erat tubuh ayahnya beserta esak tangis yang panjang.

“ Bersabar lah anakku….Naurah kena terus kuat tuk hadapi dugaan yang Allah berikan ini.”

“ Kenapa mesti Naurah yang perlu hadapi semua ini ayah? Kenapa Allah perlu ambil semua orang yang Naurah sayang? Dulu ayah..sekarang ni Mustaqim pula. Kenapa ayah..kenapa? jahat sangat kah Naurah ni.” Naurah menangis lagi.

“ Sayang…….bukankah Naurah dah redha dengan semua ini, kenapa harus mempertikaikannya lagi? Allah adalah sebaik-baik perancang, Dia tahu apa yang terbaik untuk Naurah. Bersabar lah sayang.” Kehangatan tangan ayahnya yang mengusap rambutnya terasa hingga ke hati.

“ Naurah tak kuat….ayah….bawa lah Naurah pergi bersama dengan ayah, Naurah tak sanggup lagi dah nak teruskan hidup macam ni. Naurah tak mahu kahwin dengan Syafiq. Naurah sayangkan Mus….”

“ Naurah kuat, Naurah pasti boleh hadapinya. Jangan putus asa.”

Tiba-tiba sahaja bayangan ayahnya hilang ditelan kabus yang berada di sekelilingnya seketika tadi.

“ Astagfirullah al – azim….”

Naurah tersedar dari mimpinya. Dia cepat-cepat bangun, matanya memandang keadaan bilik yang berkecah. Naurah termenung sendiri di birai katil cuba mengingati kembali mimpinya sebentar tadi. Kata-kata ayahnya terngiang-ngiang di telinganya dan sehingga kini usapan hangat di rambutnya masih terasa.

Naurah melirik ke arah pintu biliknya, sekali lagi dia berasa pelik bila melihat pintu biliknya tidak berkunci.

“Bukan kah aku dah kunci pintu bilik ni tadi?”

Perasaan sangsi dibuang jauh. Seolah-olah mendapat kekuatan baru, Naurah bingkas bangun, barang-barang yang bersepah dikutip dan disusun kembali. Usai mengemas dia terus ke bilik air untuk mandi dan berwuduk.

♥♥ **************************************************** ♥♥


Bukan Naurah sahaja yang bersedih hiba, Zalia juga duduk terperuk di tepi katilnya menangis. Setelah keadaan reda, Zalia mengambil kunci pendua bilik Naurah dan masuk senyap-senyap ke dalam bilik anaknya. Luluh hatinya bila melihat Naurah tidur bertemankan air mata. Rambut Naurah diusap perlahan dengan penuh kasih sayang.

“ Maafkan mama Naurah, mama tahu ini semua bukan kehendak Naurah. Tapi percayalah ini semua untuk kebaikkan Naurah.” Bisik hati kecilnya.

Hatinya meruntun pilu apabila dalam lena Naurah memanggil ayahnya.

“ Ayah…..ayah………..”

Jelas sekali Naurah rindukan ayahnya, dia juga begitu terlalu merindui suaminya. Tampa di tahan-tahan air matanya mengalir laju, cepat-cepat dia bangun dan keluar dari bilik Naurah, bimbang kalau-kalau Naurah terjaga. Tagisannya semakin menjadi-jadi setelah dia tiba di bilik.

“ Alangkah bagusnya jika abang masih bersama dengan Lia ketika ini……….” Hatinya merintih.



♥♥ **************************************************** ♥♥

3 comments:

MaY_LiN said...

sadla n3 kali ni

kail said...

sedih..sedih..sedih... jodohkan lah naurah ngan mus....kakkk...

nabilah_2908 said...

@May Lin

(^_^)

@Kail

ada jodoh mereka... ;)