Saturday, February 4, 2012

AKU,DIA & TZM - PART 34


...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥


Mustaqim melirik jam di pergelangan tangannya, jam 7.40 petang. Sebaik sahaja bas berhenti di hadapan Pasar Seni, Mustaqim berlari-lari anak masuk ke dalam, menaiki tangga dan terus menuju ke surau. Bag gitar beserta topinya diletakkan ke tepi, air pili dibuka dan mula mengambil wuduk. Terasa segar apabila air mengenai wajahnya. Usai wuduk, dia langsung menunaikan solat maghrib.

“Aku rindukan dia Ya Allah…….berikan lah aku kekuatan untuk terus hidup tampa dia. ” Tangan menadah doa, hatinya berbisik hiba.

Mustaqim sedar dia tidak boleh lama-lama di situ. Mustaqim bingkas bangun, menyarung stokin dan kasut. Bag gitar digalas dibahu dan berbegas keluar dari surau tersebut. Malam ini merupakan malam terakhir dia menyanyi, menyanyi di khalayak ramai. Minatnya terhadap dunia nyanyian kian pudar. Kerana rayuan Matt, dia bersetuju juga untuk menyanyi walaupun dia sedar ini semua suatu penyiksaan buat dia.

Untuk membuka mulut dan menyanyi dirasakan sangat payah. Lebih menyakitkan bila tiap kali dia memejam mata, pasti wajah Naurah akan muncul di fikiran. Naurah itu, Naurah ini. Segalanya tentang Naurah. Dia harus lawan, jika dia terus menerus melayan perasaannya, pasti dia akan jadi gila!

Mustaqim berjalan melawan arus, meredah orang ramai yang mula memasuki Pasar Seni pada malam itu. Tiba-tiba bahunya berlanggar dengan seseorang. Tampa melihat, dia langsung meminta maaf.

“ Sorry…sorry.” Dia meneruskan perjalanannya.

Selang beberapa langkah, hatinya berbisik agar dia berpaling semula melihat orang yang dilanggar itu tadi. Mustaqim mengikut kata hatinya lalu berpaling. Dari jauh dia melihat seorang wanita sedang mengurut bahunya.

“ Naurah………” sekali lagi hatinya berbisik.

Ingin sahaja Mustaqim pergi mendapatkan wanita itu, namun langkahnya terhenti.

“ Ah…..apa lah kau ni. Asal nampak perempuan je, kau fikirkan itu Naurah.” Mustaqim menepuk kepalanya sendiri. Mustaqim meneruskan perjalanannya. Jam hampir ke pukul lapan, dia harus cepat.

♥♥ **************************************************** ♥♥


“ Ok, kita nak ke mana pula lepas ni?” soal Syafiq sebaik sahaja masing-masing memboloskan diri ke dalam kereta.

“ Ermm….saya nak singgah Central Market sekejap boleh tak?”

“ Kenapa la dia suka sangat pergi ke tempat-tempat yang sesak, ramai orang. Nak cari tempat parking tentunya payah.” Rungut Syafiq di dalam hati.

“ You nak cari apa kat sana? tak lapar ke?”

“ Nak cari souvenir sikit. Ha..kat bahagian atas ada tempat makan, kita makan kat situ pun boleh juga.” Naurah memberi cadangan.

Belum sempat Syafiq membalas, telefonnya berbunyi. Namun Syafiq tidak menghiraukan langsung panggilan tersebut.

“ Dari tadi telefon awak berbunyi. Kenapa tak jawab?”

“ Staff I yang call tu, entah apa yang dia nak. I dah kata I busy malam ni.” Jawab Syafiq teragak-agak.

“ Iye ke staff? Entah-entah girlfriend awak. Kesian dia dari tadi cari awak, tak dapat-dapat.” Syafiq terkedu dengan kata-kata Naurah.

“ Ish…..I mana ada girlfriend.”

Perbualan mereka terganggu sekali lagi dengan deringan telefon Syafiq.

“ Dia cari awak lagi. Jawab la. Ada perkara penting tu, kalau tak masakan dia call awak banyak kali.”

“ Hmm….ok. Sekali lagi dia call, I jawab.”

Beberapa saat selepas itu, telefon Syafiq kembali berbunyi. Cepat-cepat Syafiq mengambil telefonnya.

Bie…….you kat mana?
I tahu you busy, but please bie…help me.
Kereta I rosak, I tak tau nak minta tolong siapa.
Please bie…help me.


Syafiq mendengus kasar.

“ Erm…Naurah, I ada hal nak settle kan. Macam ni, you pergi beli barang yang you nak dulu. Bila dah sattle I datang cari you. I pergi kejap je, dekat-dekat sini juga.”

“ Ha…kan betul. Ok lah kalau macam tu. Tak pun awak tak payah la susah-susah pasal saya. Awak uruskan urusan awak, saya balik sendiri pun tak apa, dah biasa pun.”

“ Eh…tak boleh, tak boleh. Macam mana I datang ambil you, macam tu juga I akan hantar you balik. Tunggu I tau, jangan balik sendiri. Janji?” Kali ini suara Syafiq agak tegas.

“ Ok…ok. Janji.” Balas Naurah malas.

“Belum apa-apa lagi dah nak control aku, huh!” Monolog Naurah, namun hatinya menjerit girang. Perancangannya sekatakat ini berjalan lancar. Allah perkenankan doanya, permudahkan urusannya. Alhamdulillah.

♥♥ **************************************************** ♥♥


“ Hei..Mus..!!” keadiran Mus di sambut baik oleh pemuzik-pemuzik yang ada di situ. Mustaqim berjabat tangan beserta senyuman dan terus berjumpa dengan Matt.

“ Aku ingatkan kau tak datang, turn kau dah nak start dah ni. Kan aku dah bagi tahu kau yang kena buat opening..” Bebel Matt.

“ Sorry lah lambat sikit.”

Mustaqim duduk di sebelah Matt, gitar dari bagnya dikeluarkan. Dua buah lagu sudah bermain-main di benaknya dan apa yang pasti lagu itu buatkan dia rasa bahagia tapi dalam masa yang sama sakit menderita, derita merindui Naurah .

“ Mus..!! lama tak nampak?” Mustaqim terkejut bila disapa seorang lelaki bertubuh gempal, berkepala botak menyapanya.

“ Sibuk sikit Bang Bob…” balas Mustaqim hormat.

“ Tul tu bro, asik kerja je. Ni pun puas aku merayu pada dia minta nyanyi baru dia setuju.” Sampuk Matt.

“ Kebetulan kau dah datang, esok ikut aku la. Aku bawa kau pergi kat tempat composer lagu selalu lepak, mana tahu ada rezeki kau, kot dia berkenan nak ambil kau jadi artis dia.”

Mustaqim memandang Bob dengan pandangan kosong, dia sendiri tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan. Memang ini peluang keemasan untuk dia mencipta nama, tapi minatnya sudah mulai kabur, prinsipnya juga harus dipertahankan.

“ Err..nanti la kita cerita. Giliran saya akan bermula sekejap lagi.” Dalih Mustaqim. Dia terus menuju ke hadapan, ke arah pentas. Bob terkebil-kebil memadang Mustaqim. Pandangannya di alihkan pula kepada Matt.

“ Apasal dengan mamat tu?” Soal Bob. Matt mengangkat keningnya.

“ Bro…dia tak sampai hati untuk berkata tidak. Kalau kau nak tahu, dia tak ready lagi nak jadi penyanyi. Dia nak sambung belajar dulu, lepas daripada tu baru dia nak fikirkan pasal ni.” Matt memberi jawapan bagi pihak Mus.

Mustaqim dan dia sudah seperti adik beradik, banyak juga kisah suka duka mereka kongsikan bersama. Dia juga tahu tentang Yassir yang ingin menaja Mustaqim menyambung pelajaran, tentang perancangan Mustaqim dan banyak lagi.

“ La…..masa menyanyi pun boleh apa sambung belajar. Dia ada bakat, sayang kalau disia-sia kan.”

“ Entah la, kata dia untuk jadi penyanyi dia mesti lah tunjukkan contoh yang baik. Ada bakat tapi otak kosong tak guna juga.” Balas Matt.

“ Kau ni dah macam PA dia pulak. Macam-macam lah Si Mus tu.”

Matt tergelak kecil.

“ Aku cuma sampaikan apa yang betul je. Nak tunggu dia bagi jawapan, entah bila.

♥♥ **************************************************** ♥♥

Sedang Mustaqim berjalan, dia terserempak pula dengan seorang gadis. Amy namanya. Gadis genit itu memang biasa bersama-sama dengan kumpulan Matt. Dia sering kali mengelak untuk bertemu dengan gadis itu. Bukan dia benci, tapi tidak berapa berkenan dengan sikap Amy, serba tidak kena pada matanya. Dari gerak geri Amy dia tahu apa yang tersirat di hati gadis itu, namun baginya buat apa lah memberikan harapan jika hati tidak suka.

“ Hai Mus…lamanya tak nampak, baru tadi Amy terfikir pasal Mus, tup-tup Mus ada depan mata.” Sapa Amy dalam nada manja.

“ Eh, lepas ni jangan balik dulu tau, Amy nak belanja Mus makan. Lama kita tak lepak sama.” Sambung Amy lagi.

“ Maaf la Amy, saya datang ni pun sekejap je, nak tolong Matt. Lepas habis ni saya kena balik cepat. Ada hal lain, esok nak kerja lagi.” Mustaqim memberi alasan. Dia terus naik ke pentas, menginggalkan Amy sendiri.

Amy merugut kasar, tubuhnya dihempaskan di kerusi bersebelahan dengan Matt.

“ Apasal marah-marah ni? Kena reject dengan Mus lagi eh?”

Amy tidak menjawab, dia hanya duduk di situ sambil memeluk tubuh. Hatinya panas. Kenapa Mustaqim tidak mahu langsung melayan dia, malah sejak dari dulu Mustaqim sentisa bersikap dingin. Kenapa?

“ Tu la, aku nak kat kau. Kau jual mahal, Mus yang tak nak kat kau juga yang kau kejar.” Sambung Matt lagi.

“ Ish…..kau diam lah..!!” Marah Amy.

“ Hentikan lah Amy, buang masa kau je. Dia dah berpunya dan orang macam dia kalau dah cinta, cinta sampai mati.” Kata-kata Matt buatkan hatinya bertambah pedih.

“ Cantik sangat ke budak tu, buruk sangat ke aku ni, sampai aku sikit pun dia tak pandang.”

Belum sempat Matt menyambung, kedengaran tepukan gemuruh dari luar sebaik sahaja Mustaqim memetik gitarnya dan mula menyayi. Lagu Hero dari Enrique Iglesias menjadi pilihan pertama Mustaqim. Matt faham benar, pastinya Mustaqim sedang ingatkan Naurah. Lagu itu lagu kegemaran Naurah, sebelum ini Mustaqim pernah menyanyikan lagu ini di khalayak ramai hanya untuk Naurah.

Apa yang terjadi di antara pasangan romantis itu baru-baru ini turut meruntun hatinya. Matt tumpang sedih dengan apa yang terjadi, namun dia tidak terdaya untuk membantu, Mustaqim kelihatan tabah, namun dia tahu Mustaqim hanya berpura-pura. Wajahnya mengukir senyuman namun hatinya menangis.

“ Cantik juga la orangnya, kau pun cantik juga. Kau cantik dengan cara kau, dia cantik dengan cara dia.” Balas Matt.

“ Cara dia yang macam mana? Dia bertudung? Aku pun boleh bertudung.” Bidas Amy, seakan-akan dapat mengagak gadis pilihan Mustaqim.

“ Kalau kau nak pakai tudung hanya semata-mata nak pikat Mus, hentikan lah Amy.Takkan ke mana punya. Orang nak bertudung kerana diri sendiri nak berubah, bukan kerana orang lain, tahu? Tu lagu yang dia nyanyi sekarang ni, lagu favourite kekasih dia, dah tentu-tentunya dalam fikiran dia hanya ada budak tu. Kau rasa kau ada chance ke?” Matt sengaja menduga Amy, Api cemburu Amy semakin meluap-luap.

Amy merengus lagi, kali ini dia tidak menjawab, dia kembali mendiamkan diri menghayati lagu dendangan Mustaqim.

“ Naurah………” Amy memalingkan wajahnya ke arah Matt apabila mendengar nama Naurah di sebut. Hatinya tertanya-tanya siapakah Naurah? Kekasih Mustaqim?

Melihat Matt memadang ke luar, dia turut mengalihkan pandangannya. Kelihatan seorang gadis bertudung masuk ke dalam dan memilih meja yang agak hujung dan tersorok di penjuru restoran.

“ Cantik juga minah ni, tapi kenapa dia duduk di situ, macam tangah megendap je. Jika betul Mus tu balak dia, kenapa tak datang depan-depan?” Amy berteka-teki sendiri.

“ Siapa tu Matt? Girlfriend Mus ke?” soal Amy.

“ Hmm…..” jawab Matt pendek, Matt masih lagi meninjau-ninjau melihat Naurah.

“ Aku nak pergi jumpa dia lah….” Amy mula bagun. Namun pergerakkannya terhenti bila Matt menarik tangannya.

“ Eh….kau jangan nak sibuk. Duduk je kat sini.” Matt menarik sekali lagi tangan Amy membuatkan Amy terduduk kembali.

♥♥ **************************************************** ♥♥

Matanya dipejam rapat, wajah Naurah kembali menerjah difikiran. Senyuman diukir, senang bila melihat Naurah sedang senyum dan ketawa, dengan lancar suaranya dialun lunak dan merdu mendendangkan lagu Sampai Syurga nyanyian dari Faizal Tahir. Setiap bait lagu itu memang ditujukan khas buat Naurah. Melalui lagu itu dia meluahkan segalanya. Itu memang caranya sedari dulu.

Jauh di sudut hatinya berkata, alangkah bahagianya jika Naurah kini berada di hadapannya, mendengar lagu dendangannya seperti selalu. Biarkan Naurah mengerti apa yang sedang dia lalui ketika ini. Sakitnya melawan perasaan, sakitnya bila terpaksa menempuh hari-hari tampa dirinya. Bertambah sakit bila memikirkan yang dia kini semakin jauh, jauh dari hidupnya. Harapan untuk menghabiskan sisa hidup bersama semakin pudar dan terus pudar.

Adakalanya dia bertanya kenapa takdirnya begitu kejam. Kenapa orang miskin sepertinya sering dipandang hina? Kenapa orang miskin sepertinya nasib sering sahaja malang?.

“Naurah…!!!” hatinya menjerit.


Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Tuk dirimu
Sampai syurga kumenunggu
Sampai syurga kucintamu
Hanya kamu……… ~ Sampai Syrga-Faizal Tahir


Mata yang dipejam rapat kembali dibuka, ada linangan air di kelopak matanya dengan perlahan dia mengesat air mata itu. Air mata yang tidak mampu ditahan, akhirnya mengalir juga walaupun sedikit. Saat dia mengangkat wajahnya, dia terkedu seketika.

Kini mata milik gadis yang sangat dia rindui bertentangan dengan matanya. Meskipun dalam jarak yang agak jauh, namun getaran perasaan itu tetap ada. Mata gadis itu juga basah dengan air mata.

“ Saya akan sentiasa bersama dengan awak, walau di mana sahaja awak berada. Saya ada di sini, di hati awak, always, always and forever always.” bisikan Naurah suatu ketika dahulu kembali terngiang-ngiang di cuping telinganya.

Mata itu masih lagi direnung dalam, seolah-olah sedang berbicara tampa suara.

“ Saya rindu kan awak……..saya sayangkan awak…….”

Naurah mengesat air matanya dan terus belari ke luar.

“ Saya juga begitu, terlalu cintakan awak. Awak jangan pergi ……….jangan biarkan saya sendiri..”

Hatinya sahaja berkata-kata namun Mustaqim tidak berbuat apa-apa. Dia hanya berdiri di situ melihat Naurah sehinggalah kelibat Naurah hilang. Ingin rasanya dia mengejar, namun kakinya terasa berat. Saat Naurah hilang di hadapan mata, kakinya menjadi lemah tidak terdaya untuk berdiri.


♥♥ **************************************************** ♥♥
adakah pasangan ini pasrah dengan kehendak takdir...??

1 comment:

MaY_LiN said...

aaaaaa..
too sadla sis..
tamo la pisahkan dorang ni