Wednesday, January 25, 2012

AKU,DIA & TZM - PART 33

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥


Seharian Naurah gelisah, sekejap dia bangun, sekejap lagi dia duduk.Puas dia berfikir mencari akal bagaimana caranya untuk dia bertemu dengan Mustaqim malam ini. Kalau dia keluar sendiri, apa pula kata mamanya. Sudah lah semalam dia menipu, dia tak boleh gunakan taktik yang sama. Dia harus membawa seseorang untuk menemaninya, dengan cara itu sahaja lah mamanya takkan bersangka yang bukan-bukan.

Orang yang pertama bermain dalam fikirannya adalah Nabilah anak Pak Said, baru sahaja dia ingin membuka mulut bertanya pada Pak Said, dia terdengar Pak Said berbual-bual dengan Mak Diha, bercerita tentang Nabilah yang mengikuti aktiviti berkayak di Terengganu. Naurah mengeluh hampa.

Wajah Fika pula terbayang difikiran, sudah lama dia tidak mendengar berita dari Fika. Fika tiba-tiba menyepi. Telefonnya dicapai, nombor telefon Fika didail. Namun Naurah sekali lagi hampa kerana panggilannya tidak berjawab. Mungkin Fika masih belum tahu nombor telefonnya yang baru, Naurah membuat andaian sendiri.

Assalammualaikum,
Fika….kau apa kabar?
Lama tak dengar cerita, harap kau sihat-sihat saja.
Ni nombor telefon baru aku- Naurah

SMS telah lama dihantar, namun masih lagi tiada sebarang respon dari Fika. Naurah termenung sendiri.

“Mak!!” hatinya menjerit.

“ Ish gila apa bawa Mak Diha ke situ…takkan mahu nya mak ikut aku…” rungut Naurah sendiri.

Naurah berjalan mundah-mandir di balkoni biliknya, berfikir dan terus berfikir. Naurah memandang dada langit, hatinya merintih memohon doa pada Yang Esa.

“ Ya Allah…..bantu lah aku. Jika dia bukan untuk aku, aku redha dengan ketentuan mu. Namun aku mohon, izinkan aku bertemu dengannya untuk kali yang terakhir.” Doa yang sama, diulang dan terus diulang. Mengharapkan bantuan pada Allah.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Naurah berlari masuk semula ke biliknya untuk mendapatkan telefon.Panggilan itu terus di jawab.

“ Hmm….ok. Datang lah saya tunggu.” Talian di matikan. Hatinya melonjak girang, matanya mula berkaca,

“ Ya Allah………Terima kasih Allah….terima kasih.”

♥♥ **************************************************** ♥♥


Syafiq menyisir rambutnya rapi sambil menyanyi kecil. Hatinya riang.

“ Wah anak mama ni, happy semacam je? Ada apa-apa ke ni?” tegur Maria.

“ Happy ke mama?” soal Syafiq kembali.

“ Iya, Syafiq nampak happy semacam, tak nak share dengan mama?”

Syafiq senyum meleret memandang mamanya.

“ E..eh budak ni, soalan kita tak berjawab, senyum je dari tadi. Angau ke?”

“ Naurah la mama, dia setuju nak keluar dengan Fiq kejap lagi.” Syafiq senyum lagi.

Maria turut tersenyum, benar lah cerita Zalia tempohari.Naurah dah berubah, tidak murung seperti selalu.Lega, itu lah yang dia rasakan ketika ini.

“ Bagusnya, ini bermakna anak mama dah berjaya la pikat hati budak kepala batu tu?”

“ Ish mama ni, ada pula kata macam tu.” Marah Syafiq.

Maria memang tidak sukakan Naurah sejak pertama kali lagi mereka bertemu, dia bukan suka kan sangat Naurah berkahwin dengan anak dia. Pada matanya Syafiq tak layak dengan Naurah yang agak kekampungan itu. Ramai lagi perempuan yang jauh lebih cantik, lebih moden lebih bergaya dari Naurah yang boleh Syafiq dapatkan. Memikirkan yang Naurah adalah pewaris tunggal Nordin Cooperation, segala kateria yang tak menyenangkan hatinya tentang Naurah diendahkan.

Sebaik sahaja Syafiq menjadi suami Naurah yang sah, Syafiq akan mengambil alih syarikat itu. Bila syarikat suaminya dan Nordin Cooperation bergabung, empayar mereka akan dapat diperluaskan lagi. Naurah dan Zalia akan disingkirkan, segala milik Zalia akan menjadi miliknya dan saat itu, hidup dia akan lebih senang dari sekarang, siang dan malam dia akan tidur di atas duit. Maria tersenyum sendiri bila membayangkan semua rancangannya menjadi.

“ Ma…..yang senium-senyum ni kenapa?” sergahan Syafiq mengejutkan dia dari lamunanya.

“ Tak ada apa, saja je berangan. Mama bayangkan betapa handsomenya anak mama masa naik pelamin tu nanti.”

Syafiq tersenyum lebar bila mendegar kata-kata mamanya. Dia pun sudah lama membayangkannya. Tentu pada hari itu dia lah lelaki paling bertuah di dunia, akhirnya dia berjaya mendapatkan Naurah. Ada sesuatu yang menarik tentang Naurah yang buatkan dia resah, gelisah apabila memikirkan gadis itu. Cinta, ya perasaan cinta itu mula hadir sejak dia mula berkenalan dengan Naurah. Itu lah yang buatkan Naurah sangat istemewa di mata dan juga di hatinya.

“ Ok lah mama, Fiq gerak dulu.”

♥♥ **************************************************** ♥♥


Zalia tersenyum lebar bila melihat kereta milik Syafiq memasuki pengkarangan rumahnya. Hatinya senang sekali bila Naurah memberitahu yang Syafiq mengajak dia keluar.

“ Syafiq…….mari masuk” pelawanya mesra. Syafiq keluar dari perut kereta dan terus bersalaman dengan Zalia.

Belum pun sempat Syafiq melangkah, dari jauh kelihatan Naurah menuruni anak tangga.Tak berkelip mata Syafiq memandang Naurah. Naurah mengenakan blous longgar berwarna unggu gelap, seluar denim biru dan dipadankan pula shawl putih bercorak geometri berwarna biru dan juga unggu. Pemakaian yang cukup ringkas namun sangat menarik di mata Syafiq.

“ Amboi….mata tu. Sabar Fiq, tak lama saja lagi.” Zalia mengusik Syafiq yang asyik memerhatikan Naurah. Wajah Syafiq terasa panas, menahan malu.

“ Hmm…jom lah, mama…..pergi dulu.” Naurah menghulurkan tangan dan terus bersalam dengan mamanya.

“ Err…ok.” Syafiq kehilangan kata-kata. Selepas bersalaman dengan Zalia, Syafiq membontoti Naurah menuju ke keretanya. Dia baru sahaja bercadang untuk membuka pintu untuk Naurah, namun Naurah terlebih dahulu sudah memboloskan dirinya ke dalam kereta.

Syafiq tersenyum lagi. Jelas nyata Naurah lain dari yang lain. Jika gadis-gadis sebelum ini, selagi dia tidak bukakan pintu, selagi itu lah gadis itu tidak akan masuk ke dalam. Syafiq semakin suka, suka kan dengan sikap Naurah, dalam kelembutan ada tegasnya. Walaupun anak tunggal, Naurah tidak hanyut dengan kemewahan yang ada. Dia pandai bawa diri, berdikari.

“ Miss Indepandent….” Bisik hati kecil Syafiq.

Enjin kereta dihidupkan dan tidak lama selepas itu kereta Syafiq meluncur laju meninggalkan pengkarangan rumah. Apabila berdua di dalam kereta, keadaan menjadi sepi. Hanya alunan lagu dari radio sahaja yang kedengaran.

“ Erm…kita nak ke mana ni? You cakap je nak ke mana, I boleh bawakan.”Syafiq memulakan perbualan.

“ Bukan ke awak yang ajak saya keluar, takkan tak tahu nak ke mana?” soal Naurah.

“ Sungguh I tak tahu, tak rancang pun. Sebenarnya I saja-saja cuba nasib call you. Biasanya panggilan I jarang you nak jawab, tapi petang ni lain pula. Bila ajak keluar pun you terus setuju. Memang I tak jangka kan semua ni.” Syafiq bercerita panjang, hatinya girang.

“ Ha….kita pergi The Mines nak? Tak pun pusing-pusing Alamanda?” sambung Syafiq.

“ Tak nak lah, jauh sangat. Dah petang ni. Awak kata awak boleh bawa ke mana sahaja yang saya nak pergi kan?”

“ Hmm..iya. So nak ke mana?” balas Syafiq.

“ Saya nak ke Masjid Jamek. Lama tak ke sana, nak cari barang sikit.”

“ Hah..Masjid Jamek, pada waktu begini?”Syafiq sempat memandang jam di dashboard. Waktu petang begini, pastinya tempai itu sesak dengan manusia. Kenapa lah Naurah mahu ke sana? Macam lah tak boleh beli barnag di tempat lain.

“ Kalau tak boleh tak apa lah, ikut je la awak nak ke mana.” Dari tonasi suara Naurah, Syafiq dapat mengagak yang Naurah seakan merajuk walaupun riak wajahnya tak menunjukkan apa-apa.

“ Ok lah, kita ke sana.”

Naurah hanya mendiamkan diri, namun di dalam hati melonjak gembira. Dia mula menyusun rancangan agar dia dapat bertemu dengan Mustaqim malam ini.

♥♥ **************************************************** ♥♥

Jalan Masjid India, tempat itu sentiasa sesak dengan manusia pelbagai bangsa, pelbagai agama. Naurah gembira, seronok. Kebebasannya kini kembali walaupun dia tahu tidak lama, dalam bersesak-sesak dengan orang ramai, matanya meliar melihat tudung yang pelbagai jenis dan warna bergantungan di kedai-kedai yang dia lalui. Sudah lama dia menyimpan niat untuk membelikan tudung untuk Mak Diha dan juga untuk Nabilah. Dia akan gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk melunaskan niatnya.

Setelah berjaya mendapatkan dua helai tudung, dia singgah pula ke gerai yang menjual air. Dua cawan air kelapa dan sebotol air mineral sejuk kini berada di tangannya. Dari jauh Naurah memerhatikan Syafiq.

Lelaki itu begitu setia membontotinya dalam keadaan terpaksa. Ya, jelas sekali pada riak wajah Syafiq yang dia tidak selesa dengan keadaan di situ, mana dengan orang ramai ditambahkan lagi dengan cuaca yang panas membahang walaupun hari sudah menganjak ke petang. Wajah Syafiq menjadi merah kemerahan menahan bahang.

Sesekali wajahnya berkerut bila Naurah tiada di hadapan mata. Melilau matanya memandang sekelilng mencari kelibat Naurah. Bimbang kalau-kalau Naurah hilang. Terkekeh-kekeh Naurah ketawa pabila melihat gelagat Syafiq. Lucu. Tetapi dalam masa yang sama, hatinya berdetik.

“Kasihan Syafiq,” Naurah cepat-cepat mendapatkan Syafiq. Bahu Syafiq ditepuk perlahan.

“ Naurah..!!” itu lah perkataan yang pertama keluar dari mulut Syafiq bila melihat Naurah di belakangnya. Naurah cuba menahan gelak.

“ Nah…air untuk awak, minum lah.” Naurah menghulurkan air kelapa kepada Syafiq.

Cawan bertukar tangan, tanpa menoleh kiri dan kanan, dengan rakusnya Syafiq menyedut air kelapa tersebut. Tidak sampai seminit, cawannya kosong. Melihat kerakusan Syafiq, Naurah menghulurkan pula airnya kepada Syafiq.

“ Eh, you punya kan? Minum lah.” Syafiq menolak.

“ Tak payah nak jual mahal sangat lah, saya tahu awak haus. Nah ambil ni, minum.” Syafiq teragak-agak untuk mengambil air tersebut.

“ Ambil lah, ni last offer. Saya tahu awak tak puas lagi tu. Masih lagi haus.” Naurah menyuakan sekali lagi air kepada Syafiq, dan kali ini Syafiq tidak menolak. Seronok pula Naurah memerhatikan gelagat Syafiq.

“ Kenapa you pandang I macam tu?” soalan Syafiq buatkan Naurah tersenyum.

“ Tak ada apa lah, saya tengok orang lain, bukan awak. Jangan perasan.” Kata-kata sinis Naurah buatkan Syafiq terdiam, malu sendiri.

Naurah mengajak Syafiq duduk bagi menghilangkan penat. Tiada sebarang perbualan yang berlangsung. Syafiq menyedut minumamnya sambil memerhatikan gelagat orang yang lalu lalang dan Naurah pula matanya masih lagi menjeling-jeling barang-barang yang di jual di situ.

Tiba-tiba matanya terpandang akan sehelai tudung bawal berwarna kundang bersulam tepi dengan bebenang emas membentuk bunga-bunga kecil. Hati Naurah tertarik, serta merta dia teringatkan mamanya. Membayangkan mamanya mengenakan tudung itu di kepalanya, pasti cantik. Naurah tersenyum sendiri. Naurah bingkas bangun, dia ingin membeli tudung itu. Walaupun dia tahu yang mamanya tidak bertudung, tapi tidak salah rasanya untuk dijadikan hadiah.

“ Eh….you nak ke mana lagi ni?” soal Syafiq

“ Awak duduk la sini dulu, saya nak ke sana sekejap.”

“ Err..iya lah. Jangan lama-lama.” Pesan Syafiq.

♥♥ **************************************************** ♥♥

Hari semakin gelap, suara orang mengaji dari masji India yang terletak hanya beberapa meter dari tempat duduk Syafiq mula kedengaran. Orang ramai masih sibuk seperti biasa. Syafiq setia menunggu Naurah di situ. Sedang ralit memerhatikan orang, dia juga perasan yang dirinya diperhatikan oleh sekumpulan gadis yang berdekatan dengannya. Sedikit pun Syafiq tidak endahkan. Kumpulan gadis belasan tahun yang baru pulang ke sekolah. Itu bukan minatnya. Kini di mata dan di hatinya hanya ada Naurah.

Baru sahaja terfikirkan Nuarah, Syafiq senyum bahagia bila dia nampak Naurah dari jauh sedang berjalan ke arahnya.

“ Dah habis shopping?” sapa Syafiq.

“ Yupp….saya belikan ini untuk mama.” Naurah menunjukkan tudung kundang yang baru sahaja dia beli kepada Syafiq.

“ Cantik, pandai you pilih. Kalau you pakai, pasti lah sangat cantik.” Pujian Syafiq buatkan Naurah terkedu, buatkan dia kehilangan kata-kata.

“ Bila nak guna, masa kita tunang nanti ke?” soal Syafiq lagi. Serentak dengan soalan itu, suara azan maghrib berkumandang.

“ Naurah….tudung ni you nak pakai bila?” Syafiq mengulangi semula soalannya.

Naurah tidak menjawab, dia sekadar meletakkan jarinya ke bibir lalu menunjuk ke arah masjid. Syafiq mengangguk perlahan tanda faham dengan apa yang Naurah cuba sampaikan. Setelah azan selesai berkumandang, kelihatan umat Islam berpusu-pusu masuk ke dalam masjid. Naurah juga bingkas bangun.

“ Erm…kita nak ke mana pula lepas ni?” soal Syafiq. Naurah memandang Syafiq, keningnya diangkat.

“ Kita solat Maghrib kejap yer. Nanti dah selesai kita jumpa semula di sini.”

“ Errm..ok.” Naurah membimbit bag tangan beserta bag-bag plastik yang lain masuk ke pengkarangan masjid. Tinggal Syafiq terkebil-kebil sendiri.

“Solat?? Bila agaknya kali terakhir aku bersolat? “ monolog Syafiq.

Seingat dia, kali terakhir adalah pada zaman persekolahannya dulu. Lepas daripada itu, dia sudah tidak kenal apa itu sejadah, memengang Al-Quran jauh sekali. Papanya selalu marah kepadanya, namun kebiasaannya dia akan dibela oleh mamanya. Lepas daripada itu papanya sudah tidak kuasa untuk memarahinya. Terpulang lah pada dirinya sendiri untuk mencorakkan hidupnya dan kini dirinya hanyut dalam keseronokkan dunia.

Melihat Naurah, kakinya seolah-oleh ringan untuk ikut masuk ke dalam masjid. Namun dia lupa bagaimana untuk bersolat, bagaimana pula dengan bacaannya?. Syafiq resah sendiri. Jauh dari hati Syafiq, dia mula menanam azam untuk berubah.

Tapi mampu kah? Persoalan ini mula berlegar-legar di benaknya.


♥♥ **************************************************** ♥♥

3 comments:

RinsyaRyc said...

mampu punyer...

Anonymous said...

nak naurah dngn mustaqim...rindu kat diaorang

nabilah_2908 said...

@ Rinsya

kita nantikan yupp...adakah Syafiq akan berubah ataupun terus hanyut.. :)

@Anonymous

mereka pasti akan bersatu.... :)