Tuesday, June 7, 2011

HEY DIELYLA - PART 1

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Dielyla, Dielyla, Dielyla…..

Kenapa yer budak tembam ni selalu bermain di fikiran aku. Nak kata cantik bak bidadari, tidak la pula. Sungguh pun tak cantik, tapi comel. Aku suka tengok dia senyum, setiap kali senyuman terukir di bibirnya, sepasang lesung pipit di kiri dan kanan pipinya yang tembam itu pasti kelihatan.

Arghh…..cutenya kau Dielyla..aku suka.

Cinta kah aku pada dia…? Ah…tak mungkin lah, Si Zarra tu nak campak mana?

Kalau nak dibandingkan antara Zarra dan Dielyla, Zarra jauh lebih cantik. Potongan badan..pergh memang macam model, tinggi lampai, putih itu dah tentu. Kalau dia apply tuk jadi model memang boleh sangat. Anak orang kaya pulak tu. Manja tapi gedik tak ingat dunia.Orang kata aku bertuah dapat memiliki Zarra sebab ramai yang tergila-gilakan dia.

Bertuah ke aku….?Hmm…entah la….aku yang jadi gila ada la.Aku memang suka perempuan manja, tapi Si Zarra tu melebih lah pula.

Dielyla pula macam mana…? Damn..!!! tiap kali nama itu aku sebut, pasti aku akan senyum…aura apa yang kau bawa ni Dielyla?

Gadis montel, tapi comel. Sungguhpun berisi, tapi dia pandai bergaya. Setiap pakaian pilihannya pasti kena dengan tubuh yang montel tu. Dia sentiasa comel..!! ha itu la hakikatnya. Tiap kali aku jumpa dia, mesti aku akan sakat dia. Adakalanya dia marah, adakalanya dia senyum tersipu-sipu malu.

Tengok, aku senyum lagi.

Hey there Dielyla…don't you worry about the distance…
I’m right there if you get lonely…give this song another listen..
Just close your eyes…listen to my voice, it's my disguise…
I’m by your side..
Oh it's what you do to me…what you do to me..

Lagu yang aku suka nyanyi tiap kali aku ternampak dia dalam kelas. Jika satu ketika dulu lagu Hey There Delilah nyanyian kumpulan Plain White T’s memang favorite aku, bila aku jumpa dengan Dielyla, aku makin suka dengan lagu ni.

Nasib baik lah Si Zarra dengan aku lain course, kalau satu kelas masak aku di buatnya.

Faiz pernah juga nasihatkan aku, jangan menyakat sangat Si Montel tu, takut dia salah anggap, takut dia ingat aku sukakan dia, seolah-olah aku beri harapan pada dia. Jika difikir-fikirkan, ada betul juga.

Tapi…aku tak boleh la tahan diri aku dari terus menyakat dia. Ala aku usik pun, usik-usik manja bukan teruk mana, tak pernah rasanya aku sakitkan hati dia. Buat dia happy ada lah.

Kenapa eh bila aku nampak Si Afdhal bercakap-cakap dengan Si Montel kesayangan aku tu, aku rasa cemburu, sakit hati.. Tapi, agrhh..!!! aku keliru dengan perasaan sendiri.



“ oit Arman….!!!” Arman tersentak, tangannya yang sedari tadi ligat menulis terhenti. Bayangan wajah Dielyla mahupun Zarra lenyap dari ingatan.

Arman mendegus kasar,

“ kau tak reti bagi salam ke Faiz…?” bentak Arman.

“ kau tu yang leka sangat menulis diari…macam perempuan dah aku tengok….ni ha…awek kau Si Zarra dok meroyan cari kau…dia kata dia dah call kau banyak kali tapi kau tak jawab….”

“Allahhuakhbar…..!!”Arman menepuk kepalanya, dia bingkas bangun dan terus mencapai bagnya dan terus mengambil telefon.

“ hah…hambik….tah bape ribu miscalled gaknyer tu kan…?” sindir Faiz.

“ hmm…ada 51 miscalled, 5 sms……”

" tak dapat cari kau..dia cari aku pulak...haih....." giliran Faiz pula mengeluh.

Arman melepaskan keluhan berat, dia dapat mengagak, pasti Zarra akan marahkan dia. mahu tak mahu dia terus mendail nombor telefon Zara.

“ B………….!!!” sepertimana yang telah dijangkakan oleh Arman, terdengar jeritan Zarra di hujung corong telefon. Arman terpaksa menjarakkan sedikit telefon dari telinganya.

you pergi mana….naik patah jari I dail number you tau……” rengek Zara lagi.

“ ada je kat sini..siapkan assignment….sorry baby…”

Faiz memberikan pandangan sinis kepada Arman yang sedang berbohong.

“ iyer la tu buat assignment…entah-entah tengah dating dengan perempuan mana tah….”

“ terpulang pada you la nak percaya ke tidak….I letih ni…tak kuasa nak melayan cemburu you yang tak sudah…..”

“ ok…ok….I percaya……jangan la marah…patutnya I yang marah you tau....”

“ hmmm….you nak apa…call I banyak kali….?”

I nak ajak you pergi shopping….kita pergi eh B…..I ambil you pukul 7 petang ni….nak beli baju sikit…ha..baju you pun dah takde kan…boleh pergi beli sekali….”

“ pukul 8 lah…..nak solat maghrib dulu…”

“ ok…..haih…untung I dapat bf macam you…dah la handsome…tak tinggal sembahyang pulak tu….ok la..nanti kita jumpa……I love you……muaahh..!! bye….” Jawab Zara girang.

♥♥ **************************************************** ♥♥



“Bodoh..kau memang bodoh Lyla…!!!!!!!!!!! Perasan tak habis-habis” jerit Dielyla sendiri di dalam biliknya.

Dielyla menyembamkan mukanya di bantal, dia menangis semahu-mahunya. Peristiwa di café petang tadi telah meremukkan hatinya, peristiwa hitam yang dia tak akan dia lupakan sampai bila-bila. Seumur hidupnya, dia tidak pernah dimalukan seteruk ini.

Sedang Dielyla menatang dulang yang berisi sepinggan mee goreng basah dan segelas teh ais, dia dikepung oleh Zarra bersama dua rakannya yang lain membuatkan perjalanan dia terhenti.

Girls….ini la budak gemok yang tak sedar diri…yang syok sendiri…ada hati nak bercinta dengan bf orang….apa dia tak cermin ke diri dia puas-puas..or cermin di rumah dia tak cukup besar kot..” ucap Zarra sinis.

Dielyla hanya memandang satu-persatu wajah perempuan yang menghalang perjalanannya itu. Sorang demi seorang merenung Dielyla sambil mentertawakan dirinya.

“ tengok……mee berladung dengan minyak…minum teh ais lagi….eeeeuuuuu….patut la lemak tu berlempap-lempap di badan…..” sindir Zarra lagi lalu muncuit sedikit pinggang Dielyla.

Dielyla masih menahan sabar dengan perbuatan Zarra. Dia bingung, kenapa Zarra harus menganggu dirinya.

“ kau nak apa sampai halang-halang aku ni…?”

“ kau tanya aku nak apa….? well….aku tak nak apa-apa pun….cuma aku nak bagi kesedaran pada kau….”

Zarra mengeluarkan sebuah buku berwarna unggu lembut dari dalam bagnya. Membulat mata Dielyla apabila melihat buku yang berada di tangan Zarra, dia sangat cam akan buku tersebut, itu adalah diarinya yang hilang sejak seminggu yang lalu.

“ kenapa….terkejut….? nah…baca kan tuk aku…..” arah Zarra kepada rakannya, rakannya hanya menurut.



Pagi tadi, aku memang bad mood sangat.Lagi-lagi bila abang lambat bangun, tentu-tentunya aku lewat ke kelas.Tapi sebaik sahaja aku masuk ke kelas, tengok-tengok Lecturer masih belum masuk. Kata Farah, kelas di lewatkan sejam.

Fuhh..lega sangat rasa hati..

Tak lama selepas itu, Arman masuk, sebaik sahaja dia nampak aku terus dia senyum. Time tu..ahhh….cair bila tengok senyumannya. Orang sekacak Arman sudi hadiahkan senyuman dia pada aku. Paling best bila dia ambil gitar dari tangan Faiz dan terus nyanyi lagu Hey There Delilah dalam versi dia sendiri,

Ooh….ketika itu….aku tak dapat bayangkan macam mana perasaan aku...rasa macam ada rama-rama beterbangan dalam perut besar aku ni..hehehe…

Dia menyanyi…sambil memandang aku….ah…buatkan aku tersipu-sipu malu..

Hey there Dielyla…apa kabar kamu hari ini…?
Kamu kelihatan sangat comel sekali….itu pasti..
Sehari tak melihat kamu….buatkan aku rindu….
Oh it's what you do to me…oh…what you do to me..

Ada saja idea dia menyakat aku…..dengan kehadiran Arman, buatkan aku semakin bersemangat untuk teruskan pengajian aku di sini….

Arman suka panggil

“ Montel ku sayang……..”

“ Comelnya….!!” Arman akan jerit secara tiba-tiba.

Yang pasti aku suka dia panggil aku begini..

“ Hey Dielyla……….”

Suara dia yang garau-garau basah tu bisa buatkan aku tak lena tidur.

Awal semester dulu, aku cukup bencikan Arman, yer la suka sangat menyakat aku. Tapi kini perasaan itu berubah. Sejujurnya aku semakin sayang pada dia. Tu lah kan orang tua-tua cakap jangan benci sangat, nanti jatuh sayang.

Nah…betul-betul terjadi pada aku. Kalau sehari dia tak menyakat aku, aku rindu walaupun adakalanya dia menyakitkan hati.

Ini kah cinta…..? apa itu cinta…? aku belum pernah merasakan apa itu cinta..begini kah perasaannya bila jatuh cinta…?

Tapi…apa pula perasaan dia pada aku….sama ke…? Atau aku je yang syok sendiri..?

Tapi…bukan ke dia dah ada Zarra, adakah ianya satu perkara yang mustahil kalau dia tinggalkan Si Gedik tu sebab aku…



Merah padam muka Dielyla ketika itu. Malu, dia merasa malu yang amat sangat. Lagi-lagi bila kawan Zarra membaca dalam nada yang menyindir.

“ mana kau dapat diari aku tu…..kau orang semua memang tak amanah tau..baca diari orang….”

“ hey Dielyla……!!!! Kau tak cermin muka kau tu yer….? Ada hati nak rampas Arman dari aku….kau simpan jer la angan-angan kau tu…Arman cuma suka menyakat kau…takde makna dia sukakan kau…..”

Dielyla mula panas hati dengan kata-kata Zarra, dadanya turun naik menahan marah. Dia merenung Zarra dengan pandangan yang tajam. Ikutkan hati mahu sahaja dia menelan Zarra hidup-hidup. Namun Zarra pula menjengkilkan matanya ke arah Dielyla membuatkan dia berudur ke belakang sedikit.

Zarra mengambil air teh ais yang berada di atas dulang yang ditantang oleh Dielyla.

“ kau tau tak…teh ais ni tak baik untuk kesihatan…..”

“ suka hati aku lah…apa masalah kau…?” balas Dielyla.

“ hmm….takde apa masalah pun..cuma……aku nak tunjukkan pada kau yang…….ini balasan untuk perempuan gemok yang tak sedar diri…..” ucap Zarra sambil menyimbah teh ais itu ke muka Dielyla.

Kemarahan Dielyla mula sampai ke puncak. Dulang yang berada di tangan dihempaskan ke lantai, dia tidak peduli dengan orang ramai yang berada di café tersebut. Perbuatan Zaraa sangat melampau, Dielyla menolak Zarra dengan sekuat hati, sehinggakan Zarra jatuh terduduk ke belakang, kepalanya terhantuk di kerusi café yang terletak berhampiran.

“ aduh……..” rengek Zarra sambil memegang kepalanya yang sakit. Rakan-rakannya segera mendapatkan Zarra.

Keadaan bertambah buruk apabila Arman menyaksikan sendiri Dielya menolak Zarra sehingga terjatuh. Ketika itu dia mula hilang pertimbangan. Dari jauh dia berlari mendapatkan Zarra yang sedang ditenangkan oleh rakan-rakannya.

“ Zarra!!!….”

Sebaik sahaja Zarra melihat kelibat Arman, lagi kuat dia merintih, merengek kesakitan. Dielyla pula ketika itu kaget, dia tidak menyangka yang dia akan menolak Zarra sebegitu kuat. Akibat api kemarahan yang membara dalam hati buatkan dia hilang pertimbangan buat seketika. Dielyla mula berasa serba salah. Dia cuba untuk membantu Zarra, namun tangannya di tepis Arman kuat.

“ B……budak gemok ni yang tolak I…kepala I sakit B…terkena kerusi ni…..” adu Zarra.

Darah Arman mula meyirap. Dia merenung anak mata Dielyla dalam. Keadaan Dielyla yang kebasahan dengan air teh ais, langsung dia tidak endahkan.

“ awak buat apa dengan Zarra ni…?”

“ sa….saya….saya……..” tiada perkataan yang mampu keluar dari mulut Dielyla ketika itu.

“ B…….nak tahu tak..dia datang ugut I…minta I putuskan hubungan kita…..dia nak rampas you dari I….dia kata….you dah mengaku pada dia yang you cintakan dia…bukan I…..hmmm….” Zarra mula menabur fitnah.

“ itu fitnah…..fitnah…saya tak cakap macam tu pun……” Dielyla cuba membela diri.

“ kalau you tak percaya…tanya la kawan-kawan I…mereka boleh jadi saksi…betul tak…?” dua rakan Zarra beria-ia menangguk, mengiakan kata-kata Zarra.

Sekali lagi Arman memberikan jelingan tajam ke arah Dielyla.

“ hey gemok….!!! Kau ingat..badan kau besar..kau boleh buli orang sesuka hati…..?? dah pergi dari sini…aku muak…aku benci tengok kau…pergi,….!!!”

Luluh hati Dielyla bila dijerkah begitu, dia hampir tak mengenali Arman, sikap Arman sangat berbeza. Air matanya mula merembes keluar, dengan perlahan dia mengorak langkah meninggalkan café tersebut.

“Sampai hati kau Arman….sampai nya hati…tapi aku yang salah, yer aku yang salah, aku tak sedar diri…perasan sendiri..orang kacak macam kau..mana nak pandang perempuan gemok macam aku ni…” Dielyla menangis dan terus menangis.



♥♥ **************************************************** ♥♥

panjang sangat eh...? nanti sambung lagi..boleh.....?pang


3 comments:

Adra Adiella said...

hmmm...sian kt dielyla...yup, nk tunggu sambungannya dear!

zieta said...

waaaaa...nak sambungannnya jugak....sedap3 citenyer,,

YaYa said...

kesian dielyla