Tuesday, May 10, 2011

AKU,DIA & TZM - PART 24

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



“ hmm…..tiada berita yang menarik dalam surat kabar ni….” rungut Datuk Karim,

Sungguh pun begitu matanya masih lagi meliar mencari tajuk-tajuk yang dirasakan menarik untuk dibaca. Sedang leka membaca, dia di sapa oleh isterinya Datin Maria.

“ kusyuknya baca paper.....saya dah lama tercongok kat sini…awak tak perasan..?”

Datuk Karim terkejut apabila melihat wanita berwajah serba putih menyapanya, namun apabila dia cuba amati, baru lah dia kembali tenang kerana wanita itu adalah isterinya sendiri yang sedang memakai masker topeng di mukanya.

“ kalau saya perasan….tidak la saya terkejut macam sekarang ni..”

“ tu la…mata je kat paper….fikiran merewang tah ke mana……” sindir Datin Maria.

“ nak merewang ke mana Maria…? orang lain tengok pun….mesti terkejut sama….”

“ takde punya lah…abang je…saya gunakan ni pun tuk jaga muka..kalau saya tak cantik..abang juga yang malu kan…? mau ke orang kata isteri usahawan terkenal Datuk Karim tak tahu jaga kecantikan….”

“ harap muka je cantik nak buat apa…….” omel Datuk Karim

“ apa dia bang…..?”

“ takde apa lah……macam ada benda jer ni…..cakap lah….”

“ ha…..bagus lah….tak payah nak buat intro panjang-panjang….saya nak cakap pasal Syafiq dengan Naurah….saya ada bual-bual kosong dengan Zalia…ingat nak satukan budak berdua tu….apa pendapat abang…?”

Datuk Karim mengerutkan dahinya,

“ nak ke Si Naurah dengan anak kita tu….?”

“ ala..Zalia dah berkenan pada Syafiq….nanti Naurah pun sama la…..”

Datuk Karim melipat naskah surat kabar yang dibacanya itu, dia mencampakkan ke atas meja lalu melepaskan keluhan yang agak berat.

“ saya pun suka dengan Naurah….untung siapa yang jadi suaminya nanti…tapi…..saya tak yakin dengan Syafiq….saya risau Syafik akan menyiksa hidup Naurah satu hari nanti….”

“ ish abang ni…..macam la anak kita tu teruk sangat…..” pintas Datin Maria.

“ tak teruk awak kata….awak tengok perangai anak awak tu macam mana…dah dekat setahun lebih balik dari Jerman….ada ke dia bekerja….ke hulu ke hilir habiskan duit….keluar malam..balik pagi..bila suruh kerja..bagi alasan nak berehat…awak pun galakkan…macam mana tu Maria…?” Datuk Karim meluahkan ketidak puasan hatinya terhadap Syafiq.




“ nanti dia berubah la tu bang…….” bela Datin Maria.

“ bila….? puas dah di nasihat….ada ke dia dengar…? selagi dia masih berkelakuan macam ni….selagi tu saya takkan setuju….saya tak mahu Naurah hidup menderita…” bentak Datuk Karim.

“ tapi bang….Syafiq pun suka pada Naurah…..mana tahu Naurah boleh ubah anak kita….” Datin Maria cuba meyakinkan Datuk Karim.

“ lagi pulak…bila Naurah kahwin dengan anak kita, Nordin Group dan juga K&K boleh bergabung bang…perniagaan kita akan terus berkembang….” sambung Datin Maria lagi.

“ ohh…..ini la sebabnya awak beria-ia sangat nak jodohkan budak berdua tu….?” soalan Datuk Karim membuatkan Datin Maria terdiam, hilang punca.

“ err…tak la bang…itu cuma sampingan je….” Datin Maria cuba menidakkan kata-kata suaminya.

“ hmmm…..kalau betul Syafiq suka pada Naurah…suruh dia berubah…suruh dia bekerja….bantu saya di syarikat…bukan menghabiskan duit saya je…hentikan tabiat keluar malam..mabuk…berzina….itu dah tentu…suruh dia hentikan….!! jika tiada perubahan….saya takkan setuju….” balas Datuk Karim dalam nada yang sedikit keras.

“ iyer lah bang…nanti saya nasihatkan dia……”

“ bagus lah tu……saya dah tak tau mana lagi dah nak letak muka dengan perangai anak kesayangan awak tu……awak terlalu manjakan dia….cukup-cukup lah Maria…”

Datin Maria hanya diam tampa sebarang jawapan.

“ saya masuk bilik dulu……” ucap Datuk Karim, lantas dia bagun dan berlalu meninggalakn isterinya yang terkebil-kebil seorang diri di ruang tamu.



Seawal jam lapan malam Fika dah terpacak di perhentian bas, dia sedang menunggu seseorang. Seperti biasa setiap malam minggu dia akan keluar bekerja. Kali ini pelanggannya merupakan lelaki yang sedikit muda dari pelanggannya yang lain membuatkan Fika sedikit teruja.

“ malam ni………” Fika tersenyum sendiri sambil membayangkan apa yang akan berlaku pada malam ini.

Hampir sepuluh minit menunggu, sebuah kereta Ford Harrier berwarna putih berhenti betul-betul di hadapannya, cermin kereta itu diturunkan sedikit. Melebar senyuman Fika apabila orang yang dinantikan telah pun tiba.

“ hai…..sorry lambat sikit…..jemput naik…..” ucap lelaki itu mesra.

“ its ok….tidak la lambat sangat…..” balas Fika

Setelah Fika memboloskan dirinya ke dalam kereta, dia sempat bertentangan mata dengan Syed Faizul Syed Hussain. Lelaki itu tidak lah kacak mana,sudah pun bertunang dengan anak orang berada juga. Menurut Syed Faizul, itu jodoh pilhan keluarga bukan pilihan hati. Namun bagi Fika, semua tidak penting yang penting poket lelaki itu tebal dan habuan yang bakal diperolehinya nanti.

“ hmm…kita nak ke mana ni…?” soal Fika.

“ kita pergi dekat-dekat je….I nak bawa you ke sebuah café di Shah Alam….malam minggu ada orang nyanyi-nyanyi tau….”

“ wah…..penyanyi terkenal ke…?”

“ tidak lah….budak-budak muda..talented semuanya….cuma belum ada peluang untuk popular macam penyanyi yang lain...ala I yakin…sure you akan enjoy dengan persembahan budak-budak tu….”

“ ooo…..you selalu lepak kat situ lah yer….?”

“ erm….tak juga…jarang…..tunang I tak suka ke tempat macam tu…bosan katanya…” jawab Syed Faizul dalam nada yang sedikit kendur.

Fika menyentuh lembut tangan Syed Faizul,

“ dah…..you keluar dengan I….so..tak payah la you fikir pasal dia……I akan ikut ke mana sahaja you pergi…..I tak kisah..asalkan you happy…..I pun happy…..” ucap Fika dalam nada yang manja.

“ ok sayang……thanks…lepas kita makan-makan…I akan bawa you ke syurga I…kat sana tiada siapa tahu….kita akan sama-sama happy…….”

“ ok…….cant wait……!!” Fika menjerit kecil disambut pula dengan tawa dari Syed Faizul.

Sepanjang perjalanan mereka berbual ringan disulami dengan usikan-usikan manja dan akhirnya mereka tiba di café yang Syed Faizul maksudkan. Mereka memilih kedudukan yang agak tersorok sedikit, sedang menikmati makanan mereka dihidangkan dengan dendangan beberapa buah lagu. Fika terhibur, benar kata Syed Faizul, penyanyi yang mendendangkan lagu sangat berbakat.

“ lagu ini saya tujukan khas untuk insan yang paling istemewa di hati saya….buat Naurah Musfirah…”

Fika tersedak apabila mendengar nama Naurah berkumandang, makanan di dalam mulutnya hampir sahaja tersembur keluar, namun sedaya upaya dia cuba menahan.

“ Naurah…….apa pulak dia buat kat sini…..” bisik hati kecilnya.

Fika mulai dilanda kerisauan, risau kalau-kalau Naurah perasan akan dirinya. Dia cuba mengintai-intai dari jauh.

“ sah…memang Mus…..Naurah kat mana pula….?” gumam hatinya. Sambil itu matanya meliar mencari kelibat Naurah.



Terlopong mulut Naurah, tercengang-cengan dia jadinya apabila Mustaqim menyebut namanya. Wajahnya terasa panas, dia dapat merasakan perjalanan darah disekitar wajahnya bergerak pantas lalu memenuhi segenap sudut wajahnya. Sekali lagi Mustaqim memberikan kejutan di hadapan orang ramai.

“ Naurah…..let me be your hero…………” ucap Mustaqim sebelum dia memulakan persembahan.

Tepukan gemuruh memenuhi segenap ruang café, setelah tepukan semakin reda, Mustaqim memetik gitar dan memulakan nyanyiannya.

Would you dance, if I asked you to dance?
Would you run, and never look back?
Would you cry, if you saw me crying?
And would you save my soul, tonight?


Would you tremble, if I touched your lips?

Would you laugh? Oh please tell me this

Would you die, for the one you love?
Hold me in your arms, tonight

I can be your hero, baby
I can kiss away the pain
I will stand by you forever
You can take my breath away


Would you swear, that you'll always be mine?
Or would you lie? Would you run and hide?
Am I in too deep? Have I lost my mind?
I don't care you're here, tonight….- Hero by Enrique Iglesias

Mustaqim mendendangkan lagu dengan penuh perasaan, mata nya tidak lepas-lepas memandang Nuarah. Naurah pula hanyut bersama alunan suara Mustaqim yang germesik, setiap bait patah lagu dihayati satu persatu.

Terasa seolah-olah Mustaqim sedang berbicara dengan dirinya. Dunia dirasakan cukup indah. Dia tidak pedulikan langsung orang yang berada di sekelilingnya, yang ada cuma dia dan Mustaqim.



Sementara itu, Fika masih lagi mengintai dari jauh memerhatikan Naurah. Kelihatan Naurah sedang duduk memelakanginya. Fika menaik nafas lega, dengan kedudukan Naurah, mana mungkin Naurah perasan akan dirinya.

Fika kembali tenang dan menikmati makan malamnya bersama Syed Faizul dalam masa yang sama terpalit perasaan cemburu di hatinya, dia cemburukan Naurah. Fika mengintai lagi, tampa di sedari tingkahnya diperhatikan oleh Syed Faizul.

“untungnya kau Naurah……….” bisik hati kecil Fika.

“ kenapa aku tak boleh rasakan itu semua, kenapa nasib selalu tidak menyebelahi aku. Kenapa aku, bukan Naurah…? ”Fika bermonolog lagi.

“ kalau nak tengok….pergi lah ke depan….tengok betul-betul….” tegur Syed Faizul

“err..tak pe lah….nak tengok sikit je…” Fika memberi alasan.

“ ok lah….I nak pergi bayar sekejap..you tunggu sini…..”

Fika mengeluh mengenang nasib dirinya. Dia juga ingin kecapi bahagia seperti Naurah, tapi dia juga sedar dia tak patut mengeluh, tiada siapa yang memaksa dirinya untuk terjebak dalam lembah yang hina ini semua berlaku di atas kemahuan dirinya sendiri.

“ dah selesai minum…?” soalan dari Syed Faizul mengejutkan lamunan Fika.

“ err….dah…..”

“ apa yang you fikirkan tu…..cemburu yer dengan that girl….? kalau you nak..I pun boleh nyayikan untuk you tau…mahu….?”

Fika mula kaget, kelihatan Syed Faizul seperti bersungguh-sungguh ingin ke hadapan pentas untuk menyanyi.

“eh…tak payah lah……nanti orang nampak…..kantoi nanti dengan tunang you…macam mana..?”

“ I atau you yang kantoi…..mesti you kenal dengan orang-orang yang duduk kat depan tu…betul tak..?”

Fika terkedu, dia tidak tahu samada ingin mengiyakan ataupun menidakkan tekaan Syed Faizul itu. Syed Faizul tersenyum sendiri melihat Fika.

“ you ni…jangan cuak sangat….bukan I nak nyanyi kat sini…..kita nyanyi di syurga I lah…..mahu….?” ucap Syed Faizul sambil mengenyit mata ke arah Fika.

Fika seolah-olah mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Syed Faizul, dia tersenyum lalu mengangguk tanda setuju.

“ ha…kalau begitu…jom lah………..” Syed Faizul memimpin tangan Fika keluar dari café tersebut.



♥♥ **************************************************** ♥♥

maaf yer...lewat publish episod terbaru.....kekangan masa...kekangan idea..hehe...

3 comments:

MaY_LiN said...

pela nak jadi ngan fika ni..
cian naurah..
tamau pisahkan naurah ngan mus

YouSOF said...

Rajin Cik Nabilah kita sorang ni kan...




Tau² dah part 24, agak blur jugak saya di sini ye hehhe. Anyway GOOD one! ;)

nesesegoa said...

d9q71e1z82 a8s50w8z58 b4s67d7v07 z1s51c9k31 c1y56t8l92 p1v51d7s18