Saturday, May 21, 2011

AKU, DIA & TZM - PART 25

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Syafiq memainkan jarinya di atas permukaan gelas berisi arak yang baru sahaja kosong. Alunan muzik yang rancak lagi hingar bingar , tidak diendahkan langsung. Pengunjung Disko yang sedang terkinja-kinja menari dipandang sepi. Fikirannya kosong, sekosong gelas yang berada di hadapannya.

“ kenapa kau ni payah sangat tuk aku dapat…..” keluh hatinya.

“ kenapa kau juga yang aku nak…..semuanya kerana kau Naurah……..”

Kerana Naurah, dia sudah mula bekerja bantu Papanya di pejabat. Pada mulanya memang lah hatinya berat, setelah beberapa bulan bekerja, dia mula seronok dengan alam pekerjaan. Siapa sangka dia lebih bebas daripada dulu. Namun kebebasan yang di miliki tak membawa apa-apa erti selagi dia masih belum mampu memilik Naurah.

“ hoi…….pe hal ni bro…datang disko..tapi dok mengelamun……”

Syafik tersentak apabila dia disergah, dengan pantas Syafiq menoleh.

“ kau pun…agak-agak lah….kalau aku ada sakit jantung…mau mati kejung aku kat sini…..”

Adi ketawa mengekek, lucu rasa hatinya apabila mendengar kata-kata Syafiq.

“ sorry la bro……aku saja nak gurau……pe hal ni…tak dancing…dancing ke…?” soal Adi.

“ malas la…tak menarik……”

“ hmm…takde mangsa yang menarik perhatian kau la ni yer…..”

“ lebih kurang juga…..boring lah…..”

“ kusut je….enjoy la sikit…baru la hilang masalah kat kepala kau tu……cuba cerita pada aku…apa masalahnya….”

“ takde yang serius pun…….”

Syafiq mengeluh, telefon yang sedari tadi berada di tangannya di letakkan di atas meja.

Adi sempat melirik ke arah telefon Syafiq, nama Naurah tertera di skirn telefon Syafiq.

“ Naurah…..? mangsa baru ke….? kenapa kau macam teragak-agak je nak call dia…call la…ajak dia datang sini……kalau kau tak nak….bak sini telefon kau…aku call kan…….” Adi mula mencapai telefon Syafiq.

“ weyh….kau jangan cari pasal…..dia bukan mangsa aku lah…..” sepantas kilat Syafiq merampas kembali telefonnya.

Adi memandang Syafiq dengan pandangan pelik.

“ hmm…musykil juga ni….kalau bukan mangsa…..dah tu apa….?”



Soalan dari Adi hanya dijawab dengan dengusan.

“ kejap….kejap…..erm........kau dah jatuh cinta pada budak nama Naurah ni ke….?” Soal Adi inginkan kepastian.

“ kalau yer…..?” duga Syafiq.

“ hah….!! Ammar Syafiq Aslanuddin Bin Datuk Karim jatuh cinta….?? biar betul……..!!”

Adi seakan tidak percaya. Syafiq kerap bertukar teman wanita ibarat menukar baju, dalam kepalanya hanya tahu berseronok, mana mungkin Syafiq akan jatuh cinta.

“ kenapa…salah ke…?” soal Syafiq dalam nada yang mendatar.

“ tak salah..cuma pelik…….kau nak kawin dengan dia ke…?”

“ kalau yer….?” duga Syafiq lagi, dia ingin melihat reaksi Adi seterusnya.

“ wow…!!! hebatnya budak Naurah ni…..dia berjaya gugurkan taring Ammar Syafiq Aslanuddin…..kau nak bertaubat eh…? bile kau nak kawin…?”

Syafiq tersenyum sinis dengan soalan yang diajukan.

“ entah….complected sikit la budak ni….”

“ pulak dah…..cube kau cerita habis-habis…”

“ puas aku cuba tackle dia…..tapi tak jadi la….dia taknak dengan aku……”

“ hahahahaha………” tawa Adi meledak

“ ada juga yer perempuan yang tak terpikat dengan kau…tak sangka aku……biasanya kau senyum sikit je perempuan dah cair….”

“ itu la yang menariknya pasal budak ni…..anak kawan mama dengan papa aku……dia kaya..aku pun kaya….sebab tu la agaknya dia tak berkenan dengan aku…..”

“ kesian kawan aku……..” Adi menepuk-nepuk bahu Syafiq.

“ tapi aku tak kisah…..lambat laun…aku akan dapat dia juga……tak lama lagi dia habis study…masa tu…tau la apa yang aku nak buat…..sekarang ni….dia tengah sibuk dengan balak dia….setia la konon…tak pe….masanya akan tiba juga nanti……”

Memang itu la perancangan Syafiq, jika Naurah masih tak mahukan dia. Dia akan minta Mama dan Papanya masuk campur. Datin Zalia pun berkenan dengan dia, sudah tentunya dia boleh dapatkan apa yang dia mahu dengan mudah.

“ oh...patut la kawan aku ni berduka lara…..cinta ditolak rupanya.....hmm...agaknya balak dia lebih hebat dari kau….tu yang dia tak nak…..”

“ tak kisah lah…mak dia pun suka pada aku……apa ada hal…..”



“ hmmm…buatnya balak dia….lagi kaya daripada kau…..kau tak risau ke….?” Giliran Adi pula menduga Syafiq.

Syafiq terkedu seketika memikirkan kebenaran kata-kata Adi.

“ kau ada gambar dia….aku nak tengok…boleh…?” pinta Adi.

Syafiq mengangguk perlahan, jari jemarinya ligat menekan-nekan telefon bimbitnya, tidak lama selepas itu wajah Naurah terpapar di skrin telefonnya. Syafiq sempat merenung wajah Naurah. Gambar yang diambil secara curi-curi ketika berkunjung ke rumah Naurah tempoh hari.

Wajah yang putih mulus tampa dihiasi sebarang alat solek, senyuman indah terukir di bibir. Hanya gadis ini sahaja yang mempu mengetarkan jiwanya. Serta merta Syafiq tersenyum.

“ weyh…..bagi la aku tengok……berangan pulak dia…..”

Adi terus mengambil telefon dari tangan Syafiq. Gambar Naurah direnung lama.

“ cantik……bertudung pulak tu…..cari girlfriend seksi meksi…..bila nak kawin….cari muslimah sejati la yer…..macam tu….?”

Sindiran dari Adi buatkan Syafiq tergelak. Dia sendiri keliru, dia sendiri tertanya-tanya kenapa dia boleh terpikat dengan Naurah.

“ ok la tu….setidak-tidaknya anak-anak aku nanti…takde la ikut perangan buruk aku….ada juga pembimbing…..kalau aku kawin dengan perempuan yang selalu aku usung sana-sini….entah apa jadi tah dengan keluarga aku nanti…silap-silap semua masuk api neraka……hahahahaha……..” tawa Syafiq meledak lagi dan kali ini di sambut dengan gelak tawa Adi.

“ jauh juga kau fikir yer…aku ingatkan kau tak pernah fikir semua ni…..sungguh ke kau nak berubah..?”

“ sampai bila nak hidup macam ni bro…..kau tak takut mati ke…..”

“ hahahaha…bagus la tu…macam tak percaya je apa yang aku dengar sekarang ni…..”

Syafiq ketawa lagi, namun dalam hatinya berkata-kata. Dia juga seperti tidak percaya dengan apa yang dia cakapkan sebentar tadi.

“ bersedia kah aku tinggalkan ini semua…?” monolog hatinya.

Setelah tawa mereka reda,

“ tapi kan………aku macam pernah nampak la budak ni…kalau betul la…..”

“ kau nampak kat mana…?”

“ balak dia ni..kawan Si Matt….budak busking yang aku kenalkan dengan kau masa kita ke Bukit Bintang hari tu…ingat tak…?”



“ Matt…..busking…….ha…ingat…….itu ke balak dia….?” Syafiq semakin berminat ingin tahu.

“ bukan Si Matt la…kawan dia….masa kita jumpa tu..dia takde…..kalau tak silap orang panggil dia Mat TZM….sebab dia bawa motor TZM….tapi dia tak bawa orang lain….cuma bawa budak Naurah ni je la...ada la dalam dua kali aku jumpa….aku rasa orang yang sama la Fiq…..”

Syafiq sekadar mengangguk-anggukkan kepalanya, lalu tersenyum sinis.

“ peluang aku semakin cerah la nampaknya……..”

“ ha…betul la tu……kau tackle hati mak dia cukup…..takkan la mak dia nak bermenantukan budak TZM tu…dia pun jadi kontraktor pembinaan je…..jauh beza dengan kau….”

Makin melebar senyuman Syafiq.

“ thanks bro…..takde la aku risau sangat kan…….”

Tiba-tiba perbualan mereka terhenti apabila telefon Syafiq berbunyi. Tatkala melihat nama pemanggil yang tertera, Syafiq tersenyum lagi.

“ jap eh bro…mangsa baru sudah cari………”

Syafiq bangun menuju keluar meninggalkan Adi terkebil-kebil seorang diri.




♥♥ **************************************************** ♥♥

siapa lah mangsa terbaru Syafiq kan..? huhu..

1 comment:

MaY_LiN said...

aish..
nape la dengki sangat kat naurah ngan mus tu