Friday, April 1, 2011

AKU, DIA & TZM - PART 20

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Deringan telefon bimbit Fika pada pagi itu membingitkan telinga, dalam keadaan mata yang masih terpejam, Fika meraba-raba telefonnya yang terletak di sisi katil. Tampa melihat siapa pemanggilnya, Fila terus menekan butang dan menjawab panggilan tersebut.

“ good morning makcik…!!!” Fika cukup mengenali empunya suara itu.

“ hmmm…kau Naurah…ada apa…?”

“ kau kat mana sekarang ni….balik tak…?”

“ aku kat rumah kawan…balik..tapi lepas-lepas tengah hari nanti lah…”

“ ala….ala…ngantuk bebeno bunyinya….kau habis kerja pukul berapa semalam…?”

“ macam biasa..tapi budak-budak ni ajak aku makan-makan…borak-borak….tu yang lambat tidur….”

“ hmm…ok lah…tak nak ganggu kau lagi…aku nak keluar ni…pergi library…”

“ rajinnye…..pukul berapa kau balik…?”

“ dah nak exam….harus la rajin…..tak pasti…kunci aku dah sorok tempat biasa..aku tau kau lupa lagi nak bawa kunci kan….?”

“ ha…ha'ah....betul la tu…nasib kau bagi tau....”

“ dah agak dah…ok lah…aku pergi dulu….Assalammualaikum…..”

Sejurus selepas talian di matikan, mata Fika menjadi segar semula. Mengantuknya hilang. Dia melemparkan padangannya ke seluruh bilik, ternyata bilik itu bukan biliknya, juga bukan bilik kawannya.

Dia cuba untuk bangun, namun pergerakkannya sedikit perlahan bahagian pehanya terasa sengal.

" aduh......" Fika memegang bahagian peha yang sakit, serta merta dia teringat kerja yang dia lakukan semalam.

Tubuhnya yang masih dibaluti selimut disandarkan ke kepala katil. Fika sempat mengerling ke meja yang terletak di sisi katil. Ada sehelai kertas bersama sebuah sampul surat di situ. Fika mengambil kertas itu, terdapat sedikit coretan di atasnya.

Hye Baby,

Thanks untuk malam semalam, service you sangat awesome!!
My wife dah sampai sini, so kita tak boleh jumpa selalu, apa-apa hal tunggu I call you..

By the way, dalam envelope ni ada duit belanja you. You buat la apa saja yang you suka. Selebihnya I akan transfer ke dalam akaun you ok baby?

Gonna miss you baby…take care..
Love…Edy.



Fika mencapai pula sampul surat, isinya di keluarkan. Terdapat lapan keping wang kertas bernilai seratus ringgit di dalamnya.

Fika mengeluh kasar, sampul itu dicampakkan ke bawah. Selimut yang menutupi tubuhnya diselak. Apabila dia mendapati tiada seurat benang pun yang berada di tubuhnya, Fika mengeluh lagi.

“ sampai bila aku harus bergini…..” gumam hatinya.

Dosa, halal dan haram di tolak jauh-jauh. Siapa sangka yang dia akan terpesong jauh sehingga ke tahap sanggup mengadaikan maruah semata-mata kerana mendambakan wang ringgit.

Jika siang hari dia bergelar mahasiswa, pada sebelah malamnya dia menjawat jawatan Pegawai Perhubungan Pelanggan Kelas Atasan atau dengan nama kasarnya pelacur kelas Elite. Fika hanya akan melayan nafsu serakah orang-orang yang berada sahaja. Standardnya harus dijaga.

Kini dia mampu hidup mewah, namun segala kemewahan yang diterima tidak ditunjukkan. Kebanyakkan hasil yang dia perolehi di simpan dan selebihnya dia akan mengirimkan kepada keluarganya di kampong.

Dia sedar, pendapatan abahnya bukan lah banyak mana adakalanya tiada langsung. Adik-adiknya semakin meningkat dewasa, mengenangkan kesusahan keluarganya, Fika sanggup memejam mata dan terus menjual maruahnya demi kesenangan hidup nya dan juga keluarganya, walaupun jauh di sudut hatinya dia tahu wang yang diberi itu bukan dari sumber yang halal.

Wajah kedua orang tuanya berserta adik-adiknya mula bermain-main di ruang fikiran. Pada mereka Fika mengatakan duit yang diberi hasil dari dia bekerja sambilan di kedai roti, begitu juga kepada Naurah. Fika pasti jika mereka tahu pekerjaan dia yang sebenar, sudah tentu-tentunya abah dan mak nya takkan mengaku dirinya sebagai anak dan Nuarah pula, pasti akan menjauhkan diri daripadanya. Siapa saja yang mahu berkawan dengan seorang pelacur.

Fika memejam mata erat-erat, tampa diminta air matanya mulai mengalir keluar.



♥♥ **************************************************** ♥♥

Tumpuan Naurah terganggu apabila melihat telefon yang berada di sisinya bergetar.

Sayang….I miss you.. – Mustaqim

Naurah tersenyum sebaik sahaja dia menerima SMS dari kekasih hati. Terubat juga kebosanannya yang sedari tadi mengadap buku-buku rujukan. Peperiksaan akhir hampir tiba dia perlu menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan ini.

Thanks…miss you too…. – Naurah.

Naurah sempat mengerling jam yang berada di pergelangan tangannya. Sudah lama rupanya dia duduk di perpustakaan. Bahunya di urut perlahan, otaknya memberikan isyarat yang dia perlu berhenti, dia perlu berehat. Tidak lama selepas itu telefonnya bergetar lagi.

Dekat mana tu sayang…dah makan…? – Mustaqim

Masih di library…study sikit…makan…..pagi dah….tengah hari je belum….awak macam mana pula..? - Naurah

Dah pukul 2 petang….kenapa tak makan lagi…? Bukan ke dari pagi tadi awak ada di library…sampai bila nak duduk di sana..? – Mustaqim

Ok…nak gerak balik dah ni…sampai rumah saya makan…ok sayang…?- Naurah

Hati-hati ye masa balik nanti….kalau ada orang yang tak dikenali panggil awak…cuba nak ngorat awak..jangan layan ok…-Mustaqim

Aik…kenapa…? Orang tu jeles eh…? :P - Naurah

Ish dia ni…..kita risaukan dia tau tak…! - Mustaqim

Naurah tergelak sendiri apabila membaca balasan Mustaqim.

Yes sir…!!!! Patuh pada arahan.. :p - Naurah

Bagus lah…..take care sayang…. I love you…… - Mustaqim

Naurah tersenyum lagi, perkataan I love you membuatkan hatinya berbunga-bunga. Dia lantas bangun, buku-bukunya disusun dan dimasukkan terus ke dalam bag sandangnya. Sebaik sahaja dia yakin tiada barang yang tertinggal, dia mula mengorak langkah keluar dari perpustakaan tersebut.


Telefonnya bergetar lagi, cepat-cepat Naurah melihat telefonnya, ada panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Naurah hanya membiarkan panggilan tersebut tampa menjawabnya. Hampir dua kali cubaan si penalifon gagal, di hantarnya pula SMS kepada Naurah.

Hye Naurah, Syafiq ni….you di mana sekarang…kenapa tak jawab call I..? I ada depan rumah you nak hantar barang yang Mama kirim untuk you – Syafiq

Melihat nama Syafiq, Naurah mendengus kasar menahan marah.

“ hmmm….ni mesti Mama punya kerja…mesti dia yang bagi nombor aku pada Syafiq….ish…” Naurah merungut kecil.

Saya ada discussion dengan kawan-kawan, tak tahu bila balik… awak tinggalkan saja barang tu di jiran sebelah yer…Kak Siti namanya..sorry….- Naurah.

Hajatnya yang ingin pulang terpaksa dibatalkan. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu bertemu dengan lelaki yang digelarnya sebagai Buaya Senget. Dia mula bercadang untuk ke Mid Valley sahaja untuk mencari makan.

Setelah melangkah keluar meninggalkan pengkarangan perpustakaan, telefonnya bergetar lagi.

“ makcik…kau kat mana….?” Soal Fika yang berada di hujung talian.

“ kenapa…aku kat library lah….”

“ ni ada orang cari kau…Syafiq nama nya….bila kau nak balik..dari tadi dia tunggu….”

“ ish…kenapa la dia degil sangat…suruh dia balik la Fika….aku lambat lagi ni…..”

“ siapa yang degil…? “

“ bukan kau lah…buanya senget tu la….tolong aku Fika….malas la nak jumpa dengan dia…”

“ oh….patut lah….baru aku faham sekarang ni…dia rupanya buaya senget….haih…iyer la nanti aku uruskan…kau tu jangan balik lambat sangat….”

“ ok..ok….apa-apa hal..nanti aku call kau yupp….thanks makcik….sayang kau ketat-ketat…..”

“ ha…time macam ni la baru nak sayang aku ketat-ketat yer….? “

“ hahahhaa…ok la tu..dari takde langsung…”

“ ok lah…kau sambung la study kau tu…take care tau…bye….”

Naurah tersenyum puas, akhirnya dia berjaya mengelak dari bertemu dengan Syafiq. Naurah melangkah riang meninggalkan pengkarangan universiti dan terus menuju ke pondok menunggu bas.



Keadaan pada petang itu agak lengang, hanya satu dua buah kereta sahaja yang lalu lalang di situ. Naurah mengerling jam di tangannya, dia mula berkira-kira mungkin bas akan tiba lebih kurang lima belas minit dari sekarang. Sedang dia menunggu, dia terlihat seorang pemuda, mengenakan helmet full face berwarna hitam dan pakaian juga serba hitam sedang menunggang sebuah motor.

“ macam Mus…motor dia pun lebih kurang macam Mus…takkan Mus pulak ?..eh tak mungkin...baru tadi dia mesej aku....” gumam hatinya.

Selang beberapa minit, lelaki itu sekali lagi melintasi tempat menunggu bas tersebut dan kali ini, lelaki itu memandang ke arah Naurah. Pada mulanya Naurah tidak mempedulikan kelibat lelaki tersebut. Namun dia mulai cemas apabila melihat lelaki bermotor itu kini telah turun dari motor dan berjalan ke arahnya.

♥♥ **************************************************** ♥♥

Siapakah lelaki bermotor itu..?