Friday, March 25, 2011

AKU, DIA &TZM - PART 19

...HAPPY READING...
♥♥ ****************************************************♥♥


“ Abil….Ila….dah jom kita balik…..” laung Pak Said.

“ ala…..kenapa cepat sangat Babah…?” rungut Nabil.

“ kan dah nak petang ni…Mak sorang-sorang di rumah tu…dah cepat masukkan arnab tu dalam sangkar…lepas tu kita balik…” arah Pak Said kepada Nabil. Nabil hanya menurut arahan Babahnya sambil dibantu oleh Naurah.

“ takpe…nanti Nabil datang la lagi yer…..” pujuk Naurah.

“ Kak….Ila balik dulu yer…..” ucap Nabilah lantas mencium tangan Naurah, diikuti pula oleh Nabil.

Naurah menggosok-gosok kepala Nabil.

“ Ila….jangan ubah fikiran lagi yer…Nabil….belajar rajin-rajin….jangan nakal sangat tau…” pesan Naurah kepada dua beradik itu.

“ ok kak…..Abil balik dulu…..” ucap Nabil riang, dia terus berlari mendapatkan Babahnya.
Sedikitpun Naurah tidak sedar, ada seseorang sedari tadi sedang memerhatikannya. Sehinggalah Nabilah membisikkan ke telinganya.

“ Kak…abang tu dari tadi perhatikan akak…..”

Terus Naurah berpaling ke arah lelaki yang Nabilah maksudkan itu. Kelihatan seorang lelaki segak mengenakan kemeja berlengan pendek berwarna hijau epal digayakan pula dengan seluar denim sedang bersandar di dinding rumah sambil memerhatikan dirinya.

“ Syafiq…..” bisik hati kecilnya. Kejadian di PD kembali menerjah fikiran. Serta merta perasaan meluat menyelubungi hatinya.

“ apa saja lah mamat ni nak…..hrummm….” Naurah merungut kecil.

“ Naurah…mari masuk dalam…minum sekali dengan Aunty Maria….Syafiq…masuk la sekali….” Pelawa Datin Zalian. Mahu atau tidak, Naurah terpaksa menurut.

Setibanya di meja makan, Naurah duduk menghadap Syafiq. Naurah mula berasa kurang selesa apabila Syafiq asik memerhatikannya. Akalnya mula ligat mencari alasan. Keadaan menjadi semakin parah apabila Datin Zalia dan Datin Maria meninggalkan mereka berdua di meja makan dan mereka menghilang naik ke tingkat atas.

“ apasal pulak ditinggalkan aku dengan buaya senget ni..aduhai…..” Naurah merungut di dalam hati. Keadaan menjadi sepi seketika.

“ you apa kabar…? baru ada kesempatan nak berbual dengan you…” Syafiq memulakan bicara.

“ erm…ok je..macam ni la…” jawab Naurah pendek.

“ good…hmm……hari minggu macam ni…you tak ke mana-mana ke…?”

“ kalau keluar…tidak la saya dok depan awak ni……..”

Syafiq tersenyum, tepat sangkaannya Naurah bukan gadis sembarangan yang boleh ditundukkan.

“ awak pula…? rajin ikut Aunty Maria…tak keluar dating ke…?” soal Naurah dalam nada sindiran.

“ nak keluar dating dengan siapa….? Kalau keluar dating dengan you boleh..?”

Naurah merenung tajam ke arah Syafiq.

“ kenapa dengan saya pulak…dengan girlfriend awak la…..”

Syafik tergelak kecil, lalu menggeleng-gelengkan kepalanya.

“ I mana ada girlfriend…tengah mencari……kalau you jadi girlfriend I boleh…?” duga Syafiq.

“ huh….konon takde girlfriend…perempuan yang kau usung kat PD tu apa…bini..? memang dasar buaya..buaya senget…!!” gumam Naurah dalm hati.

“ asik tanya I je…you pula macam mana…ada bf tak ni..?”

“ ada……” jawab Naurah pendek.



“ betul ke ni….I rasa you macam tipu je…”

“ saya tak suka cakap tipu-tipu ni…saya lebih suka berterus terang…..tak macam sesetengah orang tu…menipu tu dah jadi hobi…bukan setakat hobi…adakalanya…menipu itu satu kewajipan buat dia..” sindir Naurah.

Syafiq pula terkedu, rasa macam ada sesuatu yang tersekat di kerongkongnya. Dia terasa dengan kata-kata Naurah, namun sedaya upaya dia cuba untuk berlagak biasa.

“ if betul….kenapa you duduk di rumah je…time-time macam ni…?” soal Syafiq lagi.

“ takkan lah nak keluar selalu….kami ni belum ada ikatan yang sah…jumpa sesekali cukup lah..” Naurah mulai bosan dengan Syafiq.

Keadaan menjadi sepi. Syafiq kehilangan kata-kata, Naurah pula sibuk memikirkan cara untuk melepaskan diri. Dia tidak betah duduk lama-lama menghadap Syafiq.

“ok lah kalau macam tu…tapi tak salahkan kalau kita ber……..” kata-kata Syafiq terhenti apabila mendengar telefon Naurah berbunyi.

“ kejap yer…..”

Naurah terus mengeluarkan telefon dalam poket seluarnya. Apabila melihat nama yang tertera di skrin telefonnya, Naurah tersenyum lebar. Hatinya lega, akhirnya ada juga jalan untuk melepaskan diri dari Syafiq. Cepat-cepat Naurah bangun meninggalkan Syafiq dan terus meluru ke luar rumah.

“hello sayang…….” Jawab Naurah manja.

Talian menjadi sepi.

“ sayang……kenapa diam je ni…?”

“ kau ni buang tebiat ke apa…bersayang-sayang dengan aku…?” sembur Fika di hujung talian.

Naurah menahan gelak, dia tidak peduli kalau Fika terus menerus memarahinya, apa yang penting dia terlepas dari berhadapan dengan Syafiq yang cuba menjual minyak dengannya.

“ sayang……boleh tak ikutkan saja….”

“ ikut kan apa pulak ni…?” balas Fika kebingungan.

“ ala……ikutkan jer la…nanti-nanti boleh explain…boleh la yer sayang…boleh la..please…..” rengek Naurah.

“ Ya Allah…apa kene dengan kau ni Naurah…?”

“ please sayang………..” Naurah mengeraskan sedikit suaranya.

Lama kelamaan, baru la Fika sedar. Pasti ada sesuatu yang berlaku pada Naurah, sebab itu lah Naurah berperangai pelik.

“ oh…..ada la benda yang kau nak ngelat ni kan….? macam-macam la kau ni……”

“ ha….pandai pun….ni yang sayang lebih ni…..” Naurah masih meneruskan lakonannya, dia yakin Syafiq sudah tentu sedang memasang telinga.

“ alahai…..kembang tekak aku ni bila kau bersayang-sayang dengan aku….apa la nasib….” Rungut Fika.



“ sorry la sayang…”

“ haih…tak tahan aku…macam ni makcik….aku nak tanya…bila kau nak balik…aku nak beli barang dapur…kalau kau balik awal..boleh kita main masak-masak….”

“ ok sayang..boleh je…beli lah…..beli yang best-best sikit….esok kita jumpa ye…rindu dah ni….”

" arghh....!! please stop it...aku tak boleh terima dah ni...." akhirnya tawa Naurah meledak keluar,

" kelakar la sayang ni....sabar la sikit....esok kan kita nak jumpa...nanti kita story mory la..."

Sementara itu,

Syafiq yang sedari tadi memasang telinga mula panas hati. Perasaan cemburu mula menyelinap di segenap ruang hatinya. Sangkaannya Naurah hanya berbohong tentang teman lelakinya. Namun apa yang terlah di denga sedari tadi jelas membuktikan yang Naurah telah berpunya.

“ tak mengapa Naurah….itu baru boyfriend kau…bukan laki kau…..ni Syafiq la…Ammar Syafiq Aslanuddin…apa sahaja yang aku mahu…pasti akan menjadi milik aku…..buat masa ni..kau bergembira lah dengan kekasih kau…sebab tak lama lagi…kau akan menjadi milik aku…..sabar ye sayang…masa itu akan tiba…..” Syafiq tersenyum sinis.



2 comments:

MaY_LiN said...

pandainye naurah wat watak..
padan muka syafiq

temuntirung said...

xde sambungannya ke?
best pulak baca ;D