Saturday, March 5, 2011

AKU,DIA & TZM - PART 16

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Saya dah selamat sampai rumah – Naurah

Saat dia melangkah masuk ke dalam rumah, perkara pertama yang Naurah lakukan adalah memaklumkan kepada Mustaqim yang dia sudah selamat sampai.

Selang beberapa saat, telefonnya berbunyi. Nama Mustaqim terpapar di skrin telefon. Sertamerta senyuman terukir di bibir mungilnya, tampa membuang masa panggilan itu segera dijawab.

“ betul dah sampai…?” soal Mustaqim.

“ iyer….tegah duduk-duduk depan tv je ni….”

“ hmm…bagus lah…senang hati saya….ikutkan saya memang nak hantar awak terus depan rumah…tak sampai hati biarkan awak balik sorang-sorang….”

“ tak pe la wak…saya ok je….”

“ awak tu takut naik motor…kalau tak dah tentu boleh…”

“ ha…..itu yang saya kata…takpe…saya lebih rela susah-susah naik Komuter…dari naik motor sampai ke KL…oh…mau kering darah saya nanti tau…”

Mustaqim hanya ketawa mendengar bebelan Naurah.

“ Fika ada kat rumah…?” soal Mustaqim

“ hmm…takde..kerja agaknya …”

“ awak duduk sorang-sorang pastikan pintu berkunci…risau pula saya kat sini…” pesan Mustaqim.

“ ok….saya dah kunci dah…awak jangan risau…mangga sebesar penumbuk saya gunakan tau…”

“ha..iyer la tu…memain je kerjanya….kita kat sini…betul-betul risau…..” bebel Mustaqim.

“ ish..pakcik ni kalau dah mula membebel..kalahkan mak kita tau….hehehehe…”

“ tengok tu..kita nasihat…dia kata kita bebel….”

“ ok…ok…..saya dah kunci dah….jangan risau ye sayang………” jawab Naurah dalam nada manja.

“ macam tu la…..saya jauh…kalau la terjadi apa-apa pada awak…saya tak dapat tolong tau…”

“ yes sir…!!!! berita faham….roger and out….”

Naurah ketawa lagi, tapi kali ni Mustaqim tak mampu untuk berlagak serius, dia juga turut ikut ketawa.

“ ish dia ni…..ada saja idea nya....ok lah..awak mesti penat kan…pergi la mandi dulu...buat apa yang patut…”

“ ala…nak cakap lagi……” Naurah merengek manja.

“ awak pergi lah mandi dulu….dah siap semua…awak bagi tau…nanti saya call semula..ok sayang..?”

“ ok jugak lah….buybye sayang….”



Naurah mematikan talian, sdengan perlahan dia merebahkan dirinya di atas sofa. Kipas yang sedang ligat berpusing direnungnya dalam, senyuman masih lagi bersisa di bibirnya tiba-tiba hilang apabila terkenangkan kejadian yang berlaku petang tadi.

Masih segar dalam ingatannya semasa dia dan Mustaqim dalam perjalanan ke Seremban. Mereka hampir-hampir kemalangan.

Sebuah kereta BMW Kelleners Sport 3 Series berwarna putih tidak semena-mena meluncur laju keluar dari simpang tanpa menghiraukan motor yang sedang dipandu oleh Mustaqim datang dari arah bertentangan. Kedua-dua kenderaan itu hampir-hampir berlanggar. Mujur Mustaqim sempat memperlahankan lantas memberhentikan motornya.

Pemandu kereta itu menurunkan cermin keretanya, kelihatan pemandu lelaki itu bersama-sama dengan seorang wanita. Lelaki itu memandang sinis ke arah Mustaqim.

“ hoi buta ke…tak nampak aku nak lalu…?” jerkah lelaki itu dengan penuh sombong.

Serta merta darah Mustaqim mendidih pabila melihat perilaku pemuda itu. Naurah hanya melihat lelaki itu disebalik visor helmet yang dipakainya. Naurah terkejut bukan kepalang kerana dia amat mengenali pemandu kereta itu.

“ Syafiq……” bisik hati kecil Naurah.

“ aku atau kau yang buta hah…??” balas Mustaqim.

Naurah mula berasa kurang selesa,

“ awak…dah la tu…sabar ye…sabar la…biarkan jer la dia tu….awak please….” Naurah cuba menenangkan Mustaqim.

“ kau jangan nak tunjuk lagak dengan motor buruk kau kat sini….” sambung lelaki itu.

“ ini dah lebih..kau yang salah…kau kata aku yang tunjuk lagak….” Mustaqim mula menongkat motornya dan mahu turun. Tapi tingkahnya terbantut apabila bahunya disentuh lembut oleh Naurah.

“ blah la…..pengecut….” ucap lelaki itu, berderum kereta lelaki itu meluru keluar dari simpang tersebut.

Hati Mustaqim semakin panas apabila lelaki itu sempat menunjukkan jari tengahnya kepada Mustaqim. Ikutkan hati panasnya, mahu sahaja dia mengejar kereta itu. Lelaki bidap itu perlu diberikan pengajaran.

Naurah juga turut terkejut. Dia tidak menyangka sama sekali perangai sebenar Syafiq. Jauh berbeza dengan Syafiq yang pernah datang ke rumahnya satu ketika dulu.

“ awak……please…demi saya…sabar lah…” pujuk Naurah.

Mustaqim yang ketika itu sudah bersedia untuk mengejar Syafiq, akhirnya termakan juga dengan pujukan Naurah. Hatinya yang sedari tadi mendidih panas, kini sejuk kembali apabila memikirkan keselamatan Naurah.

Naurah menyentuh bahu Mustaqim perlahan, sedaya upaya Naurah cuba menenangkan Mustaqim.

“ awak ok kan…? istigfar wak..istigfar…orang gila macam tu usah dilayan…jangan diikutkan sangat perasaan marah tu….sabar yer sayang….”

Mustaqim menarik nafasnya dalam lalu melepaskannya kasar.

“ saya ok….terima kasih sayang….kita gerak sekarang..ok…?” setelah beberapa minit mendiamkan diri, akhirnya Mustaqim kembali bersuara.



Lamunan Naurah terhenti apabila terdengar bunyi enjin kereta berhenti di hadapan rumahnya. Naurah lantas bangun lalu menyelak sedikit langsir dari tingkap rumahnya .

Kereta Perdana V6 Hitam berada di hadapan rumahnya dan kelihatan Fika keluar dari perut kereta tersebut. Naurah sempat mengerling ke arah pemandu kereta tersebut. Seorang lelaki tua berumur dalam lingkungan 50 ke 60-an sedang tersenyum-senyum sambil bercakap dengan Fika. Naurah mula berasa hairan.

“ baru balik…?” sapa Naurah saat Fika masuk ke dalam rumah.

“ eh….kau pun baru balik juga..?” sapa Fika seakan terkejut dengan kehadiran Naurah.

“ tidak la baru sangat….ada la dalam sejam lebih…”

“ wah…..tentu seronok kan dating…?”

“ biasa-biasa je Fika…erm….siapa yang hantar kau balik tadi…?”

“ oh…itu bos aku..pemilik kedai roti…dia hantar budak-budak lain sekali…aku yang last…” jawab Fika teragak-agak.

“ hmm..macam tu..baiknya bos kau…”

“ ala..kebetulan tadi dia singgah ke kedai…bila nampak kami semua nak balik..dia offer la nak hantar…orang dah nak hantar…jangan lepaskan peluang..betul tak….ok la makcik…letih la..aku naik dulu yer..nak mandi…lepas tu tido….esok dah ada kelas la pulak…”

“ sama lah…kau naik la dulu..aku nak kunci pintu…..”

Fika terus naik ke tingkat atas meninggalkan Naurah sendirian. Naurah dapat rasakan yang ada sesuatu yang cuba Fika sembunyikan tapi dia sendiri tidak dapat mengagak.

“ bukan kah pemilik kedai roti itu Madam Wong…tapi yang hantar Fika tadi lelaki melayu….” hati kecil Naurah berbisik.



♥♥ **************************************************** ♥♥

Maafkan aku menduakan cintamu
Berat rasa hatiku tinggalkan dirinya
Dan demi waktu yang bergulir di sampingmu
Maafkanlah diriku sepenuh hatimu
Seandainya bila ku bisa memilih – Demi Waktu_Ungu

Alunan musik dari telefon yang berada di dalam bag membuatkan Fika tersentap. Keletihan yang dirasakan tiba-tiba hilang, cepat-cepat dia menjawab panggilan telefon tersebut.

“ Assalammualaikum Mak…..”

“ Wa’alaikumsalam……anak Mak apa kabar….?”

Luluh hatinya apabila mendengar suara perempuan tua itu dihujung talian. Perempuan yang sangat-sangat dia sayangi.

“ baik-baik saja Mak….Abah apa cerita…adik-adik…..?”

“ Abah…..ke laut esok lusa balik lah…Syakir…Syafa dengan Syahmi dah tidur……”

“ Abah ke laut…bukan ke Abah tak sihat…?”

“ Mak dah larang….tapi kau tahu saja lah Abah kau tu…degil..mana boleh duduk diam…”

“ semalam…Fika ada masukkan duti sikit..nanti Mak gunakan yer….”

“ Fika….kau tak payah la bagi Mak duit….kesian…mana kau nak belajar…kerja lagi..kau gunakan saja duit kau tu untuk kau belajar…pasal mak kat sini..jangan la kau risau….”

Hati Fika semakin sebak, dia tahu Emaknya berbohong. Dia faham sangat dengan keadaan keluarganya yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tapi mereka sangat bahagia. Masih segar di ingatannya, saat dia diterima masuk ke Universiti, memang mereka sekeluarga sangat gembira dan sangat bangga dengan kejayaan Fika.

Namun di sebalik kegembiraan yang terpancar di wajah Abahnya, tercalit perasaan gusar. Hati tua lelaki itu bimbang kalau-kalau dia tidak mampu untuk menghantar anak sulongnya ke Universiti. Hati seorang isteri faham apa yang bergolak di dalam hati suaminya. Lantas seutas rantai peninggalan arwah ibunya digadaikan untuk perbelanjaan anaknya Syafiqah ke Universiti.
Syafiqah takkan sesekali melupakan jasa dan perngorbanan Emak dan Abahnya.

“ Fika……..”

“ yer Mak…..erm….takpe la Mak…..duit untuk Fika ada….duit pinjaman pun ada juga...ada lebih ni…Fika bagi pada Mak…kalau Mak takde duit…Mak gunakan lah yer…..boleh juga tolong Mak bila Mak sesak-sesak nanti….”

“ Mak bukan apa Fika…kesian pada Fika..patutnya Mak yang bagi duit pada Fika…..”

“ Mak….Fika faham sangat dengan keadaan keluarga kita……pandai lah Fika kat sini nak hidup…Mak dah beri peluang Fika sambung belajar pun Fika dah cukup syukur...bila Fika dah habis belajar…Fika cari kerja elok-elok…masa tu…Mak dengan Abah..tak payah susah-susah kerja…Fika tanggung semuanya….sabar yer Mak….”

Talian menjadi sepi seketika.

“ Mak………Mak nangis yer….?”

“ err…tak…..Fika mesti penat kan…..rehat la dulu….nanti ada masa Mak telifon lagi…” jawab emaknya dalam suara yang agak serak.

Benar tekaan Fika, emaknya menangis.

“ iyer lah Mak….kirim salam pada Abah dengan adik-adik ye…Assalammualaikum….”

“ Wa’alaikumsalam…..”

Talian di matikan. Air mata Fika mulai sarat, bila-bila masa sahaja akan tumpah membasahi pipi. Tidak sampai sesaat, empangan air matanya pecah juga. Fika menyembabkan wajahnya di bantal lalu menagis sepuas-puasnya.

“ Mak………Abah….....maafkan Fika….maafkan Fika….!!” hatinya menjerit semahu-mahunya.






salah apa yang dah di buat oleh Fika...hinggakan dia rasa sangat-sangat bersalah...??? nantikan sambungannya ya....pang

2 comments:

WITHOUT A SOUND said...

smbung agi plzz!!

MaY_LiN said...

mmmm...
xsbr nk tgg smbgn