Saturday, March 19, 2011

AKU, DIA & TZM - PART 18

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Cuaca pada petang itu redup. Sang Mentari seolah-olah malu untuk memancarkan sinarannya, ditambah lagi dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa. Memang mendamaikan jiwa Naurah.

Naurah duduk di luar rumah menghadap kolam kecil yang dibina sendiri oleh ayahnya. Lapang hatinya melihat beberapa ekor ikan koi berenang-renang dengan riang. Ikutkan rasa hatinya, mahu saja dia terjun ke dalam kolam tersebut dan berenang bersama-sama kumpulan ikan itu. Naurah tersenyum sendiri apabila memikirkan idea gilanya itu.

Matanya kini di halakan kepada seorang kanak-kanak lelaki yang berumur tujuh tahun sedang riang bermain dengan dua ekor arnab putih.

“ Nabil…..jangan buat rabbit macam tu…sakit dia….” Laung Naurah apabila melihat kanak-kanak itu menepuk-nepuk kepala arnab itu.

“ Abil nak usap je kak….”

“ ok….perlahan-lahan…”

“ kak….minum……”

“ aik…..tetamu buatkan air untuk tuan rumah…?” Soal Naurah kepada gadis yang berada di hadapannya.

“ ala….bukan Ila yang buat…Mak Diha…Ila tolong bawa kan …”

Naurah merenung sejenak wajah gadis itu, Naurah dapat rasakan perasaan gadis yang bernama Nabilah itu sedang bergolak.

“ Nabilah…..mari duduk sini…..” pelawa Naurah. Nabilah hanya menurut.

“ macam mana persiapan masuk U….ok semuanya…?” soal Naurah.

“ erm….boleh la kak…..”

“ macam tak bersemangat je…?”

Gadis itu terdiam sejenak.

“ Ila rasa…..Ila tak nak sambung belajar lah kak…Ila nak kerja….dah tiba masanya Ila bantu Babah dengan Mak…..sampai bila Babah nak jadi driver kat sini…sampai bila Mak nak ambil upah menjahit…tengok lah….perbelanjaan Ila untuk ke U pun….Babah tak mampu nak sediakan….nasib baik kakak dengan Datin Zalia sudi bantu….Ila rasa macam dah susahkan kakak sekeluarga je……” Luah Nabilah.

Keluhan anak gadis Pak Said buatkan hati Naurah tersentuh.



“ Nabilah…….dengar apa yang akak nak cakapkan ni…..bukan masanya lagi Ila nak balas jasa Babah dan Mak…..tugas Ila sekarang ni…belajar…bukan kah itu impian Babah dan Mak…nak lihat anaknya berjaya…?”

“ tapi kak………..”

“ Ila belajar betul-betul…lepas dah grad….Ila cari kerja bagus ….ketika itu lah Ila boleh balas jasa Babah dan Mak….jangan bila Ila dah berjaya..Ila lupa diri…lupa asal usul..lupa Mak, Babah dengan Nabil…”Nasihat Naurah.

Nabilah terdiam, sedikit sebanyak dia termakan juga kata-kata Naurah. Memang dia punyai cita-cita untuk menjadi seorang peguam yang berjaya, menjadi seorang peguam yang membela nasib orang-orang yang teranyaya. Tawaran untuk melanjutkan pelajaran di UIA merupakan batu loncatan buat Nabilah untuk merialisasikan cita-citanya.

Namun melihat Mak dan Babahnya bersusah payah mencari duit buatkan perasaan Nabilah berbelah bahagi antara cita-cita ataupun pengorbanan. Tapi kini, dia sudah tahu apa yang dia harus lakukan. Kata-kata nasihat dari Naurah telah menyuntik semangat gadis itu untuk memburu cita-citanya sekaligus membalas jasa kedua orang tuanya.

“ Ila…….fikir apa tu…?” sergah Naurah.

“ erm….takde apa kak…cuma fikirkan semula kata-kata akak tadi….terima kasih kak….” Balas Nabilah diiringi dengan senyuman.

“ ala….sikit jer tu…akak kan belajar Psikologi … so mudah la akak nak pscyo Ila….” Ucap Naurah beserta ketawa kecil, Nabilah juga turut ikut sama tertawa.

Sedang bergelak ketawa dengan Nabilah, budak lelaki yang sedang bermain dengan arnab sebentar tadi datang menghampiri Naurah dan Nabilah.

“ Kak Ila….Abil nak air….haus……” rengek budak lelaki itu.

Tampa berlengah, gelas yang berada di tangan Nabilah dihulurkan kepada Nabil. Nabil meneguk air itu laju, beberapa saat sahaja gelas yang berisi dengan air sirap sejuk itu kosong.

“ Nabil haus yer…?” soal Naurah.

“ ha’ah….penat kejar Buni dengan Boni…..”

“ oh…dah ada nama yer untuk rabbit tu…mana satu Buni…mana satu Boni…?” soal Naurah lagi.

“ yang ada tompok hitam kat telinga tu Buni…..yang lagi satu baru Boni…Buni ni…abang kepada Boni…”

“ macam tu yer….ok la…Nabil jaga rabbit ni baik-baik ok…tahun depan…kalau Nabil dapat nombor satu lagi dalam kelas..akak bagi hadiah….”

“ ok kak….Abil janji…..”

Bahagia rasa hati Naurah apabila dapat mengembirakan Nabil dan juga Nabilah. Dua ekor arnab itu memang pemberian Naurah kepada Nabil. Naurah memang sudah berjanji dengan Nabil yang dia akan memberikan hadiah jika Nabil mendapat tempat pertama di dalam kelas.

“ eh kak…..macam ada orang datang je tu…?” sapa Nabilah.

Naurah memanjangkan leher menjenguk kea rah pintu pagar rumahnya. Kereta Mercedis berwarna hitam mula masuk ke dalam pengkarangan rumahnya.

“ kawan Mama agaknya…biarkan jer la….”

♥♥ **************************************************** ♥♥



“ apa mimpi Syafiq…tiba-tiba je nak ikut Mama…?” soal Datin Maria , hairan dengan sikap pelik anak terunanya yang sorang itu.

Kebiasaannya, jika di ajak temankan ke mana-mana, pasti ada sahaja alasan yang Syafiq akan berikan. Tapi bila Datin Maria minta Sayfiq temankan dia ke ruamah Datin Zalia, Syafiq terus bersetuju tampa sebarang alasan.

“ salah ke Fiq nak temankan Mama….?”

“ tidak la…cuma pelik…..biasanya mana Syafiq nak temankan Mama….hmm….ada apa-apa ke ni…?” Datin Maria cuba menduga Syafiq. Naluri seorang ibu dapat merasakan ada sesuatu yang buatkan Syafiq ingin mengikutnya.

“ biar Mama teka….Sayfiq dah suka yer pada Naurah…?”

Soalan dari Datin Maria buatkan Syafiq terkedu. Serbasalah untuk dia mengiakan mahupun menidakkan soalan Mamanya itu. Dia sendiri keliru dengan perasaannya. Tapi apa yang dia tahu, saat pertama kali dia bertemu dengan Naurah, hatinya sudah tertawan.

“ diam lagi……Mama tanya ni Syafiq….?” Desak Datin Maria

“ erm…tak tau nak jawab apa la Mama…..suka la agaknya…entah…..”

Serta merta senyuman terukir di bibir Datin Maria tatkala mendengar jawapan dari anaknya. Jelas lah kini Syafik mula tertarik dengan Naurah. Senyumannya semakin lebar apabila membayangkan perancangan yang telah dibuat bersama Datin Zalia akan menjadi kenyataan.

“ kalau Syafiq suka pada Naurah…bagus la….Mama pun suka….Aunty Zalia pun sama…kami pernah bingcangkan pasal kamu berdua tau….”

“ wah….advance nya….”



“ hmmm…..kalau Syafiq dan Naurah bersatu….perniagaan keluarga kita akan menjadi semakin besar tau…sudah pasti Aunty Zalia akan menyerahkan Nordin Group pada Sayfiq untuk uruskannya…”

Syafiq mengeluh,

“ apa la Mama ni….belum apa-apa dah berangan lebih…Naurah tu…Fiq tengok bukan mudah nak dekat dengan dia….so….Mama jangan la mengharap sangat…”

“ usaha la sikit…anak Mama ni handsome…takkan la Naurah tak boleh terpikat macam perempuan-perempuan yang lain…”

“ tengok la macam mana nanti…ha…kita dah sampai dah…jom lah….” Perbualan dua beranak itu terhenti apabila keretanya memasuki pengkarangan rumah Datin Zalia.

Selang beberapa minit, Datin Zalia muncul di muka pintu beserta senyuman manis. Datin Maria meluru dapatkan Datin Zalia mereka saling berpelukkan. Syafiq yang membontoti Mamanya menghulurkan tangan lalu bersalaman dengan Datin Zalia dengan penuh hormat. Matanya liar memerhatikan keadaan sekeliling, seolah-olah sendang mencari sesuatu.

Datin Zalia tersenyum lagi. Dia dapat membaca apa yang tersirat dalam hati anak muda di hadapannya itu. Sudah pasti dia sedang mencari Naurah.

“ Syafiq pergi lah ke kolam dekat belakang tu…Naurah ada di sana….Kak Maria…jom la kita masuk….” Datin Zalia menarik tangan Datin Maria masuk ke dalam rumah. Syafiq dibiarkan sendirian di luar.

Syafiq mencari kelibat Naurah. Sebaik sahaja terpandangkan Naurah, sertamerta senyuman terukir di bibirnya. Gadis itu terlalu ringkas. Dia hanya mengenakan t-shirt lengan panjang berwarna biru laut, berseluar track dan mengenakan tudung putih di kepalanya. Sungguhpun begitu, kesederhanaan yang gadis itu miliki telah membuatkan hatinya bergetar.

Syafiq sendiri pelik dengan dirinya. Mana mungkin gadis seperti Naurah mampu menawan hatinya. Perempuan yang sering dia damping sangat berbeza dengan Naurah. Mempunyai wajah dan aset yang cantik itu sudah kemestian pada Syafiq, diserikan pula dengan pakaian yang seksi dan sentiasa mengikuti trend terkini melengkapkan lagi pakej seseorang perempuan itu untuk menjadi pendamping Syafiq.

Hatinya tertanya-tanya, kenapa bila dia berhadapan dengan Naurah perasaan dia mula menjadi tidak keruan. Ini kah yang dinamakan cinta?




♥♥ **************************************************** ♥♥

sudah jatuh cinta kah Syafiq dengan Naurah???

1 comment:

MaY_LiN said...

no no no no..
tamaula..