Monday, January 31, 2011

AKU, DIA & TZM - PART 12

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥




Stesyen KTM di KL Sentral agak lengang pada pagi itu. Naurah berdiri sambil memeluk tubuh menunggu ketibaan Komuter yang akan membawanya ke Seremban.

Diam tak diam, usia perhubungan di antara Naurah dan Mustaqim sudah masuk enam bulan, satu jangka yang cukup lama bagi Naurah. Naurah pernah bercinta, namun cinta Naurah hanya bertahan selama sebulan. Naurah sendiri memutuskan hubungannya kerana dia merasakan tiada keserasian di antara mereka.

Bila dengan Mustaqim, baru lah Naurah tahu apa itu cinta, barulah Naurah dapat merasakan kebahagiaan dalam bercinta. Hari-hari yang mereka lalui cukup indah walaupun bercinta dalam jarak jauh, namun kasih sayang mereka terus mekar ibarat bunga yang kembang mekar di taman.

“ kalau saya ajak awak datang ke PD…awak sudi tak…?” soal Mustaqim ketika mereka berbual melalui telefon tempoh hari.

“ serius ke wak…?”

“ serius la ni….rindu lah…lama sangat tak jumpa…”

“ erm…….”

“ saja je ajak awak..kalau tak mahu takpe la…tunggu hujung bulan…bila saya dah dapat gaji…saya turun KL yer….”

“ eh….saya tak kata apa-apa pun..?”

“ dapat agak awak keberatan…”

“ yes..!! “

“ yes…?? maksudnya…??” soal Mustaqim kebingungan,

Kata-kata Naurah sering sahaja membuatkan dia berasa bingung, adakalanya dia berasa payah untuk mentafsirkan apa maksud tersirat di sebalik kata-kata Naurah.

Tampa sebarang jawapan, Naurah tergelak kecil.

“ saya tak kata pun saya tak nak….betul…?”

“ ha’ah….jadi nya….?”

“ jadinya itu la…..”

“ alahai……awak suka buat saya pening….cakap terus kan senang…?” rungut Mustaqim.

Naurah tergelak lagi.

“ ok…ok…saya kata yes…maka yes lah….saya bersetuju tuk datang ke PD untuk berjumpa dengan kekasih hati yang sangat…sangat…sangattttt…..saya rindu….”

“ ha…cakap terus macam ni kan lebih mudah…tak perlu susah payah saya fikir…”

“ hrumm…marah la tu…” suara Naurah mulai kendur.

“ tidak la marah….lain kali jangan buat macam tu..boleh..?”pinta Mustaqim dalam nada sedikit tegas.

“ tengok la macam mana nanti….tak janji…kalau marah lagi..lagi lah tak boleh nak janji…..”

“ ish budak manja ni….cubit nak…?”

“ wekkk…!! tak takut pun….” ejek Naurah.



Lamunan Naurah terhenti apabila terdengar pengumuman bahawa komuter yang akan membawanya bertemu dengan pujaan hati akan tiba beberpa minit lagi.

Setelah komuter yang dinantikan tiba. Naurah segera memboloskan dirinya ke dalam dan memilih untuk duduk disebelah tingkap. Belum pun sempat komuter bergerak telefon yang berada di dalam beg silangnya berbunyi menandakan ada SMS untuknya.

Hye sayang…dah gerak..? – Mustaqim

Naurah tersenyum lebar, riang rasa hatinya apabila Mustaqim memanggilnya sayang.

Baru jer nak gerak…see you there…. :) – Naurah

Hampir setengah jam berada di dalam perut komuter, akhirnya dia sampai juga ke destinasi. Naurah bergegas keluar, tidak sabar rasanya untuk bertemu dengan Mustaqim. Maklumlah hampir dua bulan mereka tidak bertemu. Naurah sibuk dengan kuliahnya manakala Mustaqim pula bekerja di Terengganu.

Hatinya berbunga riang apabila dia melihat Mustaqim. Terlerai juga perasaan rindunya tatkala melihat senyuman daripada Mustaqim. Bersinar-sinar matanya memandang Mustaqim. Naurah mempercepatkan langkah menghampiri Mustaqim. Tangan Mustaqim terus diraih erat, mereka bertentangan mata buat seketika.

“ apa kabar sayang…….” ucap Mustaqim mesra.



“ hrumm…..demam sikit……” balas Naurah dalam nada manja.

“ hah….demam…? bila….?” Mustaqim mulai cemas.

“ lama dah deman sebenarnya….”

“ dah lama…? kenapa tak bagi tau….? dah pergi cek dokter….?”

“ dokter tak dapat nak sembuhkan penyakit saya….”

“ awak ni biar betul….teruk sangat ke demam awak tu….?” jelas terpancar riak kebimbangan di wajah Mustaqim.

Dia segera meletakkan tangannya ke dahi Naurah. Namun dahi Naurah tidak pun panas.

“ tak panas pun…..awak demam apa ni…?” soal Mustaqim lagi.

Naurah tergelak kecil melihat kekalutan Mustaqim.

“ demam……..demam rindu pada orang tu lah…….” jawab Naurah sambil mengenyitkan matanya.

“ eeee….memain yer dia ni…..” Mustaqim mulai geram, dia terus mencubit pipi gebu Naurah.

“ sakit lah….hrummm….” Naurah mengusap perlahan pipinya.

“ tu la nakal sangat….ingatkan betul-betul la dia demam….ha…dapat pun cubit awak…hari tu action..kata kita tak dapat cubit dia….”

Puas hati Mustaqim apabila dapat mencubit pipi Naurah, geram terhadap kenakalan Naurah terlerai sudah. Namun, pabila melihat Naurah menggosok-gosokkan tangan di pipinya, timbul pula rasa belas. Bukan niatnya untuk menyakiti Naurah.

“ dah jom lah…” Mustaqim memimpin tangan Naurah beredar dari situ.



Naurah hanya menurut, dalam hatinya tertanya-tanya Mustaqim mahu membawanya ke mana kerana tempat itu begitu asing baginya. Dia tidak pernah menjejakkan kaki di stesyen KTM Seremban. Naurah mula pelik apabila Mustaqim membawanya di kawasan yang banyak motor.

“ kenapa dia bawa aku ke sini…..bukan ke bus stop kat depan sana…? ish jangan la dia suruh aku naik motor dah la…eeee….tak mau….” rungut hati kecilnya.

♥♥ **************************************************** ♥♥

apa benar Mustaqim akan membawa Naurah menaiki motornya...?? tunggu espisod seterusnya ya... pang


2 comments:

MaY_LiN said...

yela tu..
yeah yeah nak g piknik..

nabilah_2908 said...

Hye May Lin...

hehe...tunggu next episod eh.. ;)