Saturday, January 22, 2011

AKU, DIA & TZM - PART 11

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh5hpnr0v05XkGi4NoX_8j8CdCMzW2dkplCPvH3AcVfA4J0X_ZqkbITcqpG7oAKHLmXv3iFeUhwXBaV3D5pl3KcYATBJLK56iSgHW3cE9BXkxak6JXMn2lismZFOZ1ui-cIolhpY7tFw_II/s660/Smile_III_by_LittleFear.jpg


Pagi itu, Datin Zalia bangun awal daripada biasa. Dia bergegas turun ke dapur membantu Mak Diha menyiapkan sarapan. Seolah-olah ada semangat baru yang menyelinap masuk ke dalam tubuhnya. Rentetan peristiwa semalam, baru kini dia sedar dia semakin mengabaikan pesanan arwah suaminya. Pagi itu dia bertekad untuk tidak mengabaikan Naurah lagi. Kasihan anak tunggalnya itu.

Dia sedar, antara dia dan Naurah semakin jauh. Setiap kali mereka bertemu, pasti akan ada pergaduhan kecil. Setiap apa yang diperkatakan olehnya pasti akan dibantah keras oleh Naurah walaupun apa yang dirasakan itu adalah terbaik buat anaknya.

Pernah sekali dia menyuarakan agar Naurah tinggal sahaja di rumah, dia tidak perlu tinggal di rumah peninggalan arwah suaminya yang satu ketika dahulu dijadikan rumah sewa. Namun Naurah berkeras, mahu juga tinggal di situ atas alasan dekat dengan kampusnya.

Sakit ? ya sudah tentunya hati Datin Zalia sakit apabila diperlakukan sebegitu, akan tetapi dia terpaksa mengalah kerana dia tahu Naurah bersikap begitu disebabkan dia juga yang sering mengabaikan Naurah.

“ err…Datin…buat apa pagi-pagi kat dapur ni…?” soal Mak Diha kehairanan.

“ saya nak buat breakfast……Naurah ada rumah hari ni…tiba-tiba rasa bersemangat pula nak masak…” balas Datin Zalia girang.

Mak Diha mengerutkan keningnya,

“ tebiat apa Datin ni…..” bisik hati kecilnya.

“ Naurah mana Mak Diha…tak bangun lagi ke dia…?”

“ tak silap saya….Naurah dah bangun subuh tadi…tapi tak tahu la kalau dia tidur balik….”

“ pergi la kejutkan dia….dah pukul berapa dah ni…” arah Datin Zalia.

Mak Diha bergegas meninggalkan dapur dan terus menuju ke bilik Naurah. Belum sempat Mak Diha memanjat anak tangga, Naurah sudah pun berdiri di hadapannya.

“ selamat pagi Mak…….” ucap Naurah dengan girang.

“ selamat pagi sayang…dah jom kita makan…Mama Naurah masak pagi ni..”

Naurah mengerutkan mukanya. Pelik, itu la yang sedang bermain-main difikirannya. Bukan kah hari ni Mamanya sepatutnya pergi bekerja.

“ morning Ma…..” ucapanya sebaik sahaja melihat mamanya sedang membawa semangkuk mee goreng dari dapur.

“ morning…..dah bangun rupanya….Mama ada goreng mee….jom la makan….Mak Diha…makan sekali…”




Mak Diha hanya menurut, perasaan pelik terhadap sikap majikannya masih lagi menyelubungi fikirannya. Datin Zalia jarang masuk ke dapur, apatah lagi melekat di rumah. Mak Diha sempat merenung wajah Datin Zalia mencari suatu kepastian. Dia merasakan seolah-olah Datin Zalia telah dilahirkan semula sebagai Datin Zalia yang baru.

“ kenapa pandang saya macam tu….?” sergah Datin Zalia apabila dia perasan Mak Diha sedang memerhatikannya.

“ err….takde pape….makan lah dulu…saya pergi ambil air….” ucap Mak Diha dan terus bergegas masuk ke dapur. Naurah juga turut membontoti Mak Diha ke dapur.

“ eh…Naurah nak ke mana tu…mari lah duduk makan…”

“ err…jap…Naurah tolong Mak bawakan cawan…..” dalih Naurah.

Apabila tiba di dapur,

“ Mak……kenapa dengan Mama tu…..?” soal Naurah separuh berbisik.

“ Mak tak tahu…pagi ni Mama Naurah lain sangat…”

“ tu la pasal…bukan ke biasanya time macam ni dah pergi kerja…? hantu apa yang merasuk Mama….pelik je…..”

“ ish….tak baik cakap macam tu….” balas Mak Diha.

“ Naurah…….Mak Diha….!! lama lagi ke kat dapur tu….?” laung Datin Zalia dari ruang makan.

“ tu…Mama dah panggil pergi lah…..” arah Mak Diha. Naurah hanya menurut.

Dia terus mengambil tempat berhadapan dengan Mamanya di ruang makan. Datin Zalia pula segera menyendukkan mee goring ke dalam pinggan Naurah.

“ makan lah…sementara masih panas…kalau tak sedap…maaf la yer…maklumlah Mama dah lama tak masak…” ucap Datin Zalia girang.

Naurah hanya mendiamkan diri, dia terus menyuapkan mee goreng ke dalam mulutnya.

“ sedap….” puji Naurah ikhlas.

Melebar senyuman Datin Zalia pabila mendengar pujian dari anaknya.

“ erm….Mama tak kerja ke hari ni…?” soal Naurah.

“ tak…Naurah ada rumah….Mama cuti la…lagi pun lama Mama tak cuti…”

“ hmm…..macam pelik je…..”

“ apa yang pelik…?” soal Datin Zalia.

“ biasanya Mama tak macam ni….”

Datin Zalia tergamam buat seketika.

“ tak salah kan kalau Mama berubah…?”


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgv6Bx1_jQPFJxHHjpkCy3VafYhPFG8u-SvE2nKFXkiRSf3RvdouXdwWgsjnhwmqNv67QTqFOT0gZT6i4AhyphenhyphenEFVU1hqVRtWvM0DTMYjKxcVLrPL4ANQoy8e08xBY69a9-svjIZJ2o9Upf4C/s400/etsy+015.jpg


Kali ni giliran Naurah pula terdiam dengan kata-kata Mamanya. Memang tidak dinafikan dia berasa agak janggal dengan perubahan Mamanya.

“ macam mana dengan perut Naurah…dah ok..?”

Naurah dan Mak Diha saling berpandangan, lalu Naurah tersenyum kecil. Geli hatinya mengenangkan kisah semalam.

“ dah Mama…..nanti Mama say sorry bagi pihak Naurah tuk kawan Mama tu yer….”

“ dah pun…..mereka datang nak jenguk Naurah….tapi Naurah pulak yang tak sihat…”

“ jenguk Naurah….nak buat apa…? Naurah kenal pun tak….”

“ kan Mama dah kata…mereka tu jiran kita dulu….saja nak jumpakan Naurah dengan Syafiq….Naurah ingat tak..masa kecil dulu…Naurah selalu main dengan Syafiq…”

“ nak main jodoh-jodoh la ni….ish..dah mula dah…..tak mau lah aku……” rungut hati kecilnya.

“ tak ingat pun…..takpayah la kot nak ingat cerita lama…bukan bawa faedah…” selamba sahaja Naurah menjawab.

“ eh…ada pula kata macam tu….”

“ sorry kalau Naurah silap…tapi kalau Mama nak jodohkan Naurah dengan mamat perasan bagus tu..Naurah tak mahu….. Naurah muda lagi…belajar pun tak habis…” terhenti suapan Datin Zalia. Naurah seolah-olah dapat menghidu perancangannya.

“ saja jumpakan…..siapa kata Mama nak kawinkan Naurah sekarang…..”

“ dah tu….?? Naurah macam dapat agak apa yang bermain dalam fikiran Mama….Naurah tak nak Ma….masa depan Naurah…biar lah Naurah tentukan sendiri….pilihan Naurah sendiri…” bentaknya.

Datin Zalia terkedu bila Naurah mula memberontak. Sejak kedua belah keluarga itu bertemu, sejak kali pertama Datin Zalia melihat Ammar Syafiq Aslanudin, hatinya mula berkenaan. Pada pandangannya Syafiq sesuai sangat jika dipadankan dengan Naurah. Pabila melihat tindak balas Naurah, apa yang telah dirancangkannya semakin kabur.

Datin Zalia melepaskan keluhan berat.

“ ok lah…kita tutup cerita ni….cepat…habiskan makan tu….nanti temankan Mama pergi shoping ye….lama dah mama tak shoping…asik kerja je…”

Datin Zalia menukar topik perbulan. Dia tidak mahu wujudkan keadaan tegang di antara dia dan Naurah.

“ hmm…iyer la….” jawab Naurah pendek.

http://www.designzzz.com/wp-content/uploads/2010/07/When_I_was_a_child_by_whiteheaveneleven.jpg


1 comment:

MaY_LiN said...

alahai mama..
naurah tamau kat syafiq tu..