Friday, January 14, 2011

AKU, DIA & TZM - PART 10

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



“ Mak Diha…..dah tengok ke keadaan Naurah…?” soal Datin Zalia sebaik sahaja tetamunya pulang.

“ dah….Naurah dah tidur pun….”

“ apa betul dia makan petai dan jering petang tadi…?” Datin Zalia cuba mendapatkan kepastian.

Mak Diha yang sudah siap sedia dengan jawapan segera mengangguk walaupun dia tahu jawapan yang bakal diberikan adalah sama sekali tidak benar.

“ mana datang….?” soal Datin Zalia lagi.

“ Isteri Said yang bagi….masa nak makan…Naurah pulak balik..bila dia nampak je petai dan jering tu terus dia nak makan…”

“ pelik la pulak saya…sejak bila dia pandai makan tu semua…?”

Mak Diha sekadar menjungkitkan bahunya.

“ tak pe la….saya nak naik dulu….sebelum tidur pastikan semua pintu berkunci yer….” pesan Datin Zalia, dia terus berlalu naik ke atas.

Sebaik sahaja tiba di atas, dia terpandang pintu bilik anaknya sedikit terbuka. Dia menghampiri bilik Naurah lalu pintu bilik Naurah di buka. Kelihatan Naurah sedang lena diulit mimpi. Datin Zalia duduk di birai katil, lalu merenung Naurah dalam. Wajah suaminya mula terbayang di sebaik wajah mulus anaknya itu. Tidak semena-mena hatinya menjadi sebak. Perasaan rindu terhadap arwah suaminya mula mencengkam hatinya.

Datin Zalia segera keluar dari bilk Naurah dan berlari menuju ke biliknya. Datin Zalia menangis semahunya di atas katil. Setelah sekian lama memendam rasa, akhirnya malam ini diluahkan juga dengan air mata.



“ abang……..Lia rindukan abang……….” bisik hati kecilnya.

Bantal kegemaran arwah suaminya dipeluk erat. Hati nya terasa sangat kosong. Perasaan bersalah juga turut bersarang di hatinya.

Masih segar di ingatannya, sehari sebelum suaminya meninggal dunia, mereka sempat berbalah, malah dia juga meninggikan suara kepada suaminya supaya jangan mencampuri urusan hariannya.

“ Lia….kenapa balik lewat sangat….sudah-sudah la bekerja tu…dah tiba masanya Lia duduk di rumah pula…”

“ yang abang nak bebel malam-malam buta ni kenapa…? Lia berkeja bang…untuk syarikat kita….nak harapkan abang…tak berkembang la syarikat kita tu nanti….”

“ iyer abang tahu…tapi abang tak sihat Lia….”

“ tau pun tak sihat…abang sepatutnya faham…kalau nak suruh Lia duduk rumah…siapa yang nak majukan syarkat kita nanti…?”

“ ramai yang boleh bantu….abang bukan apa….kasihankan Naurah…sejak dari kecil….kurang dapat perhatian dari Lia….sampai dia besar…dia tak rapat dengan Lia….kalau abang dah tiada nanti…dengan siapa dia nak menumpang manja lagi…?”

“ abang……dia dah besar..nak bermanja apa lagi…? Lagi pun abang yang nak sangat Naurah tu lahir…”

“ Lia…!!! Apa yang Lia cakap ni…itu kan anak Lia juga…?” terperanjat Datuk Nordin bila mendengar kata-kata yang lahir dari mulut isterinya.

Datin Zalia turut tergamam, entah syaitan apa yang merasuknya sehinggakan dia tergamak berkata begitu pada suaminya. Namun dia juga tidak dapat menafikan yang dia memang tidak mahu Naurah lahir, baginya dengan adanya anak akan menyusahkan hidupnya. Memang dia pernah bercadang untuk menggugurkan kandungannya sebaik sahaja doktor mengesahkan dia hamil tanpa pengetahuan suaminya.

Takdir Allah, belum sempat dia berbuat apa-apa, suaminya sudah pun maklum akan berita kehamilannya itu melalui Doktor Zamil, doktor peribadi yang merawatnya.

Dia sedar, dia telah melakukan kesilapan besar kerana merujuk kepada doktor peribadi keluarganya sebaik sahaja mendapati kesihatannya yang terganggu. Tidak terlintas di fikirannya yang dia akan mengandung kerana di luar pengetahuan suaminya, Datin Zalia telah mengambil pil perancang untuk mencegahnya daripada hamil.

Setelah lima tahun mendirikan mahligai, Datuk Nordin memang teringinkan anak. Datuk Nordin terus memeluk isterinya saat dia pulang ke rumah. Dia begitu gembira apabila dia mendapat tahu akan kehamilan isterinya. Datin Zalia pula bila melihat suaminya begitu gembira, hajatnya untuk menggugurkan kandungannya itu di batalkan. Tidak sampai hati bila memikirkan betapa kecewanya suaminya nanti.

Setelah anak itu lahir, Datin Zalia kembali bekerja. Jarang sekali dia mengambil tahu perihal Naurah. Segalanya urusan yang berkaitan dengan Naurah diserahkan bulat-bulat kepada Mak Diha.

“ dah la bang…Lia malas nak bertekak dengan abang lagi….Lia penat….” Bentaknya.

Air mata Datin Zalia mengalir lagi, rasa kesal terhadapt tindakkannya tidak pernah hilang.



“ Datin…..saya harap Datin bersabar…..” Doktor Zamil cuba menenagkan Datin Zalia.

“ kenapa dengan suami saya…?” soal Datin Zalia dengan cemas.

Saat dia sedang bermesyuarat dengan usahawan dari Taiwan yang akan melabur di syarikatnya, dia dikejutkan dengan panggilan telefon yang membawa perkhabaran yang Datuk Nordin telah dikejarkan ke hospital dan telah dimasukkan ke dalam wad ICU.

Datin Zalia bergegas keluar dari bilik mesyuarat dan terus ke hospital.

“ sebenarnya…..Datuk dah lama mengalami masalah buah pinggang….sejak dia muda lagi…tapi kini makin kronik..kedua-dua belah buah pinggangnya rosak teruk…Datuk takkan dapat bertahan lama…” Doktor Zamil menerangkan dengan tenang.

“ Ya Allah….dia tak pernah cakap pun dengan saya…selama ni…dia sihat-sihat saja…tak mungkin….” ujar Datin Zalia, dia langsung tidak boleh terima kata-kata yang keluar dari Doktor Zamil.

Doktor Zamil terdiam buat seketika.

“ Datuk sendiri yang minta saya merahsiakan penyakitnya….sabar lah Datin….”

Datin Zalia terkedu, fikirannya kosong. Air matanya mula mengalir deras. Dia tidak dapat membanyangkan bagaimana hidupnya jika suaminya sudah tiada lagi. Selama ini dia sering mengabaikan rumah tangganya, dia juga sering bersikap kurang ajar dengan suaminya, sakiti hatinya. Perasaan bersalah mula bersarang dalam hatinya.

“ kenapa dia perlu rahsiakan….kenapa….??” Doktor Zamil tidak dapat menjawab soalan Datin Zalia kerana dia sendiri tidak tahu mengapa Datuk Nordin memintanya untuk merahsiakan penyakitnya.



“ Datin…..mari lah masuk…Datuk nak berjumpa dengan Datin….”

Datin Zalia segera mengelap air matanya dan mula melangkah masuk ke dalam bilik Datuk Nordin. Saat dia melihat wayar-wayar yang berselirat di tubuh suaminya, air mata Datin Zalia tumpah lagi. Tidak sangup rasanya bila dia melihat keadaan suaminya begitu. Dia langsung tidak menyangka di sebalik wajah tenang suaminya, rupa-rupanya suaminya sedang bertarung dengan maut.



“ abang……..Lia datang….” ucap nya perlahan sambil mengusap kepala suaminya.

Datuk Nordin tersenyum, topeng pernafasan yang melekap di mulutnya di tarik ke bawah.

“ abang…………kenapa abang rahsiakan penyakit abang dari Lia…kenapa…?”

“ abang tak mahu susahkan Lia….”

“ abang…..semua ni kan boleh bincang…abang suami Lia…bukan kah kita sudah berjanji…susah senang kita harus bersama…?”

“ tidak Lia….abang dah banyak susahkan Lia….sudah la segala urusan syarikat Lia kena uruskan…abang tak mahu menambah beban pada Lia….”

“ abang………….jangan cakap macam tu bang….Lia tahu…Lia sering abaikan abang…sampai abang sakit pun Lia jarang ambil kisah……maafkan Lia bang…..maafkan Lia..” Datin Zalia memeluk tubuh Datuk Nordin sambil menangis teresak-esak, dia benar-benar kesal dengan tindakannya selama ini.

Datuk Nordin turut sebak bila mendengar esak tangis isterinya. Dia mengusap perlahan kepala isterinya.

“ Lia……..maafkan abang ye sayang….”

“ tak……abang tak salah…..abang terlalu baik dengan Lia…..Lia yang lupa diri…Lia banyak berdosa dengan abang…..”

“ sudah la tu Lia….usahlah menangis….abang dah lama maafkan Lia…Lia….jaga Naurah baik-baik yer…berikan lah dia kasih sayang….dia dah lama dambakan kasih sayang Lia…kesian Naurah….abang dah tak mampu lagi dah…..”

“ abang…jangan la cakap macam tu..kita pergi cari pakar yer bang….Lia pasti abang akan sembuh…”

DatuK Nordin hanya tersenyum pahit,

“ masa abang di dunia ni dah tak lama Lia….abang redha….abang dah bersedia….”

“ abang……..Lia tak benarkan abang pergi…Lia perlukan abang…Naurah juga perlukan abang….bertahan lah bang….”

Datuk Nordin mengesat air mata yang mengalir di pipi isterinya. Wajah isterinya direnung dalam.

“ Lia janji dengan abang…..jaga Naurah baik-baik yer….boleh janji dengan abang…?”

Datin Zalia menggenggam erat tangan suaminya lalu mengangguk perlahan.

“ terima kasih Lia……” ucap Datuk Nordin sambil tersenyum.

Datuk Nordin memejamkan matanya erat sambil mengerutkan wajahnya seolah-olah dalam kesakitan. Datin Zalia mulai cemas melihat keadaan suaminya. Dia segera menjerit memanggil doktor. Belum sempat doktor tiba,

“ Allah……………….” itu la perkataan terakhir yang keluar dari bibir Datuk Nordin, pegangan tangannya terlerai dari tangan isterinya.

“ abang………!!!!!!!!!!!!!!” Datin Zalia meraung semahunya.

Dunianya dirasakan gelap buat seketika.





hargi la orang yang kita sayang sementara hayatnya masih ada......

4 comments:

MaY_LiN said...

so sad..
cian naurah
tamo la mama cenggitu

Lepat said...

sedih tul...patutlah kenapa Lia selalu rapat dengan Mak Dah.kesian arwah husband dia.

Nurfazilah Cipa said...

cipa jln2 cni smbil bce cte..sob3...

thathysh said...

go to my blog dolabuy click over here best replica bags see this site Dolabuy Valentino