Tuesday, January 4, 2011

AKU, DIA DAN TZM - PART 9

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



“ Mak Diha……….!!!” laung Datin Zalia

Mak Diha yang sedang sibuk memasak di dapur terkocoh-kocoh datang mendapatkan majikannya.

“ yer Datin…..”

“ dah siap masak…? Naurah mana…dah balik…?”

“ sudah Datin…semua dah sedia atas meja makan tu…..Naurah pun dah balik,…ada di biliknya..”

Belum sempat Datin Zalia membalas, Pak Said muncul di muka pintu bersama beberapa orang tetamu yang sememangnya Datin Zalia nantikan. Datin Zalia tersenyum lebar menyambut kedatangan tetamunya.

“ eh Datuk Karim….Datin Maria……ha….Syafiq pun ada sekali…jemput lah masuk….” sapanya mesra.

Senyumannya semakin melebar apabila melihat kelibat anak lelaki tunggal tetamunya, Ammar Syafiq Aslanudin yang segak mengenakan t-shirt kuning berseluar denim berjalan ke arahnya lalu bersalaman dengannya dengan penuh hormat. Wajah pemuda itu saling tak tumpah seperti wajah bapanya. Datin Zalia bersalaman dan berpelukkan dengan Datin Maria, lantas menjemput tetamunya ke ruang tamu.

“ apa pula berdatuk datin ni Zalia…macam tak biasa pulak….” ujar Datuk Karim

“ saje je bang…Kak Maria...Syafiq…jemput la duduk…kenapa berdiri je ni…”

“ ini ada ole-ole dari Dubai….” bag kertas yang dijinjit oleh Datin Maria bertukar tangan.

“ terima kasih kak….macam mana…seronok tak life kat Dubai…dekat setahun lebih di sana..?”

“ biasa-biasa saja Lia….pergi pun saja nak jenguk-jenguk perjalanan business kat sana..tak sabar nak jejak kaki kat Malaysia balik… bak kata pepatah….hujan diamond di negara orang…hujan batu di negara sendiri..baik lagi di negara sendiri….betul tak…?” Datuk Karim sempat berseloroh.

“ awak ni….merosakkan bahasa je la…eh…Naurah mana…..lama betul tak jumpa dia…kali terakhir pun masa arwah meninggal..itu pun sekejap sangat…” ujar Datin Maria sambil melabuhkan punggungnya di sofa.

“ ada..nanti saya panggilkan…..”

“ Mak Diha…panggilkan Naurah turun….” arah Datin Zalia.

Mak Diha yang baru sahaja selesai menghidangkan air mengangguk, dia terus melangkah meninggalkan Datin Zalia dan terus memanjat anak tangga menuju ke bilik Naurah.

“ Naurah…….”

Mak Diha menjengulkan mukanya di bilik Naurah, kelihatan Naurah sedang berbual di telefon. Naurah tersenyum, Naurah ketawa. Terpancar riak kegembiraan di wajah Naurah. Sudah lama Mak Diha tidak melihat wajah seceria itu. Wajah itu hilang sebaik sahaja ayahnya meninggal dunia.

“ err…ok lah wak….nanti kita cakap lagi….mak dah panggil...”

Naurah mematikan talian, lantas dia tersenyum lagi. Girang hatinya dapat berbual dengan Mustaqim. Senyuman demi senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya. Bahagia, itu la yang dia rasakan sekarang.

“ yer Mak…ada apa….?”

“ asik tersenyum je dari tadi…..tak lenguh ke mulut tu….ada apa-apa ke..?”

Naurah tergelak kecil, ada benarnya kata-kata Mak Diha, memang dia rasa lenguh namun dia tak mampu untuk berhenti senyum.




“ takde pape lah Mak……” Naurah mula mengelak, mukanya mula kemerah-merahan menahan malu.

“ tengah angau yer anak Mak ni…?” soal Mak Diha lagi. Naurah tidak menjawab, dia hanya mengangkat bahunya sahaja sambil tersenyum lebar.

“ eh….Mama panggil tu…minta Naurah turun makan sekali…..”

“ ala….malas la….”

“ jangan macam tu Naurah….Mama bawa tamu….nampak macam tamu tu kenal Naurah…pergi la tukar baju….”

“ ish…tak nak la…Mak nak Naurah pakai baju apa…baju kurung…? baju songket..? tak kuasa….macam ni jer la….ok kan Mak…?”

Mak Diha mengerling Naurah, di tubuh Naurah masih lagi terlekat t-shirit lengan panjang berwarna merah dan jeans putih yang masih lagi belum bertukar sejak petang tadi.

“ ok la juga macam ni…dah jom la….”

“ jap…..tundung…belum pakai lagi…..”

Naurah bergegas mencapai tundung yang tersangkut di dalam almari dan menyarung ke kepalanya. Dia juga sempat melihat cermin untuk memperbetulkan tudungnya. Setelah dia berasa puas dengan penampilan ringkasnya. Dia keluar dari bilik dan terus turun ke bawah sambil dibontoti Mak Diha.



Naurah melangkah perlahan menghampiri Datin Zalia. Sebaik sahaja melihat anaknya, Datin Zalia mula mengerutkan wajahnya, dia sempat memeberikan jelingan tajam ke arah Mak Diha. Mak Diha menjadi serbasalah, dia faham akan maksud jelingan itu. Pasti Datin Zalia marah bila melihat penampilan Naurah tidak sama sepertimana yang dia harapkan. Mak Diha segera melarikan anak matanya dan bergegas masuk ke dapur.

“ erm….Naurah…ingat lagi tak dengan auntie Maria dengan uncle Karim….jiran kita masa di kita tinggal di Senayan dulu…ingat tak…? Syafiq…..masa kecil dulu…kamu selalu main sama-sama….selalu gaduh pun yer juga…” Datin Zalia bersungguh-sungguh memperkenalkan Naurah kepada tetamunya sambil diiringi tawa kecil.

Naurah memandang tetamu Mamanya dengan pandangan kosong, dia langsung tidak menyimpan sebarang memori tentang tetamu yang hadir di rumahnya pada malam itu. Lantas Naurah hanya tersenyum dan terus bersalaman dengan Datuk Karim dan juga Datin Maria dengan penuh hormat. Naurah juga perasan lelaki muda yang bernama Syafiq itu asyik memandangnya.

“ huh…pandang orang..macam tak pernah jumpa perempuan…apa pelik sangat ke aku ni..sampai juling mata dia pandang aku..” rungut hati kecil Naurah.

“ Naurah…lama auntie tak jumpa…sekarang ni belajar di mana..?” sapa Datin Maria.

“ dekat je…di UM….”

“ bagus tu…bidang apa….mesti ambil business kan..?” Datin Maria cuba meneka.

Naurah tersenyum sinis, sakit telinganya mendengar perkataan “Business”.

“ bukan…..” jawab Naurah pendek.

“ habis tu apa….engineer….?” Datin Maria meneka lagi.

“ bukan juga….saya ambil bidang pendidikkan….pendidikkan awal kanak-kanak….”

Datin Maria tergamam bila mendengar jawapan Naurah, satu jawapan yang tidak dia jangkakan.

“ kenapa tak ambil business…macam mana nak tolong mama nanti..?” Datin Maria menyoal lagi. Naurah terdiam, begitu juga dengan Datin Zalia.

“ sama macam ayah dia....suka kepada kanak-kanak ye…..bagus tu..pendidikkan awal tu la sangat penting…tak lama lagi Naurah jadi pendidik..satu kerjaya yang terpuji...” Datuk Karim segera menyampuk,

“ asik cerita pasal Naurah je….Syafiq pula macam mana…buat apa sekarang….?” Datin Zalia memotong.

“ Syafiq baru balik dari Jerman……sekarang ni rehat rehat di rumah dulu…esok-esok boleh la mula bekerja bantu papa dia di syarikat….”

“ wah…lepas ni abang dengan akak…boleh la bersara yer…Syafiq dah mula ambil alih…”



“ buat masa ni..kena tengok-tengokkan budak ni dulu…masih belum yakin…masa belajar dulu pun banyka main-main…” balas Datuk Karim.

“ ish awak ni…biasa la orang muda….eh lupa pulak…kelmarin kami jumpa Datuk Malik..sempat juga berbual sekejap..dia kirim salam…kalau boleh dia nak jumpa kita semua…” Datin Mariah ramah bercerita.

“ Datuk Malik…..yang mana satu ni kak…?” soal Datin Zalia dengan penuh minat.

“ ala….menantu Tan Sri Syed Amir….pemilk Merbah Holdings…”

“ oh…dah dapat tittle Datuk dah rupanya….”

Naurah mengangkat keningnya, mual melihat sikap Datin Maria yang menunjuk-nunjuk serta gelagat anak lelakinya yang sedari tadi tidak lepas-lepas memandangnya. Dia mulai bosan bila berada di kalangan orang-orang berprotokol seperti Mamanya. Dia cukup-cukup benci dengan keadaan begini. Panggilan seperti Datuk, Datin memang sangat memualkan. Otaknya ligat mencari alasan untuk melepaskan diri.

“ aduh…..!!!”

Semua mata tertumpu ke arah Naurah yang sedang memegang perutnya sambil wajahnya berkerut seolah-olah sedang menahan kesakitan.

“ kenapa ni…?” soal Datin Zalia cemas.

“ Ma……Naurah sakit perut…” adu Naurah.

“ hah…tadi elok je…..??”

“ entah la…salah makan kot.. tak pun banyak makan….”

“ Naurah makan apa tadi sayang….?” sampuk Datin Maria.

“ erm….tadi Naurah makan petai…..jering pun ada juga…makan dengan sambal belacan…”

Terdiam Datin Maria bila mendengar jawapan dari Naurah.

“ kamu makan benda-benda busuk tu…?” soal Datin Maria kehairanan.

Datuk Karim dan Syafiq langsung tidak bersuara, mereka hanya memerhatikan sahaja gelagat Naurah. Datuk Karim juga sempat tertawa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tidak menyangka gadis muda itu masih makan petai dan juga jering. Cuba petai dan jering itu diberikan kepada isteri dan anaknya, sudah pasti isterinya akan mengamuk besar. Datuk Karim semakin tertarik dengan sikap Naurah. Sikapnya, gelagatnya saling tak tumpah seperti arwah sahabatnya Nordin, ayah kepada Naurah.

“ itu kan makanan nenek moyang kita…banyak khasiatnya…erm….errmmm…Naurah minta diri dulu ye…maaf…”

Naurah masih sempat membalas balik soalan Datin Maria, lalu dia segera bergegas naik ke biliknya.

“ hahahha……budak itu memang saling tak tumpah seperti ayahnya….” tawa Datuk Karim meledak juga akhirnya.

Datin Zalia hanya mempu tersenyum menahan malu. Hatinya sebal, kemarahannya meluap-luap apabila Naurah berkelakuan sebegitu. Naluri seorang ibu dapat merasakan yang anak gadisnya hanya berpura-pura.

“ dia memang macam tu…..eh….lama pula kita bersembang….jom lah kita makan….lama dah hidangan dah tersedia…”

Akhirnya, Datuk Karim, Datin Maria dan juga Syafiq bangun menuju ke meja makan.





nanti sambung lagi......sorry yer lambat update yang baru....pang

3 comments:

MaY_LiN said...

alahai..
cian mus
mama plan nak kenenkan naurah

IVORYGINGER said...

oh tidak. jgn la naurah nk ikt plan ma dia tu. syafik tu kerek la klu nk ikt apa yg ayah dia ckp sebijik cam mak dia. klu beri petai n jering sure reject xmau mkn. cis... lupa diri tu org melayu ni mesti sll mkn western ja. apapun still nk mus n naurah shgga akhirnya. ;D

Lepat said...

padan muka dengan mak Naurah.sengal tul.he..he..keep going ye!