Wednesday, December 8, 2010

AKU, DIA & TZM PART 7

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Teksi yang dinaiki oleh Naurah berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk Mid Valley. Sebaik sahaja dia memboloskan diri keluar dari teksi tersebut, matanya liar mencari kelibat Mustaqim. Tapi banyangan Mustaqim tidak kelihatan.

Namun dia tertarik pada seorang pemuda yang berdiri membelakanginya. Lelaki itu mengenakan seluar pendek paras lutut, ber t-shirt biru gelap dan bertopi senada dengan warna bajunya. Pemuda itu sedang mebecakap dengan telefon sambil menggalas beg yang berisi gitar di bahunya.

Lama Naurah merenung pemuda itu dan mengharapkan pemuda itu memalingkan wajahnya. Hati Naurah berbisik mengatakan bahawa pemuda itu adalah Mustaqim. Naurah ingin menyapa pemuda tersebut namun dia bimbang seandainya dia tersalah orang. Akhirnya Naurah mengambil keputusan untuk terus masuk ke dalam sahaja tanpa menanti Mustaqim.

Selang beberapa langkah, dia terdengar namanya dipanggil. Apabila Naurah menoleh, ternyata gerak hatinya benar, pemuda itu memang Mustaqim. Serta merta senyuman terukir di bibir mungilnya.

“ lama dah awak sampai…sorry…saya tak perasan….” ucap Mustaqim.

“ lama saya berdiri belakang awak…..tapi awak sibuk dengan telefon…sikit pun tak pandang kiri kanan…saya takut salah orang…so saya tak tegur….”

sorry yer….sibuk dengan telefon..ada perbincangan sikit dengan abang Ali….”

“ tak pe la….ingatkan awak busy dengan girlfriend awak…” ucap Naurah dalam nada yang sedikit cemburu.

Mustaqim tergelak kecil, sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“ orang macam saya…ada ke yang sudi…saya belum ada teman istimewa lagi..kawan dengan perempuan pun jarang…awak saja la kawan perempuan yang paling rapat setakat ini…”

“ iyer la tu….” Naurah seakan tidak percaya dengan kata-kata Mustaqim.

“ sungguh ni wak…tak tipu….”

Naurah senyum lagi, hati Naurah berbunga riang sebaik sahaja mendengar penjelasan Mustaqim.

“ so…kita nak ke mana…?” soal Naurah.

“ entah….apa kata kita biarkan sahaja kaki kita ni melangkah…tak kisah la ke mana-mana pun….macam mana…?” cadang Mustaqim.

“ ok la…saya ikut je….” balas Naurah girang, dalam masa yang sama dia sempat menatap wajah Mustaqim.

handsome la mamat nih..ish….” dalam diam Naurah memuji Mustaqim.

Sedang dia merenung Mustaqim, tiba-tiba seorang kanak-kanak lelaki berlari ke arahnya dan secara tidak sengaja merempuh Mustaqim. Bahu Mustaqim dan Naurah bersentuhan, mereka saling berpandangan buat seketika lalu mereka berbalas senyuman. Senyuman yang sukar untuk ditafsirkan.



“ awak…maafkan saya...” ucap Mustaqim

“ awak tak sengaja….dah jom lah kita jalan…..” Naurah sedaya upaya cuba mengawal perasaannya yang kini mulai tidak keruan disebabkan oleh peristiwa sebentar tadi.

Lewat petang itu, Naurah dan Mustaqim menghabiskan masa bersama, masa yang berlalu di rasakan sangat singkat. Setelah selesai makan tengah hari, Mustaqim meminta diri buat seketika untuk bersolat di surau. Naurah semakin terpikat dengan Mustaqim, keperibadiannya sangat menepati cita rasa Naurah.

Usai solat, Mustaqim menemani Naurah ke stesen KTM. Mereka duduk bersebelahan namun mereka hanya mendiamkan diri. Mereka hanya memerhatikan gelagat orang ramai yang turut berada di situ, malah Mustaqim juga turut menjadi perhatian disebabkan beg gitar yang tersangkut kemas di bahunya.

“ erm…..hari ni…awak nak busking di mana….?” Naurah memulakan bicara.

“ entah…ikut kawan saya…..dah janji nak jumpa di sini…lepas awak dah gerak…saya pergi la jumpa dia…”

“ hmm….macam tu….pandai awak nyanyi kan…suara awak…best tau..” puji Naurah.

“ mana ada…biasa-biasa jer wak….”

“ saya puji ikhlas…awak tak nak cuba masuk program realiti ke….kalau awak masuk..sure awak akan terpilih…saya jamin…”

“ tak terfikir pula sampai ke situ…saja je saya suka-suka join Matt….”

“ awak kena confident dengan kebolehan awak…baru boleh maju…erm….kalau saya minta awak nyanyikan saya satu lagu boleh tak..?” Mustaqim tersentak apabila mendengar permintaan Naurah.

“ sekarang ni…?” soalnya kembali.

“ ha’ah sekarang ni…boleh…?” Naurah sengaja menduga Mustaqim.

Mustaqim terdiam buat seketika. Tanpa sebarang kata, dia terus mengeluarkan gitar dan mula memetik gitarnya. Saat gitarnya berbunyi, semua mata tertumpu ke arah Mustaqim. Mustaqim memusingkan badannya menghadap Naurah. Naurah tidak menyangka yang Mustaqim betul-betul akan menyanyi untuknya.

“ err…awak….tak pe la…malu orang tengok….saya saja je uji awak tadi...”

“ tadi awak kata…awak nak…?”

“ err…saja je….” Naurah mula gelisah apabila mereka mula menjadi perhatian orang.

“ tak mengapa…awak…….saya nak awak dengar betul-betul lagu ni…..harap awak akan faham apa yang saya cuba sampaikan….boleh..?”

Naurah mula keliru dengan apa yang dikatakan oleh Mustaqim. Tanpa membuang masa, Mustaqim memetik gitarnya dan mula menyanyi. Sesekali Mustaqim merenung anak mata Naurah seolah-olah mengharapkan Naurah mengerti apa yang cuba disampaikan melalui nyanyiannya.

Kau begitu sempurna..
Di mata ku kau begitu indah…
Kau membuat diri ku akan selalu memujamu…
Disetiap langkah ku..ku kan selalu memikirkan diri mu..
Tak bisa ku bayangkan hidup ku tanpa cinta mu…
Jangan lah kau tinggalkan diri ku..
Takkan mampu ku hadapai semua..
Kerna bersama mu ku akan bisa….
Kau adalah darah ku…kau ada lah jantung ku…
Kau adalah hidup ku..lengkapi diri ku..
Oh sayang ku kau begitu….sempurna…….- Andra & The Back bone_Sempurna

Ruang menunggu di stesen KTM mula riuh dengan suara sorakkan dan tepukkan gemuruh dari orang ramai yang menyaksikan persembahan Mustaqim. Naurah kehilangan kata-kata, tidak tergambar perasaannya ketika itu. Dia terharu, namun dia masih keliru dengan maksud sebenar yang Mustaqim cuba sampaikan kepadanya.

Selang beberapa minit, komuter yang bakal Naurah naiki diumumkan akan tiba di platform pada bila-bila masa. Naurah mula bersiap-siap untuk menaiki keretapi tersebut. Dalam masa yang sama hatinya begitu berat untuk meninggalkan Mustaqim, kalau boleh dia ingin menghabiskan masanya dengan Mustaqim.



Naurah bangun, dia mencari anak mata Mustaqim lalu direnungnya dalam.

“ awak….apa yang awak cuba sampai kan ini…..?” bisik hati kecil Naurah, seolah-olah dia sedang berbicara dari hati ke hati dengan Mustaqim.

♥♥ **************************************************** ♥♥

insya'Allah Jumaat or Sabtu ni sambung lagi yupp....pang


4 comments:

MaY_LiN said...

aaaa...
bestnye ade org nyanyi nyanyi

CERITA LEBAT said...

pehhh...crita yg style..gua minat.

Lepat said...

menarik.siap boleh nyanyi lagi.he..he..

syira destroyer said...

aiii sweet gile...tunang sye pon pndi main guitar,siap de band lagi..tp die xpnh pon nnyi utk sye uhuhu T__T