Saturday, December 11, 2010

AKU, DIA DAN TZM - PART 8

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Naurah masih lagi merenung mata Mustaqim, dia mengharapkan agar Mustaqim bantu dia untuk memahami apa yang cuba Mustaqim cuba sampaikan kepadanya. Namun Mustaqim seakan tidak mengerti dengan renungan matanya itu.

“ awak……thanks…..saya terharu sangat…….” akhirnya Naurah bersuara.

“ untuk awak….katakan apa sahaja….selagi termampu…saya akan buat….”

Mustaqim turut bagun, gitarnya masih tidak dilepaskan.

“ err…awak……cuba awak dengar lagu ini pula….saya harap…saya akan dapat jawapan dari awak…dengar betul-betul yer”

“ jawapan apa yang awak mahu kan…?” soal Naurah yang masih lagi keliru dengan tingkah Mustaqim.

Tanpa sebarang jawapan, Mustaqim terus memetik gitarnya dan mula mengalunkan lagu buat Naurah. Tidak terlintas langsung di fikiran yang dia akan melakukan semua ini di hadapan Naurah. Entah dari mana datangnya keyakinan, dia sendiri tak tahu namun peluang yang ada tidak boleh di sia-siakan. Dia harus luahkan kepada Naurah sebelum terlambat.

Bertapa ku cinta pada mu…
Katakana lah…kau cinta pada ku….


Saat Mustaqim mengalunkan lagu dengan penuh penghayatan, komuter telah pun tiba. Para penumpang sudah berbondong-bondong masuk ke dalam perut komuter, pintu komuter akan tertutup sebentar lagi.

“ awak……..terima kasih…..saya gerak dulu….” ucapnya dalam nada yang sayu.

Akhirnya Naurah memboloskan dirinya juga ke dalam keretapi tersebut. Dia berdiri betul-betul di hadapan pintu, Naurah melambai-lambaikan tangannya ke arah Mustaqim dan Mustaqim pula hanya menghantar Naurah dengan senyuman yang hambar.



Naurah mula sebak, hatinya menjadi sayu sebaik sahaja berpisah dengan Mustaqim. Namun lagu yang dinyanyikan beserta kata-kata Mustaqim terngiang-ngiang di telinganya. Otaknya mula mentafsirkan maksud yang tersembunyi di sebalik lagu dan kata-kata tersebut.

Selang beberapa saat, Naurah kembali tersenyum ibarat sinar suria yang menyinar selepas hujan. Dia terus mengesat air matanya. Setelah Mustaqim hilang dari pandangan, Naurah segera mengeluarkan telefon dari poket seluarnya.


“ Bertapa ku cinta pada mu…katakan lah…kau cinta pada ku…”
Ini lagu Siti Nurhaliza kan wak…tapi awak nyanyi dalam versi awak sendiri,
Saya sukakannya dan saya rasa…
saya faham apa yang awak cuba sampaikan..

Awak……terima kasih di atas semua ini…-Naurah


Naurah terus menghantar ke nombor Mustaqim. Selang beberapa saat, mesejnya mendapat balasan dari Mustaqim.


Betapa ku cinta pada mu…katakan lah..kau cinta pada ku… Apa yang awak faham…kata kan lah..-Mustaqim

Naurah menarik nafasnya dalam-dalam, menggil tangannya untuk menjawab kembali pertanyaan dari Mustaqim.


Saya akan jawab :
Dengan seikhlas hati….
aku juga cintakan kamu.- Naurah



Naurah membaca mesej nya berkali-kali, jauh di sudut hatinya masih lagi terselit perasaan gusar. Gusar seandainya dia telah salah sangka dengan maksud yang tersirat di sebalik lagu tersebut.

“ Bismillahhirahmannirrahim……moga aku tidak salah sangka…”

Naurah masih sempat berdoa di dalam hati. Lalu dia menekan butang send. Hatinya mula berdebar-debar menantikan balasan dari Mustaqim. Tidak seperti tadi, kali ini balasan Mustaqim sedikit lambat. Kejap-kejap dia mengerling telefonnya yang berada di genggaman.

Selang beberapa minit SMS nya mendapat balasan dari Mustaqim. Debaran di hati Naurah semakin hebat, jantungnya berdegup kencang. Naurah memejamkan mata dan menarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan dirinya. Setelah tenang, baru lah dia punyai keberanian untuk membaca balasan mesej dari Mustaqim.


Terima kasih……kerana sudi menerima cinta saya…
Saya cintakan awak…saya sayangkan awak…

Saya berjanji akan jaga hubungan kita ini sebaik mungkin..
Semoga hubungan ini di rahmati oleh Allah SWT.
Hati-hati ya…..saya dah nak gerak jumpa Matt…

Insya’Allah malam nanti saya call..

Saya sayang awak….terima kasih sekali lagi….. :) - Mustaqim



Naurah tersenyum lebar, hatinya girang tidak terkata ibarat kanak-kanak yang baru sahaja mendapat gula-gulu. Mahu sahaja dia melompat keriangan di dalam komuter tersebut. Namun dia sedar, dia perlu menjaga prilakunya. Naurah tersenyum dan terus tersenyum.

“ Mus….oh Mus…..kenapa la begitu complicated…kalau cakap direct bukankah lebih mudah…hmm…” rungut hati kecil Naurah.



Walaupun hatinya merungut, namun dia dapat rasakan apa itu bahagia, dia rasakan seolah-olah dia kini terawang-awang di udara. Dia tidak menyangka perasaan cinta ini begitu indah sekali. Jika selama ini dia belum bersedia menerima cinta dalam hidupnya, namun kehadiaran Mustaqim telah merubah segalanya. Naurah tersenyum lagi tanpa menghiraukan mata-mata yang sedari tadi asyik memerhatikan dirinya.

“ Ya Allah…terima kasih…terima kasih Ya Allah..kerana mengurniakan perasaan ini…” monolog hati Naurah.

2 comments:

MaY_LiN said...

akhirnya..
suke suke..

Lepat said...

last2 suka jua.he..he..