Wednesday, November 10, 2010

AKU, DIA DAN TZM - PART 3

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Naurah menghempaskan tubuhnya di atas katil, hatinya girang, dadanya terasa lapang begitu juga dengan kepalanya. Akhirnya peperiksaan akhir untuk semester itu selesai sudah. Hampir sebulan dia berhempas pulas menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap peperiksaan, segala aktiviti luar diketepikan. Tempatnya hanya di rumah ataupun di perpustakaan. Dia harus meningkatkan pointernya untuk semester kali ini. Ingin ditujukkan kepada mamanya bahawa bidang yang dia ambil ini bukan lah satu bidang yang sia-sia.

Masih terngiang-ngiang kata-kata mamanya di telinga dua tahun yang lepas.

“ apa yang Naurah dapat kalau sambung dalam pendidikkan awal kanak-kanak tu…?”

“ ma…..Naurah minat ma…. kalau boleh Naurah nak buka nursery satu hari nanti….”

“ sudah……mama mahu Naurah tukar course.. ambil business …. mama nak Naurah bantu mama dia syarikat kita nanti…mama nak harapkan siapa lagi Naurah….ayah dah lama pergi….takkan selamanya mama nak uruskan syarikat tu….”

“ Naurah tak minat...jangan paksa Naurah….Naurah boleh ikut kehendak mama…tapi kalau gred Naurah menurun…mama jangan bising-bising….mama jangan nak kata yang Naurah dah menghabiskan duit mama…” bentaknya.

“ lagi pun Naurah dah dapat tawaran belajar di UM….dapat scholarship lagi….buat apa mama nak bazirkan duit mama nak hantar Naurah ke oversea semata-mata nak Naurah belajar dalam bidang business….di Malaysia ni pun boleh….” Naurah cuba menegakkan pendiriannya.

Seandainya ayahnya masih hidup, dia pasti ayahnya akan menyokong dirinya. Naurah pelik dengan sikap mamanya, sejak ayahnya meninggal dunia, sikapnya semakin riak dan bongkak dengan apa yang dia ada. Malah dia bekerja bermati-matian untuk memajukan lagi syarikat peninggalan arwah suaminya. Tiada apa pun yang boleh menghalangnya dari mencapai apa yang dia mahukan. Seolah-olah apa yang telah ditinggalakan oleh arwah suaminya seakan tidak mencukupi.

Lamunan Naurah terhenti apabila telefonnya berbunyi, Naurah segera mencapai telefon ada SMS untuknya. Apabila melihat nama yang tertera di skrin telefon, Nuarah tersenyum. Girang hatinya apabila mendapat SMS tersebut.

Selamat malam….
mimpi yang indah-indah..-Mustaqim

Senyuman Naurah masih tidak lekang di bibirnya. Malam selepas kejadian itu, Mustaqim ada menalifonnya. Naurah seronok berbual dengan Mustaqim, dari perbualan telefon, mereka mulai kerap berbalas SMS. Kini hampir sebulan ikatan persahabatan terjalin. Walaupun mereka sering berhubung, namun mereka tidak pernah berjumpa lagi selepas kejadian tempoh hari, ini kerana Naurah sibuk dengan peperiksaannya sehinggakan dia tiada masa untuk bertemu dengan Mustaqim walaupun dia memang teringin bertemu dengan Mustaqim.

Adakalanya selepas dia pulang dari kampus, dia mengharapkan agar dia terserempak dengan Mustaqim, namun harapannya tidak pernah tercapai kerana Mustaqim juga sibuk dengan kerjanya.

Esok Naurah tidak lagi dibelenggu dengan peperiksaan dan Naurah juga tidak sabar menanti hari esok, kerana dia telah berjanji dengan Mustaqim untuk bertemu. Mereka telah berjanji untuk bertemu di KLCC. Naurah tersenyum lagi, dia cuba membayangkan macam mana agaknya keadaan Mustaqim apabila mereka bertemu nanti.

Nuarah sangat senang dengan sikap Mustaqim yang agak lurus tapi kelakar. Ada sifat seorang pemimpin dalam diri Mustaqim, malah dia kelihatan cukup matang. Walaupun Mustaqim agak lurus dan naïf, tapi dari cara percakapannya, Naurah boleh mengkatogerikan dia sebagai seorang lelaki yang bijak.

Perbezaan umur di antara Mustaqim dan Naurah tidak lah terlalu jauh, dua tahun cuma. Naurah kini sudah berumur 23 tahun manakala Mustaqim pula berumur 25 tahun. Sikap Mustaqim yang matang menyebabkan Naurah semakin berminat untuk mengenali Mustaqim dengan lebih mendalam. Dia teringin untuk mengetahui latar belakangnya dengan lebih lanjut, namun Mustaqim sering mengelak menyebabkan Naurah mula berasa sangsi dengan Mustaqim.

Naurah segera membalas SMS dari Mustaqim.

Thnks..selamat malam untuk awak juga..
Jangan lupa dengan janji kita esok yupp..
Jam 2 petang, depan masjid KLCC – Naurah

♥♥ **************************************************** ♥♥



“ macam mana kau dengan budak tu..aku tengok galak je kau berbalas mesej….”

Mustaqim yang sedang membaca mesej dari Naurah segera memalingkan mukanya ke arah Ali yang sedang memasukkan baju-bajunya ke dalam bag pakaian.

“ macam ni je la bang….kawan-kawan saja….” balas Mustaqim

“ kau dah bagi tahu pada dia kau kerja apa…?”

“ belum….”

“ kau jangan tunggu lama-lama Mus….jangan sampai bila korang dah mula ada perasaan baru kau nak bagi tahu…buatnya dia tak boleh terima…kau yang sengsara nanti….mencintai memang mudah…tapi untuk melupakan…payah…” nasihat Ali.

“ saya tahu tu bang…..saya pun tak mengharap yang kami akan bercinta…kena sedar diri ni…erm…minggu depan kita dah mula kerja di Seremban kan..?”

“ tak…sebulan lagi….tapak projek tu baru pacak tiang..baru nak kukuhkan dasar…lepas dah siap semua baru kita masuk…tanam kable…lusa boleh la kita balik PD…lama dah aku tak jumpa bini aku…”

Rindu betul Ali dengan isterinya. Demi mencari rezeki, dia dan isterinya berpindah dari Sabah ke Semenanjung. Tempat pertama yang mereka tujui adalah ke Port Dickson, ramai saudara-mara mereka menetap di sana.

Terdapat sebidang tanah yang dimiliki oleh arwah bapa saudaranya dan kini tanah itu telah berpindah milik kepada Ali. Ali telah mendirikan beberapa buah rumah di atas tanah tersebut dan rumah-rumah tersebut telah disewakan kepada rakan-rakan mahupun saudara mara mereka yang turut behijrah sama seperti dirinya.

“ hmm…sebulan lagi..elok juga tu….saya ingat nak tinggal kat sini dulu…lagi pun kita kerja di Seremban..dekat sangat dengan PD…”

“ kau nak join Matt jamming yer…?” soal Ali

“ cadang macam tu la….sewa rumah untuk bulan depan…saya bayar yer bang…”

“ eh…tak payah…sebelum kita masuk rumah ni..aku dah bayar deposit untuk sebulan sewa….hujung bulan depan..kira selesai la….nanti aku bagi tau pada tuan rumah…”

“ bagus juga macam tu….terima kasih bang….erm…esok saya nak keluar ….”

“ kau nak ke mana Mus…jumpa budak tu…?” soal Ali.

Mustaqim menganggukkan kepalanya.

“ saya rasa esok la hari yang sesuai…saya akan beri tahu segalanya…jika dia tidak boleh terima…tidak la saya rasa terkilan sangat…sebab kita akan tinggalkan KL ni…”

“ ikut suka kau la Mus….kalau kau rasa itu yang terbaik….teruskan….”

" ha..lagi satu aku nak ingatkan kau...berkawan dengan Matt tu biar berpada-pada...tidak lah aku kata dia bawa pengaruh tak elok....tapi berwaspada lah selalu...kota KL ni besar....kita kena pandai bawa diri..silap langkah....habis lah....payah nak patah balik...ramai dah saudara mara kita jadi macam tu...." nasihat Ali lagi.

Ali tahu Mustaqim seorang budak yang baik. Dia berasa sedikit gusar apabila Mustaqim berkawan dengan Matt. Matt seorang budak yang agak sosial, Ali bimbang sekiranya Mustaqim terpengaruh.

" terima kasih bang...sebab selalu ingatkan saya....insya'Allah...pandai lah saya jaga diri...."

♥♥ **************************************************** ♥♥

hrumm....macam mana la agaknya reaksi Mustaqim apabila bertemu dengan Naurah nanti...adakah dia akan gelabah sepertimana dipertemuan mereka yang pertama...??

nantikan episod seterusnya yupp..pang


4 comments:

Lepat said...

Hm,semakin menarik ni.Apakah Mustaqim akan beritahu hal sebenarnya kepada Naurah?Bagaimana reaksi Naurah mengenai hal ni?Tunggu part seterusnya dalam Love Segment dibawakan khas oleh produksi Enovel Nabilah.he..he..

MaY_LiN said...

huhuhu..
mus nak date ya..

Aliesha Kirana said...

sambung2 lagik..hehehe...

nabilah_2908 said...

HYE LEPAT ;

hehehe...tolong jd announcer eh..? ;)

HYE MAY LIN ;

yupp...yupp...1st date.. :)

HYE AK ;

hehe...minggu depat sy update lagi eh.. :)