Thursday, October 7, 2010

NOTA CINTA - PART 66

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Zakirah duduk di birai jendelanya sambil merenung jauh. Dia tersenyum sendiri apabila melihat kawanan burung beterbangan keluar dari sarangnya mencari rezeki. Pagi ini merupakan pagi terakhir buatnya di Malaysia kerana pada keesokkan harinya dia akan berangkat ke New Zealand membawa hatinya yang luka akibat kecewa dengan Uzair.

“ ah….Uzair lagi……” Zakirah mendengus perlahan, hatinya menjadi sakit apabila teringat akan Uzair.

Hampir seminggu Uzair menyepikan diri. Zakirah benar-benar kecewa dengan Uzair, dia tidak menepati janjinya. Sedangkan Uzair lah yang beria-ia mahu bertemu dengannya. Puas dia menunggu Uzair di restoran yang biasa mereka habiskan bersama pada malam itu, namun sehingga lewat malam bayang Uzair tidak kelihatan. Dia merujuk, betul-betul merajuk dengan Uzair.

“ siapa lah aku bila Sarah dah berada di depan mata….” Zakirah bermonolog dengan dirinya sendiri.

Dia menghampiri beg nya, satu persatu baju dari dalam almari dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam beg. Sudah lama beg pakaiannya itu tersadai di tepi almari dan sepatutnya pada waktu begini semua barang-barangnya sudah siap dikemaskan. Namun berlaku sebaliknya. Dia langsung tiada hati untuk berkemas, mahu atau tidak dia perlu mengemaskan begnya. Zakirah mengeluh lagi.

Sedang leka mengeluarkan barang-barang dari almarinya, beberapa keping gambar lama, gambar dia bersama dengan Uzair dan rakan-rakan lain ketika belajar di UK jatuh ke lantai. Zakirah mengutip kepingan gambar yang jatuh itu lalu di renungnya lama. Memori indah bersama Uzair takkan boleh dia lupakan sampai bila-bila.

Kepingan demi kepingan ditatap lama, sehingga la tiba pada kepingan gambar yang terakhir. Hatinya tiba-tiba sahaja menjadi sebak. Gambar Uzair sedang melutut ke arahnya sambil menyerahkan sekuntum bunga ros merah kepadanya. Sebenarnya itu hanyalah lakonan semata-mata, Uzair cuma berlatih bersama Zakirah dan kawan-kawannya yang lain tentang cara-cara meluahkan perasaan kepada perempuan. Ketika itu buat kali pertamanya Uzair jatuh cinta kepada seorang gadis yang sama-sama belajar dengannya ketika di UK dulu.

“ I love you….” kata-kata Uzair masih lagi tergiang-ngiang di telinganya.

Walaupun dia sedar itu hanyalah lakonan semata-mata, jauh di sudut hatinya mengharapkan kata-kata dari Uzair itu adalah untuknya.

“ seandainya aku diberikan peluang untuk putarkan kembali masa yang dah berlalu….aku akan pilih untuk kembali ke zaman ini…zaman di mana hanya ada engkau dan aku….dan ketika itu…aku akan luahkan segala isi hati aku kepada kau..jika perkara ini berlaku suatu ketika dahulu..sudah tentu aku tidak akan tersiksa macam ni…bertahun-tahun memendung perasaan……” Zakirah meraup mukanya sambil melepaskan keluhan yang berat.

“ eh kak…dari tadi asik mengeluh je…kenapa…susah sangat ke nak kemas baju-baju tu…?” Zara, adik sepupunya datang menyapa.

“ Zara dari mana….tiba-tiba jer muncul…..”

“ dari tadi Zara ulang alik depan bilik ni…akak tu yang tak perasan…setiap kali lalu depan bilik akak…sure akan dengar akak mengeluh….”

Zakirah tersenyum apabila mendengar bebelan adik sepupunya itu.

“ tak ada apa pun sebenarnya…cuma malas jer nak kemas…”

“ tu la….dari minggu lepas Zara ingatkan akak…suruh kemas..akak buat derk jer…ha…sekarang ni kan dah malas….hmm…tak pe la..biar Zara tolong….” Zara meluru masuk ke dalam bilik Zakirah dan mulai melipat baju-baju yang telah Zakirah letakkan di atas katil.

“ terima kasih Zara…..rajin..nanti akak bagi upah….” ucap Zakirah girang. Zara hanya mencebikkan bibir dan meneruskan kerja-kerjanya.

Gadis itu baru sahaja tamat peperiksaan SPM dan kini sedang menunggu panggilan untuk ke IPT. Walaupun masih muda namun perwatakkannya sangat matang. Ada kalanya Zakirah dapat rasakan yang Zara itu adalah kakak kepadanya. Zara juga lah yang memainkan peranan dalam mengubah imej dan penampilan Zakirah dan membuang terus imej tomboynya itu.

“ kenapa akak pandang Zara macam tu…?” sergah Zara.

“ err…tak..takda pape..Zara buat la dulu..akak nak turun bawah….nak packing kasut…” Zakirah terus melangkah keluar dari biliknya.

Selang beberapa langkah, telefon bimbitnya berbunyi. Tiba-tiba hatinya melonjak riang, Zakirah segera berlari masuk ke dalam bilik untuk mengambil telefon bimbitnya. Ruang fikirannya dipenuhi dengan bayangan wajah Uzair. Deringan telefon itu, dikhaskan hanya untuk Uzair.

“ nak pun kau call aku…..” Zakirah bermonolog lagi.

Zakirah segera mencapai telefon yang terletak di atas meja soleknya dan terus menjawab panggilan tersebut.

“ hmm…..hidup lagi kau rupanya….” jawab Zakirah tanpa ucapan salam mahupun hello. Memang itu lah cara Zakirah apabila menjawab panggilan dari Uzair.

“ err…Assalammualaikum…..” suara seorang perempuan kedengaran di hujung talian.

Zakirah mengerutkan dahinya, dia merasa pelik kenapa pula perepuan yang berada di talian, tetapi bukan Uzair.

“ Wa’alaikumsalam…..maaf lah ingatkan Uzair tadi…saya dengan Uzair memang macam ni…erm…boleh tahu ini siapa…?” balas Zakirah.

“ ini Sarah…..” hati Zakirah tersentap apabila Sarah memperkenalkan diri.

“ oh Sarah…ada apa call ini…kenapa guna fon Uzair…Uzair ada kat situ yer….?”

Zakirah cuba beramah mesra dengan Sarah namun pada hakikatnya, hatinya diselubungi dengan perasaan cemburu yang meluap-luap terhadap Sarah. Hatinya tertanya-tanya kenapa Sarah gunakan telefon Uzair untuk bercakap dengannya.

“ ha’ah….Uzair ada dekat sini…..tapi…..erm…..ada perkara yang ingin saya bagi tahu pada Zack…”

“ perkara apa tu…?”

“ saya harap Zack dapat bersabar dengan apa yang saya nak bagi tahu ni yer….”

Kata-kata Sarah menggusarkan hati Zakirah.

“ cakap jer la..jangan macam ni…..”

“ Uzair…..ermm… Uzair di hospital sekarang..”

“ Ya Allah…kenapa dengan Uzair…macam mana boleh berada di hospital…dia ok tak…?” soal Zakirah cemas.

“ Uzair cedera parah di bahagian kepala, terdapat darah beku di otaknya..doktor dah berjaya keluarkan darah beku itu…dah hampir seminggu terlantar di hospital tidak sedarkan diri….semalam..baru sahaja dia dikeluarkan dari wad ICU…”

“ Ya Allah…… ICU…darah beku….? macam mana boleh jadi macam tu…..” soal Zakirah lagi. Dia bagai tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Sarah. Sarah pula menceritakan apa yang berlaku kepada dia dan Uzair tempoh hari.

“ saya rasa baik Zack datang dengan segera…doktor kata keadaan Uzair kritikal…”

Hampir terlepas telefon di tangannya apabila mengetahui keadaan Uzair yang sedang kritikal. Matanya mulai berkaca dengan air mata.

“ ba…baik lah…saya datang segera……terima kasih Sarah….”

Zakirah mencampakkan telefonnya ke atas katil, dia mencapai baju yang tergantung dalam almari dan terus bergegas ke bilik air untuk menukar baju. Zara tercengang memerhatikan tingkah Zakirah. Namun dia faham kerana dia juga turut mendengar perbualan Zakirah.

“Uzair…bertahan lah…..maafkan aku…maafkan aku...aku dah fikir yang bukan-bukan tentang kau….ya Allah…selamatkan lah Uzair…..” timbul rasa sesalan di dalam hati. Menyesal kerana menyangka Uzair yang bukan-bukan, menyesal kerana merajuk tidak bertempat.

♥♥ **************************************************** ♥♥



Zakirah akhirnya tiba di hospital dan dia terus meluru masuk ke dalam bilik Uzair. Kelihatan Sarah juga turut berada di dalam bilik Uzair. Zakirah mengukir senyuman sebaik sahaja mata mereka bertentangan.

“ Sarah apa kabar…? lama dah ke Sarah di hospital ini…” sapa Zakirah sambil melirik baju hospital yang masih lagi tersarung di tubuh Sarah. Wajah Sarah kelihatan agak pucat dan di hujung bibirnya jelas kelihatan bekas luka dan lebam.

“ sihat….alhamdulillah….hari ni doktor dah benarkan Sarah pulang…Uzair sahaja yang masih belum ok…” jawab Sarah perlahan.

Zakirah menghampiri katil Uzair. Wajah Uzair ditatapnya lama. Hatinya menjadi sebak apabila melihat keadaan Uzair yang terbaring lesu, kepalanya yang berbalut dan mukanya yang bengkaknya juga masih belum surut. Zakirah dan Sarah terdiam, keadaan menjadi sepi.

“ erm…Zack…..”

Zakirah mengalihkan pandangannya ke arah Sarah.

“ ada apa…?”

“ doktor kata….harapan untuk Uzair sembuh…fifty-fifty…tiada jaminan…kita hanya boleh berdoa sahaja…..”

Zakirah menundukkan wajahnya, dia sendiri kehilangan kata-kata. Akhirnya air matanya gugur membasahi pipi, dia tidak dapat membendung perasaan sedihnya lagi.

“ Zack…..kalau ada apa-apa yang perlu Uzair tahu…ini lah masa yang terbaik untuk diluahkan…mungkin lepas ini tiada lagi peluang itu…saya yakin tentu banyak perkara yang Zack perlu luahkan..betul tak…?”

“hmm….saya akan tinggalkan Zack dengan Uzair di sini…..saya nak pergi berkemas-kemas dulu…nanti kita jumpa lagi….” sambung Sarah,

Zakirah perlu diberikan peluang bersendirian bersama Uzair. Sarah mula mengatur langkah keluar dari bilik Uzair. Sebaik sahaja Sarah keluar, Zakirah meyembamkan mukanya di birai katil Uzair dan menangis semahunya. Setelah agak tenang, barulah Zakirah mula bersuara.

“ Uzair….maafkan aku….aku dah sangka yang bukan-bukan pada kau…aku marah bila kau tak datang malam itu….sehinggakan aku ambil keputusan untuk tidak menghubungi kau lagi…sedangkan pada ketika itu kau sedang berperang dengan maut…aku abaikan kau….kalau la aku call kau….sudah tentu lama dah aku berada di sini…berada di sisi kau seperti selalu…..aku minta maaf….” luah Zakirah bersama esak tangisnya.

“ Uzair….kalau benar ini merupakan saat-saat kau yang terakhir….aku doakan semoga Allah permudahkan pemergian kau…aku tak sanggup melihat kau tersiksa dan terus tersiksa begini….pergi lah dengan aman…kau orang yang baik…lihat lah…kau terkorban kerana menyelamatkan Sarah…aku kagum dengan kau….malah sejak dari dulu lagi…aku anggap kau lah hero aku….”

“ kalau kau sedar sekrang ni..sudah tentu kau akan gelakkan aku kan…? hmm….aku rindu nak dengar suara kau…gelak tawa kau….” sambung Zakirah lagi.

Keadaan menjadi sepi kembali, hanya bunyi mesin sahaja memecah suasana. Zakirah kembali merenung wajah Uzair.

“ Uzair….bangun lah……..” ucapnya perlahan, air matanya mengalir lagi.

“ kau tengok..sebab kau..aku menangis…..Uzair……..aku cintakan kau…..aku cintakan kau dengan setulus hati aku…..” akhirnya Zakirah meluahkan perasaannya.

“ aku dah lama cintakan kau…sejak kita di UK lagi….mesti kau terkejutkan dengan pengakuan aku…tapi itu lah hakikatnya….mungkin aku dah terlambat untuk ini semua...tapi…..aku harus luahkan juga..aku dah tak sanggup pendam perasaan ini lagi….bertahun-tahun bersama dengan kau….bertahun-tahun juga la aku pendam perasaan ini…..boleh tak kau bayangkan betapa siksanya aku….?”

“ aku sedar…siapa diri aku ni…aku tak secantik Susan..gadis yang pernah kecewakan kau dulu…masih kah kau ingat…beriya-iya kau berlatih dengan aku untuk luahkan perasaan kau pada dia….akhirnya…dia kecewakan kau….bodohnya dia..kemudian…kau bertemu dengan Sarah pula…" kata-katanya terhenti buat seketika.

" apalah daya aku…..aku tak setanding Sarah…mahu atau tidak….aku terpaksa mengalah lagi….bila aku dapat tahu kau nak melamar Sarah…saat itu lah aku rasa dah tiba masanya untuk aku mengundurkan diri…kerana itu lah aku ambil keputusan untuk ke New Zealand….semua kerana kau…dan hari ini merupakan hari terakhir aku di sini….malam ini aku dah nak bertolak, mengenangkan kau macam ni..makin berat hati aku untuk pergi…tapi..berbaloi kah jika aku batalkan pemergian aku ke sana…?” soal Zakirah, seolah-olah dia mengharapkan jawapan dari Uzair.

Zakirah mulai ragu dengan keputusan yang bakal dia ambil.

“ seandainya aku tak pergi pun…aku tetap takkan dapat miliki hati kau kan…? hmm…entah lah….” Zakirah mengeluh lagi

“ banyak pula aku cakap…tak tahu la samada kau dengar atau tidak…tak kisah la tu..sekurang-kurangnya bebanan perasaan yang aku tanggung selama ini dah berkurangan…kau tahu tak…aku rasa lega sangat sekrang ini…hmm….aku rasa….aku perlu pergi…tiada apa yang boleh aku lakukan di sini lagi…”

“ Uzair…..aku balik dulu…banyak lagi benda yang perlu aku uruskan… aku harap aku dapat khabar yang gembira apabila aku tiba di New Zealand nanti…selamat tinggal Uzair….” Zakirah menyentuh lembut tangan Uzair dan mula bergerak bangun.

Belum sempat dia mengatur langkah, tiba-tiba dia dapat merasakan tangannya ditarik. Zakirah terkejut dan terus memalingkan wajahnya ke arah Uzair.

♥♥ **************************************************** ♥♥
kenapa dengan Uzair....Uzair sedar semula ke bila dia dengar suara Zakirah...??
nantikan episod seterusnya ya.....Bahagian Akhir semakin hampir....pang

4 comments:

yana aryana said...

Waaaahhh...
Uzair dgr sume pgakuan zack ye...???
bagus!!!!

Strawberi Comei said...

waaa..besh2...tp xder cter pasal adam..huhuhu...mis adam n sarah

MaY_LiN said...

wawawawa..
pandaisungguh uzair berdrama ya

nabilah_2908 said...

HYE GREEN GURLZ ;

yupp...nnti kan episod yg akan dtg.. :)

HYE MINAH GENDOT ;

sabar yupp...lepas ni cerita pasal mereka berdua pula.. :)

HYE MAY LIN ;

hahaha...kalau tk berdrama...sampai ke sudah Zack takkn luahkan perasaannya.. :)