Friday, October 1, 2010

NOTA CINTA - PART 65

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Sarah memandang ke sekeliling bilik tersebut, cuba mencari ruang untuk melepaskan diri, namun tiada sebarang ruang yang ditemui. Tiba-tiba dia terdengar bunyi derapan tapak kasut menghampiri bilik itu, Sarah segera bagun dan bersedia untuk keluar sebaik sahaja pintu itu dibuka. Apabila pintu dibuka langkah Sarah mati apabila dia melihat lelaki yang sedang berada di hadapannya.

“ Ra…..Razif……..”

Sudah lama dia tidak mendengar khabar dari Razif sebaik sahaja dia dimasukkan ke dalam hospital sakit jiwa. Dia benar-benar tidak menyangka yang dia akan bertemu kembali dengan Razif. Adalah sangat mustahil jika Razif telah dibenarkan keluar dari hospital itu, tekanan mentalnya amat kritikal dan dia juga telah dikategorikan sebagai seorang yang merbahaya jika tidak dikawal dengan rapi. Sarah mulai bimbang, takut apabila memikirkan nasibnya selepas ini.

“ ya sayang…..tak sangka kau masih ingat pada aku…” ucap Razif sinis.

Sarah mengundur setapak demi setapak apabila Razif cuba menghampirinya. Gerun melihat wajah Razif yang kusut dipenuhi dengan jambang dan bermata merah. Razif kelihatan sangat tidak terurus.

“ kau nak ke mana tu sayang….kau nak lari ke… kau nak lari ke mana…hmm…?”

“ jangan dekat Razif…aku menjerit nanti….” Sarah memberi amaran.

“hahahahaha….kau nak jerit…? jerit lah…..jerit sekuat mana yang kau mahu…..takkan ada yang dengar jeritan kau tu….di sini…hanya ada kau dengan aku sahaja….” balas Razif sambil ketawa besar.

Langkah Sarah terhenti, tiada ruang baginya untuk bergerak lagi. Tubuhnya tersandar di dinding dan Razif segera menghampirinya. Wajahnya didekatkan dengan Sarah. Bau hamis dari tubuh Razif memenuhi rongga hidungnya. Nafasnya terasa sesak, Sarah menolak tubuh Razif, namun tolakkannya tidak memberi apa-apa kesan kepada Razif. Razif mula bertindak kasar dengan menekan kedua belah tangan Sarah ke dinding.

Sarah meronta-ronta cuba melepaskan diri, sekali lagi dia gagal. Pegangan tangan Razif semakin kejap. Wajahnya didekatkan dengan wajah Sarah dan mata Sarah direnungnya dalam. Razif medekatkan lagi wajahnya sehinggakan bibirnya dan bibir Sarah bertemu. Sepantas kilat Sarah memalingkan wajahnya ke arah lain, tidak sanggup rasanya diperlakukan sebegitu. Razif mulai berang, dia menarik wajah Sarah dengan kasar dan mencengkam dagunya. Sarah menjerit kesakitan.

“ apa kau nak dengan aku….lepaskan lah ..sakit tau tak….”

“ kau tahu kau punya sakit je…..sakit aku…kau tahu tak…?”

“ kau memang sakit pun…..!!” jerit Sarah

“ aku sakit….sebab kau lah….!! ” Razif melepaskan geramnya dengan menampar muka Sarah.

Akibat tamparan yang kuat, tubuh Sarah melayang terjelopok jatuh ke lantai. Darah merah mula mengalir keluar dari mulutnya. Sarah menangis kesakitan sambil mengelap lelehan darah yang keluar dari mulut dengan tangannya.

“ apa yang kau nak dari aku Razif….tak cukup-cukup ke kau menyiksa aku selama ini….”

“ aku ke….atau kau yang selama ini menyiksa aku….? puas aku merayu pada kau…supaya kau kembali pada aku…tapi apa kau buat…? kau biarkan aku macam ni….” bentak Razif.

“ bukan kah sudah aku katakan..aku tak sanggup nak teruskan hubungan ini…kau tengok sahaja lah apa yang kau dah buat pada aku..kau sakiti aku…..”

Rafiz terdiam, lama dia merenung Sarah lalu dia duduk di sebelah Sarah. Rambut yang menutupi wajah Sarah, dikuisnya perlahan. Razif mengusap lembut pipi Sarah yang merah akibat ditampar sebentar tadi. TImbul pula rasa kasihan dalam hatinya, matanya mulai berkaca dengan air mata. Dia memeluk Sarah dari belakang, Sarah pula ketika itu hanya mendiamkan diri.

“ abang sayangkan sayang….mana mungkin abang akan sakiti sayang….tapi sayang tu yang degil…suka buat abang marah….banyak kali dah abang pesan…jangan buat abang marah….tapi sayang tak nak dengar…tengok apa dah jadi sekarang….” ucap Razif lembut. Sarah masih lagi membatukan diri, tidak bersuara.

“ sayang…….” Razif memusingkan tubuh Sarah, wajah Sarah diangkat perlahan.

“ abang sayangkan Sarah…abang tak nak kehilangan Sarah….”

“ tapi……..kau curang dengan aku…kau buat hubungan dengan jantan lain..kenapa…?” ucap Razif sambil mengoncang-goncangkan tubuh Sarah. Serta merta perwatakkannya berubah. Melihat Sarah tidak memberi sebarang tindak balas dia terus merentap rambut Sarah kebelakang.

“ arghhh……….” Sarah terjerit kecil, sambil menahan kesakitan.

“ tahu pun kau sakit…hati aku sakit kau tahu tak…hah..!!!” Razif merentap lagi rambut Sarah.

Sarah memejamkan matanya menahan sakit. Sarah dapat rasakan beberapa helai rambutnya putus akibat rentapan yang kuat itu, dengan perlahan air matanya mengalir lagi.

“ buat lah apa yang kau suka Razif….bunuh lah aku kalau itu dapat memuaskan hati kau…buat lah….apa pun yang terjadi..aku tetap tak kan kembali pada kau…” balas Sarah.

Apabila ada peluang untuknya melawan, Sarah terus menendang perut Razif . Razif jatuh terduduk, perutnya senak akibat tendangan dari Sarah. Tanpa membuang masa, Sarah bangun dan keluar dari bilik itu. Namun nasib tidak menyebelahi Sarah, belum sempat Sarah keluar dari bilik itu Razif telah menarik kakinya. Sarah jatuh tersembam ke lantai. Sarah menjarit dan meronta-ronta cuba melepaskan diri.

Razif bingkas bangun, kini kemarahannya meluap-luap terhadap Sarah. Perasaannya sudah tidak dapat di kawal, kakinya dihayun lalu dilepaskan sepakkannya tepat ke perut Sarah dengan kuat. Tubuh badan Sarah merekot menahan sakit yang sukar untuk dia bendung, dia menjadi lemah tidak berdaya melawan lagi.

“ kau cabar aku Sarah….sekarang ni baru kau tahu siapa aku yang sebenarnya….sudah beberapa kali aku pesan pada kau…jangan lawan aku….jangan..tapi kau degil….. kau rasakan lah….” ucap Razih sambil ketawa besar.

Apabila melihat tubuh Sarah terbaring lesu, nafsu jahat pula mula menguasai dirinya. Razif menghampiri Sarah dan terus menindih tubuh Sarah.

“ apa kau nak buat ni...lepaskan aku Razif…lepaskan…!!!!” jerit Sarah

Razif tidak menghiraukan jeritan Sarah, blouse Sarah direntap dengan rakus, sehinggalah menampakkan tubuh Sarah. Razif semakin menggila, diciumnya tubuh Sarah bertalu-talu. Sarah tidak rela diperlakukan begitu, dia menampar-nampar wajah Razif.

“ kau memang nak kena lagi…..” ujar Razif,

Entah berapa kail wajah Sarah ditampar dan kali ini sekali lagi perut Sarah menjadi sasaran. Perutnya ditembuk dengan kuat.

" Allah......" hanya perkataan itu sahaja yang keluar dari mulut Sarah.

“ Ya Allah…..bantu lah aku…….” rintih hati kecil Sarah, hanya itu sahaja yang mampu dilakukan.

Razif tersenym puas apabila Sarah mulai lemah.

“ kau akan jadi milik aku Sarah…hahahahaha….”

Razif ketawa dengan galaknya, jari jemarinya kini cuba membuka seluar Sarah. Belum sempat dia membukanya, tiba-tiba pendangannya dirasakan gelap. Belakang badanya sakit dihentak sesuatu.

♥♥ **************************************************** ♥♥



Uzair mengekori kereta hitam tersebut dari jauh dan membawa dia ke sebuah rumah tinggal yang terletak jauh di dalam hutan. Dari semasa ke semasa, dia masih sempat lagi memaklumkan kepada Farah arah yang sedang dia tujui. Dia juga nampak lelaki yang berpakaian serba hitam mengangkat Sarah yang tidak sedarkan diri keluar dari kereta dan terus membawa Sarah masuk ke dalam rumah tersebut.

Pada mulanya Uzair hanya memantau gerak geri lelaki itu dari luar rumah sementara menunggu kedatangan pihak polis. Namun apabila terdengar jeritan Sarah, Uzair mulai risau. Dia yakin Sarah kini berada di dalam keadaan bahaya. Uzair terus menerjah masuk ke dalam rumah dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat Sarah terbaring lesu dan lelaki itu cuba merogol Sarah.

Tanpa membuang masa, dia terus mencapai serpihan kerusi yang patah yang berada di atas lantai dan terus memukul belakang lelaki itu dengan kuatnya. Lelaki itu mengerang kesakitan dan akhirnya pengsan akibat pukulan yang kuat. Uzair mengamati wajah lelaki tersebut.

“Razif…….” nama itu terpacul dari kotak fikirannya.

Sepantas kilat dia teringat peristiwa yang berlaku di tempat kerjanya beberapa bulan yang lepas. Lelaki ini, lelaki yang sama yang cuba mengganggu Sarah. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Sarah yang terbaring. Uzair segera mendapatkan Sarah, dia membuka baju kemejanya lalu disarungkan ke tubuh Sarah.

“ Sarah……Sarah ok ke…?” Uzair menggerak-gerakkan tubuh Sarah. Sarah mengangguk perlahan. Lega hatinya apabila dia melihat Uzair berada di hadapannya.

Belum sempat Sarah membuka mulut, Razif sudah pun menghayun serpihan kerusi yang Uzair gunakan tadi ke tubuh Uzair. Uzair jatuh tersungkur ke lantai. Perut Uzair ditendang berberapa kali. Uzair cuba bangkit untuk melawan, malangnya tingkah Uzair dapat dihidu oleh Razif. Razif menghayun kaki kerusi tersebut ke kepala Uzair.

“ tak guna…..kau lagi…..kau la yang dah rampas Sarah dari aku….aku bunuh kau…aku bunuh kau…..!!!” jerit Razif sambil memukul Uzair tanpa henti. Sarah segera bangun dan cuba menghalang Razif.

“ hentikan Razif..hentikan….!!!” jerit Sarah.

Sarah memaut tangan Razif untuk menghentikan pukulannya. Namun sedikit pun tidak memberi kesan kepada Razif, Razif menolak Sarah sehinggakan Sarah jatuh tersungkur dan dia terus menerus memukul Uzair.

“ Razif…..hentikan….!!” pukulan Razif terhenti apabila dia mendengar suara garau tersebut. Suara yang amat dia kenali.

Kayu yang berada di tangannya terlepas, dengan perlahan dia mengundurkan diri ke belakang. Dia seolah-olah takut dengan suara garau tersebut. Lelaki itu merupakan pegawai perubatan yang menjaga Razif di hospital sakit jiwa.

“ Razif……” pegawai itu bersuara tegas.

Razif mula menjadi tidak keruan, matanya meliar melihat beberapa orang polis dan pegawai perubatan yang sedang mengepungnya. Sebaik sahaja dia melihat Sarah, dia terus menarik Sarah ke dakapannya lalu memusingkan tubuh Sarah ke hadapan. Leher Sarah disekat dengan tangannya dan dengan perlahan dia mengeluarkan pisau dari dalam poket seluarnya. Pisau itu di acukan ke arah Sarah.

“ jangan dekat…kalau tak..perempuan ni mati…..” ugut Razif.

“ Razif….letakkan pisau itu…..” arah pegawai perubatan itu.

“ tak..!! aku takkan lepaskan dia….” Razif menguatkan lagi sekatan tangannya di leher Sarah sehingga kepala Sarah terdongak ke atas.

“ Razif…..kamu dah tak boleh ke mana-mana lagi..menyerah la…kita pulang….kata nak cepat baik kan…jadi kamu kena la cepat-cepat jalani rawatan…” pegawai itu cuba memujuk Razif.

“ tak…!! aku tak mahu….!!” bentak Razif

“ kamu kata kamu nak kahwin dengan Sarah kan…kalau kamu sakit macam mana nak kahwin….” pujuk pegawai itu lagi.

“ ah…..kau semua tipu aku…..!! kau semua fikir aku gila…aku tak gila…aku tak gila…!! ke tepi…ke tepi….kalau tak aku bunuh perempuan ni….” Razif mengheret Sarah untuk keluar dari bilik tersebut.

Belum sempat Razif melangkah keluar, Uzair yang baru sahaja sedar telah menyepak kaki Razif dan menyebabkan Razif dan Sarah rebah ke lantai. Sepantas kilat pihak polis dan pegawai perubatan mendapatkan Razif. Razif segera disuntik dengan sedatif untuk mengawal tingkahnya yang semakin buas.

Beberapa minit kemudian, pergerakan Razif mulai lemah dan tidak sedarkan diri. Keadaan yang sedarinya tegang menjadi aman semula. Uziar dan Sarah segera di bawa ke hospital.

♥♥ **************************************************** ♥♥

adakah Uzair akan selamat....??

4 comments:

Strawberi Comei said...

huwaa..tkut nk bce next n3..jgn jd pape kt dorg..
adam bliklaa..:'(

MaY_LiN said...

mkn saspen..
razif ni nk kn cekik ni

Anonymous said...

btol mesti si razif ni punya keja punya.......sian uzair di belasah oleh org giler......

nabilah_2908 said...

HYE MINAH GENDOT ;

adam takkan balik.. ;)

HYE MAY LIN ;

razif akan kekal di hospital sakit jiwa... ;)

HYE AZWANI ;

semuanya akan ok lepas ni...dh sampi ke penghujung dah ni..myb 2 or 3 episod lagi.. ;)

terima kasih atas sokongan semua.. :)