Monday, September 27, 2010

NOTA CINTA - PART 64

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Uzair memandu dengan tenang sambil menyanyi kecil, dalam fikirannya asyik terbayangkan wajah Zakirah. Dia menyumbat hands free ke telinganya lalu nombor Zakirah didail.

“ hmm….kau nak apa…?” jawab Zakirah tanpa mengucapkan salam mahupun perkataan Hello. Sebaik sahaja mendengar suara Zakirah, hati Uzair bertambah girang.

“ hye sayang….buat apa tu…?” sapa Uzair. Zakirah terdiam buat seketika.

“ kau ni kenapa….demam ke…atau salah nombor…kau nak call Sarah yer tapi ter call aku..?” soal Zakirah dengan penuh curiga, Uzair menahan ketawanya.

“ aku nak cakap dengan kau lah…salah ke aku panggil kau sayang…kau tak suka ya..?” duga Uzair.

“ jangan main-main lah…ye…aku tak suka…..!!” jawab Zakirah dengan tegas.

“ kau tak sayangkan aku ke…? aku sayang sangat pada kau tau…..” Uzair masih lagi menduga Zakirah.

“ apahal lak ni bersayang-sayang…aku dah kata aku tak suka…tak suka lah…boleh tak tolong jagan mainkan perasaan aku…..” bentak Zakirah.

Menyedari mood Zakirah yang kurang baik, akhirnya Uzair mengalah.

“ ok lah....aku ingatkan bila dah berubah imej jadi perempuan ayu…sikap kau pun akan berubah lembut..tapi sama juga ye….jadi selama ini..aku dah banyak mainkan perasaan kau ke..?” soal Uzair.

“ aku bukan manusia hipokrit….” balas Zakirah pendek, kata-katanya masih lagi berbaur kemarahan.

Soalan dari Uzair dibiarkan sepi tanpa jawapan. Uzair sedikit hampa, dia mengharapkan Zakirah menjawab soalannya, namun apa yang diharapkan tidak kesampaian.

“ kalau kau tak hipokrit..kenapa kau tukar imej….kau tukar imej sebab nak mengorat aku kan..?” Zakirah terdiam, tidak tahu apa yang harus dikatakan kepada Uzair.

Ada benar kata-kata Uzair, dia berubah kerana Uzair, namun dalam masa yang sama hatinya memang sudah sedia berubah, dia tidak mahu lagi dilabelkan sebagai tomboy dan kasar. Malah ada juga yang beranggapan Zakirah seorang homoseksual, di mana dia hanya meminati kaum sejenisnya sahaja. Ketika di university dulu, ramai juga minah-minah salleh yang songsang cuba mendekati dirinya. Dia sendiri berasa rimas, walaupun dia berperwatakan kasar, namun dia masih tahu batas-batas agama. Kerana itu lah dia sentiasa berdampingan dengan Uzair, risau seandainya didiganggu oleh golongan lesbian yang sentiasa memerhatikan dirinya.

“ weh Zack…..kenapa kau diam…?” sergah Uzair

“ kau mengaku la eh..kau berubah memang sebab aku…?” sambung Uzair

“ kau jangan nak perasan eh….aku berubah sebab aku yang nak…kita kan umat Islam..bukan kah wanita yang beragama Islam dituntut untuk menutup auratnya…wajib menutup aurat…ditegah dari berpewatakkan lelaki…?” suara Zakirah semakin meninggi.

“ iyer lah….garang la pulak ustazah nih...erm..lama dah tak jumpa kau….jom la kita jumpa sekejap..rindu la kat kau..tak lama lagi kau dah pergi jauh tinggalkan aku…lagi lah tak dapat jumpa…please Zack….boleh la…eh…?” rayu Uzair

“ tak payah la…aku sibuk sekarang ni..macam-macam benda yang perlu aku selesaikan…” dalih Zakirah. Walaupun hatinya memang meronta-ronta ingin bertemu dengan Uzair, dia juga rindukan Uzair. Namun ditahankan sahaja perasaannya itu.

“ sampai hati kau kan…jangan sampai aku mati kempunan tak dapt jumpa kau sudah lah…..”

Kata-kata Uzair menyentap tangkai hatinya, dia tertanya-tanya kenapa Uzair bersikap aneh, lain daripada biasa.

“ kau boleh tak jangan main-main soal mati….mati betul-betul baru kau tahu….apa dah cukup ke amal kau….?” marah Zakirah.

“ mengingat mati itu kan wajib bagi setiap umat Islam…kita sendiri tak tahu bila kita mati..mungkin kejap lagi…betul tak….?” jawab Uzair bersahaja, Zakirah mengetap bibir menahan geram.

“ ish kau ni….yer la…yer la…malam ni kita jumpa….kat tempat biasa….” akhirnya Zakirah mengalah.

“ yes….!!! setuju juga kau akhirnya..nanti kita jumpa yer sayang…..” ucap Uzair dengan girang.

“ tebiat apa kau ni….ish…iyer la..iyer la….ok bye….” Zakirah terus mematikan talian.

Uzair tersenyum sendiri, dia meneruskan pemanduannya pulang ke rumah. Sedang dia memandu, dia dapati kereta Sarah dipandu dengan laju dan Uzair juga perasan ada sebuah kereta hitam mengekori kereta Sarah. Uzair berasa tidak sedap hati, dari jauh dia juga turut mengekori kedua buah kereta tersebut.

Uzair bertambah bimbang apabila melihat kereta Sarah memasuki sebuah kawasan perumahan, hatinya tertanya-tanya kenapa Sarah ke sana dan kenapa kereta hitam itu mengekori Sarah. Uzair mempercepatkan pemanduannya dan apabila dia tiba dipenghujung jalan, dia mendapati dia berada di kawasan lapang yang akan dibagunkan dan Uzair menjadi cemas apabila melihat kereta hitam itu memecut laju meninggalkan kawasan tersebut. Uzair sempat melirik ke arah kereta Sarah, namun Sarah tiada di dalamnya.

Uzair semakin bimbang, dia mengesyakki pemandu kereta hitam itu telah menculik Sarah. Tanpa membuang masa Uzair segera mengekori kereta hitam tersebut dan dalam masa yang sama dia sempat mendail nombor Farah.

“ ya Uzair ada apa…?”

“ dengar sini….Sarah dalam bahaya sekarang ni…saya rasa dia diculik….”

“ apa…betul ke ni Uzair…?”

“ ya….sekarang ini saya sedang mengekori sebuh kereta hitam, jenis Iswara Aeroback…nombor plate WJH 7978…kereta itu menuju ke arah Rawang….cepat report pada polis…kereta Sarah ada di tinggalkan di kawasan tanah lapang di Taman Tuanku”

“ Ya Allah, adik aku….tadi dia ada call…tapi saya tak sempat jawab…baik lah…..hati-hati….” jawab Farah dengan cemas. Uzair mematikan talian dan terus mengekori kereta hitam itu.

“ Sarah…bertahan lah……”

♥♥ **************************************************** ♥♥



Sarah membuka matanya dengan perlahan, penglihatannya agak kabur ketika itu. Namun sedaya upaya dia membuka matanya. Tangannya menyentuh perlahan kedua pipinya yang kebas,

“ aduh…..” adunya perlahan.

Sebaik sahaja penglihatannya menjadi jelas, alangkah terkejutnya dia apabila mendapai dia berada di suatu tempat yang sangat asing baginya. Dia kini berada di dalam sebuah bilik yang hanya diterangi oleh cahaya kelam dari sebiji mentol sahaja. Keadaan bilik itu pula bersepah dengan sampah sarap dan berbau masam. Sarah mulai panik, dia segera bagun dan cuba keluar dari bilik itu, malangnya pintu bilik itu berkunci.

Air matanya mulai merembes keluar, apa yang terjadi sebelum ini kembali menerjah kotak fikirannya. Lelaki yang berbadan tegap dan berpakaian serba hitam itu menarik dia keluar daripada kereta dan tangan yang tegap itu juga lah yang menampar wajahnya, pipinya tersa perit, bibirnya pecah akibat tamparan itu dan akbiat kesakitan yang teramat sangat, Sarah tidak mampu bertahan sehinggakan dia pengsan tidak sedarkan diri.

“ kat mana aku sekarang ni…..” dia menyandarkan dirinya di pintu tersebut.

Sarah menjadi buntu, satu persatu wajah orang yang dia sayangi bermain-main di benaknya. Wajah ayah dan ibu, Farah dan paling memilukan apabila wajah Adam menerjah fikiran. Sarah menagis lagi, tidak tahu apa yang harus dilakukan.

“ Adam….tolong Sarah….” hatinya merintih.

♥♥ **************************************************** ♥♥



Adam mengeliat perlahan, dokumen-dokumen yang berada di hadapannya dibiarkan bersepah tidak bersusun. Dia lantas bangun menuju ke jendela. Pandangannya dihalakan ke luar . Adam menggosok-gosokkan kedua belah tapak tangannya untuk mendapatkan sedikit haba. Cuaca sejuk yang mencecah 11 darjah celcius menyelubungin bandar Bonston amat tidak menyelesakan buat Adam, walaupun dia suda memakai 2 labis baju tebal.

Hampir seminggu Adam di sini dan dia masih lagi cuba menyesuaikan dirinya. Dia cuba menyibukkan dirinya dengan menguruskan asset-aset peninggalan papanya, namun ingtan dia terhadapa Sarah tidak pernah pudar. Semakin dia cuba melupakan Sarah, semakin keraplah wajah Sarah menerjah diingatan.

Kelmarin, Sarah datang dalam mimpinya. Dalam mimpinya itu Sarah kelihatan seperti berada di dalam kesusahan, namun Adam tidak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya mampu melihat walaupun dia meronta-ronta untuk pergi menyelamatkan Sarah. Adam mendengus perlahan apabila dia teringat akan mimpinya itu dan dalam masa yang sama hatinya risau seandainya mimpinya itu memerikan petanda yang tidak baik buatnya.

Hatinya tertanya-tanya bagaimana keadaan Sarah ketika ini, adakah dia baik-baik sahaja ataupun Sarah memang berada di dalam kesusahan sama sepertimana di dalam mimpinya. Ingin sahaja dia menalifon Sarah mahupun Johari untuk bertanyakan khabar, namun dipujuknya hati yang sarat denagn kerinduan terhadap Sarah itu supaya bersabar dan dia cuba yakinkan dirinya bahawa Sarah kini sedang bahagia bersama Uzair.

“ Sarah…..jaga diri baik-baik ya….” bisik hati kecilnya.

Tiba-tiba dia terdengar ketukan pintu dari luar biliknya, segera dia menoleh. Hanim, tunangan Naufal menjengukkan kepalanya dari luar.

“ eh kak Hanim….masuk la….” pelawa Adam dengan mesra.

“ apa yang Adam menungkan tu…tengah skodeng minah salleh ke kat luar tu…?” Hanim cuba bergurau.

“ tak la kak…sejuk-sejuk macam ni…mana ada orang kat luar tu….” jawab Adam sambil tersenyum

“ kalau macam tu..tentu Adam teringat orang di Malaysia kan…?” duga Hanim

Adam hanya tersenyum pahit tanpa menjawab soalan dari Hanim.

“ kalau rindu call la…..terubat sedikit rindu itu…jangan ego sangat….”

“ entah lah kak….”

Adam mendengus perlahan. Hanim memandang wajah Adam dengan sayu. Dia tahu pergolakkan yang berlaku di antara Adam dan juga Sarah. Naufal dah ceritakan semua kepadanya.

“ Adam…. Cinta suci itu milik orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan…cinta suci itu milik mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati…cinta suci itu…milik mereka yang masih mencintai, walaupun mereka telah disakiti dan ianya juga milik mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan bahwa cinta bukan untuk sementara tetapi untuk selamanya….”

Adam tercengang apabila mendengar kata-kata yang lahir dari bibir Hanim, Hamin tergelak kecil melihat wajah Adam yang kebingungan.

“ Adam fikirkan nanti kata-kata akak ni yer…tapi sekarang ni..jom turun makan…Uncle Malik dah lama tunggu nak makan sama dengan Adam…”

“ ok kak…sekejap lagi saya turun…..” balas Adam

“ turun tau..jangan tak turun….” Hanim mengatur langkah keluar dari bilik Adam.

♥♥ **************************************************** ♥♥

apa nasib Sarah selepas ini...???




6 comments:

Minah Gendot said...

nk lagi...plss...xckup...:(

MaY_LiN said...

makin saspen..
pela yang jadi nnti

azwani azman said...

nk thu apa jd kat sarah sebnrnye????
adakah adam akan kembali ke malaysia kalo dia tahu sarah dalam kesusahan???????

nabilah_2908 said...

Hye Minah Gadot ;

sabar eh...sy sedang usahakan.. :)

Hye May Lin ;

nntikan episod seterusnya.. :)

Hye Azwani ;

erm...rasanya Adam dh tawar hati utk pulang ke Malaysia..(^_^)

azwani azman said...

TAPI SEMUA TU KN SALAH FAHAM.....
SARAH X BERSALAH DIA BT SUME TU SBB DIA CINTAKN ADAM....
YANG PASTI NYA XDE APA PUN YG DPT LENYAPKN CINTA MEREKA HEEHEHEHEHEH

nabilah_2908 said...

yeszza...semuanya akan ok nnti.. percayalah.. ;)