Tuesday, September 21, 2010

NOTA CINTA - PART 63

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥




Uzair tersenyum lebar, gembira rasa hati apabila Sarah menerima pelawaannya untuk bertemu dan minum petang bersamanya sebentar lagi. Awal-awal lagi Uzair sudah tiba di Restoran Seri Melayu, dia berasa sangat teruja dengan pertemuan itu. Dia asyik membayangkan wajah Sarah, malah dia juga turut membayangkan apa jawapan yang Sarah akan berikan kepadanya. Hatinya tertanya-tanya adakah Sarah akan menerima atau menolak lamarannya itu.

Hampir 20 minit menanti, akhirnya wanita pujaan hati muncul di hadapan matanya. Sarah kelihatan cukup manis sekali, Uzair tersenyum lagi sebaik sahaja melihat Sarah. Sarah hanya mengenakan blouse merah berbunga putih dan berseluar hitam. Rambutnya disisir kemas dan dibiarkan terurai tidak berikat. Penampilan yang cukup ringkas tetapi sangat menawan hati.

Sarah segera mendapatkan Uziar yang sedang tersenyum ke arahnya, dia juga turut sama tersenyum dan dalam masa yang sama hatinya sedikit gentar apabila memikirkan apa reaksi Uzair jika dia mendengar jawapan yang akan diberikan olehnya.

“ Hye….” sapa Sarah dengan mesra.

Hello sweety…please have a seat……” pelawa Uzair.

Uzair bangun dari tempat duduknya, lalu menarik kerusi yang berada di hadapannya untuk Sarah duduk.

thanks……” ucap Sarah beserta senyuman.

“ so….Sarah nak makan apa….?” Uzair memulakan bicara.

“ erm….full lagi la wak...bagi saya fries je la…kalau awak nak makan….makan la…saya temankan…”

“ ok lah…sekejap ye…saya panggilkan waiter….”

Setelah membuat pesanan, keadaan menjadi sepi buat seketika. Uzair tidak tahu dari mana harus dia mulakan. Otaknya ligat mencari ayat yang sesuai untuk dikatakan kepada Sarah.

“ apa yang awak fikirkan tu…..?” tegur Sarah.

“ err…terlalu bayak yang ingin saya katakan pada awak…dah siap susun dah…tapi bila awak ada depan mata…semuanya hilang…”

Sarah tertawa kecil apabila mendengar penjelasan dari Uzair. Dia berasa lucu apabila melihat gelagat Uzair yang sedikit gelabah apabila berada di hadapannya.

“ macam mana dengan Bandung….seronok tak pergi sana…?” Sarah menukar topik perbualan, dia cuba menukarkan suasana yang agak tegang menjadi suasana yang lebih relaks.

“ ok la…nak kata best sangat….tak juga….pergi atas urusan kerja..tak sempat nak jalan-jalan sekitar sana…next time kita pergi sama nak tak….?”

Sarah tidak menjawab, dia tersenyum lagi sambil menjungkitkan bahunya.

“ Sarah……?”

“ hmm…..kenapa…?”

Belum sempat Uzair meneruskan kata-katanya, pelayan datang membawa pesanan mereka.

“ ish budak ni…masa ni la dia nak datang….kacau betul…..” rungut Uzair di dalam hati.

“ Sarah…minum lah….” pelawa Uzair, entah kenapa mulutnya begitu berat untuk memulakan bicara.

Sarah dapat membaca gelodak hati Uzair apabila melihat keadaan Uzair yang sedikit canggung pada hari itu. Dia sendiri tidak mahu membuang masa, mahu atau tidak Uzair perlu menerima keputusan yang telah dibuat.



“ Uzair……saya ke sini..untuk memberikan jawapan saya….awak dah sedia ke..?”

“ da...dah….katakan lah…..memang saya tak sabar nak dengar…..” ucap Uzair dengan perasaan yang berdebar-debar. Hatinya lega apabila Sarah sendiri yang memulakannya.

Sarah membuka beg tangannya, lalu mengeluarkan kotak cincin pemberian Uzair termpoh hari. Kotak itu terus diberikan kepada Uzair. Uzair segera mengambilnya dan terus membuka kotak cincin tersebut. Kecewanya hati Uzair apabila dia melihat cincin masih lagi berada di dalam kotak tersebut, riak wajahnya yang sedari tadi gembira serta merta berubah menjadi muram. Apa yang dia bimbangkan kini menjadi kenyataan.

“ Uzair……….maafkan saya….saya memang tak boleh terima ini semua….saya tak layak…..ada yang lebih layak….” ucap Sarah lembut.

Uzair tidak bersuara, dia hanya menundukkan wajahnya sambil menghabiskan makanan yang telah dipesan sebentar tadi.

“ Uzair……..”

Uzair mengangkat muka dengan perlahan.

“ bukan niat saya untuk menyakiti hati awak…bukan juga niat saya untuk mempermainkan perasaan awak…ikhlas saya katakan…saya sayang awak…tapi sayang seperti kawan…perasaan cinta tak pernah hadir dalam hati ini untuk awak….maafkan lah saya….”

Uzair mengukir senyuman. Sarah tahu senyuman itu, bukan sebuah senyuman yang ikhlas.

“ tak mengapa lah Sarah..saya faham….” jawab Uzair dalam nada yang sayu.

“ Uzair….cuba awak tanya hati awak…apa benar awak cintakan saya….atau orang lain…?”

Uzair mengerutkan dahinya apabila mendengar soalan dari Sarah.

“ apa maksud awak dengan orang lain….awak sangsi yer cinta saya pada awak…? sejujurnya saya amat mencintai awak….kerana itu lah saya igin menyunting awak sebagai isteri saya….saya mahu awak jadi yang sah untuk saya…” luah Uzair.

Sarah tersenyum lagi.

“ saya hargai niat suci awak itu, malah saya tak pernah meraguinya…malangnya perasaan saya terhadap awak tidak sama sepertimana yang awak rasakan….saya tak layak menerima cinta dari awak….ada yang lebih berhak Uzair…malah dia dah lama menunggu awak…”

“ apa yang awak cakap ni..siapa yang menunggu saya…?”

“ orang itu selalu bersama dengan awak….malah awak cukup rapat dengannya…saya tahu jauh di sudut hati awak..awak cintakan dia…mungkin awak cuba menafikannya…”

Uzair terdiam, dia cuba mentafsir apa yang sebenarnya yang Sarah ingin sampaikan.

" Uzair.....awak kena tahu bezakan di antara suka dan cinta....cuba tanya hati awak...siapa sebenarnya yang awak cinta...." sambung Sarah lagi.



Bayangan wajah Zakirah menerjah kotak fikiran Uzair, hatinya tertanya-tanya, mencari kebenaran di sebalik kata-kata Sarah. Dia sendiri keliru dengan perasaannya terhadap Zakirah. Dia sangat selesa dengan Zakirah, dan apabila dia berjauhan dengan Zakirah perasaan rindu kepadanya akan hadir, hidupnya dirasakan sunyi tampa Zakirah. Kalau boleh dia ingin sentiasa bersama Zakirah. Pada Zakirah lah tempat dia mengadu pelbagai masalah, pelbagai cerita samada cerita sedih mahupun gembira dan seperti biasa Zakirah selalu ada apabila dia memerlukannya.

“ awak dah sedar ke sekarang ni, siapa sebenarnya yang awak cintai….?” soalan dari Sarah telah mematikan lamunan Uzair.

Tiba-tiba fikirannya terus berubah. Uzair kini sedar yang orang yang amat dia cintai telah lama berada di hadapan mata, memang sedari dulu dia cuba menafikan perasaan yang hadir di antara dia dan Zakirah, entah mengapa egonya sangat tinggi untuk mengaku perasaannya kepada Zakirah.

“ Zakirah……….” nama itu muncul di bibir Uzair setelah sekian lama mendiamkan diri. Sarah tersenyum puas kerana Uzair memahami apa yang cuba dia sampaikan.

“ ya…Zakirah……dia lah buah hati awak yang sebenarnya…..lama dah dia menunggu awak…jangan biarkan dia menunggu lagi Uzair…jangan biarkan dia putus harapan dengan awak….pergi lah dapatkan cinta sejati awak…jangan biarkan dia pergi…..saya tahu dia sangat kecewa bila awak memberitahu dia yang awak ingin melamar saya….saya faham apa yang dia rasa…mungkin kerana itu lah dia mengambil keputusan untuk pergi jauh dari awak….hatinya cukup terluka Uzair…pergilah kepadanya…perbaiki lah keadaan ini..ubatilah hatinya….”

“ saya dah sedar sekarang ni….terima kasih Sarah…bodohnya saya…egonya saya kepada dia…terima kasih…” ucap Uzair bersungguh-sungguh.

“ apa gunanya kawan jika tidak saling mengingati..betul tak…? tak sabar rasanya nak nantikan berita gembira dari awak dan Zack..” balas Sarah dengan nada girang.

“ saya bersyukur sangat dapat bertemu dengan awak hari ni..jika bukan kerana awak yang menyedarkan saya…tentu sampai ke sudah saya macam ni…” Uzair tersenyum lebar, matlamat hidupnya sudah jelas sekarang ini, dia tahu apa yang sebenarnya yang dia inginkan.

“ bagus lah tu…erm….dah lama sangat kita di sini…saya minta diri dulu la yer….dah petang ni…nanti stuck dalan traffic jam pula…” Sarah sempat melirik jam tangannya.

“ ha…betul juga tu..saya pun perlu gerak juga ni….jom lah kita….”

Sarah dan Uzair jalan beriringan menuju ke kaunter bayaran, setelah selesai membayar bil makanan, mereka menuju ke kereta masing-masing.

♥♥ **************************************************** ♥♥



Sedang Sarah berjalan menuju ke keretanya, dia perasan ada yang sedang mengekorinya. Perasaan yang sama dirasakan ketika bertemu dengan Jessica minggu lalu. Dia mempercepatkan langkah menuju ke keretanya. Enjin kereta di hidupkan dan dia terus memecut laju meninggalkan pengkarangan resetoran itu.

Sarah kembali tenang sebaik sahaja kereta mula bergerak, namun ketenangan yang dirasakan hanya lah buat seketika. Sarah kembali cemas apabila menyedari ada sebuah kereta Proton Iswara berwarna hitam sedang mengekorinya dari belakang. Sarah meningkatkan kelajuan dan kereta itu juga terus mengejar Sarah.

Sarah tetap meneruskan pemanduan tanpa arah, dia membelok ke sebuah kawasan perumahan. Dia terus memandu sehinggalah dia menemui jalan mati, di sekitar kawasan itu hanyalah tanah lapang, tanah yang dijadikan tapak untuk mendirikan kawasan perumahan. Sarah tidak mampu bergerak ke mana-mana kerana kereta hitam tersebut telah menghalang laluannya.

Sarah menjadi buntu, tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Dia segera mencapai beg tangannya, telefon dikeluarkan. Tangannya menggigil ketakutan, namun dia tidak menghiraukannya. Sarah terus mendail nombor Farah, namun tiada jawapan. Sarah semakin gelabah, kemudian dia cuba pula untuk mendail nombor Uzair.

Belum sempat dia mendail nombor Uzair, pemandu kereta hitam tersebut telah membuka pintu kereta Sarah dan terus menarik Sarah keluar dengan kasarnya. Sarah menjerit ketakutan dan meronta-ronta minta dilepaskan. Lelaki itu berpakaian serba hitam dan dia juga turut menuntup mukanya, Sarah tidak dapat mengecam siapa gerangan lelaki tersebut. Sarah cuba melepaskan diri, dia menjerit sekut hati. Malangnya tiada siapa di tanah lapang tersebut.

“ Lepaskan aku….lepaskan….tolong…!!!!!!!”

Apabila melihat Sarah mula agresif, lelaki itu membaling tubuh Sarah ke tanah lalu wajah Sarah ditampar sekuat hati sehinggalah darah menyembur keluar dari mulut Sarah. Sarah mulai lemah, walaupun sedang kesakitan, dia berusaha sedaya upaya untuk bangun dan melarikan diri dari situ. Namun kudrat Sarah tidak sekuat lelaki bertopeng itu. Lelaki itu berjaya menangkapnya dengan mudah, satu lagi tamparan yang kuat hinggap di pipi Sarah dan kali ini Sarah tidak mampu melawan, pandangannya dirasakan gelap. Dia kini rebah, tidak sedarkan diri.

♥♥ **************************************************** ♥♥


apa nasib Sarah selepas ini....?

nantikan sambungannya ya....


4 comments:

MaY_LiN said...

ala..
ape ni..
jahatnye..
sape yang rancang sume ni..
makin saspen lak

Anonymous said...

mungkin kekasih lama sarah......

nabilah_2908 said...

may lin ;

rasa2 nya siapa...?? Jess ke..??

azwani ;

ha...myb...(^_^)

Anonymous said...

bila kah akan bersambung nya cerita ini.....excited ni..????plzzzzzzzz sambung cpt erkkkkkkkk