Friday, September 17, 2010

NOTA CINTA - PART 62

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥




“ ehem….” Sarah berdehem.

“ Sarah…sudi juga kau jumpa aku di sini…jemput la duduk…..” Sarah terus duduk tanpa sepatah kata.

Perasaannya kini bercampur baur di antara benci, dendam dan tidak dinafikan terselit juga perasaan gentar apabila dia berhadapan dengan wanita tersebut. Wanita itu lah yang telah memusnahkan hubungan dia dan Adam, semuanya berantakkan akibat dia.

Dia juga lah yang menalifon Sarah dan mengajak Sarah untuk bertemu. Pada mulanya memang Sarah keberatan, namun akhirnya dia bersetuju untuk bertemu wanita tersebut. Keseluruhan keluarganya bimbang akan keselamatan Sarah, bimbang seandainya Sarah diapa-apakan oleh wanita itu. Namun Sarah memberi keyakinan bahawa dia akan selamat walupun hatinya turut dilanda kebimbangan. Maryam tetap risau, lalu Johari ditugaskan untuk menemani Sarah.

“ kenalkan ni mama aku……sorry sekarang ni dia lost sikit….dia ada gangguan mental…”

Wanita separuh abad, berwajah bujur sirih berkulit putih langsat dan bermata kecil. Walaupun sudah di mamah usia, namun wanita tua itu masih cantik. Wajahnya sangat mirip dengan anaknya. Sarah mengangguk perlahan sambil melemparkan senyuman ke arah wanita tua tersebut. Wanita tua itu tidak membalas, dia menundukkan wajahnya dan terus bermain tuala yang berada di tangannya. Wanita itu benar-benar tengelam dalam dunianya sendiri. Rasa simpati mulai bercambah di hati Sarah.

“ jadi…..apa tujuan kau ajak aku jumpa hari ni…mana kau tahu aku ada di Melaka….?” Sarah memulakan bicara setelah agak lama tidak bersuara.

“ hati aku yang membawa aku ke sini….aku perlu jumpa kau…aku perlu jelaskan segala-galanya…sebelum terlambat..”

“ apa kau cakap ni Jess…? apa lagi yang perlu kau jelaskan..?” soal Sarah kehairanan, dia merenung lama wajah itu.

“ aku dah banyak buat salah dengan kau Sarah..banyak sangat…..aku sendiri tak pasti samada kau masih ingat akan aku atau tidak….dari mana harus aku mulakan ya…hmm..” keluh Jessica, Sarah tersenyum sinis apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Jessica.

“permaian apa yang kau mainkan ini Jess…” bisik hati kecilnya.

“ kesalahan yang macam mana tu..?” soal Sarah

“ sepertimana yang telah aku katakan, ianya terlalu banyak….aku sangat kejam dengan kau…” luah Jessica.

“kejam….hmm…aku suka dengan perkataan itu…baru kini kau sedar kau kejam…?” sindir Sarah,

Jessica segera berpaling ke arahnya, dia bagai tidak percaya apa yang telah diperkatakan oleh Sarah.

“ ingatan kau dah pulih yer…?”

Sarah tersenyum sinis, dia segera bagun sambil memeluk tubuhnya. Pandangannya dilemparkan jauh ke arah tasik yang terdampar luas di depan mata.

“ ingtan aku tak pernah hilang … masakan aku boleh lupa apa yang kau dah buat pada aku…pada Adam….sampai mati aku takan lupa kau tau tak….!” bentak Sarah dengan nada suara yang agak keras.

“ kerana tak mahu Adam di apa-apakan oleh kau lah…aku lakukan ini semua…dan kini kau boleh la tersenyum puas…kerana apa yang kau nak kini dah tercapai….kami dah berpisah….puas ke hati kau sekarang..?” balas Sarah lagi.

Jessica melepaskan keluhan yang berat, rasa bersalah semakin menebal di dalam dirinya. Sejak dia dapat tahu Sarah hilang ingatan, dia dapat rasakan yang Sarah hanya berpura-pura. Namun dia pendamkan sahaja perasaannya, kerana melaui tingkah Sarah, Sarah kelihatan benar-benar kehilangan ingatan, namun dia tidak menyangka apa yang dirasakan itu benar.

Jessica juga turut melepaskan pandangannya ke arah tasik itu. Dia tidak membalas dengan segera kata-kata Sarah, keadaan kembali sepi hanya bunyi kicauan burung dan bunyi kenderaan sahaja memecah suasana.

Setelah berjam-jam memandu tampa arah, akhirnya Jessica tiba di Melaka dan memilih untuk bermalam di Ayer Keroh D’Village Resort bersama mamanya dan kebetulan berdekatan dengan resort tersebut terdapat sebuah taman tasik, tempat itu dirasakan sangat sesuai untuknya bertemu dan berbincang dengan Sarah.

“ aku tak pernah puas Sarah…..takkan pernah….” balas Jessica setelah mendiamkan diri buat seketika.

“ oh….jadi ini lah tujuan kau sebenarnya untuk berjumpa dengan aku…..sekarang ni katakan lah apa yang kau mahu…apa lagi yang perlu aku korbankan untuk puaskan hati kau…?”

Jessica memeluk tubuhnya sambil tersenyum pahit apabila mendengar kata-kata dari Sarah,

“ seandainya kau korbankan nyawa kau sendiri sekali pun…itu tak kan membuatkan aku berasa puas….” kata-kata Jessica itu membuatkan hati Sarah panas.

“ sampai begitu sekali….jadi apa yang kau nak….?”

“ aku…….sebenarnya….aku………aku nak minta maaf dengan kau..maaf di atas segala yang telah aku lakukan kepada kau sebelum ini…” sambung Jessica,

Air matanya sudai mulai bergenang, sedaya upaya di tahan supaya air mata itu tidak mengalir. Tidak pernah dia rasakan hatinya seikhlas begini ketika meminta maaf. Sarah pula tersentak apa bila mendengar permohonan maaf dari Jessica. Dia benar-benar tidak menyangka Jessica akan memohon maaf kepadanya. Walaupun dia tersentuh dengan pengakuan Jessica, namun hatinyanya tetap tercalit rasa sangsi. Apakah benar Jessica bersungguh-sungguh ataupun ianya hanya sekadar satu permainan untuk memerangkapnya.

“ permainan apa yang kau mainkan ini Jess….? berterus terang saja lah…tak perlu berlakon lagi….”

Jessica menoleh ke arah Sarah, wajah Sarah ditatap lama. Sarah terkejut melihat mata Jessica yang berkaca dengan air mata. Riak wajah Jessica sangat berlainan daripada biasa. Tiada lagi riak wajah yang angkuh, tiada lagi renungan mata yang penuh dengan dendam dan kemarahan. Jessica kelihatan begitu ikhlas.

“ tak Sarah…I mean it…aku benar-benar menyesal…memang benar aku pernah cintakan Adam suatu ketika dulu…tapi itu semua dulu….setelah kami berpisah..selepas sekolah dulu..perasaan tu telah hilang….”

“ kalau benar perasaan itu telah hilang….kenapa perlu kau ganggu aku dengan Adam….?” soal Sarah lagi.

“ ini semua disebabkan dendam papa aku….dia yang beriya-iya mahukan aku berkahwin dengan Adam…pada mulanya aku agak keberatan namun hati aku menjadi sakit apabila aku dapat tahu kau dengan Adam telah bersama kembali…aku tak boleh menerimanya.. ego aku tercabar..iyer lah aku pernah pisahkan kau dengan Adam dulu dan kini kamu bersatu kembali…aku cemburu….kerna itu lah yang membuatkan aku bersetuju untuk terlibat sama dalam taktik kotor papa aku….”

“ hanya kerana cemburu…kau sanggup berbunuhan…? Jess……mana kau letak akal fikiran kau yang waras tu…..di mana…? kau tahu tak ini semua tidak masuk akal….setelah berhempas pulas kau pisahkan kami, dan kini apa yang kau dapat…tidak kan ini semua sia-sia..?”


Jessica menjungkitkan bahunya,

“ ya…semua ini disebabkan oleh rasa cemburu…sedari dulu….aku cemburu kan kau…..kau sering mendapat perhatian dari kawan-kawan kau….semua orang suka kan kau…semua orang ingin berkawan dengan kau..malah budak-budak lelaki selau sahaja bercerita tentang kau…kalau nak dibandingkan aku dengan kau…aku lebih jauh cantik…aku punyai segalanya…tidak ada yang kurangnya…tapi aku tak dapat perhatian itu…..” luah Jessica.

“ apa yang membuatkan aku bertambah cemburu dengan kau apabila Adam sendiri mengaku depan aku yang dia sangat sukakan kau…kalau kau nak tahu….dia pernah minta tolong aku untuk sampaikan hasrat hatinya kepada kau..aku tipu dia…konon aku telah sampaikan hasrat hatinya kepada kau dan kau menolak…aku katakan yang kau tidak suka lelaki berlainan bangsa menjadi pasangan kau….selepas daripada itu lah..Adam menjauhkan diri dari kau…semuanya sebab aku…..maafkan aku Sarah….” rayu Jessica, air matanya sudah tidak dapat dibendung lagi, akhirnya airmatanya gugur membasahi pipi.

“ sampainya hati kau…aku tak pernah sedikit pun buat salah pada kau….pada awal perkenalan..aku hulurkan tangan tanda aku ingin berkawan dengan kau…namun kau sambut salam itu sebagai salam dari musuh kau… bukan kah ini semua disebabkan oleh sifat kau sendiri….memilih kawan…meyombong tak bertempat…” balas Sarah.

“ ya aku sedar itu semua….tapi pada ketika itu sedikit pun hati ini tidak tergerak untuk berubah….namun kini tidak lagi…memang aku ingin berubah…aku dah letih jalani hidup Jessica yang dulu..hidup tanpa tujuan…hidup penuh dengan hasad dengki..hidup di bawah telunjuk papa aku yang tidak sudah-sudah berdendam dengan keluarga Adam..”

Sarah mendengar dengan tenang, dalam masa yang sama dia cuma memahami perasaan Jessica.

“ kau tahu tak…semakin aku cuba mengejar Adam…dia semakin jauh dari aku…ketika itu baru aku sedar yang aku takkan dapat memiliki Adam…walau dengan apa cara sekali pun…aku yakin…hanya kau saja lah yang berada di hatinya…aku dan letih…aku sangat letih mengejar cinta yang aku pasti ianya bukan untuk aku…” luah Jessica lagi.

“ keinginan untuk memiliki dan mencitai adalah dua perkara yang berbeza Jess….” ujar Sarah lembut, hatinya tersentuh saat dia melihat air mata Jessica.

“ betul kata kau tu….untuk apa aku memilik jasadnya tapi bukan hatinya…..”

Jessica menarik nafas sedalam-dalamnya dan dilepaskan dengan perlahan, hatinya mula berasa lapang apabila dia meluahkan segala-galanya kepada Sarah. Suatu perasaan yang sudah lama dia tidak rasakan.

“ hmm…aku rasa lega sekarang ini… apa yang aku nak katakan pada kau…aku dah luahkan…jika kau tak dapat maafkan aku pun…aku tak kisah…aku faham sangat..kau dah luangkan masa untuk bertemu dan mendengar penjelasan dari aku pun sudah memadai….cuma aku nak kau tahu….yang tak lama lagi aku akan serahkan diri aku pada polis…aku akan mengaku segala kesalahan yang dah aku lakukan sebelum ini…aku dah bersedia menerima hukuman di atas kesalahan yang telah aku lakukan…” sambung Jessica lagi.

Sarah tersentak,dia merenung wajah Jessica. Sarah cuba mencari kepastian dari kata-kata Jessica.

“ malah…sedikit sebanyak kini aku telah mendapat pembalasannya….papa aku koma di hospital …bila dia sedar…dia takkan mampu bergerak…dia lumpuh akibat serangan stroke..mama aku pula sakit mental…” cerita Jessica.

“ macam mana pula papa kau boleh koma…apa yang dah terjadi…apa dia tak boleh terima ke bila dia di singkirkan dari syarikat dia…?” soal Sarah.

“ ya…itu juga merupakan salah satu sebab kenapa dia koma...sebab sebenarnya…..”

Jessica mula menceritakan perbalahan yang terjadi di antara dia dan papanya tempoh hari, peristiwa yang tidak akan dia lupakan sampai bila-bila. Sarah menundukkan wajahnya, dia sendiri tidak dapat bayangkan apa yang akan terjadi pada dirinya jika dia berada di tempat Jessica.

“ macam-macam dah berlaku Sarah….papa pun dah dapat pembalasannya….kini tiba giliran aku pula….”

“ apa benar apa yang aku dengar sekarang ni,….kau mahu menyerah pada polis…?” soal Sarah

“ terpulang pada kau samada mahu percaya atau tidak….tapi itu la kebenarannya…”

“ kau sedar tak….apa hukuman yang bakal kau terima nanti…? kau akan didakwa di atas tuduhan cubaan membunuh….paling tidak pun..kau akan dipenjarakan selama 20 tahun…kau dah bersediakah untuk hadapi semua itu…?”

Jessica tersenyum, pandangannya dilepaskan ke arah mamanya.

“ aku dah sedia Sarah…. hidup aku sekarang ni pun tak ubah seperti hidup dalam penjara.. tiada bezanya..betul tak…? aku dah fikirkan perkara ini sedalam-dalamnya…dan aku rasa ini lah jalan yang terbaik…” ucap Jessica dengan penuh yakin.

“ macam mana pula dengan mama dan papa kau…siapa yang akan menjaga mereka nanti..?”

“ sepertimana yang dah aku katakan tadi…aku dah sedia…semua aku dah rancangkan… bila papa keluar hospital nanti…aku akan hantar mama dan papa aku ke pusat jagaan orang-orang tua…duit yang papa dapat hasil dari pelaburan dia di Melbourne…akan aku gunakan untuk menyara mereka di sana nanti….dan anak ini…….” dia mengusap perutnya perlahan, Jessica tidak dapat meneruskan kata-kata, hatinya kembali sebak apabila mengenangkan nasib anak yang berada di dalam rahimnya.

“ kau pregnant Jess….anak siapa….?” melihat riak wajah Sarah yang terkejut, Jessica tersenyum pahit, lalu dia mengangguk lemah.

“ entah la…aku sendiri tak pasti benih siapa….tapi yang pasti..ianya bukan milik Adam…anak ini la penguat semangat aku…pada awalnya…memang aku nak gugurkan saja anak ini…tapi semakin dia membesar dalam rahim aku…semakin aku sayang padanya….”

Jessica mengusap lembut perutnya, walaupun perutnya masih belum membesar namun dia merasakan hadirnya pertalian di antara ibu dan anak yang sangat kuat, dia sering mengusap perutnya dan akan membayangkan seolah-olah dia sedang mengusap anaknya dengan penuh kasih sayang.

“ bagus la tu Jess…anak itu tak bersalah….dia berhak hidup….”



“ ya…aku akan pastikan dia hidup dengan bahagia..walaupun tanpa aku di sisinya nanti….sebaik sahaja dia lahir..aku akan serahkan kepada keluarga yang sudi menjaganya…kalau boleh biarlah dia tidak tahu siapa ibu sebenarnya…aku tak mahu dia malu beribukan orang macam aku…seorang penjenayah….”

Keadaan sepi buat seketika, Sarah kehilangan kata-kata.

“ aku rasa itu saja lah yang aku nak katakan pada kau…lega sangat hati aku sekarang ni..kurang sikit rasa beban yang aku tanggung…terima kasih Sarah…sebab kau sudi juga luangkan masa tuk jumpa dengan aku…terima kasih…” ucap Jessica bersungguh-sungguh.

“ sama-sama…terima kasih juga kerana kau telah berterus terang dengan aku…nampknya kau betul-betul sudah berubah…tahniah Jess…teruskan usaha kau…aku yakin kau akan dapat jalani hidup yang lebih baik dan lebih tenang selepas ini…jangan sesekali kau pandang perkara lampau…ok lah…aku balik dulu…..” Sarah terus bangun, dan berlalu meninggalkan Jessica dan mamanya. Jessica hanya menghantar Sarah dengan ekoran pandangan matanya sahaja.

Setelah melangkah beberapa langkah, Sarah berhenti dan terus menoleh ke arah Jessica.

“ Jess…..aku maafkan kau dengan seikhlas hati aku….tentang penyerahan diri pada pihak polis…aku rasa tak perlu lah kau buat begitu…kes itu dah lama dah ditutup….kau jaga lah anak dalam kandungan kau tu dengan baik….tak lupa juga kau jaga la perent kau sekali..tak perlu hantar mereka ke pusat penjagaan orang-orang tua…diusia mereka begini..mereka perlukan anak mereka di sisi…kau boleh tebus segala kesalahan kau dengan menjaga mereka seikhlas hati sama sepertimana mereka pernah menjaga kau ketika kau masih kecil suatu ketika dahulu….wish you all the best Jess….” ucap Sarah , dia menghadiahkan sebuah senyuman kepada Jessica dan meneruskan langkah meninggalkan Jessica.

♥♥ **************************************************** ♥♥



Hati Sarah berbunga riang, satu persatu masalah telah selesai.

" aku bersyukur kepada mu Ya Allah...kerana Kau telah mempermudahkan urusan aku...Kau telah bantu aku keluar dari kemelut masalah ini...Alhamdulillah...." Sarah sempat memandang langit dan berdoa di dalam hati.

Sedang dia melangkah menuju ke kereta Johari, dia perasan ada orang sedang mengekorinya. Apabila dia menoleh, kelibat orang yang mengekorinya itu hilang. Sarah mula bimbang, namun dipujuknya hati supaya jangan berprasangka yang bukan-bukan. Mungkin itu cuma perasaannya sahaja.

♥♥ **************************************************** ♥♥

apakah benar ada yang sedang mengekori Sarah atau hanya perasaannya sahaja...??

nantikan sambungannya ya...pang


2 comments:

MaY_LiN said...

adam ke...?

nabilah_2908 said...

erm...mungkin tidak... ;)