Monday, August 30, 2010

NOTA CINTA - PART 59

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Sarah duduk di balkoni rumahnya di tingkat atas, Bintang-bintang yang berkerlipan di dada langit direnung lama. Wajah Adam dan Uzair datang silih berganti, kini wajah Zakirah pula datang menerjah fikiran. Masih dia ingat lagi, sebelum Zakirah pulang bersama Uzair, Zakirah sempat bertemu dengannya dahulu.

“ Sarah…….saya balik dulu…..” sapa Zakirah lalu menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Sarah.

“ terima kasih kerana sudi datang…” balas Sarah.

“ iyer la….moga kita dapat jumpa lagi selepas ni….”

“ la…..kenapa cakap macam tu...kita pasti akan jumpa lagi….mana ada Uzair….Zack pasti ada….”

“ ermm….itu takkan berlaku lagi rasanya….”

“ ish…..kenapa pula….Zack gaduh dengan Uzair ke..?” soal Sarah lagi, Zakirah menggeleng-gelengkan kepalanya.

“ hujung bulan ni..saya akan berangkat ke Auckland…sambung study di sana….entah bila kita boleh jumpa lagi agaknya…”

“ jauhnya……..kenapa tak sambung kat sini je…tak best la kalau Zack tiada nanti…”

“ lama dah saya dapat offer ni..rasa sayang pula nak tolak….." Zakirah meraih kembali tangan Sarah, tangan Sarah digenggamnya erat.

" erm.....Sarah jaga Uzair baik-baik yer….” ucap Zakirah, matanya memandang tepat ke arah Sarah. Sarah mengerutkan dahinya, dia berasa pelik dengan kata-kata Zakirah.

“ Sarah dah dapat kan cincin tu…..?"

" macam mana Zack tahu.....?" soal Sarah kebingungan.

" percaya la Sarah….Uzair benar-benar cintakan awak….dia benar-benar ingin jadikan awak sebagai suri hidup dia….awak bertuah tau…dia lelaki baik….saya doakan semoga Sarah dan Uzair hidup bahagia….” balas Zakirah, soalan dari Sarah dibiarkan sepi tanpa jawapan.

“ err……tapi….saya belum……..” belum sempat Sarah mengahabiskan kata-kata, Uzair sudah membunyikan hon keretanya.

“ ok lah Sarah….nanti kita jumpa lagi….bye….Assalammualaikum….” Zakirah melambai-lambaikan tangannya ke arah Sarah sambil berlari kecil menuju ke kereta Uzair. Sarah mengeluh, kotak cincin pemberian Uzair masih lagi berada di gengaman.

♥♥ **************************************************** ♥♥



“ Sarah…..buat apa sorang-sorang kat sini…?” Farah yang kebetulan baru sahaja keluar dari biliknya terlihat adiknya, dia terus menyapa Sarah.

“ hai pengantin baru…..berseri-seri je wajah kakak…abang Joe mana..?” soal Sarah

“ Abang Joe belum balik lagi…kejap lagi agaknya….ni soalan kakak Sarah tak jawab lagi….apa yang Sarah menungkan tu….?” soal Farah kembali.

“ macam-macam kak…serabut sangat….rasa macam nak bunuh diri je sekarang ni….” keluh Sarah.

“ astagfirullahhalazim….apa yang Sarah cakap ni…mengucap dik…” Farah terkejut dengan kata-kata Sarah. Sarah segera meraup mukanya sambil beristigfar panjang.

“ entah la kak…lepas satu..satu masalah timbul….”

“ masalah apa lagi tu…ceritalah dengan kakak…..” Sarah mengeluh lagi, tiada sebarang kata-kata pun keluar dari mulutnya, dia sendiri tidak tahu untuk mula dari mana.

“ ni tak lain..tak bukan pasal Adam la kan…?” duga Farah

“ bukan pasal Adam je…Uzair…Zack pun yer juga….haih….kusut la kak…” Sarah mengeluh lagi.

“ cuba cerita pada kakak..satu persatu….”

“ Sarah bercadang nak berterus terang pada Adam tentang keadaan yang sebenar petang tadi…tapi belum sempat Sarah nak buka cerita…Uzair pula datang….kakak tahu tak sehari suntuk dia asyik ikut Sarah je…kesian Adam…dia pandang dari jauh je…”

“ hmm…kakak perasan juga..ada juga kakak dengar makcik-makcik kita dah mula bertanya pada ibu tentang Uzair…erm…apa yang membuatkan Sarah tiba-tiba sahaja berubah fikiran..?”

“ semuanya bermula masa kami di sekolah semalam..Adam bersungguh-sungguh nakkan Sarah ingat semula tentang dia….sayu hat ini kak bila terkenangkan kembali wajah Adam…senyuman dia…keyakinan dia….itu lah yang membuatkan Sarah ubah fikiran…Sarah dah tak kisahkan tentang ugutan Jessica…apa yang sedang bermain di fikiran ketika itu adalah Sarah terlalu sayangkan Adam…Sarah terlalu cintakan Adam….Sarah tak sanggup bayangkan bagaimana kehidupan Sarah tanpa Adam ….Sarah sangkakan Sarah kuat untuk hadapi semua ni...tapi hakikatnya Sarah tak kuat kak….Adam lah kekuatan Sarah…” luah Sarah, air matanya sudah bergenang di tubir matanya.

Farah mendengar dengan tenang, dia kagum dengan kehebatan cinta mereka berdua. Ada benarnya kata-kata Sarah, Adam merupakan kekuatan Sarah, mereka saling memerlukan, mereka saling melengkapi.

“ jadi lepas Uzair datang…Sarah sempat tak bagi tahu pada Adam..?”

Sarah menggeleng-gelengkan kepalanya, jelas terpancar riak kesedihan di wajahnya. Rasa simpati mula bersarang di hati Farah.

“ Uzair nak apa pula…?” soal Farah lagi.

Sarah tidak menjawab soalan Farah, dia hanya menyuakan kotak cincin pemberian Uzair kepada Farah. Farah segera mengambil kotak tersebut dari tangan Sarah, kotak itu terus dibuka.

“ cincin apa ni Sarah….? Uzair melamar Sarah yer…?” soal Farah bertalu-talu, Sarah menganggukan kepalanya.

“ Sarah setuju….?”

“ dia suruh Sarah fikir dulu dan beri jawapan pada dia seminggu dari sekarang….Sarah tak sempat kata apa-apa pun…dia dah pergi….”

“ Ya Allah..belum habis lagi masalah dengan Adam…sekarang ni dengan Uzair pula…jadi..Sarah macam mana…dah ada jawapan…?”

Sarah mengetap bibirnya perlahan,

“ dah…..malah sejak dia berikan cincin ni lagi Sarah dah ada jawapannya..cuma Uzair saja yang tak beri Sarah peluang….dia suruh fikir dulu….”

“ boleh kakak tahu apa jawapan Sarah…?”

Sarah mengeluh lagi, pandangannya di lepaskan ke dada langit yang kelam.

“rasanya kakak pun tahu apa jawapan Sarah….” balas Sarah, kini dia mengalihkan pandangannya ke wajah Farah.

“ ini kan soal masa depan Sarah…takkan la kakak pula yang tentukan…tapi…kakak rasa Sarah tak terima kan lamaran ni…?”

Sarah mengukir senyuman,

“ kan betul…..Sarah yakin kakak takkan menghampakan Sarah….Sarah takkan terima lamaran ini…Uzair bukan untuk Sarah….takadil bagi Zack seandainya Sarah terima lamaran ini….”

“ hmm…ada betulnya juga…..kesian pada Zack....lama sungguh dia memendam rasa...Zack pula apa cerita…? dia dah tahu ke tentang lamaran Uzair....” soal Farah lagi.

" dia dah tahu.....malah dia suruh Sarah terima lamaran dari Uzair...."

" Ya Allah...tabahnya dia...kalau kakak la ada di tempat dia....hmm..rasanya kakak tak sekuat dia...jadi apa plan Sarah sekarang...?"

“ banyak betul soalan dari kakak…macam reporter pula….” Sarah cuba mengusik Farah.

“ kakak nak tahu…nak tunggu Sarah cerita…..jangan harap lah Sarah akan cerita semua…betul…?”

“ sabar lah Sarah….ini ujian untuk Sarah…Sarah kena kuat….kakak…ayah…ibu…santiasa ada di sisi Sarah…sentiasa akan menyokong Sarah…” sambung Farah.

Sarah memegang kedua belah tangan kakaknya, dia memandang tepat ke anak mata Farah sambil tersenyum. mereka berpelukan.

“ Kak……terima kasih sebab selalu ada bila Sarah dilanda masalah….terima kasih kak…” ucap Sarah, dia mengeratkan lagi pelukkannya.

Farah mengusap lembut rambut Sarah,

“ kitakan adik beradik, lagi pula…kita ni berdua je…bagi kakak…Sarah la teman baik kakak….Sarah juga teman bergaduh kakak….tiada gantinya…” mereka melepaskan pelukkan. Farah mengelap air mata yang maish lagi bersisa di mata Sarah.

“ budak degil…..” ujar Farah, dia terus menarik hidung Sarah.

“ sakit la kak……ish…” adu Sarah sambil memegangan hidungnya.

“ sorry….lama dah kakak tak tarik hidung Sarah….geram jer rasa…”

“ ooo…..geram kakak je yer..Sarah lagi geram dengan kakak tau....” balas Sarah, Sarah segera menggeletek Farah. Farah menjerit kegelian.

Begitu lah cara kedua beradik ini bermesra, Farah gemar menarik hidung Sarah, manakala Sarah pula gemar menggeletek pinggang Farah. Rumah akan menjadi riuh dengan suara mereka bergurau senda.

♥♥ **************************************************** ♥♥



“ ehem…ehem……” sapa Johari.

Kedua beradik itu memalingkan muka ke arah Johari. Tawa mereka mula reda.

“ eh Abang Joe…..bila balik…?” sapa Sarah.

“ lama la juga …setahun yang lalu…..” Johari berseloroh, Sarah pula tergelak kecil.

“ gelak sakan nampak…kita ni dah lama dah tercongok kat sini…boleh tak perasan….ish..ish…ish…” Johari menggeleng-gelengkan kepalanya.

“ sorry la bang…..betul-betul tak sengaja….kakak ni yang ganggu Sarah....abang ke mana...kenapa lama sangat tinggalkan kakak...kesian kakak tau..." ujar Sarah sambil menyenggolkan bahunya ke badan Farah.

" Sarah.........mana ada...ish pandai-pandai jer tambah..."

Farah mula berasa segan sedari tadi Johari asyik merenungnya, ditambah pula dengan usikkan Sarah. Entah kenapa jiwanya menjadi tidak keruan, hatinya berdebar-debar setiap kali matanya dan mata Johari bertentangan.

"eh….kotak apa tu…hadiah kahwin abang yer…?” soal Sarah lagi.

Sarah terpandang akan sebuah kotak yang sedang dipegang oleh Johari. Kotak berwana unggu kehitaman yang tertutp kemas.

“ eh..bukan ini untuk Sarah….. dari Adam…..” Johari menyerahkan sebuah kotak yang sedari tadi berada di tangannya kepada Sarah.

“ dari Adam…?” soal Sarah lagi. Sarah segera mengambil kotak tersebut.

“ Adam kirim salam…..dia pesan….minta Sarah jaga diri baik-baik dan maafkan segala kesalahan yang pernah dia lakukan kepada Sarah selama ini…”

Sarah memandang tepat ke wajah Johari, dia cuba mencari penjelasan dengan apa yang telah dikatakan oleh Johari sebentar tadi. Hatinya tertanya-tanya kenapa Adam meninggalkan pesan begitu.

“ kenapa Adam pesan macam tu….dia ok kan bang….?” soal Sarah, dia segera mengeluarkan telefon dari poket seluarnya dan terus mendail nombor Adam.

“ Sarah call siapa tu…?” soal Farah.

“ tak dapat………” rungut Sarah, soalan dari Farah dibiarkan tanpa jawapan. Dia terus mendail nombor Adam.

“ kalau Sarah call Adam…memang takkan dapat dah sekarang ni….” ujar Johari

“ hah…!! kenapa pula bang….Adam ke mana….?” soal Sarah cemas.

“ Adam……sekarang ni dalam perjalanan ke London……” Johari segera melirik jam tangannya.

“ rasanya kapal terbang baru sahaja berlepas…” sambung Johari lagi.

Buntang mata Sarah apabila mendengar kata-kata Johari. Dia bagaikan tidak percaya apa yang telah dikatakan oleh Johari.

“ Abang Joe…jangan la main-main….Sarah serius nih….”

“ betul la…Adam ke London…mengikut pakciknya ke sana untuk uruskan harta peninggalan papanya…” Johari menceritakan tentang harta peninggalan papa Adam, tentang Malik dan juga Vincent. Sarah mendengar dengan tenang.

“ berapa lama Adam di sana…?” soal Sarah

“Adam sendiri tidak pasti berapa lama…..mungkin memakan masa setahun atau lebih…katanya dia ingin mendalami ilmu perniagaan dari pakciknya dahulu…dan syarikatnya…dia minta abang tolong uruskan buat sementara waktu…” cerita Johari.

“ tapi kenapa dia tak pernah bagi tahu Sarah tentang ini semua….? semalam...seharian kami bersama.....kenapa...?” suara Sarah mula meninggi. Dia seolah-olah tidak dapat menerima berita pemergian Adam.

“ itu…….abang rasa Sarah sendiri ada jawapannya…..Sarah tentu tahu kenapa Adam tidak pernah bercerita apa pun pada Sarah….” Sarah tertunduk, dia faham apa yang cuba di sampaikan oleh Johari. Farah menyentuh perlahan bahu Sarah.

“ dik……sebenarnya Abang Joe dah tahu cerita Sarah…” Sarah segera mengangkat mukanya.

“ betul tu Sarah…..Abang Joe dah tahu….tapi…..Abang Joe tak pernah bercerita kepada sesiapa…..terutama sekali pada Adam...”

“ maafkan kakak dik…” mohon Farah, Sarah hanya mendiamkan diri.

“ abang dah cuba beri semangat pada Adam, supaya tidak berputus asa dengan Sarah…memang dia rasa berbelah bahagi untuk meninggalkan Malaysia…tapi hari ni…dia betul-betul nekad untuk pergi..”

Sarah meraup muka, lalu memegang kepalanya. Kepalanya mula berdenyut-denyut, masalahnya bertambah rumit.

“ apa yang buatkan dia nekad..?” melihat Sarah sudah mendiamkan diri, kali ini giliran Farah pula menyoal Johari.

“ bila Adam nampak Uzair menyerahkan kotak cincin kepada Sarah petang tadi…..”

“ Adam…….” nama Adam terpancul dari mulut Sarah.

Sarah terduduk apabila mendengar cerita Johari, air matanya mengalir lagi, Farah segera mendapatkan adiknya.

“ Sarah……….sabar dik…” pujuk Farah lembut, Farah menarik tubuh Sarah lalu memeluknya.

“ Adam dah salah faham……Sarah tak kata pun Sarah terima lamaran itu…..Adam…....” Sarah menangis semahunya di bahu Farah.

“ semua salah Sarah……Adam…maafkan Sarah….” ujar Sarah dalam esak tangisnya, dia menyalahkan dirinya sendiri di atas apa yang telah berlaku. Melihat air mata Sarah, hati Johari menjadi sebak apabila melihat Sarah menangis.

“ Sarah….masih belum terlambat lagi untuk Sarah memperbetulkan semuanya…..banyak caranya… Sarah…tolonglah jangan mengalah….cukup lah Adam sorang….Sarah jangan kisahkan tentang Jessica…negara kita ada undang-undang…jangan jadikan Jessica sebagai batu penghalang…..Sarah tak boleh serahkan segalanya pada takdir…”

Kata-kata dari Johari telah memberikan semangat yang baru kepada Sarah, dia akui ada benarnya kata-kata Johari. Tangisannya terhenti, dia mengesat air mata dengan hujung lengan bajunya.

“ Abang Joe…..terima kasih…..terima kasih bang…..”

“ ala…no hal la….abang memang teringin nak tengok Sarah dan Adam bersatu..berusahalah…” jawab Johari, dalam keadaan yang tegang, Johari masih sempat memandang Farah lalu mengenyitkan matanya. Farah tertunduk malu.

“ dah pukul berapa ni…….tak reti-reti nak tidur ke…..? Farah…..tak reti-reti dah nak ajak suami tu masuk tidur….awak tu pengantin baru…..” tiba-tiba bebelan Maryam memecah suasana.

Entah bila Maryam berada di situ, mereka langsung tidak menyedari kehadiran ibu mereka.

“ ha’ah la kak…..dah lewat dah ni…pergi la masuk…..” Sarah menyokong kata-kata ibunya.

“ Sarah juga pergi masuk tidur……sebelum tu..jangan lupa kunci pintu ni…” sambung ibunya dan berlalu pergi.

Farah mula mengatur langkah menghampiri Johari. Johari terus memegang tangan Farah, mereka jalan berpimpinan tangan menuju ke bilik. Sarah hanya tersenyum melihat gelagat kakak dan abang iparnya. Sebaik sahaja Farah dan Joahri hilang dari pandangan, dia segera masuk ke dalam dan terus menutup pintu. Kotak pemberian Adam dipegang erat, tidak sabar rasanya untuk melihat isi kandungan kotak tersebut.

♥♥ **************************************************** ♥♥



Johari memimpin tangan Farah masuk ke dalam bilik. Sebaik sahaja berada di dalam bilik, Farah duduk di birai katil, Manakala Johari pula terus menutup lampu bilik, dia hanya membiarkan lampu tidur sahaja yang bernyala. Suasana bilik menjadi suram, Johari terus duduk di sebelah Farah, dia menyentuh lembut tangan Farah, lalu digengamnya erat. Dia mengerling memandang wajah Farah.

“ kenapa awak pandang saya macam tu….?” soal Farah.

“ malas la macam ni…...” rungut Johari, dia terus melepaskan genggaman tangannya lalu memusingkan badannya membelakangi Farah.

Farah tertawa kecil melihat gelagat Johari yang kononnya sedang merujuk.

“ la…..kenapa ni…merujuk ke…..?” soal Farah, dia menyentuh lembut bahu Johari.

“ dah kahwin pun masih lagi nak ber awak….ber saya…..tak best langsung…” rungut Johari. Lagaknya seperti budak kecil yang sedang merujuk apabila tidak mendapat apa yang dia mahukan. Farah tertawa lagi sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“ abang……” sapa Farah lembut, Johari mula tersenyum.

Dia segera memusingkan badannya, kini mata mereka bertentangan, dia mula gelisah dengan renungan mata Johari. Melihat Farah mula gelisah, Johari tersenyum nakal.

“ apa senyum-senyum….?” soal Farah dalam nada sedikit tegas.

Tanpa sebarang jawapan, Johari terus menolak tubuh Farah sehingga Farah terbaring. Johari mendekatkan mukanya ke muka Farah. Farah benar-benar terkejut dengan tindakan Johari.

“ eh…kenapa ni….?” soal Farah cemas.

“ sorry sayang…….bukan apa…geram….” jawab Johari sambil mencuit sedikit hidung Farah. Senyuman yang mekar di bibir Johari membuatkan Farah tenang semula.

“ kenapa pula….?”

“ abang memang dah lama geram dengan sayang ni…..sombong betul….” kali ini Johari menyentuh lembut pipi Farah pula. Farah hanya membiarkan sahaja perlakuan Johari tanpa sebarang tindak balas.

“ memang la….masa tu kan kita belum kahwin…mana boleh biarkan abang buat sesuka hati…”
Farah merenung tepat ke anak mata Johari,

“erm…abang…..”

“ ada apa sayang…..?”

“ terima kasih…..” ucap Farah pendek.

“terima kasih untuk apa…..?”

“ kerana sudi terima Farah sebagai isteri abang….walaupun isteri abang ni….jan……” kata-kata Farah terhenti apabila Johari meletakkan jarinya di bibir Farah.

“ sayang.......janji dengan abang...jangan cakap macam tu lagi yer…abang tak suka….abang sayangkan Farah seikhlas hati…dan abang berjanji…abang takkan sia-siakan hidup Farah…percayalah….” ujar Johari bersungguh-sungguh,

Farah menguntum senyuman, senyuman yang sarat dengan kebahagian, Johari mula mencari suis lampu tidur yang terletak berhampiran dengannya. Suis lampu itu di matikan.

“ sayang………..”

“ hmm……….”

“ I love you…….” ucap Johari.

♥♥ **************************************************** ♥♥

Apa tindakan Sarah seterusnya....?? nantikan sambungannya ya....

Maaf lambat update....terdapat kekangan masa yang tidak dapat dielakkan. Moga terhibur dengan episod kali ini..dikesempatan ini juga...ingin saya mengucapkan Selamat Hari Merdeka buat semua rakyat Malaysia.



3 comments:

MaY_LiN said...

pela yg adam bg kat sarah tu..
sarah!!!go go go..

nunama said...

adam bagi tudung..
weeee~~~ ehehe (n_n)V

Mr JePz said...

moga srah dpt gtaw adam hal yg sbnarnye....