Wednesday, August 11, 2010

NOTA CINTA - PART 55


...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ORl0DB1O94mm0M::&t=1&usg=__-zecpFEschx7By6r7HOqpqASJzo=

damn..!!!” Jessica menghentakkan tangan di stereng keretanya. Kata-kata yang keluar daripada doktor tadi sangat meresahkan hatinya.

Kesihatan Jessica sedikit terganggu, hampir dua minggu demamnya masih lagi belum kebah malah dia juga kerap pening kepala. Sudah puas dia menelan bermacam ubat demam namun keadaannya tetap sama. Jessica mengambil keputusan untuk bertemu dengan doktor sahaja. Setelah pemeriksaan di buat, Jessica bagaikan tidak percaya dengan apa yang telah di katakan oleh doktor yang merawatnya.

" tahniah...puan mengandung dua bulan.." kata-kata doktor tersebut terngiang-ngiang di telinganya.

Fikiran Jessica semakan buntu apabila dia memikirkan benih siapakah yang sedang bercambah di dalam rahimnya, wajah-wajah teman lelaki bermain-main di benak fikirannya. Dia memang kerap bertukar-tukar pasangan, baginya dengan cara itu sahaja dia dapat melupakan masalahnya buat seketika. Jessica melepaskan keluhannya dengan kasar. Dia mula berkira-kira untuk menggugurkan sahaja kandungannya itu.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi, Jessica mengeluh lagi apabila melihat nama papanya tertera di skrin telefon. Jessica membiarkan panggilan itu tidak berjawab. Fikirannya kusut, dia tidak mahu menambahkan kekusutan fikirannya dengan bebelan papanya nanti. Dia mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah.

Jessica melangkah longlai menuju ke rumahnya. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah, kelihatan Vincent sedang menonton television di ruang tamu. Jessica tergamam buat seketika. Dia sebolehnya ingin mengelak dari bertemu dengan papanya, dia tahu papanya sudah hampir seminggu berada di Malaysia. Namun kini dia tidak dapat mengelak lagi.

“ ke mana Jess pergi…kenapa papa call…Jess tak jawab…?” soal Vincent

“ tak dengar pun fon bunyi…sorry la pa…..hmm…kenapa papa datang tak bagi tahu…? “

“ aku nak datang rumah anak sendiri pun perlu bagi tahu kau dulu ke….?” sindir Vincent

sorry pa……mama mana…?” suara Jessica mula mengendur.

“ ada kat bilik tu…dah tidur agaknya…penyakit gila dia datang lagi….”

Jessica bingkas bangun menuju ke bilik untuk melihat mamanya. Sudah lama dia tidak bertemu dengan mamanya. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik, mamanya sudah tidur. Jessica merenung lama wajah mamanya itu, lalu memberikan sebuah kucupan di pipi wanita tersebut. Dia kasihan mengenangkan nasib mamanya. Mamanya menghadapi tekanan perasaan, kadang kala dia waras dan kadangkala dia akan berubah menjadi sebaliknya.

Anne menjadi kurang siuman apabila mengalami keguguran lima tahun yang lepas. Kadungannya sudah genap sembilan bulan dan hanya menunggu masa sahaja untuk di lahirkan. Akibat bertengkar denganVincent, Anne terjatuh dari tangga. Anak dalam kandungannya tidak dapat diselamatkan. Semuanya di sebabkan oleh Vincent. Sayu hatinya apabila mengenangkan sikap papanya itu. Jessica melangkah keluar dan kembali duduk di ruang tamu.

“ pa…….macam mana dengan penjualan syarikat…ok ke semua…?” soal Jessica.

♥♥ **************************************************** ♥♥
http://jameswagner.com/mt_archives/LCR_Loving_Antoni.jpg

Apabila mendengar soalan dari Jessica, wajah Vincent yang tenang sedari tadi tiba-tiba berubah. Peristiwa yang berlaku tempoh hari kembali bermain-main di benak fikirannya. Peristiwa yang tidak pernah dia jangkakan berlaku, telah berlaku, dia menceritakan satu persatu kepada Jessica.

“ bagus la semua sudah ada di sini….saya ingin memohon maaf bagi pihak Tuan Haji Malik, dia akan sampai lewat sedikit kerana terdapat beberapa hal yang dia masih lagi belum selesai…” ucap Hanafi selaku pengerusi majlis merangkap orang kepercayaan Vincent.

Ketika itu, empat orang pemegang syer dan dua orang ahli lembaga pengarah bersama-sama dengan Vincent berada di dalam bilik mesyuarat sedang tenang mendengar kata-kata aluan Hanafi. Wajah Vincent pula tidak lekang dari senyuman. Hat nya melonjak girang, tidak sabar rasanya untuk meninggalkan syarikat dan membawa pulang wang yang berjumlah lima juta ringgit sepertimana yang telah dijanjikan kepadanya dahulu. Dia tersenyum lagi mengenangkan kebodohan Malik untuk membeli syarikat ini, syarikat yang produktivitinya semakin menurun dan kini berada di ambang kejatuhan.

“ tuan-tuan, ahli lembaga sekalian, berikut merupakan dokumen penyerahan kuasa yang telah di tandatangani oleh Tuan Vincent seminggu yang lalu….beliau telah menyerahkan segala kuasanya termasuk saham-sahamnya kepada Tuan Haji Malik dan bersetuju untuk menerima duit saguhati dari pihak syarikat sebanyak Seratus Ribu Ringgit di atas jasa-jasanya dalam membangunkan syarikat ini…”

Mata Vincent membutang apabila mendengar kata-kata Hanafi, dengan pantas dia menyemak dokumen yang berada di hadapannya itu dan meneliti satu persatu isi kandungan dokumen tersebut, perasaan marah sudah mula membuak-buak sebaik sahaja dia mendapai bahawa dia telah di tipu. Vincent menghentakkan tangannya di atas meja dengan kuat.

“ tak mungkin….!!! aku tak pernah tandatangan sebarang perjanjian….dokmen ini palsu…” bentak Vincent.

“ tidak Tuan Vincent…memang itu tandatangan tuan…. peguam kita pun sudah mengesahkannya...” jawab Hanafi,

Vincent memandang wajah Hanafi dengan perasaan marah yang meluap-luap. Baru dia teringat, beberapa hari yang lepas Hanafi ada menyerahkan beberapa helai surat dan dokumen untuk di tandatangan, dia yakin pasti Hanafi telah menyelitkan sekali dokumen perjanjian dan tanpa sedar dia sudah menanda tangani perjanjian tersebut.

“ kau tipu aku Hanafi…….!!” Vincent segera bangun dan ingin menerkam Hanafi.

Hanafi, orang kepercayaannya kini telah belot. Namun belum sempat menerkam, dua orang pengawal keselamatan yang sedari tadi berdiri berhampiran Vincent segera datang menghalang Vincent. Vincent meronta-ronta minta dilepaskan. Hanafi segera bangun sambil tersenyum sinis, jangkaannya tepat, Vincent pasti mengamuk kerana itu lah dia telah mengarahkan pengawai keselamatan untuk berada bersama-sama di dalam bilik mesyuarat tersebut. Para ahli lembaga yang lain tergamam melihat kejadian tersebut.

“ maaf tuan-tuan, ahli lembaga sekalian……” belum sempat Hanafi meneruskan kata-kata, pintu bilik mesyuarat dibuka, kelihatan Naufal bersama dengan Malik masuk ke dalam bilik. Vincent bagaikan tidak percaya dengan apa yang di lihatnya ketika itu.

“ tak mungkin……tak mungkin….kau dah mati…!!” jerit Vincent.

“ maafkan saya sekali lagi…..saya perkenalkan pemilik merangkap pemegang syer yang terbesar di sini..Tuan Haji Malik…..” Hanafi memperkenalkan Malik kepada semua ahli lembaga.

Para ahli lembaga dan pemegang syer yang masih lagi kebingungan dengan apa yang terjadi terdiam buat seketika.

“ maafkan saya sekali lagi…..berlaku sedikit kesulitan di sini….jemput semua pergi ke bilik sebelah untuk sedikit jamuan, saya bersama Tuan Haji Malik akan menyertai tuan-tuan sebentar lagi bagi menerangkan keadaan yang sebenar…”

“ apa ni semua…..saya tak faham….” salah seorang pemegang syer bersuara.

“ tak mengapa…saya akan jelaskan nanti….jemput ke bilik sebelah…..” ucapa Hanafi.

Hanafi membeberi isyarat kepada pembantunya untuk membawa tetamu pergi ke bilik sebelah, semua hadirin keluar dari bilik tersebut meniggalkan Vincent, Hanafi, Malik dan juga Nuafal. Vincent duduk bertentangan dengan Malik, dia merenung tajam ke arahnya. Keadaan menjadi tenang semula.

“ Hanafi….awak boleh keluar sekarang…” arah Malik. Hanafi hanya menurut.

“ siapa kau sebenarnya…..? aku yakin kau dah mati….” Vincent mula bersuara.

“ kenapa kau begitu yakin….? Oh…..baru aku ingat…kau sendiri yang bunuh aku kan..? kau sendiri yang langgar aku pada malam itu…betul….?” soalan dari Malik membuatkan Vincent sekali lagi terkedu, kerja kotornya hampir terbongkar.

“ aku bukan Jefry Lim yang kau dah bunuh dulu…yang mati takkan hidup balik…” tegas Malik.

“ jadi kau ni siapa……?”

“ aku la saudara kembar Jefry….kau mungkin sudah lupa tentang aku…kalau kau masih ingat..sudah tentu kau akan bunuh aku sekarang…betul…?” sindir Malik, tiba-tiba Vincent ketawa besar.

“ hahahaha….oh....kau rupanya....siapa kata aku lupa….kau la Micheal Lim...keturunan Lim yang telah dibuang keluarga….betul…? aku ingatkan kau takkan masuk campur lagi urusan keluarga kau…sebab tu aku tak usik kau langsung…ternyata sangkaan aku silap….” Vincent mengungkit kembali sejarah keluarga Malik.

“ aku bukan Micheal Lim lagi...."

" ya....ya...aku tahu kau dah tukar agama...kenapa...sebab kecewa dengan bapak kau kan...?" sindir Vincent. Malik menarik nafas, lalu melepaskan dengan perlahan.

" itu bukan urusan kau....ada hikmahnya kejadian semua ini…….aku tak habis fikir….kenapa kau keji sangat…apa salah abang aku..sampai sanggup kau rampas segala harta yang dia ada….apa tak cukup lagi ke gaji yang abang aku beri pada kau…?” soal Malik bertubi-tubi, persoalan yang selama ini sering bermain di fikirannya terluah kini. Vincent tersenyum sinis,

“ abang kau terlalu baik …..sebab itu la mudah saja jadi mangsa aku….sebenarnya abang kau aku jadikan tempat aku membalas dendam di atas kerja jahat bapak kau….”

“ apa kaitannya bapa aku dengan kau…selama kau berkawan dengan abang…bapa aku layan kau dengan baik…malah dia juga telah mengaggap kau sebagai anak dia sendiri….”

“ aku memang anak dia….!!” bentak Vincent.

“ tak mungkin…..”

“ itu la kenyataannya…mak aku dulu…perempuan simpanan dia….tapi setelah dia buntingkan mak aku….dia tinggalkan mak aku macam tu sahaja…setelah mak aku enggan gugurkan kandungannya…dia buat mak aku macam sampah….kemudian dia berkahwin dengan mak kau…..mak aku diabaikan….mak aku hidup merempat, terpaksa melacur diri untuk membesarkan aku….hidup kau dan abang kau pula…senang lenang..bahagia…tak pernah kenal erti susah….dan hidup aku…?”

Malik terdiam, dia benar-benar tidak menyangka di atas kesalahan bapanya, abangnya yang menjadi mangsa.

what goes round comes round Vincent……kau tak sepatutnya menganaya abang aku…dia tidak bersalah….dan kini…tiba pula giliran kau untuk mendapat pembalasan di atas dosa yang kau dah lakukan…”

“ dosa…..apa itu dosa….? aku cuma mengambil balik hak aku….”

“ itu bukan caranya…cara kau dah sama macam mencuri...kau sepatutnya bincang baik-baik dengan abang aku dulu tentang hak kau…aku pasti abang aku akan tangani masalah ini dengan baik….namun…..kau mengambilnya dengan cara yang keji….kau dah mencuri...kau tahu tak...?” balas Malik.

“ ah..!!!! kau pun sama juga....kau juga telah mencuri hak aku.....apa bezanya...?? tak mengapa lah.....kau jangan ingat aku akan berdiam diri…….tidak semudah itu…..aku bersumpah…aku akan kembali….dan aku akan pastikan…keseluruhan keturunan Lim akan lenyap dalam muka bumi ini…!!!” bentak Vincent lalu dia terus keluar dari bilik tersebut.

♥♥ **************************************************** ♥♥
http://c2.api.ning.com/files/i8KD3VJbnkOiTBeCLeP02d6DcjZex1fign9LQqtX1oCYjy-50tGC5*jaAABpq4tzwVYX8iYmnUTEk9rVKK82k5kL8r0YOFwT/watercolor2.jpg

“ semuanya dah musnah…..aku nak kau dapatkan Adam….walau dengan apa cara sekali pun…si Hanafi…tahu la apa nasib kau lepas ni..” bentak Vincent. Jessica mendiamkan diri,

Sebaik sahaja dia mendengar cerita dari papanya, hatinya terdetik untuk menghentikan ini semua. Mulutnya berat untuk menyatakan kepada Vincent, namun dia sudah letih dengan permainan ini. Dia yakin dia tidak akan dapat memiliki Adam walau dengan apa cara sekali pun.

“ kau dengar atau tidak apa yang aku katakana ini…?” suara Vincent mula meninggi.

“ pa…..apa kata kita sekeluarga pindah semula ke Melbourne…kita mulakan hidup baru…bukankah mereka sudah memberikan papa sedikit duit pampas an…segala aset-aset yang papa ada pun tidak di tarik balik…apa lagi yang papa mahukan…? kita mulakan hidup baru ya pa…..” ucap Jessica lembut, dia berharap agar papanya setuju dengan cadangannya.

Vincent memandang wajah Jessica lama, lalu dia tersenyum. Apabila melihat senyuman Vincent, Jessica turut tersenyum, dia menyangkakan bahawa papanya bersetuju dengan cadangannya. Namun sangkkan Jessica meleset sama sekali, Vincent terus merentap rambutnya dan menarik rambutnya ke atas. Jessica mengadu kesakitan.

“ papa………..sakit pa……..sakit...”

“ tahu pun sakit….hati aku sakit ada kau tahu….?? setelah bersusah payah aku kumpulkan semula….takkan semudah itu aku akan mengalah….anak bodoh…..!!” satu tamparan hinggap di pipi mulus Jessica. Tubuh Jessica terperuk di celah sofa. Kepala dan pipinya berdenyut-denyut kesakitan.

Hati Vincent panas membara, kemarahannya terhadap Malik belum lagi reda kini di tambahkan pula dengan Jessica. Anak yang di tatang bagai minyak yang penuh, anak yang tidak pernah sekali pun di pukul mahupun di jentik kini telah mengingkari arahannya. Api kemarahannya semakin membara, sekali lagi dia merentap rambut Jessica dan menamparnya sekuat hati. Darah menyembur keluar dari mulut Jessica. Jessica merayu minta dilepaskan, namun rayuan Jessica itu di endahkan. Dia terus menampar, memukul Jessica tanpa rasa belas.

Anne meluru datang dari arah belakang Vincent, dia mengambil pasu yang terletak di atas meja dan terus menghentak kepala Vincent , Vincent memegang kepalanya, dia merasakna kesakitan yang amat sangat, darah bercucuran keluar dari kepalanya. Pandangan Vincent menjadi gelap lalu rebah, kaku tidak mampu bergerak mahupun bersuara.

“ mama……………….” Jessica terus bangun mendapatkan mamanya, mereka berpelukan dan menangis sesama sendiri.

♥♥ **************************************************** ♥♥

apakah kesudahannya kisah Vincent ini..selamat kah dia atau sebaliknya..??

nantikan sambungan cerita ini yupp...

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada semua pembaca...Selamat Menjalani Ibadah Puasa yang penuh baraqah ini..


3 comments:

epy elina said...

wah...
brlah vincent mati....
n jess yg mngaku mlkukn pmbnhan....
nak adam ngn sara brsma smula....

Mr JePz said...

pergh..dasyatnye kuarge vincent..tulah...org kapir...huhuhu..

MaY_LiN said...

cedihnya..
nape la ade cam papa jess tu