Wednesday, August 4, 2010

NOTA CINTA - PART 53

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Sementara di rumah Tajuddin, sudah mula sibuk. Sanak saudara dari pihak Tajuddin dan Maryam tidak melepaskan peluang untuk datang membantu. Hampir sembilan puluh peratus persiapan telah pun siap, bilik tidur sudah siap dihias, begitu juga dengan dulang-dulang hantaran semuanya sudah siap digubah. Lapan buah khemah telah siap didirikan malah pelamin juga sudah mula dipasang dan dijangkakan siap sepenuhnya pada keesokkan harinya.

Farah dan Sarah duduk berdua di bilik pengantin sambil mengubah bunga pahar untuk diletakkan di pelamin nanti. Sarah melepaskan pandangannya di sekeliling bilik pengantin.

“ cantik…!!” Desis hati kecilnya lalu tersenyum sendiri.

“ ha…..berangan la tu…..” Sergah Farah, Sarah tersipu-sipu malu.

“ tak la…..Sarah cuma mengkagumi hiasan dalam bilik ni..cantik…..pandai Kak Bard hias kan kak..?”

“ kita dah bayar dia….so dia kena la bagi servis yang tip top…”

“ Sarah tengok kronologi tema warna perkahwinan akak ni…dah macam politik pula….”

Farah mengangkat wajah lalu mengerutkan dahinya.

“ kenapa Sarah cakap macam tu….?” Soal Farah kehairanan.

“ yerlah…masa tunang hari tu…warna biru…..bila kahwin…warna hijau…..bukan ke biru itu lambing BN dan hijau itu lambang PAS….?” Sarah cuba menduga Farah.

Perkahwinan Farah kali ini bertemakan warna hijau dan krim, perkahwinan yang berkonsepkan garden wedding. Semua ini diilhamkan sendiri oleh Farah dan akan direalisasikan oleh Kak Bard selaku perancang perkahwinan Farah. Sanak saudara pula akan memakain baju berwarna sedondon yang telah ditempah sebulan yang lalu. Sarah dapat membayangkan betapa indahnya majlis perkahwinan kakaknya nanti.

Bila mana halaman rumahnya telah didirikan dengan enam buah khemah, tiga di sbelah kiri dan tiga lagi disebelah kanan, di tengah-tengahnya mempunya laluan untuk pengantin berarak lalu menuju ke pelamin yang di hias indah yang terletak betul-betul di ruang legar luar rumah.

“ ish….kebetulan jer tu….minat juga Sarah dengan politik kan….nanti boleh la join dengan Ayah Ngah..” sindir Farah, Ayah Ngah yang merupakan bapa saudara mereka memang aktif berpolitik.

“ tak juga kak….hanya sekadar mengambil tahu….bukan fanatic pun….susah nak pastikan mana satu yang betul..mana satu yang salah….” Sarah meluahkan pendapatnya.

“ sama lah Sarah…kita tak perlu bercerita tentang politik ni….sampai esok pun takkan habis..betul tak…?” Sarah menganggukkan kepalanya dan tersenyum.

“ kalau Sarah kahwin nanti….Sarah nak konsep yang macam mana pula…?” Sarah terdiam. Serta merta dia terkenangkan impian untuk dia bersama Adam kini telah terkubur dek desakan keadaan.

“ err…..kalau Sarah…..Sarah dan wedding bertemakan warna light pink and baby blue….soft jer….konsep…tak tau lagi…maybe nak buat kat tepi pantai kot…..” jawab Sarah sambil ketawa besar.

“ wah…..sampai kat pantai….? grand juga tu….” Ujar Farah

“ berangan jer kak….kalau boleh nak buat kat rumah ni juga…..senang….tapi..konsep biar lah berlainan sikit dari kakak...” Farah tersenyum apabila mendengar jawpan Sarah.

“ Sarah nak kahwin dengan siapa…..Adam atau Uzair…?” Sarah tersentak dengan soalan Farah, dia tidak menyangka yang Farah akan menimbulkan perkara ini. Dia berharap agar Farah dapat mengubah ke topik yang lain namun Farah tetap menanti jawapan dari Sarah. Sarah hanya memandang Farah, mengharapkan Farah mengerti akan pandangannya itu.

“ kenapa pandang kakak macam tu…taknak jawab ke soalan tadi….?” Ujar Farah. Sarah mengeluh perlahan.

“ dua-dua taknak…..” jawab Sarah pendek.

“ Uzair pun Sarah tak nak juga…?” duga Farah. Sarah mengeleng-gelengkan kepalanya.

“ kenapa….kakak tengok Uzair tu baik…lebih kurang macam Adam juga….” Balas Farah.

“ entah la kak….tak tahu nak cakap apa……”

“ Uzair tu sukakan Sarah….kalau Sarah tak suka…Sarah kena berterus terang dengan Uzair..jangan biarkan Uzair terus mengharap….”

“ Sarah tiada hati dengan Uzair…hati Sarah hanya untuk…..”

“ Adam….” Farah menghabiskan kata-kata adiknya. Sarah meangguk lemah.

“ Zack sukakan Uzair…betul kan kak….?” Kali ini giliran Sarah pula menyoal Farah.

“ hmm…mana Sarah tahu….?” Soal Farah kembali.

“ Sarah pun perempuan, dari pandangan matanya Sarah dapat agak…Uzair je yang tak faham-faham…betul tak...?”

Perbualan di antara dua beradik itu terhenti apabila telefon Farah berbunyi.

♥♥ **************************************************** ♥♥



“ hello isteri ku………..” suara ceria Johari kedengaran di hujung talian. Farah tersenyum bahagia.

“ salah nombor ke ni….?” Jawab Farah.

“ eh….salah apanya pula….ini nombor Mrs Johari kan…?”

“ salah……ini Farah Umairah bercakap….”

“ ha….betul la tu…tak lama lagi…dah jadi Mrs Johari…..” balas Johari

“ salah lagi….itu untuk orang bukan Islam tau….” Balas Farah, dia tersenyum lagi.

“ opss…..salah la pulak……ok…correction…tak lama lagi akan menjadi isteri kepada Johari Muhammad..” Farah menakup mulutnya, menahan gelak. Dia memang sengaja berpura-pura serius.

“ rindu la kat sayang…sayang tak rindu kat abang ke…?” Farah tidak dapat menahan, meledak juga gelak tawanya.

“ hahahaha….awak ni kenapa…sihat tak…? tiba-tiba ber abang…ber sayang…..?”

“ memang tak sihat pun…demam sikit…..” jawab Johari perlahan.

“ hah..!! demam……bila…kenapa tak bagi tahu awal-awal…dah makan ubat?” Farah mulai cemas.

“ hahaha….risau juga sayang dengan abang kan….hehehe….” Johari ketawa besar, rancangannya untuk mengenakan Farah menjadi juga.

“ ah...taknak la layan awak lagi…..” Farah pula berpura-pura merujuk.

“ ala…..jangan la marah…..tadi dah kena marah dengan mak….sekarang ni…kena marah dengan bakal isteri pula…” adu Johari.

“ kenapa kena marah pula…?” soal Farah, dia keluar dari bilik meninggalkan Sarah menuju ke balkoni biliknya.

Sarah memerhatikan kakaknya dari jauh, dia melihat kakaknya tersenyum bahagian dan ketawa dengan gembiranya. Sarah tumpang gembira apabila melihat Farah bahagia. Johari memang seorang lelaki yang terbaik, seorang lelaki yang mampu membahagiakan kakaknya.

Dalam masa yang sama, tercalit perasaan cemburu di hatinya. Cemburu melihat kakaknya bahagia, cemburu mengenangkan hidupnya kini sunyi tanpa Adam di sisi. Tatkala ini, dia amat merindui Adam, hatinya menjerit memanggil nama Adam.

“ Alangkah bangusnya jika saat ini…aku dapat mendengar suara Adam….Adam…..Sarah rindukan Adam…rindu sangat….” Luluh hatinya apabila mengenangkan Adam.

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan deringan telefon bimbitnya yang berada di dalam biliknya.

“ Adam kah itu…..?” bisik hati kecilnya.

Dia bergegas bangun dan terus masuk ke dalam bilik untuk mendapatkan telefonnya. Sebaik sahaja dia mencapai telefonnya, dia berasa hampa kerana itu bukan panggilan dari Adam, itu panggilan dari Uzair. Sarah mencampakkan telefon ke atas katil, dia membiarkan telefonnya berdering tidak berjawab. Selang beberapa saat deringan telefon Sarah berhenti disusuli pula dengan SMS, dengan malas Sarah mengambil kembali telefonnya. Sangkaannya tepat, SMS itu datang dari Uzair.

Awak sibuk ye..? maaflah mengganggu..
Saja nak call..terasa rindu pula dengan awak..
Kita jumpa hari sabtu ni ye..good night..mimpi yang indah-indah – Uzair

Sarah menghempaskan tubuhnya di katil, dia merenung siling biliknya. Wajah Adam, Zakirah dan Uzair datang menerjah kotak fikirannya silih berganti.

“ maafkan aku Uzair…..kau terlalu baik....ada yang lebih layak untuk memilik hati mu…tapi..bukan aku…”

♥♥ **************************************************** ♥♥



Sarah duduk di birai jendelanya, dia melepaskan pandangan di halaman rumah. Walaupun hari sudah larut malam, namum rumahnya masih terang dihiasi lampu-lampu dari khemah yang akan digunakan untuk majlis perkahwinan kakaknya tidak lama lagi. Sedang leka memerhatikan keadaan sekeliling, tiba-tiba dia ternampak Adam yang sedang berdiri berhampiran salah satu khemah, Adam kelihatan sedang melangkah meninggalkan pengkarangan rumahnya.

“ Adam…..” nama itu terpacul keluar dari mulutnya.

" apa dia buat malam-malam kat rumah ni...?" Sarah bermonolog sendiri.

“ tidak…aku takkan biarkan Adam pergi lagi….tidak….” Tanpa berlengah lagi, Sarah terus meluru ke luar mendapatkan Adam.

“ Adam……..” Sarah terus memeluk Adam dari belakang, dia tidak dapat menahan sebak lalu dia menagis semahunya.

Adam memalingkan tubuhnya, dia menyentuh bahu Sarah dengan lembut, di tariknya Sarah ke dalam dakapannya. Tangisan Sarah semakan deras.

“ Adam…..maafkan Sarah…..Sarah dah banyak buat salah pada Adam..Sarah cintakan Adam…Sarah sayangkan Adam…Sarah tak boleh teruskan hidup tanpa Adam….maafkan Sarah..” rayu sarah dalam esak tangisnya.

“ Sarah…..tak mengapa sayang……jangan menagis lagi….Adam pun sayangkan Sarah….dari dulu hingga kini...tak pernah dan takkan berubah....” ucap Adam lembut

Sarah dan Adam saling bertentangan mata, Adam mengesat air mata Sarah yang masih lagi bersisa, kepala Sarah diusap lembut dengan penuh kasih sayang. Sarah kembali ke dalam dakapan Adam.Perasaan yang dia pernah rasakan suatu ketika dahulu. Dia sangat bahagia.

Namun kebahagiaan yang dirasakan hanyalah sebentar cuma,

“ Sarah…..!!!!” Sarah terdengar suara seorang perempuan menjerit memanggil namanya, dia memalingkan muka ke arah suara tersebut.

Buntang mata Sarah apabila melihat Jessica dengan riak wajah yang marah sedang berdiri berhampiran dengannya. Sarah memeluk Adam dengan erat minta dilindungi.

“ Kau tak pernah serik kan….? Dasar Manusia yang tak pernah berpegang pada janji….” Jessica menghamburkan kemarahannya.

“ kau takkan boleh pisahkan kami……kau bukan Tuhan yang boleh menentukan segalanya..” jerit Sarah

“ siapa cakap aku tak boleh pisahkan kau….? Apa kau dah lupa apa yang pernah aku buat pada kau dulu….?” Jessica membangkitkan semula kejadian buruk yang menimpa Sarah dan juga Adam.

“ sekarang....kau akan terima balasannya……” sambung Jessica.

Sepantas kilat, Jessica mengeluarkan sepucuk pistol dari belakang badannya, lalu di acukan kepada Sarah dan Adam. Belum sempat Sarah berkata-kata, Jessica telah melepaskan tembakkan ke arah mereka.

“ peng….!!!!!!!!” Bunyi tembakkan memecah suasana malam. Pelukkan Adam terlerai, lalu Adam jatuh ke tanah. Badannya berlumuran dengan darah.

“ Adam……….!!!!!!” Jerit Sarah sekuat hati. Kekasih hatinya rebah dan kini kaku tidak bernyawa.

♥♥ **************************************************** ♥♥

Hye readers.....sorry lambat update...kesibukkan melanda..

hmm....apa akan jadi selepas ini yer......nantikan sambungannya yupp... pang

4 comments:

Anonymous said...

wuaaa....xmau arh adam kna tembak...hope 2 cma mimpi jer....

Mr JePz said...

pergh sadis tragedi nih..
harap2 cuma mimpi jew...
klu x abesla cter nih...haha

Anonymous said...

rasa rasa nye sarah mimpi je..
tp harap harap farah bagitau johari tentang hal sebenar...
so that jo akan bagitau adam...

MaY_LiN said...

hope sarah mimpi je