Friday, July 16, 2010

NOTA CINTA - PART 48

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEivX4i1YjhuCf5Fh_0oYblH4Uey175gn_FCyquH1gnY_tQKxcHcePNGaMzm7eGwbP8UN2eMMEadhuW-hXOTqw5TQfIzkvzS9tcHygAHkZfvOYE5KY4JMkxw-vdURxwepsONyYaSqxb9dyNH/s320/crying-man.jpg

" mak nak cakap apa....?" soal Adam

" tentang Sarah....." jawab Salmiha pendek, bila Adam mendengar nama Sarah disebut, degupan jantungnya semakin kencang.

" kenapa dengan Sarah mak...bagitahu saja lah..." Adam cuba bertenang.

Dalam keadaan terpaksa, Salmiha gagahkan juga untuk mengkhabarkan keadaan yang sebenar kepada Adam, walaupun dia tahu hati Adam akan terluka, namun ini lah kenyataannya. Adam harus tahu.

" petang tadi...Maryam ada telefon mak...pihak mereka nak batalkan majlis pertunangan kamu berdua....ini semua di atas permintaan Sarah...." ucapnya sayu.

Telefon yang berada di tangan Adam terlepas, perkhabaran yang baru sahaja diterima amat lah mengejutkan, hatinya hancur ibarat sekeping kaca yang jatuh terhempas ke lantai. Memang dia dapat rasakan yang dia akan kehilangan Sarah, namun dia tidak menjangka secepat ini.

Fikirannya menjadi kosong, lidahnya kelu unutk berkata-kata. Telefon yang berada di lantai dipandang dengan pandangan kosong walaupun dia masih dapat mendengar suara Salmiha memanggil-manggil namanya. Tiba-tiba ada satu suara halus berbisik di cuping telinganya,

" bersabar lah...Allah kini sedang menguji mu...Allah sedang berbicara dengan mu tentang sabar dan ikhlas..."

Kata-kata itu membuatkan Adam tersedar dari lamunan yang panjang, kata-kata itu seolah-olah memberikan semangat yang baru kepadanya untuk terus bangkit meneruskan hidup. Dia harus kuat, dia harus sabar dalam menjalani ujian ini. Adam terus bangun mengatur langkah ke halaman rumahnya. Dia memeluk tubuh sambil mendongak kepalanya memandang langit.

" Adam......" dia tersentak dengan kehadiran Johari di sisinya . Fikirannya melayang jauh entah ke mana sehinggakan dia sendiri tidak perasan bila Johari pulang.

" eh..abang Joe...bila balik...tak perasan pun..."

" depan mata kau..aku parking kereta aku....takkan lah kau tak perasan...apa yang kau cari kat langit tu...?" balas Johari.

" maaf lah bang...saya betul-betul tak perasan..." jawab Adam lalu menundukkan kepalanya.

" mak dah bagi tau pasal Sarah yer...?" Johari sekadar bertanya untuk memulakan perbualan.

Sebaik sahaja Samiha bercakap dengan Adam, Salmiha segera menalifon Johari lalu menyatakan kebimbangannya terhadap Adam. Risau kalau Adam membuat perkara bodoh, Salmiha juga menggesa Johari agar segera pulang ke rumah.

" dah bang...." jawab Adam pendek.

Johari memerhatikan tingkah Adam, dia turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Adam, namun dia kehilangan kata-kata untuk menenangkan Adam.

" sabar lah Adam...dah takde jodoh..." ucap Johari sambil menyentuh lembut bahu Adam.

" saya ok bang...jika itu pilihan dia...saya terima...erm...dah lewat ni...saya masuk dulu la yer..mengantuk pula..." Adam cuba memberi alasan, dia ingin mengelak, dia tak mahu lagi membangkitkan hal yang menyakitkan ini.

♥♥ **************************************************** ♥♥

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0VO8uQyvUbYRhcgjFHIk3TVhvjNsjZODwbt4J5KFvGBls0gSOVIISl4lVVhUnjaUNIanqTrdsrI4iJzCaPrRLWXo0X0ti53jKph4Is90Pien-ugUvzXanTjr8S7U8zXfKuopPEOR1eA0/s1600-r/WalkingBy_.jpg

Hujung minggu dirasakan begitu kosong, Adam keluar memandu Toyota Vios nya sedirian ke Kuala Lumpur, walaupun dia sedia maklum keadaan di situ pasti sesak dengan orang ramai, namun dia dapat rasakan yang dia akan dapat ketenangan di sana. Dia tidak betah tinggal sendirian di rumah. Panggilan dari Malik juga di biarkan sepi tanpa jawapan, otaknya masih belum mampu menerima tekanan lagi. Dia pasti Malik ingin berbincang tentang hal-hal yang berkaitan dengan Vincent.

Dia meletakan keretanya di kawsan letak kereta berhampiran dengan pasaraya Sogo, lalu dia berjalan kaki melewati jalan-jalan di sekitarnya.

Sedang leka berjalan, dia dapat rasakan ada yang sedang mengekorinya. Adam berlagak seperti biasa, dalam masa yang sama dia teringat akan perbualannya dengan Malik tempoh hari.

" Adam perlu lebih berhati-hati lepas ni....uncle rasa kemunculan Jessica pasti ada kaitannya dengan Vincent...kemungkinan besar Vincent telah mengetahui tentang bon-bon milik Adam itu...." Malik meluahkan kebimbangannya.

" ada betulnya juga...hampir 8 tahun kami tidak bertemu...tiba-tiba sahaja dia muncul...terima kasih uncle...saya akan lebih berhati-hati..." jawab Adam.

" bagus lah....tak lama lagi...apa yang telah dirampas oleh Vincent akan kembali menjadi milik Adam...uncle mahu Adam bersiap sedia....Vincent telah bersetuju unutk melepaskan majoriti share dalam syarikatnya..dalam erti kata lain...dia bersedia untuk menjualkan syarikatnya kepada kita..."

" tapi....Vincent menuntut 5 juta kan..? mana uncle nak cari duit sebanyak itu...?" soal Adam.

" itu Adam jangan risau....kita takkan keluar se sen pun duit kita....segalanya sudah siap di rancang...." jawab Malik sambil tersenyum.

“ aduh…..” Adam mengadu kesakitan apabila bahunya dilanggar oleh seseorang, Adam tersedar dari lamunannya.

“ maaf bang…maaf….” ucap lelaki yang telah melanggar Adam,

Adam sekadar menganggukkan kepalanya lalu tersenyum ke arah lelaki tersebut, dalam masa yang sama Adam perasan akan kelibat Jessica yang sedari tadi mengekorinya. Namun Adam tetap berlagak seperti biasa. Selang beberapa langkah, tiba-tiba bahunya disentuh perlahan.

“ Adam……” Adam amat mengenali suara itu, namun dia tidak berhenti, dia tetap meneruskan langkahnya.

“ Adam……” kali ini suara itu lebih nyaring, malah tangan Adam diraih.

Adam mengerling kepada suara itu, memang tepat sangkaannya, suara itu milik Jessica. Adam menarik tangannya degan kasar.

“ kau nak apa…dari tadi kau ikut aku kan…?”

“ Adam…..I nak minta maaf dengan you….” Jessica jalan beriringan dengan Adam yang sedang memeluk tubuh.

“ setelah berbulan lamanya..baru kau nak datang minta maaf…?” ujar Adam sinis.

“ I malu...I masih berlum bersedia berhadapan dengan you...berita kemalangan you...lagi lah buatkan I rasa tidak yakin..."

" malu konon...apa..kau takut orang tuduh kau yang sebenarnya langgar aku..?" sindiran Adam telah menyentap tangkai hatinya, namun Jessica tetap berlagak seperti biasa.

" you jagan la cakap yang bukan-bukan..I tiada kena mengena langsung..." Jessica cuba membela dirinya. Adam pula hanya mendiamkan diri.

" I tahu..I salah…I tak sepatutnya buat macam tu pada you…I tak sepatutnya menyumbatkan you ke dalam penjara….I minta maaf Adam….kerana terlalu mengikutkan perasaan, you pula yang menjadi mangsa…" sambung Jessica

" iyer ke kau dah sedar…? bagus la macam tu….." sindir Adam kembali.

" Adam…maafkan I…please…maafkan lah I…I betul-betul menyesal…" rayu Jessica sambil memaut tangan Adam. Adam mula rimas dengan rayuan Jessica, malah dia juga berasa kurang selesa apabila orang yang lalu lalang di situ memerhatikan mereka.

"ok…ok…fine…..aku dah maaf kan kau…sudah la jangan ganggu aku lagi….rimas lah macam ni…" akhirnya Adam mengalah.

" Adam……" ucap Jessica dalam nada yang sayu,

" ada apa lagi…..?"

" kenapa you tak pernah bagi I peluang……"

" peluang apa ni…kau nak aku maafkan kau…aku dah maafkan…nak apa lagi…? Cukup lah Jess..jangan kau kusutkan lagi fikiran aku ni….pergi lah……" Adam sudah mula hilang sabar.

" I cinta kan you…kenapa you tak pernah bagi peluang untuk I.."

" ah..!! cinta…cinta..cinta….aku tak pernah cintakan kau…dan takkan pernah…!" suara Adam mula meninggi. Jessica sekali lagi memaut tangan Adam.

“ I mampu membahagiakan you..lebih daripada apa yang Sarah telah berikan pada you…”

Secara kebetulan, Sarah yang berada di dalam kereta Uzair terlihat Adam dan Jessica dari jauh. Uzair juga turut menyaksikannya.

“ eh..itu Adam kan…..dengan perempuan tu….dengan…..” Uzair gagal mengingati nama Jessica

“ dengan Jess….” balas Sarah pendek.

“ ya…. Jess....Jessica nama perempuan itu….” balas Uzair, lalu meneruskan pemanduannya. Selang beberapa minit, uzair memalingkan mukanya ke arah Sarah.

“ awak dah ingat kembali ke…? macam mana awak tahu itu Jessica..awak tak pernah jumpa pun degan dia kan….? Awak dah ingat balik yer…?” Uzair mengulang soalannya.

Sarah kelihatan agak kaget, dia terdiam buat seketika.Uzair mula berasa kurang selesa, dia tidak mahu igatan Sarah kembali pulih. Jika ingatan Sarah sudah pulih, sudah pasti dia akan ingat akan Adam kembali dan peluangnya untuk bersama Sarah akan terkubur begitu sahaja.

“ Sarah….awak dengar tak…?”

“ err….dengar….saya tak tahu…tiba-tiba sahaja nama itu muncul…saya sebut je la…” jawab Sarah teragak-agak.

Uzair berasa lega dengan jawapan Sarah, dia tersenyum kembali. Berita pembatalan majlis pertunangan di antara Sarah dan Adam sangat megembirakan hatinya. Peluangnya untuk mendapatkan Sarah kini terbuka luas tanpa sebarang halangan. Dia telah merancang sesuatau untuk Sarah, hanya tinggal masa yang sesuai sahaja. Uzair tersenyum lagi.

♥♥ **************************************************** ♥♥
http://www.sunberst.com/images/heart_leaf.jpg

“ sudah la Jess ….” Adam menepis tangan Jessica.

Jessica mengekorinya sehinggalah mereka tiba semula ke tempat Adam meletakkan kereta sebentar tadi. Sebaik sahaja tangan Jessica ditepis, tiba-tiba sahaja Jessica memegang kepalanya, tubuhnya hampir rebah ke bumi. Namun Adam sempat menyambutnya.

“ kenapa ni Jess….?” soal Adam, Jessica memicit-micit kepalanya. Adam cuba membantu Jessica untuk berdiri semula, namua Jessica seolah-oleh tidak mampu berdiri.

I feel dizzy…..” jawab Jessica lemah.

“ kenapa pula ni….tak makan ke tadi….”

Jessica hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

“ I …….” Kata-kata Jessica terhenti apabila mereka didatangi oleh seorag lelaki Inggeris.

“ Jess…..what happened to you….” lelaki itu segera mendapatkan Jessica yang berada dipelukkan Adam. Dari segi gaya percakapannya, lelaki ini berasal dari Austrailia. Adam merenung lelaki tersebut dengan lama.

“ who are you…?” soal Adam kehairanan,

I’m her boyfriend….I’ve been looking for her since yesterday…” jawab lelaki Ingeris tersebut.

Jessica pula serta merta berdiri tegak semula, seolah-olah sakitnya telah hilang. Adam memandang Jessica dengan renungan yang tajam, barulah dia sedar Jessica hanya berpura-pura.

" tak habis-habis kau nak main kotor yer Jess...." bisik hati kecilnya.

ok…got to go…take a good care of her….” ucap Adam, dia menghadiahkan senyuman kepada lelaki tersebut dan berlalu pergi.

thanks….” laung lelaki tersebut sambil melambai-lambaikan tangannya.

Kemudian dia cuba memapah Jessica, namun tubuhnya ditolak kuat oleh Jessica. Jessica pergi meninggalkan lelaki Inggeris yang dalam kebingungan itu. Adam tersenyum lagi, walaupun hatinya sakit kerana dipermainkan sekali lagi oleh Jessica, namun dia amat bersyukur kerana taktik kotor Jessica tidak menjadi.

“ aku bersyukur kepada mu Ya Allah..kerana telah menyelamatkan aku dari terjebak dalam pemainan kotor perempuan itu….Alhamdulillah….” Adam memanjatkan kesyukuran kepada yang Maha Esa.

♥♥ **************************************************** ♥♥

apa pula yang akan jadi selepas ini ya...?

nanti kan sambungannya yupp....(^_^)

2 comments:

MaY_LiN said...

cian adam..
mesti pasal janji sarah kat jess tuh

Mr JePz said...

makin jelas rsenye yg sarah ni bpura2...