Sunday, July 11, 2010

NOTA CINTA- PART 46

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥

http://zindy-zone.dk/openosc/rsimages/cry_your_heart_out_100_75.jpg

Hampir sebulan Sarah menghabiskan masa bersama ibubapanya di Melaka, kini dia kembali semula tinggal bersama Farah. Farah begitu gigih membantu adiknya untuk ingat semula, pelbagai cara telah dilakukan untuk mengembalikan ingatan Sarah. Malah kunjungan dari saudara mara juga sahabat handai tidak putus-putus. Masing-masing memberikan semangat kepada Sarah.

Sarah boleh tersenyum, berbual mesra sambil bergelak tawa dengan hadirin yang datang, tapi tidak pada Adam. Jika Adam ada bersama, Sarah menjadi seorang yang pendiam. Sepatah yang ditanya, sepatah lah yang dijawab.

" Sarah....akak nak tanya sikit boleh...?"

Sarah yang sedari tadi leka menonton televison, memalingkan mukanya ke arah Farah.

" nak tanya apa kak...?"

" akak pelik....dengan orang lain..Sarah ok..tapi kenapa bila dengan Adam...Sarah tak macam tu..dingin...benci sangat ke Sarah pada Adam...bukan kah akak dah terangkan yang kemalangan itu bukan salah Adam...Sarah masih tak boleh maafkan dia yer...?"

Sarah mengetap bibirnya, malas rasanya untuk dia menjawab soalan dari Farah.

" entah la kak...tak tau nak jawab apa...Sarah tak benci pun pada dia...tapi...memang Sarah rasa tak selesa bila dia ada..."

Farah mengeluh perlahan, dia memang tidak berpuas hati dengan jawapan adiknya. Dia dapat mengesan ada yang tidak kena dengan Sarah, namun dia sendiri tidak pasti samada apa yang dia rasa ketika ini betul atau pun tidak.

" Sarah...lagi sebulan...kakak dengan abang Joe akan berkahwin dan Sarah pula akan bertunang dengan Adam...Sarah tak boleh kekalkan sikap dingin ni...kesian Adam...dia tersenyum...tapi dalam hati dia....Sarah dapat bayangkan tak...?"

Sarah menghempaskan tubuhnya ke sofa, pandangannya di lepaskan ke dada langit melalui pintu di balkoni yang terbuka luas.

" erm..Sarah rasa..Sarah nak........." kata-kata Sarah terhenti apabila mendengar ada orang memberi salam dari luar.

Perbualan mereka sebentar tadi terhenti, Farah bangun untuk membuka pintu.

" eh Uzair...jemput lah masuk...." pelawa Farah.

" terima kasih..kenalkan...ini Zakirah.." Uzair memperkenalkan Zakirah kepda Farah.

" jemput lah duduk...Sarah....Uzair datang...." Sarah menyambut kedatangan Uzair dengan senyuman,

" Sarah...ni kawan baik saya...Zakirah...Sarah pernah jumpa dengan dia dulu tau.." uajr Uzair

" panggil saja Zack..." balas Zakirah lalu mereka bersalaman.

Uzair dah Zakirah duduk bertentengan dengan Sarah dan Farah. Sarah merenung wajah Zakirah dengan lama.

" kenapa...?" soal Zakirah, Sarah hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

" Sarah apa kabar hari ni...?" giliran Uzair pula menyoal Sarah

" baik....awak tak kerja ke...?"

" kerja...on the way nak balik..singgah sini sekejap...erm...Sarah....bila Sarah nak kembali semula ke Alam Megah..?"

" erm....tak tahu la...saya tak ingat macam mana nak bekerja..."

" itu Sarah jangan risau...Yasmin akan bantu....tak best la bila Sarah takde...semua orang di Alam Megah rindukan Sarah..."

" semua orang ke...Uzair sorang jer..?" Zakirah mencelah, Sarah memandang Uzair sambil mengangkat keningnya. Muka Uzair pula mula kemerah-merahan.

" kenapa muka awak tiba-tiba merah...?" soal Sarah bersahaja

" err...takde...so...macam mana..setuju tak nak masuk kerja balik..?" Uzair cuba mengubah topik perbualan.

" takpe lah...berbual lah dulu...saya nak ke dapur sekejap..." giliran Farah pula bersuara.

" Cik Farah tak perlu la susah-susah buat air ye...." ujar Uzair

" eh..jangan macam tu Uzair...kebetulan memang nak goreng mee tadi...nampaknya Uzair langkah kanan...tunggu la sekejap yer..." balas Farah

" err...saya tolong yer Cik Farah...biarkan mereka berdua ni berbual..." Zakirah menawarkan diri untuk membantu. Dia terus bangun mengekori Farah ke dapur.

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://thumbs.dreamstime.com/thumb_435/1252589443GGkCV0.jpg

" Lama dah Zack kenal dengan Uzair...?" Farah memulakan perbualan, Zakirah sedang memotong sayur tersenyum.

" lama juga kak...kami sama-sama belajar di UK dulu..." jawab Zakirah.

" hmm....lama juga tu kan...kiranya Zack masak sangat lah dengan perangan Uzair ye..?" soal Farah kembali.

" macam tu la kak...." Zakirah meneruskan kerja-kerjanya.

" erm...dari apa yang akak nampak..akak dapat rasakan yang Zack macam ada hati dengan Uzair..betul ke..?"

Zakirah tersentak, hatinya tertanya-tanya macam mana Farah boleh meneka dengan tepat, sedangkan dia hanya berlagak biasa sahaja.

" maaflah menyibuk je kan...cakap ikut sedap mulut je...." sambung Farah,

" sebenarnya...sangkaan Kak Farah tu memang tepat...." entah kenapa Zakirah dengan mudah meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini kepada Farah.

" kan bagus kalau Uzair macam akak...sensitif...lama dah saya simpan perasaan pada dia..." sambung Zakirah lagi.

" kenapa Zack tak berterus terang dengan dia...?" soal Farah kembali

" susah...tengok la...di mata dan hatinya...hanya ada Sarah...puas saya nasihatkan supaya dia lupakan Sarah.....dia berdegil juga...tapi saya rasa kedegilan dia tu membuahkan hasil..."

" kenapa Zack cakap macam tu...."

Zakirah mengeluh perlahan,

" akak tengok lah mereka tu...seronok je bila bersama...melalui cerita Uzair..Sarah tak berapa menyenangi Adam...betul ke kak..?"

" hmm..betul la tu...dia macam benci sangat dengan Adam...yang peliknya dengan orang lain tak pula dia macam tu...." balas Farah.

" macam yang saya katakan tadi....kemungkinan besar Uzair berjaya memiliki hati Sarah...katanya Sarah merupakan cinta pandang pertama dia...kalau dia dah cakap macam tu...akak boleh bayangkan tak...kalau saya luahkan perasaan saya...apa yang akan terjadi...pasti menyakitkan...betul tak kak...?"

" hmm...betul juga tu...haih....keadaan semakin rumit sekarang ni..." Farah mengeluh.

♥♥ **************************************************** ♥♥

https://home.comcast.net/~singingman8/Solitaire05.jpg

" Adam......termenung je dari tadi...ingatkan siapa...? " tegur Malik.

" eh uncle....."

" uncle baru dapat tahu yang Adam baru-baru ni baru saja keluar dari penjara ya..." Malik membuka bicara.

" err....lama lah juga..dah berbulan dah berlalu...."

" angkara anak si Vincent tu kan..?" soal Malik kembali.

" malas saya nak cakap pasal ni uncle....entah la...rasa bodoh sangat dipermainkan dengan perempuan tu..." Adam melepaskan keluhan.

" kenapa Adam tak ambil tindakkan...?"

" Jess tu licik uncle...sama macam papa dia....saya tiada bukti untuk mendakwa dia...tapi saya pelik juga....tiba-tiba dia gugurkan tuduhan...sampai sekarang tak dengar khabar berita dari dia..."

" sabar lah Adam...Allah ingin menguji kita....Sarah pula macam mana...?"

Sebaik sahaja Malik menyebut nama Sarah, dia tersenyum membayangkan wajah Sarah. Setiap masa hanya Sarah yang bermain-main di fikirannya, hatinya sangat merindui Sarah. Kalau boleh dia ingin sentiasa dekat dengan Sarah, namun apabila mengenangkan sikap Sarah, dia hanya menahan diri untuk bertemu dengannya.

" kenapa diam ni..cerita lah Adam...sedikit sebanyak boleh kurangkan rasa resah di hati...walaupun Adam tidak bercerita...tapi uncle tahu...."

Adam melepaskan keluhan, wajah Malik ditatap.

" papa...." desis hatinya.

" setiap kali saya tengok uncle....pasti saya akan teringatkan papa....adakalanya rasa macan nak giveup...dugaan datang silih berganti...saya dah letih...saya rindukan papa...rindukan mama...rindukan kehidupan yang dulu...." Adam meluahkan apa yang telah terbuku di dalam hatinya.

" mari sini anak ku....." balas Malik.

Adam terus bangun dan menghampiri Malik. Malik menarik tangan Adam, lantas memeluknya. Adam membalas pelukkan Malik dalam masa yang sama air matanya mengalir. Adam menagis semahunya di bahu Malik, melepaskan segala resah di hati. Dia bersyukur kerana telah dipertemukan dengan Malik, kini dia punyai kekuatan yang baru untuk meneruskan hidupnya, dia bukan lagi keseorangan di muka bumi ini.

" sabar lah Adam.....setiap yang berlaku ada hikmahnya...setiap yang pahit ada manisnya...bersabarlah..." ucap Malik, tersentuh hati Malik apabila mendengar suara esak tangis Adam.

♥♥ **************************************************** ♥♥

ketandusan idea untuk mengembangkan lagi jalan cerita...perlu lebih banyk membaca lagi..maaf seandainya episod kali ni agak hambar...akan diperbaiki dari semasa ke semasa...

tengur la jika terdapat sebarang kesilapan.. (^_^)


3 comments:

epy elina said...

hhohhoohoh...
x suke la ngn tndkn sara...
sy ykin sara pura2 luap ingtn...
x nak la mcm ni...
br adam thu napa sara mcm 2....
x nak jess mnang....

MaY_LiN said...

kesian adam

Mr JePz said...

kesian btol kt adam..