Thursday, July 8, 2010

NOTA CINTA - PART 45

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:vodQ9hPcxak5BM::&t=1&usg=__efGuwKN23-I7iZB4PQ1mt3zmHw0=

" papa......" hanya perkataan itu sahaja yang keluar dari mulutnya.

Adam seakan tidak percaya bahawa lelaki yang berada di atas kerusi itu adalah papanya. Dia terus mendapatkan lelaki tersebut. Tubuh lelaki itu dipeluk erat, melepaskan segala kerinduan yang sudah sekian lama terbuku di hati.

" papa....betul ke ni papa...papa masih hidup..?" soal Adam bersama esak tangisnya, pelukkan masih lagi belum dilepaskan.

" bukan...saya bukan papa kamu...." jawab lelaki tersebut.

Adam tersentak, pelukannya dilepaskan. Adam merenung lelaki tersebut, lelaki itu memang papanya, masakan papanya tidak mengenali anak sendiri.

" tak mungkin.....saya kenal papa saya...dan kamu adalah papa saya...mana mungkin saya boleh tersilap orang..." tegas Adam.

" Adam.....bertenanglah...mari kita duduk dulu..biarkan kami menjelaskan perkara yang sebenar.." tiba-tiba Nuafal mencelah. Adam hanya menurut,

" Adam..kenalkan...ini Hj Malik.. Hj Malik Lim Abdullah...." Naufal memperkenalkan lelaki yang Adam sangkakan papanya. Adam merenung wajah lelaki tersebut dengan lama.

" Adam.....Adam masih ingat lagi dengan bapa saudara Adam yang bernama Micheal Lim...? " soal Malik.

" ya...Uncle Mike...saudara kembar........" kata-katanya terhenti di situ.

Kenangan lama sekali lagi menerjah kotak mindanya. Papanya gemar bercerita tentang adik kembarnya iaitu Micheal Lim. Micheal telah dibuang keluarga kerana telah memeluk agama Islam, sebelum Micheal memeluk agama Islam, berlaku petengkaran besar dalam keluaga Lim, datuknya memberi kata dua kepada Micheal, jika Micheal memilih untuk bertukar agama, maka dia akan dibuang terus dari keluarga Lim. Ketika itu Adam belum dilahirkan lagi. Papanya juga pernah berkata bahawa dia amat rindukan adiknya, sudah puas dia cuba mencari Micheal, namun pencariannya gagal.

" betul tu Adam...syukur Alhamdulillah...akhirnya kita dapat bertemu pada hari ni.." ucap Malik.

" lama papa cari uncle....hingga ke akhir hayatnya...dia masih tak dapat bertemu dengan uncle..." luah Adam,

Akhirnya dia dapat menerima kenyataan bahawa di hadapannya kini adalah bapa saudaranya yang telah terpisah setelah sekian lama. Adam semakin teruja kerana dia adalah seorang mualaf sama seperti Malik, dan Malik merupakan satu-satunya saudara yang tinggal.

" sebenarnya...malam sebelum papa kamu pergi meninggalkan kita semua..kami sempat bertemu..kami berbual panjang...papa kamu pernah meminta uncle untuk jaga kamu dan mama kamu jika dia sudah tiada...pada mulanya uncle beranggapan yang papa kamu hanya bergurau...tapi siapa sangka...pada keesokkan harinya..dia sudah tiada...." Malik mula membuka cerita.

Adam dan Naufal hanya mendiamkan diri mendengar cerita Malik.

" uncle kemana sebelum ini...?" soal Adam kembali.

" sebaik sahaja dibuang keluarga, uncle meneruskan pengajian uncle di Indonesia..dalam masa yang sama uncle cuba mendalami ilmu agama...uncle berkahwin dengan seoarang wanita Indonesia...namun jodoh kami tidak panjang..isteri uncle meninggal sewaktu ingin melahirkan anak kami..kudua-duanya tidak dapat diselamatkan....akibat terlalu sedih..uncle kembali semula ke Malaysia untuk memulakan hidup baru...tapi kesedihan uncle bertambah-tambah apabila mengetahui tentang papa kamu yang telah di isytiharkan muflis..."

" Adam...maafkan uncle..uncle tak dapat menjaga kamu dan mama kamu..." sambung Malik.

" tak mengapa lah uncle....bukan salah uncle..." balas Adam

" Uncle tetap rasa bersalah sehingga kini...nasib baik lah Pak Mat ada menjaga kamu.."

" perkara dah jadi uncle..macam mana uncle tahu papa di Singapura..?" Adam semakin berminat untuk mengetahu cerita Malik.

Sebaik sahaja dia mengetahui berita tentang abangnya yang muflis, dia cuba mencari abangnya sehinggalah mereka bertemu di Singapura, abangnya menceritakan apa yang berlaku kepada Malik. Siapa sangka empayar Lim yang gah berdiri selama tiga generasi, akhirnya jatuh di tangan orang yang salah. Sedih dengan apa yang berlaku, Malik telah berjanji akan menuntut semula apa yang telah dirampas oleh Vincent satu ketika dulu.

" uncle nak rampas balik....dengan cara apa...?" soal Adam kembali.

" jangan risau Adam...kini hampir 50% rancangan uncle telah berjaya...untuk pengetahuan Adam, uncle merupakan salah seorang board director dalam syarikat Vincent Ng...dan uncle bercadang untuk membeli kesemua saham-saham Vincent Ng..."

Adam mengerutkan dahinya, dia kurang faham dengan apa yang telah diperkatakan oleh Malik.

" macam mana tu...takkan lah Vincent tak mengenali uncle..?"

" Adam jangan risau...kami dah pasang strategi...." Naufal mencelah setelah sekian lama mendiamkan diri.

" tapi...macam mana uncle boleh bertemu dengan uncle Jabar...dengan Naufal...?"

" melalui Tuan Lim, semasa hayatnya Tuan Lim pernah berpesan kepada uncle Malik untuk mencari ayah saya...dengan bantuan ayah lah, uncle Malik berjaya membuka syarikatnya sendiri sekaligus menjayakan perancangannya..." jelas Naufal lagi.

" betul tu....dan kini dalam proses untuk membeli saham secara keseluruhannya....kamu tunggu sajalah..hak keluarga Lim akan kembali ke tangan kamu semula..." balas Malik.

Adam menganggukkan kepalanya walaupun masih lagi kurang jelas dengan perancangan Malik,


♥♥ **************************************************** ♥♥

http://sonvo.net/english/images/stories/love/loneliness.jpg

Seminggu berlalu, keadaan Sarah tetap sama, dia masih lagi dingin dengan Adam. Namun Adam tetap bersabar melayani kerenah Sarah. Seperti biasa dia akan ke hospital sebaik sahaja dia selesai kerja. Sebaik sahaja Adam tiba, kelihatan Uzair sendang berbual mesra dengan Sarah. Sarah kelihatan sangat gembira sekali, Sarah ketawa, Sarah tersenyum manakala Adam pula hanya memerhati dari luar bilik sahaja.

" Sarah....kenapa dengan Adam...Sarah tidak begitu...Adam rindukan gelak tawa Sarah...senyuman Sarah..." dia bermonolong sendiri.

" eh Adam kenapa berdiri tercegat kat sini...jom lah masuk..esok Sarah dah dibenarkan keluar hospital tau..." sapa Farah dari belakang.

Adam menjawab pertanyaan Farah dengan senyuman sahaja. Farah mengerling sedikit ke dalam bilik Sarah melalui cermin yang ada di pintu bilik tersebut, dia juga turut menyaksikan kemesraan yang terjalin di antara Sarah dan Uzair. Baru kini dia faham kenapa Adam berwajah murung. Dia memandang Adam kembali, bahu Adam disentuh lembut.

" sabar lah....bagi Sarah sedikit masa...Adam jangan risau...akak akan cuba bantu Sarah untuk mengingati Adam semula...bersabar lah yer..." Adam hanya mengangguk perlahan.

Apabila Sarah melihat Adam, senyuman yang terukir sebentar tadi terus hilang. Adam tersenyum pahit memandang Sarah. Berbeza pula dengan Uzair, dia berasa gembira apabila melihat reaksi Sarah terhadap Adam.

" Hai Adam..baru sampai....?" sapa Uzair. Adam tersenyum lagi, tanpa menjawab pertayaan Uzair.

" Sarah apa kabar hari ni...sihat...?" ujar Adam dari hujung katilnya.

" sihat...macam ni la...terima kasih kerana mengambil berat..."

Adam melepaskan keluhannya, dia sangat terasa hati dengan sikap Sarah yang sentiasa dingin dengannya.

" kenapa kau benci sangat dengan aku Sarah....apa salah aku...?" hatinya merintih.

" eh jemput lah duduk..." Uzair mempelawa Adam untuk duduk di kerusi yang berhampiran dengan Sarah. Adam menggelengkan kepalanya,

" En Uzair duduk saja lah....nanti Sarah tak selesa pula...erm...Sarah...ni Adam ada bawa cheese tart untuk Sarah...Sarah suka kuih ni...rasa lah..." Adam menghulurkan satu kotak sederhana besar berwarna putih kepada Sarah.

Sarah mengambil kotak tersebut, kotak itu dibuka perlahan. Kuih itu direnung lama, kemudian Sarah mengambil kuih tersebut lalu menjamah sedikit.

" ermm.....maaf tak kena dengan selera saya la..." ujar Sarah, dia meletakkan kembali kuih tersebut ke dalam kotak lalu menghulurkan kembali kepada Adam. Adam berasa sangat hampa dengan kelakuan Sarah, namun dia tetap tersenyum menyembunyikan resah di hati.

" tak pe...kalau Sarah tak suka...Sarah buang saja lah....erm...dah petang ni...Adam minta diri dulu ya..." ucap Adam, dengan wajah yang suram dia melangkah pergi.

" Sarah....!!" hati Farah panas melihat kelakuan Sarah, Sarah pula hanya menundukkan wajahnya.

" Sarah tak sengaja agaknya tu Cik Farah..dia belum biasa lagi dengan Adam..." Uzair cuba menyebelahi Sarah. Farah memeluk tubuhnya sambil merengus melepaskan geram terhadap adiknya.

♥♥ **************************************************** ♥♥
http://3.bp.blogspot.com/_DfJyZRv3tRo/SvmFi1Lwr5I/AAAAAAAAAIY/dRJYP39uR9s/s400/ache3qm2.jpg

" ha..ha..ha...ha....kesian kau Sarah...terus hilang ingatan..." Jessica ketawa sendiri apabila dia mendapat tahu bahawa Sarah telah hilang ingatan, Jessica bertambah gembira apabila Liza memberitahu Sarah kurang menyenangi kehadiran Adam di sisinya.

Jessica menghampiri rak yang mengandungi deretan botol arak dari pelbagai jenama, botol berwarna jernih di capai. Arak yang berwana merah kehitaman dituang ke dalam gelas. Jessica merenung gelas tersebut, dia ketawa lagi dan terus meneguk arak dengan rakusnya.

" padan muka kau Adam.....kini giliran kau pula rasa apa yang pernah aku rasa...kau tolak cinta aku mentah-mentah...kini Sarah pula buat kau begitu....rasakan....!! hahahaha...." Jessica masih lagi bercakap dengan dirinya sendiri.

" tapi jangan risau Adam...aku akan datang..aku akan jadi dewi penyelamat untuk memulihkan rasa sakit di hati kau tu......sabar la Adam.....sabar lah......aku akan datang...aku akan berikan kau kebahagian yang tiada tolok bandingnya...lebih hebat daripada apa yang pernah Sarah berikan kepada kau dulu....." Jessica tersenyum lalu meneguk arak yang masih lagi bersisa.

♥♥ **************************************************** ♥♥

tunggu episod 46 pula yer.. :)

3 comments:

MaY_LiN said...

tekaan hampir mengena..
ayah kembar adam..

epy elina said...

hohohoho....
sara ni sja je bt mcm 2 ngn adam...
sara ni bkn ilang ingtn pun....

Anonymous said...

sara bt2 lupe sb dye da jnji ngn jess..