Wednesday, July 7, 2010

NOTA CINTA - PART 44

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥

http://image.blog.bitcomet.com/postpic/20090210/8005607_xxpzrp090210140227.jpg

" awak ni siapa.....? kak..siapa lelaki ni...?" soal Sarah bertalu-talu.

Air mata Farah mula bergenang, dia merasa amat simpati dengan nasib yang menimpa Adam dan juga adiknya. Cepat-cepat dia menyeka air matanya, bimbang kalau dilihat Sarah mahupun Adam.

" Adam...ikut akak kejap...Sarah tinggal dulu ya....." ujar Farah, dengan berat hati, Adam bangun dan mengekori Farah keluar dari bilik Sarah.

Sarah terkebil-kebil memandang mereka. Farah dan Adam berjalan beriringan melewati koridor hospital. Tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulut Farah. Adam pula mula gelisah melihat perlakuan Farah.

" kak....kenapa senyap jer ni...bagi tahu lah saya...kenapa dengan Sarah...?" soal Adam dengan nada yang sayu.

Farah memandang Adam lalu melepaskan keluhannya. Mereka memilih untuk duduk di kerusi yang ada di situ.

" Sabar lah Adam....doktor pun tak dapat nak buat pengesahan...besar kemungkinan Sarah menghidapi penyakit Amnesia..entah la...semuanya masih tidak dapat di pastikan lagi..."

Peristiwa pagi tadi kembali menerjah di fikiran Farah. Sebaik sahaja selesai bersarapan, dia bergegas ke hospital dengan girangnya. Seronok rasa hati apabila mendapat tahu bahawa Sarah telah sedar semula. Sebaik sahaja tiba di bilik Sarah, Sarah masih lagi tidur. Farah dan kedua ibu bapanya duduk sambil berbual-bual kosong. Selang beberapa minit, Sarah mula menggerakkan tangannya, matanya dibuka perlahan, mereka segera mendapatkan Sarah.

" kat mana nih..."soal Sarah

" Sarah di hospital sekarang....sykurlah Sarah dah mula sedar semula..." jawab ibunya

Sarah mengerutkan dahinya, dia cuba bagun. Farah segera merapati Sarah dan membantu Sarah untuk duduk. Sarah memadang keadaan di sekelilingnya, wajah kedua ibubapanya dan Farah di renung lama.

" kenapa Sarah...?" soal Tajuddin

" pakcik ni siapa...." soal Sarah kembali

" Ya Allah anak aku......." ujar Mariam lalu terduduk di kerusi.

" Sarah....ni kakak dik.....ni ayah....ni ibu.....Sarah tak ingat ke...?"

Sarah memegang kepalanya lalu menggeleng-gelenggkan kepalanya. Melihatkan keadaan Sarah, Farah terus keluar mendapatkan doktor.

" Doktor....macam mana dengan keadaan adik saya...menurut doktor..risiko untuk dia hilang ingatan amat tipis....tapi tengok lah sekarang ni...apa yang dah terjadi..?" soal Farah

" hmm....kes adik awak ni...pelik sedikit...melalui pemeriksaan awal...risiko untuk dia hilang ingatan memanga tiada, fungsi otaknya berjalan dengan baik, kami akan membuat penyelidikkan dengan lebih lanjut....berkemungkinan dia menghidapi penyakit Amnesia...." terang doktor kepada Farah.

" Amnesia....?? ya Allah.....untuk selamanya ke Sarah akan begini..?"

" tak semestinya....kamu semua yang rapat dengannya perlu bantu dia untuk mengingati semula..insya'Allah...dia akan pulih sedikit demi sedikit.....itu semua hanyalah ramalan awal saya...sebaik sahaja pemeriksaan lengkap telah dijalankan...saya akan maklumkan kepada Cik Farah....bersabar lah yer...."

Farah hanya mengangguk lemah.

" Kak........" sapaan Adam telah menghentikan lamunan Farah.

" err....sorry......kat mana kita tadi..."

" pasal Sarah....boleh ke dia sembuh..?"

" Insya'Allah.....kita kena la bantu dia untuk dia ingat semula...tadi pun...akak kena tunjukkan gambar famili kami kepada Sarah...baru lah Sarah boleh terima yang kami ni keluarganya...jom lah kita pergi jumpa Sarah...kesian dia sorang-sorang..."

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://content.foto.mail.ru/mail/miya.57/33/i-167.jpg

Adam datang menghampiri Sarah, Sarah pula cuba menjarakkan dirinya dari Adam. Remuk hatinya apabila Sarah berkelakuan begitu, namun dia tetap tersenyum memandang Sarah, dia cuba menyembunyikan resah di hatinya.

" Sarah....ni Adam..Sarah ingat tak..?" soal Adam dengan lembut.

" tak...." jawab Sarah pendek

" kamu berdua ni pasangan kekasih..." tiba-tiba Maryam mencelah.

Sarah memandang ibunya lalu mengalihkan pandangannya ke Adam pula. Lama dia merenung wajah Adam. Adam cuba meraih tangannya, sepantas kilat Sarah menarik kembali tangannya.

" Jangan dekat......saya tak selesa..." ujar Sarah

Hancur luhur hati Adam apabila mendengar kata-kata dari Sarah.

" tak mengapa lah...Adam akan sentiasa di sisi Sarah..bantu Sarah untuk pulih semula..." ucap Adam dalam nada yang sayu. Adam segera bagun lalu menghampiri ayah dan ibu Sarah.

" pakcik....makcik...saya balik dulu....." ucap Adam.

Tajuddin bangun dan menepuk-nepuk bahu Adam. Dia dapat merasai betapa kecewanya hati anak muda itu, dia simpati dengan keadaan Adam, dugaan demi dugaan terpaksa ditempuhi dalam masa yang terdekat.

" sabar lah Adam...."

Adam hanya tersenyum pahit dan dia mengatur langkah keluar dari bilik Sarah. Kebetulan, sudah masuk waktu maghrib, dia bergegas ke surau untuk menunaikan solat. Usai solat maghrib dia terus menuju ke keretanya, dia telah berjanji dengan Naufal untuk bertemu.

Dalam perjalanan, Adam melayan perasaannya. Dia amat sedih dengan apa yang telah menimpa diri Sarah. Lagi menyedihkan apabila Sarah tidak menyenangi kehadirannya di sisi Sarah.

" Ya Allah......dugaan demi dugaan telah kau berikan kepada aku...aku redha menerima semuanya...hanya satu yang ku pinta...berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi ini semua Ya Allah.....sesungguhnya aku kini tidak berdaya....bantu lah aku....bantu lah Sarah...kembalikan ingatannya...biarkan kami bersatu Ya Allah....." hati kecilnya merintih, dalam masa yang sama air matanya mengalir membasahi pipi.

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://mirrorcracked.files.wordpress.com/2009/03/waiting-for-love.jpg

Sepertimana yang telah di janjikan, sebaik sahaja Adam tiba di Hospital Assunta, Naufal telah pun menanti. Dari jauh Naufal telah memberikan isyarat kepada Adam untuk mengikuti keretanya. Hampir lima minit perjalanan, akhirnya Adam tiba di rumah Naufal. Masih segar di ingatannya, ketika dia berumur 5 tahun, dia pernah ke sini, di halaman rumah ini lah dia pernah terjatuh kerana bengitu asyik mengejar pepatung yang beterbangan, dia menangis dengan kuatnya walaupun tidak lah sesakit mana.

Sebaik sahaja mendengar Adam menangis, papanya segera keluar untuk mendapatkan Adam. Adam dipeluk erat lalu dipujuk agar dia berhenti menangis. Adam tersenyum sendirian, dia masih dapat merasa kehangatan pelukkan papanya ketika itu. Tiba-tiba timbul perasaan rindu terhadap papanya.

" En Adam....jom kita masuk " lamunannya terhenti dengan sapaan Naufal, Adam hanya menurut.

Adam melangkah masuk ke dalam rumah Naufal, susun atur perabot rumah itu masih sama, tidak berubah. Adam tersenyum lagi.

" masih sama seperti dulu..."

" ya En Adam...memang saya tak ubah walaupun sedikit, arwah ayah saya memang tak sukakalau kita mengubah apa-apa yang berada di dalam rumah ini..katanya susun atur ni akan buatkan dia ingat kepada arwah ibu...." jelas Naufal

"Aunty Zah pun sudah tiada ya...? maafkan saya...Innalillah....."

" tak mengapa...la...kenapa berdiri je ni...jemput lah duduk...." pelawa Naufal.

Ini lah kami pertama Adam bertemu dengan Naufal, wajahnya saling tak tumpah seperti wajah ayahnya. Orangnya kurus tinggi, berkulit putih, berkaca mata dan berumur dalam lingkungan 30-an.

" kenapa En Adam...ada yang tak kena ke....?" Naufal kehairanan apabila melihat Adam yang sedari tadi asyik memerhatikannya.

" maaf.....ini kan kali pertama kita berjumpa...awak ni saling tak tumpah macam Uncle Jab..tapi dalam versi muda la..." ujar Adam sambil ketawa.

" nama pun anak dia En Adam...erm....Nani...mana air nya...." laung Naufal kepada pembantu rumahnya.

" En Naufal dah berkahwin...?" Adam semakin berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Naufal.

" belum lagi En Adam...umur dah tiga puluh...tapi masih belum laku lagi..." jawab Naufal sambil ketawa.

" takkan lah tak laku orang segak macam En Naufal ni..takkan lah tiada yang berkenan..." balas Adam.

" erm..tak perlu lah ber encik-encik..panggil Naufal je...mesra sikit...betul tak...?"

" sama la...panggil saya Adam saja ya...?"

" hahaha....boleh...boleh....erm...cuba Adam tengok file ni..." Naufal menyerahkan fail ke Adam. Adam menyambut file tersebut, lalu dibuka. Dokumen di dalamnya diselak satu persatu.

" bon-bon yang berjumlah hampir sejuta dollar ni semuanya milik saya...?" soal Adam seakan tidak percaya.

" Ya Adam...semua milik awak...Tuan Lim membelinya dan dinamakan di atas nama awak...dulu...nilai bon ni rendah sahaja..sekitar 20 ribu dollar...tapi setelah sepuluh tahun. berlalu...lihat lah nilai bon dah bertambah..."

" Alhamdulillah....." hanya perkataan itu sahaja yang keluar dari mulut Adam, dia tidak terkata apa apabila melihat dokumen-dokumen yang berada di depan matanya sekarang.

" err....Adam...saya nak kenalkan awak dengan seseorang...sebentar ye..." Nufal meminta diri untuk masuk ke dalam bilik.

Selang beberapa minit, Naufal kembali ke ruang tamu bersama seseorang yang berada di atas kerusi roda. Ketika itu Adam masih lagi meneliti dokumen-dokumen yang telah diberikan oleh Naufal sebentar tadi.

" Adam......." sapa Naufal

Adam segera mengangkat mukanya. Adam terkejut sebaik sahaja melihat orang yang berada di atas kerusi, fail yang berada di tangannya terlepas. Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang sedang dia lihat sekarang ini.


♥♥ **************************************************** ♥♥

siapa lah agaknya orang yang berada di atas kerusi roda tu yer....? (^_^)

8 comments:

Anonymous said...

salam...
sape tu?
saspen gak...
huhu...

epy elina said...

hohoho...
sara saje je ke pura2 ilang ingtn...
sape 2 ekkk....

nabilah_2908 said...

hYE aNON;

erm...nnti kn yupp..thnks cz sdui baca.. :)

Hye Elina;

hehe..nntikan episd seterusnya ya.. :)

Mr JePz said...

adoih...saspen la plak...spe la ek agknye..

MaY_LiN said...

makin saspenla..
rase2 mcm papa adam je..
betul ke..
sis..ade typing error..
jangan marah ya..
memanga~memang
bengitu~begitu
beterbangan~berterbangan
sukakalau~suka kalau

nabilah_2908 said...

its ok May Lin...terima kasih kerana sudi menegur,,, :)

noor said...

ak rasa sara sje je buat2 ilang ingatan.. supaya snang cket die nk lupekan adam..b'kaitan ngn org yg ingin ditunjukkan naufal kpd adam 2 plak ak pk papa adam kot.. nie just pndangan ak..huhuhu..
nabilah..ak suke crite ko nie mmg mnarik n m'buatkan ak xsabar2 utk mgetahui kesudahannya..cpt2 post new entry erk..huhu

nabilah_2908 said...

Hye Mr Jepz..

hehe...bc la epsd seterusnya.. :)

Hye Noor..

thnks tau..cz sudi mengikuti cerita ni.. ;)