Sunday, July 4, 2010

NOTA CINTA - PART 43

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥

http://joeysgymclass.com/wp-content/uploads/2009/11/scenery-mountains-03.jpg

" Sarah........jangan Sarah...jangan pergi....Sarah...!!!!" laung Adam,

Tett..tett...tett..!!! alarm telefon Adam berbunyi, Adam membuka matanya dengan perlahan.

" Astagfirullahhalazim...mimpi rupanya..." ucap Adam sebaik sahaja sedar dari tidurnya.

Telefon yang berada berhampiran dengannya dicapai, alarm yang membingitkan telinga itu dimatikan. Adam sempat mengerling jam yang tertera di skrin telefonnya, jam sudah menunjukkan pukul 5.45 pagi. Adam segera bangun, dia menyelak langsir lalu membuka jendela biliknya.

Suasana di kala subuh hari amat mendamaikan, Adam tersenyum sedirian sambil menikmati keindahan alam. Tiba-tiba dia teringat kembali mimpinya, dia bermimpi tentang Sarah yang ingin meninggalkan dirinya. Semakin dikejar, semakin jauh Sarah meninggalkannya. Hatinya dilanda resah.

" Ya Allah......sembuhkan lah Sarah dengan segera..." bisik hati kecilnya.

Dia mancapai tuala yang tersidai lalu mengatur langkah menuju ke bilik air. Belum sempat kakinya mengkah, tiba-tiba telefonnya berbunyi, nombor Farah tertera di skrin. Hati Adam kembali resah, risau kalau terjadi perkara yang tidak diingin berlaku kepada Sarah. Panggilan itu segera dijawab.

" Adam........"

" ye kak...kenapa...?" soal Adam

" Sarah.....Sarah dah........"

" kenapa dengan Sarah kak......Sarah ok ke....Sarah tak apa-apa kan...?" soal Adam cemas

" sabar Adam...sabar....Sarah ok....akak just nak bagi tahu...tadi ayah call...dia kata Sarah dah mula sedar..."

" sungguh ke ni kak.....Alhamdulillah...." jawab Adam dengan girangnya.

" iyer......tapi sekejap jer la...harap dia akan sedar semula lepas ni..."

" harap-harap macam tu lah...erm....nanti saya datang yer kak..."

" eh..takpe.....Adam pergi lah kerja macam biasa....petang nanti baru datang....kita masih tak tahu lagi keadaan sebenar Sarah....apa-apa hal nanti akak call..Adam jangan risau lah yer..."

" err....iyer lah kak...terima kasih sebab bagi tahu..." dia agak kecewa apabila Farah tidak membenarkan dia datang melawat Sarah, namun dalam masa yang sama hatinya girang kerana setelah hampir sebulan lebih Sarah tidak sedarkan diri, kini dia telah sedar semula walaupun hanya untuk seketika.

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://littlewindowshoppe.com/wp-content/uploads/2009/01/single-taken.jpg

" En Uzair....Cik Zakirah dari Electric Master...nak jumpa..." ujar setiausaha Uzair melalui telefon.

" ok....bagi dia masuk...." jawab Uzair pendek.

" Assalammualaikum......." ucap Zakirah

" Wa'alaikumsalam....hye Zack.....wah sopannya kau...." jawab Uzair sambil tersenyum girang.

Zakira kelihatan sangat manis sekali berkebaya kuning berbunga hitam, dipadankan pula dengan shawl hitam yang terlilit kemas di kepala.

" sopan salah.....ganas salah....dah tu apa yang betul...?" Zakira terus melabukan punggungnya di sofa tanpa dipelawa Uzair.

" aku tak cakap pun salah....aku suka tengok kau macam ni...tapi macam tak best sikit lah..."

Zakirah mengerutkan dahinya,

" tak best macam mana tu..?" soal Zakirah kehairanan.

" yer la...dulu masa kat UK...kalau teragak nak sekeh kepala kau..boleh jer...sekarang ni....dah tak boleh dah..."

" sebab apa....disebabkan perubahan imej aku ke...?" soal Zakirah kembali.

" hmm..macam tu la....tapi ok juga....kalau dulu...aku tak pandang kau sebagai seorang perempuan....kekalkan lah macam ni...sejuk mata memandang tau..." puji Uzair.

Zakirah hanya tersenyum, malu rasanya apabila di puji oleh lelaki yang dipuja sejak dahulu lagi, terasa seperti di awang-awangan. Jika dahulu, Uzair tidak pernah memuji dirinya, malahUzair tidak pernah perasaan akan perasaan yang terpendam di lubuk hatinya. Namun dia sedar silap dirinya juga kerana tidak pernah menyuarakan rasa hatinya kepada Uzair.

" weh.......berangan ke tu Zack...?" Uzair menyergah Zakirah, lamunannya terhenti.

" err...mana ada..." Zakirah cuba berdalih.

" so...apa cerita kau datang sini..rindu kat aku ke...?" gurau Uzair.

" aku pergi ambil cheque kat finance department tadi....then singgah ke sini...dah seminggu ..kau senyap jer...tah hidup...tah mati...tu yang aku datang ni..." jawab Zakirah bersahaja.

" oh....ambil first payment untuk projek kat Batang Berjuntai tu yer...? aku hidup lagi la...sorry..aku ke Sabah minggu lepas...ada projek kat dalam Kem Kukusan Sabah...kau faham-faham jer la..bila dah masuk area hutan...terus takde line..."

" hmm....betul la tu kau hidup lagi..kalau tak..takkan lah aku boleh berjumpa dan bercakap dengan kau sekarang ni kan..?"

" ala...cakap jer la kau rindu kat aku....kan senang...tak payah berdalih-dalih....."

" kau jagan perasan lah....bukan ada hasil pun kalau aku rindukan kau.." Zakirah cuba menafikan perasaannya, dalam masa yang sama hatinya menjerit mengiyakan kata-kata Uzair. Dia memang merindui Uziar.

" apa cerita dengan Sarah....?" Zakirah cuba menukar topik perbualan, walaupun dia tidak gemar membicarakan tentang Sarah, kerana setiap kali Uziar bercerita tentang Sarah, hatinya dihambat dek rasa cemburu.

" macam tu juga tak sedar lagi....geram betul aku dengan si Adam tu....boleh cuai masa melintas jalan....yang jadi mangsa Sarah...." Uzair mengeluh melepaskan geramnya.

" dia tak sengaja tu...kau jagan la fikir bukan-bukan..."

" iyer la tu....entah-entah memang sengaja..." jawab Uzair pendek.

" sudah-sudah la tu Zair....Sarah tu kan dah berpunya...kenapa la si Sarah juga yang kau nak..? ramai lagi perempuan lain...lupakan jer la..." sudah berkali-kali Zakirah cuba memujuk Uzair untuk melupakan Sarah, namun Uzair tetap berdegil.

" selagi Sarah belum bernikah dengan apek tu....selagi tu aku ada peluang....kan aku pernah bagi tahu kau dulu..."

Zakirah hanya menggeleng-gelengkan kepalanya apabila melihat kedegilan Uzair, belum pernah Uzair kelihatan begitu bersungguh dengan seorang perempuan.

" apakah ada ruang untuk aku di hati mu Uzair...?" bisik hati kecil Zakirah.

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://intutius.files.wordpress.com/2009/08/love.jpg

Sebaik sahaja tamat waktu bekerja, Adam segera bergegas keluar, tidak sabar rasanya ingin bertemu Sarah. Adam ada menalifon Farah untuk mengetahui perkembangan terbaru Sarah, dan Farah mengesahkan bahawa Sarah memang sudah sedar sepenuhnya. Semasa di dalam perjalanan ke hospital, telefonnya berbunyi lagi.

" Hello....." ucap Adam

" Assalammualaikum....apa kabar..?" kedengaran suara seorang lelaki di hujung talian.

" Wa'alaikumsalam...baik...siapa ya di sana...?" soal Adam

" saya...Naufal Al-Jabar...masihkah En Adam ingat...En Adam tengah buat apa tu..?"

" ya......saya ingat...bila sampai...? saya tengah drive ni..."

" maaf lah kalau mengganggu...saya call lagi nanti ya..."

" eh....tak mengapa lah..boleh jer kita bercakap..."

" ok...maaflah baru hari ni dapat menghubungi En Adam...saya dah sampai ke sini...dalam dua minggu yang lepas...."

" oh..tak mengapa lah tu..."

" erm....boleh kita berjumpa petang ni...masih banyak urusan kita yang belum selesai..." Naufal mengingatkan kembali urusan harta peninggalan Tuan Lim kepada Adam.

" maaflah petang ni tak boleh..saya ada urusan....malam ni boleh..." Adam memberi cadangan

" elok sangat la tu....kalau tak keberatan...boleh kita berjumpa di rumah saya...saya ingin memperkenalkan En Adam dengan seseorang..."

Adam terdiam untuk seketika.

" seseorang...siapa...?" dia bermonolog sendiri.

" boleh....insya'Allah..lepas maghrib saya akan sampai..tapi rumah En Naufal di mana...?" soal Adam kembali.

" rumah saya di Petaling Jaya....di Jalan Templer...berhampiran dengan Hospital Asunta...En Adam biasa ke jalan-jalan di sini...?"

" Oh...rumah Uncle Jab ye....erm...tapi saya dah lupa la jalan ke rumah En Naufal..."

" tak mengapa lah...En Adam pun sedang memandu..macam ni....bila En Adam dah sampai di Hospital Assunta...En Adam call saya ya...nanti saya datang ambil....boleh..?" Naufal memberikan cadangan.

" ok...boleh la tu....." jawab Adam pendek.

" jumpa nanti...Assalammualaikum...." ucap Naufal mengakhiri perbulan mereka.

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://i43.tinypic.com/15nkubo.jpg

Adam bergegas menuju ke bilik Sarah sebaik sahaja tiba di pengkarangan hospital, di bilik Sarah, kelihatan kedua ibu bapa Sarah bersama dengan Farah berada di bilik tersebut. Mereka sendang berbual-bual dengan Sarah. Adam bersalaman dengan ayah dan ibu Sarah.

" pakcik...makcik...apa kabar..?" sapa Adam dengan sopan.

" alhamdulillah..sihat...Adam berbual-bual la dulu dengan Sarah ye...pakcik nak keluar sekejap.."

Adam sekadar menganggukkan kepalanya, lalu datang menghampiri Sarah. Sarah memandang Adam dengan pandangan yang kosong, Adam mula merasa pelik dengan sikap Sarah,

" apa kabar sayang....?" sapa Adam.

" err...saya ok.....awak ni siapa pula....?" soal Sarah

Soalan yang keluar dari mulut Sarah teleh merentap tangkai hatinya, Sarah seolah-olah tidak mengenali dirinya, dia memandang Farah meminta penjelasan. Farah membalas pandangan Adam dengan pandangan yang sayu.

" awak ni siapa.....?" Sarah mengulang kembali pertanyaannya.

♥♥ **************************************************** ♥♥

Apa yang terjadi kepada Sarah....hilang ingatan kah dia...???

nanti kan sambungannya ya....(^_^)

3 comments:

epy elina said...

hohhoo....
sara ilang ingtn ke??
or pura2 ilng ingtn...
saspen lak....

MaY_LiN said...

wawawawawa..
makin tragis la..
saspen kisah ni..
tertanya2 nak jmp sape..
sis..ader ttyping error..
jagan~jangan
sendang~sedang

Mr JePz said...

pergh...best nie...x sabar nk bace saat2 slepas nie...huhuhu..