Saturday, June 19, 2010

NOTA CINTA - PART 36

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥
http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:Q23WljL2IxWFGM::&t=1&h=192&w=256&usg=__Aprp9roAXT10VuQZ-NK-63Sx_jw=

Naufal Al-Jabar, nama itu bermain-main difikirannya sejak pagi tadi, namun dia tetap menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja-kerjanya. Sebelum bergerak pulang, Adam mengambil lipatan kertas yang tertera nombor Naufal Al-Jabar dari poket seluarnya. Nombor itu direnung lama. Dia membuka compartment keretanya, diari hitam dikeluarkan. Adam berhasrat untuk mencatitkan nombor telefon Naufal di dalam diari nya.

Adam membuka diary tersebut, ada sekeping nota terlekat di muka surat pertama diari itu. Adam terseyum sebaik sahaja dia membaca nota tersebut.


Adam sayang...

Lama dah kita tak tukar-tukar nota macam ni kan..?
dulu....setiap kali kita bertukar buku yang terseli di dalamnya nota rahsia kita,
hati Sarah berdebar-debar ingin tahu apa balasan dari Adam..
masihkah Adam ingat...?

sila buka muka surat 9 untuk nota yang ke 2..

I love you... :)

*SUT*


Adam tersenyum lagi, kenangan zaman persekolahan mula bermain-main di benaknya. Dahulu dia memang gemar bertukar-tukar nota denagn Sarah. Mereka berbual tentang pelbagai perkara. Adam segera menyelak diarinya ke mukasurat 9. Memang terdapat nota terlekat kemas di situ.


masa hari terakhir persekolahan...
Sarah dapat 1 surat cinta tau...siap dengan key chain lagi..
key chain yang ada 2 huruf...huruf A dan S..
cantik....Sarah suka.. :)

sampai sekarang Sarah masih simpan lagi dengan elok...
Adam nak tengok tak..? nanti Sarah tunjukkan...

sila ke muka surat 29 untuk nota terakhir...

*SUT*


Nombor 9 dan 29 memang nombor rahsia mereka, 9 mewakili tarikh lahir Adam dan 29 mewakili tarikh lahir Sarah. Jari jemarinya pantas menyelak diarinya sehingga ke muka surat 29. Dia tidak sabar untuk membaca nota yang seterusnya.


tak sangka si pemberi surat tu punyai perasaan yang sama macam Sarah,
Sarah ingat, Sarah jer yang syok sendiri...
tak sangka betul...

yer la....si pemberi surat sentiasa didampingi dengan Puteri Hang Li Po..
so..siapa lah Sarah ni untuk menghampiri si pemberi surat itu..kan Adam..? :P



" Puteri Hang Li Po...."

sebaik sahaja Adam menyebut nama itu, wajah Jessica tiba-tiba sahaja menerjah ke kotak fikirannya. Memang Sarah gelarkan Jessica dengan nama itu. Hatinya mula resah apabila teringat kembali kejadian yang berlaku tempoh hari.

Dia meraup mukanya, enjin kereta dihidupkan, keadaan yang sedari tadi hangat kini menjadi nyaman. Adam meneruskan bacaannya.


Si pemberi surat tu ada hutang dengan Sarah tau...
Adam ingat tak apa hutang itu..?


Adam kembali tersenyum, masakan dia tidak ingat. Dia telah berjanji dengan Sarah untuk menghabiskan pelawanan Chess yang tertangguh setelah sekian lama.


and.....ada satu ayat yang Sarah tak boleh lupa sampai bila-bila...

" you are the best thing that ever happend to me..."

best ayat ni kan Adam...? masa first time Sarah baca,
rasa macam nak terbang jer....tapi sekejap jer la....lepas tu Sarah nagis...
sure Adam nak tahu kenapa..betul tak..?
sebab Sarah kesal...kenapa si pemberi surat tu lambat meluahkan perasaannya...

kini........Sarah mampu tersenyum semula...


sebab........

Aku ada Kamu....

I love you Adam...forever and always.... :)

Sarah Umairah Tajuddin

Adam menutup diari tersebut lalu menyandarkan tubuhnya ke kerusi.

" Sarah....Sarah...ada-ada jer dia ni....bila pula Sarah menyelitkan nota-nota ni...? terima kasih sayang...." Adam bermonolog sendiri.

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Kau Seperti udara yang ku hela
kau selalu ada....... - Once Dealova

Adam bernyanyi kecil mengikut rentak lagu yang ke udara di radio, hatinya girang, wajah Sarah sedang tersenyum kini menghiasi benaknya. Adam meneruskan pemanduan pulang ke rumah.

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:eo2dFvUYZtZ1VM::&t=1&h=201&w=251&usg=__v7wWAhztxWJqq-82zApptQ_7Kr4=

♥♥ **************************************************** ♥♥

Usai solat Isyak, Adam merenung jam di dinding. Jam menunjukan pukul 9.30 malam. Dia kembali membuka diarinya, untuk mecari nombor telefon Naufal Al-Jabar. Hal ini perlu diselesaikan secepat mungkin, dia sudah penat berteka-teki tenang siapakah gerangan Naufal Al -Jabar ini.

Dia mula berkira-kira tentang perbezaan waktu di antara Malaysia dan London,

" kalau tak silap...waktu Malaysia awal 7 jam dari London....jika sekarang pukul 9 malam...maka di sana dalam 2 petang...." Adam bermonolog sendiri.

Telefonnya dicapai, nombor telefon Naufal didail.

" Hello........" suara garau kedengaran di hujung talian.

" ini En Naufal Al-Jabar ke...?" soal Adam

" ya saya....siapa di sana...?"

" saya Adam Lim...err...Alex Lim..." Adam berasa janggal untuk menyebut namanya.

"oh En Adam....at last dapat juga bercakap dengan En Adam...Alhamdulillah...." balas Naufal

" boleh saya tahu kenapa En Naufal mencari saya..?"

" panjang ceritanya....ini berkaitan dengan harta peninggalan Tuan Jefry Lim, bapa En Adam..." terang Naufal.

" tak mungkin....papa saya masa hayatnya diisytiharkan muflis....semua harta-harat milik papa telah disita.."

" sebab tu saya kata, panjang ceritanya...macam ni lah En Adam, saya ada hal ni...minggu depan..saya akan pulang ke Malaysia...Insya'Allah......kita akan berjumpa...macam mana boleh..?"

" boleh.......tapi....boleh saya tahu hubungan En Naufal dengan papa saya..?"

" maaf...lupa pula saya....En Adam masih ingat dengan Al-Jabar...penguam Tuan Jefry..?"

" oh Uncle Jab....ya saya ingat.....jadi En Naufal ni...anak dia la...? Uncle Jab apa kabar...sihat kah dia..?" soal Adam

Uncle Jabbar memang berkhidmat sebagai peguam dengan mendiang papanya. Segala kemusykilan tentang undang-undang, papanya pasti akan merujuk kepada Uncle Jab.

" ya saya....err...ayah saya baru sahaj meninggal dunia sebulan yang lalu..." suara Naufal mula mengendur.

" Innalillah..........maafkan saya...saya tak tahu..."

" its ok En Adam.....nanti saya sampai ke Malaysia...kita boleh cerita panjang...."

" baik lah.......kita jumpa nanti...." balas Adam

" bagus lah...nanti saya call En Adam...Assalammualaikum...." talian di matikan.

" harta peninggalan........mana datangnya harta-harta itu...?" bisik hati kecil Adam.

http://i2.cdn.turner.com/cnn/2008/LIVING/personal/08/15/o.cant.we.be.friends/art.broken.heart.gi.jpg

♥♥ **************************************************** ♥♥


nanti sambung lagi ya... :)


4 comments:

MaY_LiN said...

tambah saspen..
pe la yg terungkai nnti

epy elina said...

crta smkin mnarik...
smbung2x...

Mr JePz said...

herm...mintak smbung agy...huhuhuh..

Anonymous said...

salam...
huhu...
pendeknya...
smbung lg, xsbr nk tunggu...