Saturday, June 12, 2010

NOTA CINTA - PART 33



...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:BTyPiqOCz4DntM::i264.photobucket.com/albums/ii180/dxanato/heart.jpg&t=1&h=190&w=265&usg=__Y0Npy50jYG21SxSeP6J2WRoZ9yA=

Setelah seminggu bercuti, Adam kembali bekerja semula. Sebaik sahaja dia meletakkan beg di atas meja, telefon Adam berbunyi menandakan ada SMS untuknya.

Selamat pagi bakal tunang ku..
sorry ganggu..just nak wish..
Have a great day...
kerja-kerja juga.. tapi jangan lupa makan tau..
take care...

I love you... :) - Sarah

Adam tersenyum sendiri, tiba-tiba dia disapa rakan sekerjanya Faris.

" wah....pagi-pagi lagi dah senyum-senyum..."

" En Faris ni...orang tengah hangat dilamun cinta macam tu la...hari-hari happy jer..." sampuk Aida.

" ish......salah ke saya senyum...hidup ni kena happy tau....senyum selalu...awet muda..." balas Adam.

" tak salah..saya pun tumpang gembira tengok En Adam macam ni...lebih ceria daripada biasa.." ujar Aida.

" bila nak kawin Adam...? seronok tau bila dah kawin...balik ada yang tunggu..tidur berteman..ada orang masakkan...tengok perut ni..dulu leper...ada six pack lagi..bila kahwin...hilang dah semua...ni semua wife saya punya pasal la...."

" eh...apa kena mengena perut dengan wife pula..?" soal Adam dengan penuh minat.

" dek kerana masakkan dia yang best tu..dia mampu membuncitkan saya hingga ke hari ni..tak kempis-kempis....dia nak balas dendam kot...sebab saya dah buncitkan dia....ha..ha..ha..ha.." ujar Faris sambil ketawa besar.

Adam dan Aida turut ketawa apabila mendengar cerita Faris. Mereka faham apa yang cuba Faris sampaikan.

" haih...awal betul customer kita datang..tengok la tu...belum pukul 9.30 lagi...tapi semua dah bertenggek kat luar....tu...customer kegemaran Adam.." ujar Faris sambil menunding jari ke luar bank. Ada seorang lelaki tua berbangsa Cina, dia memang gemar berurusan dengan Adam dalam apa jua hal.

" dah tentu la En Faris, uncle tu kan cina..dia nak cakap melayu pun susah...sebab tu dia berkenan sangat dengan En Adam...mudah untuk dia berkomunikasi...lagi pun En Adam kan jenis yang mesra alam..betul tak En Adam..?" soal Aida

" ha...ada-ada jer la...saya tak kisah...nama pun customer..kena la layan elok-elok..ok guys.....jom kita mulakan kerja..." ucap Adam dengan girangnya. Para pekerja yang lain pun sudah berada di tempat mereka masing-masing.

" erm...pakcik..saya rasa dah boleh buka pintu...takpe la masuk awal sikit..." ujar Aida kepada pengawal yang mengawal bank.

Pengawal itu hanya menurut, dengan pantas dia membuka pintu bank, para pelanggan yang sedari tadi menunggu di luar sudah mula memenuhi bank. Sebelum Adam memulakan kerja, Adam mencapai telefonnya lalu membalas SMS dari Sarah.

Selamat pagi juga untuk bakal Isteri ku.. :)
thanks sayang..I will...
Sarah pun take care juga..
jangan nakal-nakal sangat..

I love you too sayang........ - Adam


♥♥ **************************************************** ♥♥
http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:YEaqDtO_vSql3M


" Tahniah Cik Sarah....." ini lah ucapan yang diberikan oleh setiap pekerja yang berselisih dengan Sarah. Sarah merasa pelik, namun Sarah hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih.

" Morning Min........" ucap Sarah

" Morning Cik Sarah....." balas Yasmin

" erm...Min....saya pelik lah...kenapa semua orang ucap tahniah pada saya...?" soal Sarah

Yasmin ketawa kecil,

" ada kabar angin mengatakan yang Cik Sarah dah bertunang.....saya tak tau la dari mana mereka dapat berita ni...kakak Cik Sarah yang bertunang kan..?" soal Yasmin kembali.

" patut la...ish.....betul la tu kakak saya yang tunang..tapi.....tengok ni...?" Sarah menunjukkan cincin di jari manisnya kepada Yasmin.

" eh........betul la eh...Cik Sarah dah tunang...?"

" tak lah...cincin merisik jer ni....tunangnya..lagi 3 bulan....nanti jemput la datang..." pelawa Sarah.

" dah tentu saya akan datang..nanti masa Cik Sarah kahwin..saya nak jadi pengapit boleh..?"

" awal-awal dah booking eh..? boleh la kot...tengok la macam mana nanti yupp.." jawab Sarah sambil mengenyitkan matanya.

Berita tentang pertunangan Sarah sudah tersebar luas, hampir keseluruhan warga kerja Alam Megah Holdings sudah tahu tentang berita ini, termasuklah Uzair. Berita itu membuatkan Uzair resah. Uzair memandang skrin komputernya dengan pandangan yang kosong. Tiba-tiba telefon di atas mejanya berbunyi.

" En Uzair, ada tetamu nak jumpa..nama dia Zakirah.."

" Zakirah....saya tak kenal pun...dari mana Yati..?" soal Uzair kepada setiausahanya

" aku la Zack......nama kawan sendiri pun tak ingat..apa punya kawan la..." tiba-tiba Zakirah menyampuk.

" La'ilahaillallah........kau rupanya Zack...ha..masuk lah..." jawab Uzair dengan riang.

Tidak sampai seminit, pintu biliknya di ketuk.

" masuk......" ujar Uzair. Zakirah masuk lalu berdiri di hadapannya.

Uzair terkesima melihat Zakirah, dia bagaikan tidak percaya gadis yang berada di hadapan dia sekarang ini adalah teman baiknya semasa dia belajar di England dahulu. Zakirah yang dulunya berpewatakkan seperti lelaki, berambut pendek serta tidak gemar mengenakan pakaian perempuan. Tapi kini Zakirah berubah seratus peratus, Zakirah memakai baju kurung berwarna biru lembut dan sehelai shawal berwarna biru senada dengan baju terlilit kemas di kepalanya.

" weh....kenapa kau pandang aku macam tu....hodoh sangat ke rupa aku ni..?" ujar Zakirah sambil memetik jarinya di hadapan Uzair.

" eh....tak la....aku macam tak percaya ni kau.....kau dah dapat hidayah yer...sampai berubah macam ni...?" soal Uzair

" salah ke aku berubah macam ni..?" balas Zakirah, suaranya mula mengendur. Riak wajahnya mula berubah.

" err....sorry la Zack, aku tak bermaksud macam tu...."

" alah.....aku ok la...dah la jagan pandang aku macam tu.." ujar Zakirah sambil tersenyum.

" lega bila tengok kau tersenyum, kau buat apa kat sini...semalam elok jer kita message kau tak bagi tau pun kau nak ke KL..."

" dah kau sibuk cerita pasal si Sarah...macam mana la aku nak cerita...oh ya...minggu depan aku dah mula kerja kat sini...kerja dengan pakcik aku la..." Zakirah mula membuka cerita.

" oh...maknanya kau dah terima la yer offer pakcik kau tuk jadi engineer kat syarikat dia..? wah...bagus la...beleh lepak selalu..."

Perbulan mereka terhenti apabila pintu bilik Uzair diketuk.

" Assalammualaikum....."

" Wa'alaikumsalam.....eh Sarah..masuk lah..." ucap Uzair dengan girang.

" Sarah...kenal kan...ini kawan baik saya masa belajar di UK dulu..."

Zakirah segera bangun lalu bersalaman dengan Sarah.

" Zakirah......" Zakirah memperkenalkan diri. Sarah hanya tersenyum.

" err...maaf saya mengganggu...ini saya nak serahkan semula list nama pekerja yang akan mula bekerja di projek baru kita nanti...sorry saya minta dari Yati jer hari tu...sebab nak lengkapkan maklumat para pekerja kita.."

" its ok Sarah....saya tak kisah...lagi pun masa tu saya tiada di office...lupa pula...tahniah di atas pertunangan awak....dengan Adam kan..?" soal Uzair, Zakirah hanya menjadi pemerhati. Sedari tadi matanya tidak lepas-lepas dari memandang Sarah.

" bukan la En Uzair...kakak saya yang tunang...." jawab Sarah sambil ketawa kecil.

" betul ke ni Sarah...." soal Uzair dengan girang.

" betul...kalau dah tiba giliran saya...saya sendiri akan memaklumkannya..." balas Sarah.

" Sarah....jom ikut saya dan Zack keluar makan...." pelawa Uzair.

" err....baru pukul 11.30 En Uzair....awal lagi....En Uzair pergi jer la dengan Cik Zakirah...lagi pun saya kenyang lagi..." Sarah cuba memberi alasan,

Memang dia tidak mahu mengganggu Zakirah dan Uzair, dia juga merasa tidak selesa dengan renungan mata Zakirah terhadapnya. Dia terpaksa berdalih walaupun pada hakikatnya perutnya memang sedang lapar.

" ala....kita pergi jauh sikit....nanti sampai sana...awak dah lapar...boleh la yer..." Uzair cuba memujuk.

" ha'ah...jom lah Sarah...temankan saya....boleh kita berbual panjang...saya teringin nak berkenalan dengan Sarah...kita pergi ya..." sampuk Zakirah.

" erm.....baiklah...saya pergi ambil beg dulu..."

" ok...kami tunggu Sarah di lobby...." jawab Uzair dengan girang.

Sebaik sahaja Sarah keluar, Zakirah mula bersuara.

" jadi itu la Sarah yang kau gila-gila kan tu yer...? cantik orang nya...."

" itu lah Sarah.....Sarah yang buatkan aku tidur tak lena..mandi tak basah..." jawab Uzair sambil tersenyum membayangkan wajah Sarah.

" Uzair.....hati dia milik orang lain...mencintai dia akan buatkan kau terluka..." nasihat Zakirah.

" kau tak faham Zack....pertama kali aku jumpa dia aku dah jatuh cinta...kau sendiri tau aku macam mana..memang susah untk jatuh cinta dengan mana-mana perempuan...tapi dengan Sarah ni lain..."

" itu aku tahu....tapi.......mencintai tapi tidak boleh memiliki...bukan ke itu menyakitkan...?"

" entah lah..aku rasa aku ada jodoh dengan dia...cuma lambat sikit...sejak pertemuan pertama..kami dipertemukan lagi...siapa sangka dia bekerja di sini...bukan ke jodoh namanya..? selagi dia belum berkahwin...selagi itu aku masih ada peluang..." jawab Uzair.

Zakirah hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja. Dari riak mata Uzair, jelas terpancar betama mendalamnya cinta terhadap Sarah walaupun tidak diluahkannya.

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:vcyq-0INFB1AJM::farm3.static.flickr.com/2351/2432035580_07e928fe01.jpg&t=1&h=196&w=257&usg=__wgKlNVHoSOEQlnxbxF63y_GW4Dg=

" En Adam...call line 3...."

Adam segera mengangkat ganggang telefon yang berada di atas mejanya.

" Hello........"

" Hye Adam......at last dapat juga I bercakap dengan you....how are you...?"

Adam melepaskan nafas yang kasar sebaik sahaja mendengar suara Jessica di talian.

" hmm....Jess...I'm fine thank you..."

" great....so what about my proposal...bila you nak tengok...lama dah I tunggu....kalau boleh I nak buat loan tu secepat mungkin...lama sangat tertangguh..."

" erm....tak sure la Jess...." Adam kehilangan idea untuk mengelak dari bertemu dengan Jessica.

" Adam........please.....hari ni tak boleh ke....I perlukan loan tu untuk butik I...macam mana I nak survive hidup kat sini kalau butik I tu tak beroperasi...please Adam....." rayu Jessica.

" ok lah....boleh...." jawab Adam pendek,

" great......kita nak jumpa di mana...you decide...I ikut jer..." jawab Jessica dengan girang.

" kita jumpa di restoran depan bank ni jer la...jumpa lepas I habis kerja pukul 5.30 petang..."

" ok...nanti kita jumpa...bye darling..." talian dimatikan.

Adam memandang kertas-kertas yang berada di atas mejanya dengan pandangan yang kosong. dia tidak mampu lagi mengelak walaupun hatinya berat untuk bertemu dengan Jessica, namun dia terpaksa bersetuju.


♥♥ **************************************************** ♥♥

....bersambung...(^_^)



3 comments:

MaY_LiN said...

jangan la depa terserempak lak

epy elina said...

hohohoo..
ssh jg ni....
bila ada phak ke3....
hrp2 hbngan dorng stabil...
wlpun ada org ke 3....

Anonymous said...

salam...
sy suka cite ni...
hrp2 hbgn diorg kkl slamanya...
dan happy...;)