Wednesday, June 2, 2010

NOTA CINTA - PART 29

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥
http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:C_O7jYM9f4lNyM::sweetnostalgia.files.wordpress.com/2007/04/800_licudine_broken_heart.jpg&t=1&h=222&w=228&usg=__9HyafsPOv2kDRSjEQP9DxwBF-ZI=

" Jess nak tahu kenapa....? sebenarnya Jeffry tu sebagai tempat membalas dendam sahaja, yang bersalah bapa dia.." Vincent mula membuka cerita,

" maksud papa macam mana...?" balas Jessica

" kalau Jess nak tahu, nenek Jess merupakan perempuan simpanan bapa Jeffry, setelah mendapat tahu nenek Jess mengandung, dia memberikan sejumlah wang untuk gugurkan kandungan dan pergi dari hidup dia...dia tidak mahu isterinya tahu tentang kecurangan dia..."

Jessica hanya mendengar cerita Vincent

" nenek Jess bertekad untuk lahirkan juga bayi dalam kandungannya itu, sebelum bayi itu lahir, nenek Jess berkahwin terlebih dahulu dengan datuk Jess.."

" dan bayi itu adalah papa..?" soal Jess

" ya....sejak dari kecil nenek Jess telah bercerita tentang keluarga Lim, nenek Jess sering mengingatkan papa supaya menuntut balik hak papa..."

Jessica semakin berminat untuk mengetahui kisah silam papanya, sebelum ini dia belum pernah berpeluang untuk berbual panjang dengan papanya.

" takdir menemukan papa dengan Jeffry, kami jadi kawan baik, papa terpaksa berlakon menjadai sahabat sejati Jeffry untuk mendapatkan kepercayaan Jeffry dan juga keluarganya...walaupun susah pada permulaannya...tapi kini...papa dapat apa yang sepatutnya menjadi milik papa...kesian Jeffry....dia terlalu baik...tapi....dia yang menjadi mangsa bukan bapanya...ala.....si Jeffry tu pun sama juga macam bapa dia.....dasar pemusnah hidup orang lain.."

Vincent terkenang kisah lalu, ketika itu dia sedang hangat dilamun cinta dengan Marry, ibu kepada Adam. Namun kebahagiaan mereka hanya sementara sahaja. Marry telah menerima lamaran dari Jeffry atas alasan ingin mengeratkan lagi perhubungan di antara keluarga Marry dan Jeffry. Lebih menyakitkan apabila dia melihat Marry hidup bahagia bersama Jeffry. Saat itu makin bertambahlah dendam Vincent terhadap keluarga Lim.

" dendam papa dah pun terbalas, tapi kenapa perlu libatkan Adam..?"

" anak bodoh..!!!! bukan kah sudah papa katakan, papa mahu lenyapkan keseluruhan keturunannya di muka bumi ini...." suara Vincent meninggi.

Sekali lagi Jessica digelar anak bodoh, dia mengetapkan bibirnya menahan geram. Ikutkan hati mahu sahaja dia memutuskan talian telefon itu, tetapi dia masih lagi boleh bersabar.

" aku tak bodoh....!!!!!" jerit hati kecil Jessica.

" entah macam mana papa bertemu dengan mama Jess dan terus berkahwin...." papanya menyambung cerita.

" berkahwin tanpa perasaan cinta...." sampuk Jess

" papa berkahwin dengan dia, bukan kerana cinta, perasaan cinta telah lenyap sebaik sahaja Marry berkahwin dengan Jeffry...papa kahwin dengan dia kerana dia sanggup melahirkan zuriat untuk papa, dan dia berjaya...lihat.....dia telah melahirkan Jess...anak kesayangan papa yang cantik..."

Sepanjang perkahwinan mamanya Anne, papanya tidak pernah melayan mamanya sebagai seorang isteri, layanan Vincent terhadap Anne lebih sebagai orang gaji dan juga tempat untuk dia melepaskan nafsunya. Mamanya sering ditengking herdik oleh papanya.Namun mamanya tetap bertahan hingga kini.

Berbeza pula dengan layanan yang diberikan kepada Jessica, walaupun sering dimarahi namun segala kehendakk Jessica pasti akan dituruti oleh Vincent. Vincent menatang anaknya bagai minyak yang penuh.

" kesian Mama..." desis hati kecil Jessica.

" macam mana dengan plan kita...apa tindakkan Jess seterusnya...? papa sudah selesaikan bahagian papa dengan menghapuskan Jeffry...kini giliran jess pula...." ujar papanya.

" Adam dah nak berkahwin......tapi.....itu bukan halangan...Jess akan dapatkan dia juga...papa jangan risau....Jess ada plan...cuma tunggu masa sahaja unutk melaksanakannya, misi pertama sekarang ni adalah memutuskan hubungan adam dengan perempuan tu...." ujar Jessica dalam nada yang sinis.

" bagus anak papa...teruskan...kalau ada apa-apa...do let me know....papa akan segera hantar bantuan..."

" ok pa...papa tidur la dulu...dah lewat ni...esok saja Jess call mama..."

" iyer la....you take care..."

" I will...bye pa...." Telefon di matikan.

" Sarah.........bersedialah...peperangan akan bermula..." Jessica bermonolog sendiri.

♥♥ **************************************************** ♥♥
http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:lSjx4wpCAe5uZM::thedragoeffect.files.wordpress.com/2007/08/brokenheart1.jpg&t=1&h=182&w=276&usg=__p4RYF6fLRQgaq-LYRTa9-reNhNc=

Sarah sibuk menyiapkan kerja-kerjanya sebelum dia mula bercuti. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Sarah mengangkat mukanya lalu menghadiahkan sebuah senyuman kepada tetamunya.

" ya En Uzair...ada apa datang ke sini....duduk la..." pelawa Sarah

" tak boleh ke...?"

" eh boleh jer...pasti En Uzair ada urusan dengan saya..sebab tu datang jumpa..betul tak..?" Sarah menyoal Uzair kembali.

" actually takde apa-apa...saja datang nak ajak awak temankan saya keluar makan...boleh..?"

" erm.....kita berdua jer ke...orang lain..?"

" saya dah ajak....tapi semua ada hal....tak seronok pula makan sorang-sorang..."

Belum sempat Sarah menjawab, tiba-tiba telefon di atas mejanya berbunyi.

" Cik Sarah, borang cuti Cik Sarah dah diluluskan oleh GM.."

" oh yer ke Min.....bagus la...Min...tolong ambilkan yer..." ujar Sarah

" ok Cik Sarah, sekejap lagi saya hantarkan ke bilik Cik Sarah...."

" thanks Min...."

Sarah tersenyum apabila mendapat tahu cutinya telah diluluskan, Uzair hanya memerhatikan sahaja gelagat Sarah.

" awak nak cuti lama ke Sarah...berapa hari..?"

" kalau ikutkan saya akan mula bercuti lusa...Isnin minggu depan baru saya masuk office semula..."

" lama juga tu....kenapa...boleh saya tahu..?" soal Uzair

" ada rombongan meminang dari Pulau Pinang hujung minggu ni, sebab tu saya cuti awal nak buat persiapan, rombongan ni datang merisik dan tunang terus..."

Raut wajah Uzair mula berubah, riak kekecewaan jelas terpancar di muka Uzair.

" dia dah nak bertunang........." bisik hati kecil Uzair.

" tahniah Sarah....dengan Adam yer...?" ucap Uzair dan tersenyum dengan penuh kepalsuan, Sarah turut tersenyum.

" bukan saya....kakak saya.....turn saya lambat lagi En Uzair..."

Sebaik sahaja Uzair mendengar kata-kata Sarah, tiba-tiba sahaja hatinya melonjak riang. Segala kekecewaan yang dirasanya sebentar tadi hilang sudah. Perasaan cinta untuk Sarah memang sudah lama terbit di hatinya sejak mereka kali pertama mereke bertemu. Namun perasaan itu hanya dipendamkan sahaja sebaik sahaja mengetahui hati Sarah telah dimiliki.

" jom la Sarah teman saya makan....." ujar Uzair dengan girangnya.

" ok lah...kita nak ke mana...?"

" erm...ingat nak cari masakkan kampung..."

" kat hujung jalan sebelum ke office kita, ada sebuah restoran masakkan Minang...En Uzair nak cuba...?" cadang Sarah

" ok...why not...jom..."

Sarah dan Uzair berjalan beriringan, Sarah perasan banyak mata-mata yang sedang memerhatikan mereka berdua, namun diendahkan sahaja. Mereka terus berjalan menuju ke kereta Uzair dan berlalu pergi.

Tidak sampai sepuluh minit, mereka telah sampai ke restoran yang dimaksudkan. Mereka memilh tempat duduk yang agak tersorok sedikit untuk mendapatkan sedikit privacy, Sarah bimbang akan timbul fitnah kalau pekerja-pekerja Alam Megah Holdings melihat mereka berdua makan bersama.

Tanpa Sarah sedar, perkara yang ingin dielakkan tetap terjadi. Ada sepasang mata yang sedari tadi sedang memerhatikan Sarah dan Uzair.

♥♥ **************************************************** ♥♥

ok...nanti jumpa lagi.... :)


1 comment:

epy elina said...

hohoho...
konfklik bru brmula...
mst jess yg lihat sara ngn uzair 2...