Saturday, May 8, 2010

NOTA CINTA - PART 9

...HAPPY READING...

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://www.kapc.or.ke/downloads/family_issues.jpg

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka, hanya mengambil masa sejam setengah sahaja. Wajah ayah dan ibu bermain-main di fikiran Sarah. Kakaknya pula hanya mendiamkan diri di sepanjang perjalanan, seoalah-olah ada perkara yang sedang mengnganggu fikiran.

Akhirnya kedua beradik ini telah sampai ke destinasi yang di tuju lewat jam 9 malam. Sarah tersenyum puas. Rumah banglo dua tingkat tersegam indah. Rumah yang di bina di atas hasil titik peluh ayahnya sendiri. Rumah ini di bina sebaik sahaja ayahnya bersara enam tahun yang lalu, yang terletak di Pengkalan Balak Melaka.

Ayahnya Hj Tajuddin, bekerja sebagai Pegawai Penguatkuasa Kastam Diraja Malaysia, manakala ibunya Hjh Mariyam hanyalah suri rumah sepenuh masa. Sebelum ini mereka hanya tinggal di kuarters Kastam, mereka juga kerap berpindah, dari satu negeri ke satu negeri yang lain. Tiga tahun terakhir sebelum ayahnya bersara, baru la mereka berpindah ke rumah biasa. Rumah yang berdekatan dengan sekolah Sarah dahulu.

Keadaan rumahnya terang benderang. Pasti ayahnya yang membuka lampu di sekeliling rumah untuk menyambut kepulangan anak-anaknya.

" kak...tengok lah rumah kita, macam hari raya..bukan main banyak lagi lampu yang ayah buka.. "

Farah hanya mampu tersenyum.

Kepulangan Sarah dan Farah disambut dengan gembira oleh ayah dan ibunya.

Setelah berbual untuk seketika, Farah meminta diri untuk masuk ke bilik. Saat Farah memasuki biliknya, kenangan lalu kembali menerjah fikiran. Di kamar ini lah cinta di antara dia dah arwah suaminya Mustaqim bersatu.

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://www.realisingdesigns.com/files/memories1024.jpg

Farah duduk di birai katil, masih lagi terbayang-bayang wajah arwah suaminya sedang terbaring di sini. Farah mula merasa sebak, air matanya jatuh setitis demi setitis.

Lalu dia pergi ke almari suaminya. Almari itu sudah lama tidak disentuh, di dalam almari itu terdapat barang-barang peninggalan arwah. Pernah satu ketika dulu, ibunya ingin membuang barang-barang arwah, tapi Farah melarang sekeras-kerasnya.

Saat pintu almari itu terbuka, Farah ternampak akan potret perkahwinannya. Kemudian dia mengalihkan pandangan ke potret suaminya yang sedang tersenyum. Potret itu direnung lalu disentuh perlahan-lahan. Senyuman yang amat dirindui.

" abang.........sayang rindukan abang......"

Farah bersuara sayu, seoalah-olah suaminya sedang mendengar.

Farah menyentuh baju-baju suaminya. Dia terpandang akan sehelai kain pelikat. Kain itu lah kain terakhir yang arwah gunakan sebelum pergi meninggalkan Farah. Farah mengambil kain itu, lalu dipeluk dan dicium. Farah merasa seolah-oleh sedang berada di sisi suaminya.

Walaupun sudah setahun perkara ini berlalu tetapi Farah masih belum mampu untuk melupakan sepenuhnya. Jika tiada sokongan dari keluarga sudah pasti kini dia di tempatkan di rumah sakit jiwa. Farah mengahadapi tekanan yang hebat selepas pemergian Mus.

Farah merupakan seorang guru yang mengajar di Melaka, manakala suaminya pula bekerja sebagai Engineer di Petronas Cawangan Paka Terengganu. Mereka terpaksa berpisah akibat kekangan kerja. Setiap dua minggu pasti Mus akan pulang untuk bertemu isteri tercinta.

Sebelum kejadian menyedihkan ini berlaku, Mus ada menalifon Farah dan mengatakan dia tidak dapat pulang kerana dia perlu bekerja. Tiba-tiba Mus telah muncul di depan mata Farah.

" eh abang.....semalam call kata tak dapat balik...petang ni dah ada kat sini...? " soal Farah dengan girangnya.

" abang rindu sangat dengan sayang, tu yang gagahkan diri balik. Habis jer kerja pagi tadi terus abang ke sini...."

" sayang pun rindukan abang...."

Mus mengusap kepala isterinya dengan pandangan yang sayu.

Seperti biasa, apabila pasangan yang sudah terpisah lama, sudah pasti mereka akan menghabiskan masa bersama saling melepaskan rindu. Sebelum tidur, Mus berbual dengan Farah.

" sayang......."

Farah ketika itu sedang baring di sebelah Mus.

" yer bang...."

" lepas ni abang dah jarang balik...sayang jaga diri baik-baik yer.....abang sayangkan sayang dengan sepenuh hati...ingat tu..." pesan Mus

" la...abang nak ke mana...? jangan la lama sangat tak balik....."

" tak kisah la...lama ke tak...abang nak sayang ingat satu perkara...apa pun yang terjadi..percayalah....cinta abang hanya untuk sayang...takkan berubah sampai bila-bila..."

ucap Mus sambil mengucup kepala isterinya, Farah hanya mendiamkan diri.

" Farah sayang abang tak....?"

Segera Farah mendongakkan kepalanya

" dan tentu la sayang....abang tak yakin ke dengan sayang...? "

" yakin.....abang cuma nak dengar dari mulut sayang jer...dah..tidur la...esok abang dah nak pergi..."

" ala.......erm....sebelum abang balik, abang kejutkan sayang yer..."

" tengok la macam mana, sebab abang nak gerak awal...abang akan pergi dengan Latif dan Zaid..tumpang kereta Latif jer, kereta abang ni..abang nak tinggalkan kat sini...nanti sayang tolong jagakan makwe abang tu eh..."

Farah pelik dengan kata-kata suaminya.

" kalau kereta abang kat sini...macam mana abang nak pergi kerja nanti...?"

" abang terbang jer lepas ni....." jawab Mus bersahaja

" abang ni......main-main pulak dia...." marah Farah

" tidur la sayang........"

♥♥**************************************************** ♥♥

http://www.lusterstudios.com/images/lindsaystephan/married-couple-swinging.jpg

Pagi itu, saat Farah membuka mata, suaminya telah tiada. Ada sehelai nota yang diletakkan di sebelah katil.

Farah sayang.....
abang pergi dulu.....jaga diri baik-baik...

terima kasih atas segalanya.
I love you.....
always and forever.
.

Farah hanya tersenyum apabila membaca nota tersebut. Usai solat Subuh, Farah sudah bersiap-siap. Dia telah berjanji untuk temankan ibunya ke pasar. Tiba-tiba telefonnya berbunyi..

Betapa ku cinta padamu
Katakanlah kau cinta padaku

Sematkan aku di hatimu

Walau di mana berada

Ingat ku dalam doa mu
...........

Hati Farah melonjak girang, segera dia menjawab panggilan tersebut.

" hello abang.......abang kat mana ni....sampai hati tak kejutkan sayang pagi tadi..."

Talian sepi....

" hello.....abang....kenapa senyap jer ni...? " soal Farah

" Farah............"

" erm....siapa ni...ni bukan abang kan....? " Farah mula pelik

" Farah......saya Zaid kawan Mus....."

" oh Zaid...abang mana....kenapa Zaid pula yang call saya...? "

" Farah......saya harap Farah bertenang yer....."

" kenapa ni Zaid...kenapa mesti bertenang...abang mana...saya nak cakap dengan suami saya...boleh tolong berikan telefon tu balik pada dia...? " hati Farah sudah mula tidak keruan

Mus terlibat dalam satu kemalangan. Kereta yang dipandu oleh Latif dilanggar sebuah lori yang sarat dengan bahan binaan. Mus tersepit di dalam kereta dan tidak dapat diselamatkan.

" Farah.....Mus....Mus accident....Mus takdapat diselamatkan...Mus dah tiada Farah..."

" apa.....Ya Allah.."

Farah jatuh terjelopok ke lantai, fikirannya kosong, dunianya dirasakan gelap.

Ayah dan ibunya meluru mendapatkan Farah apabila melihat Farah tiba-tiba rebah ke lantai.

" kenapa Farah..." Ibunya bertanya

Farah hanya mendiamkan diri. Ayahnya mengambil telefon dari tangan Farah.

" Hello.....ya....apa..........Innalillah'hiwainnalillahhirajiun...."

Hati Tajuddin menjadi sayu apabila mendapat berita tentang kematian menantunya.

" Farah......sabar la nak...." ayahnya mengusap kepala Farah

" kenapa bang.....kenapa dengan Farah ni......siapa yang meninggal....? soal isterinya bertalu-talu

" Mus.......Mus dah meninggal....."

" Innalillah......." airmata Mariyam menitis, Farah dipeluk erat.

" Farah........sabar ye sayang.....Allah lebih menyayangi Mus...."

Farah sedari tadi mendiamkan diri, tiba-tiba bersuara

" tak...........abang tak mati....abang tipu....abang sengaja nak main-main dengan Farah......tak.....!!!!" Farah mula hilang kawalan.

Ayah dan ibunya cuba untuk menenangkan Farah, tetapi gagal. Farah tidak dapat menerima kenyataan ini.

" abang..............jangan tinggalkan Farah........abang..........."

Farah meraung-raung memanggil suaminya.

" sabar Farah....sabar....Farah kena kuat...ini semua takdir sayang...."

Ibunya cuba memujuk. Sayu hatinya apabila melihat keadaan Farah.


http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ubTdWscJ-7ZZUM::images2.layoutsparks.com/1/167767/broken-heart-purple-love-1.jpg&t=1&h=195&w=260&usg=__u0QK8Thy0YeplxrUqoZkFQbrGWM=

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://www.eso-garden.com/images/uploads_bilder/dream_a_z.jpg

Segera Farah tersedar dari lamunan apabila mendengar Sarah memanggilnya.

" Kakak......nak makan tak....ibu ada masak sambal udang ni...." laung Sarah dari luar bilik

" takpe Sarah....akak dah mengantuk...Sarah makan jer la...." balas Farah

" ok......good night kakak......"

Farah tidak membalas ucapan itu. Dia mengatur langkah ke bilik air untuk berwuduk. Usai solat Isyak, dia menadah tangan berdoa pada Penciptanya moga sentisa diberi kekuatan untuk menempuhi setiap dugaan yang melanda.

Farah merebahkan dirinya di atas katil. Tempat tidur suaminya dipandang sayu.

" abang.......hadirlah dalam mimpi sayang....sekejap pun jadi lah....sayang rindu......rindu sangat.."

Akhirnya, Farah terlena diulit kenangan lalu. Tidurnya ditemani oleh linangan air mata, kain pelekat Mus dipeluk erat.




ok dokey.....nanti kita jumpa di episod yang akan datang pula yupp... :)

9 comments:

humayra said...

awak..sedey..
sebak gila baca..

nabilah_2908 said...

hrumm..jenuh gak sy dok berangan tau..hehe...

thnks ya..cz sudi baca.. :)

Mr JePz said...

sob99...waaaaaaaaaaaa!!! sdey btol..nseb bek x mntis air mata..hihihi.....sob3....neway,truskan cerita kamo0...waaaaaaaaaaaa!!

nabilah_2908 said...

hye JP...

ok...nanti sy smbung eh,, ;)

nurafizza said...

alamak..sedey nye...pandai la awk berfantasi..sgt sedey..

nabilah_2908 said...

fizza...

ms dok beranagn tu pun sy nagis...hehe...konon menjiwai watak..hahaha.. ;)

fara said...

Nabilah...
tacing sgt part ni.
rase nk nagesh je...

::mak incik:: said...

bace part ni teringat kat member fatin... huhu.. sedih la pulak...

Bobby C said...

Good reaading your post