Thursday, May 6, 2010

NOTA CINTA - PART 8

...HAPPY READING...

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://www.joyofvitality.com/images/my_lovely_roses.jpg

" morning Cik Sarah...." pembantu Sarah, Yasmin menyapa

" morning....." jawab Sarah sambil tersenyum

" wah....ceria semacam je Cik Sarah hari ni....asyik tersenyum je dari tadi...ada pape ke...?"

Sarah masih lagi tersenyum.

" iyer ke...takde la...senyum tu kan sedekah...?"

Tiba-tiba Sarah ternampak sejambak bunga ros merah berada di atas meja Yasmin

" cantiknya bunga tu...siapa bagi Min...bf eh...?"

" eh...tak la...lupa pula...ini untuk Cik Sarah..pagi tadi ada orang datang hantar bunga ni pada Cik Sarah..."

Sarah mengerutkan dahinya, lalu mengambil bunga tersebut. Sarah membelek-belek jambangan bunga itu.

" cantik...." desis hatinya

" thanks ya Min....." ucap Sarah

" erm...Cik Sarah....dalam pukul 11 ni ada meeting dengan GM yer, GM nak tambah pekerja baru..."

" nak kena setup interview session la ni...ok Min...thanks..." ucap Sarah lalu masuk ke dalam biliknya.

Sarah ternampak sekeping kad yang terselit di dalam jambangan bunga tersebut. Apabila dia membuka kad tersebut,

For my sweetheart....
Have a nice day....


Lots of love...

~Adam~


Sarah tersenyum lagi, hatinya girang. Perbualan mereka semalam masih lagi terngiang-ngiang di telinganya. Sarah rasa seperti di awangan, dia kini betul-betul mabuk cinta. Satu perasaan yang dia tidak pernah rasakan sebelum ini. Sarah sangat gembira.

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:Kthpx_yBtsEIXM::images2.layoutsparks.com/1/206843/hearts-with-roses-love.jpg&t=1&h=195&w=259&usg=__1rgT-z0b3o-od3hUYrjtWmZ1DME=

" Min...nah ni borang claim aku...." Ayu rakan sekerja Yasmin datang menghampiri

" kenapa lewat sangat....patutnya hantar sebelum 10 hari bulan...ni dah 13 haribulan tau.."

" ala...aku tak sengaja...kan aku kena ikut Puan Maria ke Sibu..aku lupa nak bagi pada kau sebelum pergi hari tu...erm..kau rasa Cik Sarah dah semak ke borang-borang Claim ni..?"

" entah la Ayu...aku tak sure...aku rasa dah...apa kata kau sendiri yang bagi pada dia...kau explain la elok-elok dengan dia..sure dia akan faham...lagi pun mood dia tengah baik sekarang ni..."

" kenapa kau cakap macam tu...? " soal Ayu dengan penuh rasa ingin tahu

" pagi ni muka Cik Sarah berseri-seri tau, bukan tu aje...dia dapat bunga lak tu..." Min membuka cerita

" wah...best nya dia....orang lawa macam tu la....eh...hari ni Cik Sarah pakai baju apa eh..? "

Yasmin memandang muka Ayu dengan penuh hairan.

" buat apa kau nak tau....? "

" kang aku cakap kau buta fesyen..kau marah....hari-hari kau mengadap muka Cik Sarah, takkan lah kau tak perasan...?"

Yasmin masih lagi tak dapat menangkap apa yang dimaksudkan oleh Ayu

" kau ni...tengok la baju-baju Cik Sarah, semua cantik-cantik...even simple je..tapi tetap cantik..aku berkenan betul dengan baju-baju dia.."

" oh..baju dia....ha'ah la betul tu...ha..hari ni lagi sweet....dia pakai baju kurung putih bunga pink.."

secara kebetulan Izati, setiausaha kepada GM ( general manager) lalu di situ, Izati yang sedari tadi mendengar perbualan antara Yasmin dan Ayu mencelah.

" apa yang sweet sangat...macam orang kampung jer aku tengok..." ujar Izati dengan angkuh

Ayu menarik muka, meluat rasanya apabila dia melihat Izati. Izati memang tidak disenangi oleh ramai orang di situ.

" ala Min...orang kampung pun ok apa..sopan jer...sedap mata memandang, tak macam ada orang tu..kalau pakai baju macam tak cukup kain..bila jumpa dengan orang-orang atasan mula la tergedik-gedik...." Ayu bersuara lantang

Izati yang sedang berjalan menuju ke pantry terhenti pabila mendengar sindiran Ayu. Izati memandang tepat ke muka Ayu dengan riak marah. Ikutkan hati mahu saja dia datang dan menampar muka Ayu. Nafasnya turun naik menahan geram.

" kenapa kau pandang aku macam tu...terasa ke...? aku tak sebut pun nama kau kan....so jangan la perasan...."

Izati segera berlalu dari situ, perasaan bencinya terhadap Ayu semakin membuak-buak.

" eh Ayu.....dah la tu..berani tul kau kan..." akhirnya Min bersuara

" si Izati tu kena ajar sikit...jangan ingat dia tu bagus sangat, mengutuk orang sesuka hati, hari ni orang lak mengutuk dia....ha baru dia rasa...."

" sabar lah Ayu....." Min cuba menenangkan Ayu.

" aku ok....erm....aku nak pergi jumpa Cik Sarah la..."

Ayu segera bergerak masuk ke dalam bilik Sarah.


♥♥ **************************************************** ♥♥

http://1.bp.blogspot.com/_HOCuXB2IC34/SyldSvmXphI/AAAAAAAAEuE/8clu5dc3Vxo/s400/0+girl+(www.cute-pictures.blogspot.com).jpg

Sarah sedang tekun menyelesaikan kerja-kerjanya. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Wajah ayah dan ibunya bermain di fikiran. Segera Sarah menjawab panggilan tersebut.

" Assalammualaikum Ayah......"

" Wa'alaikumsalam....anak ayah apa kabar..?"

" anak ayah yang sorang ni baik-baik jer..ayah dan ibu lak macam mana..?" soal Sarah dalam nada manja

" ayah dan ibu sihat, lama tak dengar suara Sarah, selalu dengar suara Farah jer..."

" ayah rindu Sarah eh.....? Sarah pun sama gak...time macam ni susah sikit Sarah nak call, bila malam lak..sure ayah takde kat rumah or dah tidur..."

" takpe lah tu....ni ada surat, perlu ke ayah postkan pada Sarah..? "

Sarah terdiam seketika, otaknya ligat merancang sesuatu, sudah lama rasanya dia tidak pulang menjenguk ayah dan ibunya.

" erm...takpe la yah....petang jumaat ni Sarah ingat nak balik Melaka...lama Sarah tak balik, nanti kita jumpa yer yah...Sarah ajak kakak sekali...."

" ha...bagus la tu, ibu Sarah pun dah mula bising...Sarah tau jer la ibu tu macam mana, sehari tak buka radio dia tak aman hidup..."

Kedua beranak itu ketawa serentak apabila mengenagkan si Ibu yang suka beleter.

" ok lah yah, Sarah ada meeting ni...nanti kita cakap lagi yer yah...."

" ha...iyer la...sebelum nak bertolak balik, call ayah dulu ya...Assalammualaikum..."

" Wa'alaikumsalam...."

Tiba-tiba pintu bilik Sarah diketuk,

" Cik Sarah, meeting dah nak mula..." Yasmin datang untuk mengingatkan Sarah

" ok...jom kita pergi....sure lama kan Min...GM kita tu...1 point dia boleh eleborate bukan main panjang lagi..."

♥♥ ****************************************************♥♥

macam tak best lak bila takde adengan Adam dan Sarah kan..?

takpe...tunggu next episode lak eh... ;)

4 comments:

Mr JePz said...

yess!!im the 1st to comment..hahaha..

cm besela...stiap kli ad kluaran bru.tgglkan tapak kt cni..

kene2 plak,jadi org first...

yehaaaa!!

~lovelife~ said...

adam! adam! adam! haahaa..

nabilah_2908 said...

hye Jp...

wee...thnks ya cz tk putus2 sokong sy.. :)

nabilah_2908 said...

hye lovelife... :)

boelh imagine tak muka adam macam mana..? :)