Sunday, May 30, 2010

NOTA CINTA - PART 26

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:5m1EA0ID0BMxfM::dimaagkadahi.files.wordpress.com/2009/04/love-21.jpg&t=1&h=194&w=259&usg=__pb6Nx3raIFjEN9EK6X6-ghdvNDg=

Farah merenung mukanya dan dirinya di cermin. Mukanya disoleh tipis, dia hanya mengenakan t-shirt putih dan dipadankan dengan cardigan berwarna unggu dan shawal hitam terlilit kemas di kepalanya. Dia merenung wajahnya dengan pandangan yang kosong, dalam masa yang sama
wajah arwah suaminya Mustaqim dan wajah Johari silih berganti.

" Farah...esok awak buat apa..." Perbualan dengan Johari semalam tergiang-ngiang di telinganya.

" kenapa....tak buat apa-apa rasanya..." soal Farah kehairanan

" nak ajak awak kahwin lari.........boleh...?" jawab Joe lalu ketawa besar

" ish........tak ingin..."

" haha...takde la...nak ajak awak jalan-jalan...." ujar Joe, ketawanya masih lagi bersisa

" nak ke mana...? baru kelmarin kita keluar...esok kan hari sabtu...Sarah ada kat rumah...nak bagi alasan apa nanti..?"

tanpa pengetahuan Sarah dan Adam, Farah dan Joe sering keluar bersama. Sejak dari pertemuan pertama mereka di majlis persandingan Fatin, hubungan mereka semakin rapat dari hari ke hari.

" ala....pandai-pandai la....boring lah wak...saya ingat nak bawa awak jalan-jalan kat Tanjung Harapan...awak kata hari tu awak tak pernah sampai kan...? cantik tau kat sana..."

" ingat pulak awak yer....tapi....dari sini ke Port Klang sana...bukan ke jauh..."

" sejam lebih jer wak....tak jauh mana...jom lah..." ujar Joe bersungguh-sungguh

" ok lah...." jawab Farah pendek

" ha....bagus...erm....saya ada soalan untuk awak...kalau saya tanya...awak marah tak...?"

Farah kehairanan,

" kenapa Joe tiba-tiba jer serius..." desis hati kecil Farah

" tanya la Joe...kalau saya boleh jawab...saya jawab..."

Talian sepi buat seketika, hanya deruan nafas Joe sahaja yang kedengaran.

" erm....seandainya....ada seorang lelaki datang menagih cinta daripada awak....awak rasa...awak boleh terima tak...?" soal Joe

" kenapa awak tanya macam ni...?"

" saja nak tau...."

" entah la wak...saya tak tau nak jawab apa.."

" awak........ini nasihat saya...terpulanglah kalau awak nak terima atau tidak..seandainya ada mana-mana lelaki yang menghulurkan cinta, baik awak beri peluang kepadanya..sampai bila awak nak hidup sendiri macam ni...saya faham awak masih tidak dapat melupakan arwah suami awak...tapi....life must go on...saya yakin arwah suami awak pun mahu awak teruskan hidup dengan bahagia..."

" hmm...tengoklah macam mana nanti.....saya susah untuk jatuh cinta....awak pulak macam mana....awak pun hingga kini masih lagi sendiri..kenapa tak cari pasangan hidup..? " soal Farah

" saya.....sedang mencari...dah jumpa pun...tapi....tak pasti la..apa perasaan dia pada saya.."

" awak tak tanya ke pada dia...sama ada dia sukakan awak or tak..?"

" tak berani....erm...kalau awak jadi perempuan tu.....awak rasa awak boleh terima saya tak..?"

Soalan dari Joe membuatkan Farah terdiam seketika, otaknya ligat mencari jawapan yang sesuai untuk Joe. Dia senang dengan kehadiran Joe dalam hidupnya. Cara Johari yang bersahaja, gelagatnya yang comel dan kelakar serta gelak tawanya amat menghiburkan hati. Farah kini keliru dengan perasaannya sekarang. Bayangan Johari sering bermain-main di fikirannya saban hari. Adakah ini yang dinamakan cinta?

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:mjGFoWTPpyHdfM::fc04.deviantart.net/fs10/i/2006/131/e/6/silly_girl_im_in_love_with_you_by_ikillforgod.jpg&t=1&h=277&w=182&usg=__Gq61kQhEZsYF3lW3FeeurXSzbJ0=

" kalau saya....saya terima....awak ni baik...kelakar...walaupun ada kalanya sikap awak menyakitkan hati...tapi saya rasa....dengan saya jer awak macam ni kan....dah tentu dengan perempuan yang awak puja...perangai awak baik-baik jer...ibarat pijak semut pun tak mati...betul tak...? " jawab Farah lalu ketawa.

Dia sebenarnya cuba menyembunyikan resah di hati. Entah kenapa hatinya dihambat rasa cemburu.

" haha...mana tau ni....memang...saya suka cari gaduh dengan awak...awak ni best...punyai semangat juang yang tinggi...even selalu kalah dengan saya..awak relax jer...kalau perempuan lain dah tentu merajuk dengan saya berminggu-minggu..." Johari ketawa lagi

" sorry sikit.....saya tak selalu kalah dengan awak tau....saya just malas jer nak lawan cakap dengan awak....letih..." ujar Farah membela diri.

" hahahaha....whatever lah Cik Kerempeng oii........so jadi tak kita keluar esok...?"

" ha....Cik Kerempeng lagi........En Panda tompok-tompok hitam.....buat sekian kalinya....jangan panggil saya Cik Kerempeng lagi......kalau awak panggil lagi...saya tak nak cakap lagi dengan awak sampai bila-bila...." Farah memberi amaran.

" awww.....garangnya dia....minta ampun..minta maaf Tuan Puteri Farah Umairah....saya tanya lagi ni...jadi tak...?"

" ok lah....jadi..tunggu saya kat luar esok..." akhirnya Farah bersetuju untuk keluar dengan Johari

" ok.....saya ambil awak pukul sepuluh pagi esok yer...."

Farah tersedar dari lamunan apabila telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada SMS untuknya.

Tuan Puteri Farah Umairah....bila kita boleh berangat...?
janji pukul sepuluh..sekarang dah pukul berapa...?
dah berabad saya menungu kat bawah ni...
abang guard yang macho-macho ni dok perhatikan saya je dari tadi... - Joe

Farah tersenyum sebaik sahaja selesai membaca SMS dari Johari. Jari jemarinya ligat menekan keypad telefonnya untuk membalas SMS tersebut.

ok...nak turun lah ni. - Farah

Farah mencapai beg tangannya lalu bergegas keluar dari biliknya.

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://dimaagkadahi.files.wordpress.com/2009/04/love7.jpg?w=495&h=277

Sarah sayang..
Adam dah sampai....Sarah dah siap ke..? - Adam

I'm on my way dear :) - Sarah

Sebaik sahaja Sarah menerima SMS dari Adam, dia segera keluar dari rumahnya. Segugus kunci ditangannya digenggam erat lalu memilih salah satu dari kunci tersebut dan mengunci pintu rumah. Setelah dia yakin pintu rumahnya telah berkunci dia segera menuju ke lift.

Hampir 5 minit, lift telah sampai ke bawah. Saat pintu lift terbuka, Adam sudah pun menantinya beserta senyuman. Sarah memerhatikan Adam dari atas ke bawah.

Adam hanya mengenakan t-shirt polo berwarna putih, lambang dan nombor yang tertera dibaju tersebut berwarna biru laut dan dipadankan dengan seluar jeans juga berwarna biru. Manakala Sarah pula memakai blouse putih paras pinggul dan berbunga kecil berwarna biru laut. Rambutnya yang panjang dibiarkan, Sarah hanya menyepitkan sedikit rambutnya di bahagian kanan kepala dengan sepit rambut yang kecil juga berwarna biru. Mereka sedondon.

Sarah menunding jari ke arah Adam lalu berkata

" copy cat..."

Adam mengangkat kening lalu mengeleng-gelengkan kepalanya

" its you..not me..." balas Adam

" nope.....Adam yang tiru Sarah.." Sarah masih tidak mahu mengalah walaupun dia tahu memang secara kebetulan pakaian mereka sama.

" ok...ok....Adam yang tiru Sarah, dari jauh Adam teropong Sarah tengok Sarah pakai baju apa...ok lah jom..." Adam memaut lengan Sarah, lalu membawa Sarah menuju ke keretanya. Sarah hanya ketawa.

" sehati dan sejiwa kita ni kan..." ucap Sarah

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:atVeVEjkMn5PGM::www.thedatingdance.co.uk/images/happycoupleonbeach.jpg&t=1&h=178&w=268&usg=__FZxhS6EHrQBuO2GvgBM8eLh0KMk=

♥♥ **************************************************** ♥♥

apa akan terjadi seterusnya....?tunggu episod seterusnya ya.. :)

3 comments:

Mr JePz said...

hohohoho,,,proses men-skodeng akan tiba..

nurafizza said...

ehem2..nk folo jgk la org skodeng..nice...cinta antara farah n joe akan mula bputik..weee...

Anonymous said...

oho..
date yea kak farah..