Friday, May 28, 2010

NOTA CINTA - PART 24


...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEggus2S4r9RpKy7zDEkJ5txbuK76thHk1o64lw35Un974g0VK9qdTbW3lQUZJmroq_QEXX02k17yiM2__0euCv2nYAFAWT8yjZJTLOwLCBTnns06Eb7byUcsjzvDVhLOM9lUC_dfwFsjpI/s1600/dreams.jpg

Saat Adam dipertemukan dengan ayah dan ibu Sarah, degupan jantungnya agak kencang, hatinya resah gelisah. Namun dia memujuk hatinya supaya bertenang. Adam duduk berhadapan dengan Tajuddin dan Mariyam, wajah ayah dan ibu Sarah direnung. Wajah ibu Sarah sangat mirip dengan wajah Farah, manakala Sarah pula memiliki iras wajah ayah dan ibunya.

Sementara itu, Farah dan Sarah menginti-ngintai dari dapur. Ingin tahu apa yang dibualkan oleh Adam, ayah dan ibunya.

" Kak....macam mana ayah interview Adam..ha...macam tu la Sarah interview orang hari tu tau..hope Adam dapat lah menjawab semua soalan dengan jayanya..." ujar Sarah

" hmm....harap macam tu juga la...nampak macam serius jer tu..." sambung Farah

" Sarah....mana airnya.....kenapa lambat sangat..." laung ibunya

Kedua beradik itu tersentak dengan laungan ibu mereka, dengan segera Farah mengeluarkan gelas, manakala Sarah pula sibuk membancuh air. Setelah siap, Sarah membawa minuman ke ruang tamu. Sambil menghidangkan air, Sarah sempat menjeling ke arah Adam. Riak muka Adam kelihatan tenang begitu juga ayah dan ibunya.

" Sarah...pergi kemaskan bilik tamu kat depan tu, Adam akan bermalam di sini..." perintah ayahnya.

Sarah mengangkat keningnya sebaik sahaja mendengar kata-kata ayahnya.

" iyer ke yah,....?" soal Sarah kembali

" iyer la...dah cepat pergi kemas bilik...lepas tu boleh tolong ibu masak..." ujar ibunya.

" Adam, ada bawa baju ke...?" soal ayahnya

" ada pakcik...memang dah siap-siap bawa dari KL tadi..." jawab Adam dengan sopan

" sopannya dia..." bisik hati kecil Sarah

" bagus la...cepat-cepat pergi mandi..nanti boleh ikut pakcik sembahyang maghrib berjemaah di masjid nanti...ha Sarah.....buat apa lagi kat sini...pergi la kemaskan bilik tu...."

Tanpa sebarang bantahan, Sarah segera menuju ke bilik tamu beserta senyuman. Hatinya melonjak riang, pasti ayah dan ibunya menyetujui pilihan hatinya.

Sarah mengemaskan bilik tersebut, penghawa dingin dan lampu dihidupkan. Sebaik sahaja kerja-kerja mengemas selesai, Sarah menarik tombol pintu dan ingin keluar, dalam masa yang sama Adam pula masuk ke dalam bilik tersebut. Keadaan sunyi buat seketika. Mereka saling berpandangan dan tersenyum.

" Sarah.........dah sudah ke belum kemas tu...? " laung ibunya.

" err....Sarah ada letakkan towel atas katil tu...Adam pergi la mandi yer.." ujar Sarah dan terus berlalu keluar dari bilik tersebut. Adam hanya menghantar Sarah dengan sorotan pandangan matanya sahaja.

Sarah tersenyum lagi, dia rasakan seperti di awang-awangan. Sebaik sahaja dia ingin memasuki dapur, dia hampir bertembung dengan ibunya.

" ish budak ni......apa dah taknampak ke ibu kat depan ni..?" rungut si ibu

" sorry bu...tak perasan..." ucap Sarah, senyuman masih tidak lekang di bibirnya.

" bu...tengok la tu...dok senyum jer dari tadi..." Farah cuba mengusik Sarah.

" eh kakak ni...mana ada...baru jer nak senyum ni..lagi pun senyum tu kan sedekah...kan bu..?" soal Sarah.

Soalan Sarah tidak dilayan oleh ibunya kerana leka mengupas bawang. Sarah menarik kerusi dan duduk di sebelah ibunya. Sebiji bawang dan sebilah pisau dicapai, kulit bawang yang nipis itu dikupas perlahan.

" bu.....Sarah nak tanya sikit boleh...?" ujar Sarah

" apa....?"

" erm....apa pendapat ibu tentang Adam...ok tak...?"

" ok....suruh dia datang masuk meminang cepat-cepat....kalau lambat...ibu akan terima penangan orang lain..."

Bagi Mariyam, dia amat berpuas hati dengan pilihan Sarah. Adam seorang lelaki yang tinggi budi pekertinya. Walaupun Adam baru sahaja memeluk Agama Islam, namun ilmu agamanya cukup tinggi, Mariyam yakin Adam boleh membimbing anaknya. Mariyam juga yakin Adam mampu membahagiakan anaknya. Dari riak wajah Adam, memang jelas terpancar akan keikhlasannya terhadap Sarah. Mariyam sangat bersyukur kerana Allah telah mempertemukan jodoh yang baik buat Sarah.

" ala bu.......nanti-nanti la cakap pasal kahwin eh...kite orang baru 25 tahun....Adam tu...kena juga buat persediaan...."

" ibu tak kira...ibu taknak Sarah buang masa bercinta lama-lama dengan Adam...duit tu boleh di cari...tak manis tau anak dara dan anak teruna ke hulu ke hilir tanpa sebarang ikatan..."

Sarah mendiamkan diri kerana kehilangan kata-kata, dia tidak mempunyai kekuatan untuk membidas kata-kata ibunya.

" Farah pula macam mana...ada ke yang berkenan di hati...?" soal Mariyam

Farah yang sedang membersihkan ikan tersentak sebaik sahaja namanya disebut.

" err...nanti-nanti lah bu....." ujar Farah pendek

" kamu ni dua beradik...sama jer kan...nak kata kembar...beza empat tahun...ibu ni dah tua Farah...teringin juga nak menimang cucu..."

" ha...kak...abang Joe kan minat dengan akak...apa lagi on jer la..." cadang Sarah

Farah mencengilkan matanya memandang Sarah. Sarah pula ketawa terkekeh-kekeh.

" siapa pula Joe tu Sarah...?" soal si ibu

" erm.....buat masa ni secret....nanti bila kakak dah ready..dia bagi tau lah...ibu jangan risau yer.."

" suka hati kamu lah.....dah cepat kupas bawang tu....ibu nak masak dah ni.."

♥♥ **************************************************** ♥♥

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMktZF6dL0rK6XLm8Ymiohzc-S-g1Rvx4dc9VcEXFptmQ97_gGU5qu6lUNdyJbR5ah9_UEgCdqn782IgVEl_QqJu6us5xbKYqT_Am4SWXLWS9rpM2mcbPX3J3PoiRG2x4CPsWnSXGc6ao/s1600/tattoo,mewithoutyou,vonnegut,girls,kurt,vonnegut,quotes-2d7a9bd6d8726a595c5c49ecc407343a_h.jpg

Tepat jam 9 malam, Tajuddin dan Adam telah pulang dari masjid. Adam terus dijemput ke ruang makan. Lauk pauk telah pun terhidang di atas meja. Adam melihat lauk pauk tersebut satu persatu. Ada asam pedas, ayam goreng, kobis goreng telur, ulam-ulaman dan sambal belacan. Adam menelan air liurnya, dia memang menggemari masakan kampung seperti ini.

" ha Adam..kenapa ditenung saja lauk-lauk tu....Adam tak boleh makan pedas ke..?" soal Tajuddin

Sarah yang duduk bertentangan dengan Adam menyampuk,

" kalau ayah nak tahu, Adam ni penggemar masakkan melayu tau...dari dulu lagi dia ni hantu belacan..."

" menu malam ni semua cadangan Sarah...makcik masak jer la..." Mariyam pula menyambung

" err...Sarah tak masak ke makcik..?" soal Adam

" Sarah....nak suruh dia masak....haih....kalau dia betul-betul lapar..takde benda nak makan..baru la dia masak...bukan tak tau masak...malas.." Mariyam membuka cerita

" ala ibu ni......" Sarah mencebikkan bibirnya, Adam pula hanya ketawa.

" dah....jom makan...Adam..boleh bacakan doa..?" pinta Tajuddin

Adam menganggukkan kepalanya dan terus menadah tangan, semuanya turut menadah tangan, mendengar dan mengaminkan Adam membacakan doa makan.

" sedap suara Adam..." desis hati kecil Sarah, dalam masa yang sama dia mencuri pandang ke arah Adam. Dia mula membayangkan kehidupannya bersama Adam satu hari kelak.

" Amin......." masing-masing mula menjamu selera,

Tetapi Sarah masih menadah tangan, fikirannya melayang entah ke mana. Adam memerhatikan Sarah lalu dia ketawa begitu juga dengan seisi keluarga. Farah yang berada di sisi segera menyergah Sarah.

" Sarah.........."

Sarah tersedar dari lamunannya, dia masih lagi menadah tangan.

" tak habis lagi ke baca doa tu..?" ujar Farah.

Baru dia perasan semua mata tertumpu ke arahnya. Muka Sarah mula kemerah-merahan menahan malu. Dia tidak berani bertentang mata dengan Adam, dia pasti Adam akan senyum mengejek ke arahnya.

" haih anak dara sorang ni........jauh berangan...dah sampai mana..?" soal ibunya.

Sarah hanya tersengih, lalu memasukkan nasi ke dalam mulutnya.

Adam memandang Sarah beserta senyuman.

" Sarah...oh Sarah....setiap tingkah mu...setiap keletah mu...buatkan aku semakin menyayangi dirimu...aku sangat bersyukur kerana dapat memiliki hati mu...." hati kecil Adam berkata-kata.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEighpfFEp0RNFKGgb5OxwoyqjfGvoH62QaqpMn-Yz7HxT6xdL9SXu7yizqe9gmqNY6LzYAKI32C3iWe8z7EiMvDr2VYB49yz0iN74fccLy7U3T56WeXbAT0npCVaca6MGJy7gc0ctdqSxc/s1600/first-love.jpg

♥♥ **************************************************** ♥♥

macam mana pula episode kali ni...any comment...?

4 comments:

epy elina said...

hohoohho...
best la n3 ni....
nsb kuarga sarah dpt trma adam...
br adam ngn sarah kawen dulu...
tkut nnt ada phak ke 3 dtg mnggangu...

nabilah_2908 said...

hye elina ;

org ke 3 dh dilenyapkan..kini tinggal org ke 4 dan ke 5...huhu..

thnks ya... :)

Mr JePz said...

bestnyer...huhuhuhu...

MaY_LiN said...

sweet