Wednesday, May 26, 2010

NOTA CINTA - PART 22


...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥

http://i288.photobucket.com/albums/ll179/onigiri_dice/anime/anime_lovers.jpg

Keadaan di Alam Megah Holdings kecoh seketika, Razif telah pun ditangkap polis. Sarah pula masih lagi trauma, dia hanya duduk mendiamkan diri di dalam meeting room sambil ditemani oleh Uzair dan Yasmin.

Pelbagai persoalan bermain-main di fikiran Uzair. Siapa Razif, apa kaitannya dia dengan Sarah, kenapa Razif boleh bertindak sejauh itu terhadap Sarah, apa yang Sarah telah lakukan pada dia, dan adakah Sarah meninggalkan Razif untuk Adam. Adakah Sarah seorang perempuan yang sering mempermainkan hati lelaki.

Uzair merenung wajah sugul Sarah sedalam-dalamnya, dia cuba mencari jawapan untuk setiap soalan-soalannya. Suara halus dari hatinya berbisik, Sarah bukan seperti yang disangkakannya. Lamunannya terhenti sebaik sahaja mendengar ucapan salam dari Adam.

" Wa'alaikumsalam...." jawab Uzair lalu memalingkan mukanya

Sebaik sahaja dia melihat Adam, dahinya berkerut meningat sesuatu. Lelaki cina yang berdiri di hadapannya membuatkan kotak mindanya berputar mengingati sesuatu.

" ya....aku dah ingat sekarang..." desis hati kecil Uzair

Lelaki cina ini lah yang dilihatnya di taman tasik tempoh hari, dan gadis yang berada di sisinya adalah Sarah. Gadis yang telah membuatkan dia jatuh cinta saat pertama kali memandang wajahnya. Namun sebaik sahaja dia melihat Adam dan Sarah berpegangan tangan, hatinya luluh lalu dia cuba lupakan segala yang berlaku di taman tasik itu.

" ini En Uzair ya...?" sapa Adam

" ya...saya...." Uzair menghulurkan tangan, lalu disambut Adam dengan mesra. Mereka bersalaman.

Pandangan Adam beralih kepada Sarah. Sarah kelihatan pucat dan lesu. Sayu rasa hatinya tatkala melihan kekasih hati berkeadaan begitu. Adam segera mendapatkan Sarah.

" Sarah sayang..........Adam datang ni...." ujar Adam lalu mengusap-ngusap kepala Sarah.

Sarah memandang Adam, dia terus memeluk Adam yang berada di sebelahnya lalu menangis teresak-esak.

" sayang.........jangan menangis...semuanya dah ok....kita balik ya...?" pujuk Adam

Sarah hanya menanggukkan kepalanya sahaja. Dalam masa yang sama Uzair dihambat rasa cemburu apabila melihat Sarah dan Adam.

" Sepatutnya aku yang memeluknya, sepatutnya aku yang menenangkannya..." hatinya menjerit.

" En Uzair...kami balik dulu...terima kasih di atas segalanya. Yasmin sempat memberitahu apa yang telah terjadi....jika En Uzair tiada..tak tahu lah apa yang akan terjadi pada Sarah..terima kasih sekali lagi..." ucap Adam bersungguh-sungguh.

Uzair cuba mengukir senyuman,

" its ok...saya yang bersalah sebenarnya, sepatutnya saya temankan dia bukan biarkan dia berjalan keseoranagn ke pejabat...maafkan saya...." ujar Uzair sambil menjeling Sarah yang berada di dalam dakapan Adam.

" perkara dah nak jadi En Uzair...takpe la tu..."

" hmm...Sarah........esok awak tak perlu datang kerja, awak ambillah cuti dalam seminggu untuk menenangkan perasaan awak. Yasmin akan ambil alih tugas-tugas awak untuk sementara waktu...kalau ada apa-apa...awak jangan lupa call saya yer..?" pesan Uzair, Sarah mengangguk lemah.

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://image.guardian.co.uk/sys-images/Books/Pix/pictures/2007/02/14/APAnilDayal_heart460.jpg

Sebaik sahaja Sarah pulang dari pejabat tempoh hari, Sarah diserang demam panas dan memakan masa hampir seminggu untuk pulih seperti sediakala. Adam memberikan sepenuh perhatiannya kepada Sarah. Setiap kali dia pulang dari kerja, dia pasti akan singgah ke rumah Sarah unutk menjenguk keadaan Sarah. Manakala Razif telah di hantar ke rumah sakit jiwa kerana dia mengalami tekanan jiwa yang teruk.

Kini hampir tiga hari Sarah berada di Melaka, ibunya mendesak supaya Sarah dibawa pulang ke Melaka. Sepanjang tiga hari berada di Melaka, Sarah banyak habiskan masanya di tepi pantai Pengkalan Balak, biar pun telah ditegah oleh ibunya, namun Sarah tetap berdegil. Baginya deruan ombak di pantai mampu menenangkan hatinya.

Petang itu, seperti biasa Sarah akan mengahbiskan masanya di tepi pantai. Sedang Sarah leka memerhatikan kawanan burung yang sedang bebas beterbangan, dia disapa oleh seseorang.

" Sarah..........."

Sarah memalingkan mukanya, lalu senyuman manis terukir di bibirnya.

" Adam.........!!" ujar Sarah separuh menjerit,

Adam membalas kembali senyuman Sarah. Senang hatinya apabila melihat senyuman manis dari Sarah. Senyuman itu telah hilang semenjak seminggu yang lalu. Sarah kelihatan lebih sihat, mukanya yang dulunya pucat kini kembali kemerah-merahan.

" mana Adam tahu Sarah kat sini....?" soal Sarah dalam nada yang girang

" tanya Kak Farah...."

Mereka berpimpinan tangan berjalan menyusuri gigi air. Mereka saling bergurau senda di antara satu sama lain. Setelah penat berjalan, mereka melabuhkan punggung di atas dahan pokok yang sangat rendang di mana dahannya hampir mencencah tanah.

" Sarah....Adam nak tanya sesuatu boleh...? " soal Adam sambil memegang erat tangan Sarah

" hmm....Sarah rasa...Sarah tahu apa yang sedang bermain-main di fikiran Adam, Adam perlukan penjelasan tentang apa yang dah berlaku hari tu kan...?"

" macam tu lah...maafkan Adam, Sarah rasa Adam berhak ke untuk dapat penjelasan itu..?" soal Adam

" ya...Adam berhak.....kita pernah berjanji dulu....tiada rahsia di antara kita...tapi Sarah masih lagi berahsia pada Adam tentang kisah silam Sarah...maafkan Sarah....."

Sarah melepaskan pandangannya ke kaki langit dan mula bercerita.

♥♥ **************************************************** ♥♥

ok...nanti sambung lagi.. :)

2 comments:

Mr JePz said...

erm....1st!!!

nabilah_2908 said...

yupp..Mr Jepz selalu jd yg pertama..hehe..thnks.. :)