Tuesday, May 25, 2010

NOTA CINTA - PART 21


...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥
http://farm1.static.flickr.com/189/516949502_68bd6cc852.jpg

Suasana di basement bagunan Alam Megah Holdings sunyi sepi, tiada kereta yang keluar masuk, kerana pada waktu-waktu begini warga Alam Megah masih lagi sibuk menyelesaikan tugas-tugas mereka di pejabat.

Sarah sedikit kaget apabila melihat Razif, jarak di antara mereka semeter cuma , dia risau kalau dia diapa-apakan oleh Razif. Namun dia cepat-cepat membuang sangkaan itu. Mata Razif yang cengkung dipandang sayu. Begitu juga dengan Razif, dia memandang Sarah dengan pandangan yang kosong.

" Razif.........buat apa di sini...?" ulang Sarah.

" abang cari sayang lah....banyak kali abang call...sayang langsung tak jawab...kenapa sayang..?"

Sarah memejamkan mata sambil menarik nafas sedalam-dalamnya, lalu melepaskannya dengan kasar.

" Razif.....dah berapa kali kita bincangkan hal ni...antara saya dan awak sudah tiada ikatan lagi..."

" abang tak boleh hidup tanpa sayang....abang minta maaf...abang tahu abang salah...tapi tolonglah berikankan abang peluang sekali lagi...abang janji..abang akan berubah..." rayu Razif, Razif menghampiri Sarah, namun Sarah cuba menjauhkan diri.

" Razif.......tolonglah....sudah-sudah la tu....saya takkan kembali pada awak...jika saya kembali sekali pun...perasaan saya takkan berubah...awak pun tahukan perasaan saya macam mana sebelum ni....saya tak cintakan awak...cinta tidak boleh dipaksa Razif....mengertilah...." terang Sarah

" cinta boleh dipupuk sayang....abang boleh bagi sebanyak mana masa yang sayang perlukan...asalkan sayang kembali kepada abang...tolonglah....." Razif terus merayu.

" tidak........!! Razif.....untuk sekian kalinya, saya mohon lupakan lah saya...saya dah ada kehidupan saya sendiri..." suara Sarah mula meninggi.

Razif merenung muka Sarah dengan renugan yang tajam, nafasnya berombak, hatinya panas. Tiba-tiba Razif merentap kedua belah tangan Sarah, Sarah meronta minta dilepaskan, namun pegangan itu semakin kejap.

" kau takkan terlepas dari aku...kau milik aku...faham tak...? " jerit Razif

Razif hilang pertimbangan, dia mula bertindak kasar terhadap Sarah. Razif menghempaskan tubuh Sarah ke dinding.

" Razif.........tolong lepaskan saya....awak sakit.....awak kena dapatkan rawatan dengan segera.." rayu Sarah, tubuh badannya menggigil ketakutan.

" kau nak kata aku gila la yer....."

" ye..........kau memang gila....!!" balas Sarah,

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:zdHC3oNfNiq7eM

Dalam masa yang sama dia cuba menolak Razif degan segala kudarat yang ada. Namun dia tidaklah sekuat Razif, tolakkan dari Sarah tidak memberi apa-apa kesan kepada Razif. Razif mula berang, dia menggoncangkan tubuh Sarah dan sekali lagi dia menghempaskan tubuh Sarah ke dinding. Sarah semakin lemah akibat dari hentakkan tersebut. Sarah betul-betul ketakutan, di dalam hatinya tidak putus-putus berdoa kepada yang Esa agar dia tidak diapa-apakan oleh Razif.

"dasar betina tak sedar diri........" jerit Razif,

tangannya dihayun tinggi dan bila-bila masa sahaja tangannya itu akan hinggap di pipi Sarah. Sarah hanya memejamkan matanya. Dia tidak mampu melawan lagi. Peristiwa dia yang pernah ditampar oleh Razif suatu ketika dulu kembali bermian-main di kotak mindanya.

" Hoi.............!!!" jerit Uzair lalu menolak Razif sehingga Razif jatuh tersungkur.

" Sarah.......awak ok ke...?" Sarah membuka matanya sebaik sahaja dia mendengar suara Uzair. Dia mengangguk lemah.

Tiba-tiba Uziar pula terjatuh akibat daripada tendangan Razif dari sisi. Razif bangun mendekati Uzair.

" siapa kau nak masuk campur dalam hal aku...? ooo.........baru aku faham sekarang...kau ni lah kekasih baru betina jalang ni kan...?"

Sebaik sahaja Sarah mendengar perkataan 'betina jalang' yang keluar dari mulut Razif, serta merta hatinya tersentap. Sampai begitu sekali Razif menghina dirinya. Maruahnya dipijak-pijak dek kata-kata yang keluar dari mulut Razif sebentar tadi. Sarah bangkit bangun, memandang tepat ke muka Razif,

" Razif......!! kau kata aku betina jalang....aku menjalang dengan siapa...?? pernah ke aku menjalang dengan kau...? jaga mulut kau tu sikit....!!" jerit Sarah

Hati Razif semakin panas apabila Sarah cuba melawan, dia datang mendekati Sarah. Dagu Sarah direntap dengan tangan sasanya. Sarah mengeluh kesakitan.

" memang kau tak menjalang dengan aku...tapi kau menjalang dengan jantan lain bodoh...!!!"

Uzair segera bangun, tangan Razif ditepis dengan kuat. Uzair cuba melindugi Sarah

" baik kau pergi sebelum aku call security....pergi.....!!! " arah Uzair

" apa kau ingat aku takut ke dengan kau....dasar jantan bacul....kalau betul anak jantan lawan lah..." Razif cuba menduga.

" Kurang ajar......"

Satu penumbuk sulung dari Uzair hinggap di muka Razif. Sekali lagi Razif jatuh tersungkur. Darah yang mengalir keluar dari mulutnya dikesat. Sebaik sahaja dia melihat darah di tangannya, dengan tiba-tiba dia ketawa.

Uzair segera mengeluarkan telefonnya dan terus menghubungi Pengawal Keselamatan. Sedang leka Uzair bercakap, Razif bagun dan cuba menyerang Uzair. Namun Uzair lebih pantas mengelak, tumbukkan Razif terkena dinding.

" Argh....!!!" Razif menjerit kesakitan.

" aku bunuh kau........!!!" jerit Razif lalu menerpa Uzair,

Belum sempat Razif berbuat apa-apa, dua orang pengawal keselamatan telah datang menyelamatkan keadaan. Kedua belah tangan Uzair dipegang erat. Razif meronta-ronta cuba melepaskan diri, namun segala usahanya sia-sia.

Sarah sudah lama jatuh terjelopok ke lantai, dia hanya mampu menyaksikan pergelutan yang berlaku.

" awak dah call polis...?" soal Uzair kepada salah seorang pengawal keselamatan tersebut.

" sudah En Uzair, mereka dalam perjalanan...."

" Sarah.......tolong abang...tolong abang sayang........abang sayangkan sayang.....tolong lepaskan abang....." rayu Razif, dia mula meracau tidak tentu hala. Dua orang pengawal tersebut membawa Razif pergi dari situ.

Uzair menghampiri Sarah. Sebaik sahaja dia cuba menyentuh bahu Sarah, tiba-tiba sahaja Sarah terkejut.

" its ok Sarah.....Sarah dah selamat..tidak perlu takut lagi...." Uzair cuba menenangkan Sarah.

" Adam......." nama itu keluar dari mulut Sarah.

" Adam....siapa tu Sarah...?" soal Uzair,

belum sempat Sarah menjawab, telefon Sarah berbunyi. Uzair mengeluarkan telefon dari beg Sarah. Terpapar nama 'Adam Sayang' di skrin telefon Sarah.

http://zindy-zone.dk/images/drawings/coal/i_am_sorry_sad_girl_s.jpg

♥♥ **************************************************** ♥♥

" hello.....ini En Adam yer..." Uzair menjawab panggilan tersebut.

" err..ya....ini siapa...mana Sarah...? " soal Adam

" saya rasa lebih baik En Adam datang ke sini segera, Sarah sangat memerlukan awak En Adam.."

" Sarah di mana...kenapa dengan dia..?" Hati Adam mula dilanda resah

" Sarah masih lagi di pejabat..datang lah...dia asyik menyebut nama awak..."

" baiklah saya datang segera...terima kasih..."

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjVpB-ziWlrMhULpawbOfC3mgqu4fvfeRYcu0JmwFdM0ack-OWIzSi1SKEDPeAIhJ4kA_DyBQWONT983kjvEtbCZYVcabh5H3avtUrsX8kBbX9sOImaLt3n2eONG-z1xN7g1GUz8twQ8SIb/s400/lost+love.jpg

♥♥ **************************************************** ♥♥

hmm....I masih lagi kat office...terpaksa stay back..banyak kerja...saja rehat jap..update cerita ni...

so macam mana kali ni...any comment..?


1 comment:

Mr JePz said...

best2 cter,,,razif memang dh gler dh agknye...