Sunday, May 23, 2010

NOTA CINTA - PART 20

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥


http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:OuIJwbnono0VRM::www.gaelick.com/wp-content/uploads/2009/11/working-women.jpg&t=1&h=183&w=275&usg=__uumoxlEr4Ti2dhLQjVq5juIagNU=

Sesi temuduga untuk mengisi kekosongan jawatan di Alam Megah Holdings telah pun berakhir dengan jayanya. Malah calon-calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut juga telah dikenal pasti.

" huh......hari-hari yang meletihkan....macam-macam ragam..." rungut Sarah.

" ya..that's true....tapi seronok lah...ada sorang candidates tu, terketar-ketar tangannya masa jawab soalan dari kita...sergah sikit dah tergagap-gagap...macam mana la nak jadi Site Supervisor macam ni...." ujar Uzair sambil tersenyum sendiri apabila mengenangkan gelagat calon-calon yang telah di temuduga sebentar tadi.

" hahahaha....ini your first time kan Uzair...belum tengok lagi previous interview session...lagi haru...kami rasa kami ni dah macam juri untuk pertandingan American Idol....kami kritik sana..kritik sini....." sambung Yazid, selaku Financial Manager.

" betul tu....pelik juga sebab kami mencari tenaga kerja professional..tapi yang datang..semuanya unprofessional...kurang keyakinan diri...faham mereka ni semua fresh graduate...tapi bukan ke semasa mereka belajar, mereka telah diajar cara-cara untuk menghadiri temuduga...buku-buku juga banyak dijual...ada juga yang merayu-rayu..kononnya dia berasal dari keluarga yang susah..sangat memerlukan pekerjaan...geleng kepala saya dibuatnya...." giliran Faruq pula menyampuk.

" tapi kali ni...much better.. betul tak...? rata-rata yang datang sudah pun ada pengalaman.." sambung Sarah

" betul tu...saya setuju...saya tengok awak pun semakin cakap Sarah...dua tahun dulu..awak di interview di sini...dan kini....giliran awak pula...ha...mana tahu nanti awak boleh pula take over tempat saya...saya pun umur dah senja...takkan selamanya saya akan berkhidmat di sini..." ujar Faruq.

Uzair hanya memandang Sarah, setiap kali mereka bertentangan mata, dia dapat rasakan hatinya berkocak.

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:nz-WKT40ZNtS-M::www.deviantart.com/download/77815466/What_Is_Love___by_PARANOIA__7.jpg&t=1&h=258&w=195&usg=__g_YmrHZem2lpFGUtSb5KKRJF_V8=

" eh En Faruq ni...saya baru saja bekerja di sini....masih terlalu awal...." ucap Sarah merendah diri.

" kalau awak kekalkan prestasi yang bagus macam ni...nothing impossible Sarah..and maybe Yasmin pula akan ambil alih tempat awak...." balas Faruq

" ha...betul tu..kalau Yasmin tak naik pangkat pun takpe...boleh kerja dengan saya...jadi pengurus rumah tangga..boleh ke Yasmin...." sampuk Yazid sambil memandang Yasmin.

Yasmin terkaku sebentar, dia membalas pandangan Yazid. Yazid tersenyum penuh makna.

" En Yazid ni..cakap biar terang....pengurus rumah tangga...or suri rumah tangga...berkias-kias pulak dia..." soal Sarah

" hahahha...." mereka ketawa serentak, Yasmin hanya tersenyum menahan malu. Soalan yang diajukan kepada Yazid dibiarkan sepi tanpa jawapan.

Uzair melihat jam di tangannya..

" Ya Allah....dah hampir pukul empat, pantas betul masa berlalu...eh apa kata kita pergi minum-minum dulu...." ujar Uzair sambil memandang Sarah

" hai....ajak Sarah jer ke...? kami-kami ni...." soal Yazid

" la...semua la...jom....ok tak kalau cari kedai mamak...kopitiam ke..?"

" mamak la..santai sikit....." Yazid memberi cadangan

" Otai kita.....En Faruq....nak ke mana...?" soal Uzair

" apa pula ber encik-encik ni....saya tak kisah...ikut jer...anak CEO kita belanja la..boleh..?"

" no hal la.....lagi pun lama betul tak lepak-lepak kat kedai mamak...jom la...Sarah...Yasmin...ikut sekali..."

Sarah dan Yasmin hanya menganggukkan kepalanya. Semua bangun keluar dari Interview Room dan bergerak keluar dari pejabat. Sebaik sahaja mereka tiba di bahagian Ground floor, Uzair sekali lagi bersuara.

" guna kereta saya jer la yer...?" Uzair memberi cadangan.

" ok....boleh la kita merasa naik Ford Harrier hari ni..." ujar Yazid.

" sekejap ye...saya pergi ambil kereta..."

Sarah, Yasmin, Faruq dan Yazid hanya menanti di lobby. Selang beberapa minit, sebuah kereta Ford Harrier berwarna silver berhenti betul-betul di hadapan mereka. Mereka segera bangun, bergerak keluar menuju ke kereta Uzair, masing-masing memboloskan diri ke dalam kereta. Faruq memilih untuk duduk di hadapan, manakala Yasmin diapit Sarah dan Yazid. Sarah memandang Yasmin sambil tersenyum.

" Cik Sarah ni...saja jer nak kenakan saya ya..." bisik Yasmin

" apa salahnya...yang jauh didekat-dekatkan...yang dekat dirapat-rapatkan..." balas Sarah sambil ketawa kecil.

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://farm3.static.flickr.com/2364/2457034681_7c60e17646.jpg

Mereka singgah di kedai mamak yang terletak berhampiran dengan pejabat mereka, setelah berbual, minum dan makan untuk seketika, tepat jam lima, mereka bergerak balik.

" ok...kita dah sampai..." ujar Uzair, dia memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan pintu masuk.

" erm...Sarah....awak temankan saya ye sampai ke basement...macam tak best la pulak jalan sorang-sorang nanti.." pinta Uzair.

" boleh...apa salah nya..." jawab Sarah

" awak jaga baik-baik anak dara sorang ni yer...."

pesan Faruq lalu memboloskan diri keluar dari kereta Uzair. Kini hanya tinggal Uzair dan Sarah sahaja di dalam kereta.

" hmm..baru la saya ada chance nak berbual dengan awak..." Uzair membuka bicara.

" la....iyer ke...sebelum ni...tak berpeluang la yer..?"

" yupp....awak asyik berkepit dengan Yasmin jer..."

Sarah tertawa kecil

" ok lah...sekarang kan saya dah ada...." jawab Sarah.

" awak nak tau tak....muka awak ni familiar la...macam pernah nampak jer awak ni...tapi saya tak sure di mana...erm....kita pernah berjumpa ke sebelum ni...or sama sekolah ke..?" ujar Uzair

" tak mungkin lah.....mungkin pelanduk dua serupa.."

" erm....mungkin juga....ha...saja jer la saya nak tahu.....awak ni...single or dah berkahwin..?"

" saya....? single lagi En Uzair...belum sampai seru lagi untuk berkahwin...En Uzair macam mana pula..?"

" jangan la ber encik-encik dengan saya..panggil Uzair sudah...saya pun macam awak juga single mingle.."

" eh..tak boleh En Uzair...nanti apa pula kata orang...saya masih lagi staff En Uzair, saya tak boleh melangkawi batas.." terang Sarah

" suka hati awak lah...." jawab Uzair pendek

" la...orang handsome macam En Uzair ni takkan la single...belajar kat luar negara lagi...takkan la tiada yang sudi..." soal Sarah

" ada...ramai.....tapi saya ni dulu jenis yang tak suka terikat dengan komitmen...bila bercinta nanti...hati pasangan nak kena jaga...pergaulan terbatas...merajuk lagi..bergaduh lagi..haih...letih la tu semua...." luah Uzair

" adat lah orang bercinta...kena harungi manis dan pahitnya.....so sekarang ni...En Uzair dah bersedia ke..?"

" hmm..macam tu la Sarah...saya ni pun bukan muda lagi...dah 27 tahun...mama saya tu...bising jer...suruh saya kahwin...sibuk dia cuba nak kenalkan saya dengan anak Datuk tu la..Datuk ni lah..Tan Sri sana...Tan Sir sini.....rimas saya jadinya..."

Sarah hanya tersenyum apabila mendengar luahan Uzair.

" awak pula macam mana...? dah ada yang special ke..?" sengaja Uzair bertanyakan soalan itu, dan hatinya berharap agar Sarah menjawab 'tiada'.

Sarah tersenyum lagi, tiba-tiba dia terbayangkan wajah Adam.

" saya dah ada dah En Uzair...." senyuman masih lagi tidak lekang di bibirnya

Uzair sangat hampa dengan jawapan yang diberikan oleh Sarah. Tetapi dia cuba sembunyikannya dari Sarah.

" oh......single but not available la yer...dah tu bila nak bersatu....?"

" entah la...seandainya jodoh kami kuat...insya'Allah kami akan bersatu...lagi pun kami baru lagi...masih lagi dalam proses saling mengenali dan memahami di antara satu sama lain.."

Uzair menghembuskan nafasnya,

" kiranya saya ni terlewat sedikit la dari dia..?"

" err....terlewat macam mana tu En Uzair...?" soal Sarah kembali

" eh..takde apa-apa....jom lah..kita dah sampai..." Uzair cuba berdalih. Sarah hanya mendiamkan diri dan kelaur dari kereta Uzair. Mereka berjalan beriringan menuju ke pejabat.

" Alamak.....my phone tertinggal la dalam kereta....erm...Sarah jalan dulu ya...I'll catch up with you later...."

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ifCPhuF4wg8kAM::images.dpchallenge.com/images_challenge/0-999/949/800/Copyrighted_Image_Reuse_Prohibited_739175.jpg&t=1&h=183&w=275&usg=__qiKmK0LDaBFy68I0ZLmAL8n3u7I=


Sarah mengatur langkah menuju ke pintu lift, tiba-tiba dia di sapa dari belakang.

" Sarah........"

Sebaik sahaja Sarah memalingkan mukanya, dia amat terkejut melihat Razif . Timbul pula rasa simpati apabila dia melihat keadaan Razif yang tidak terurus. Razif hanya mengenakan jeans dan berbaju hitam lusuh. Manakala mukanya kelihatan cengkung dan dipenuhi jambang.

" Razif ..... buat apa di sini...." soal Sarah

♥♥ **************************************************** ♥♥

hmm...apa pula yang akan terjadi yer selepas ini..?

nantikan sambungannya yupp... :)

3 comments:

Mr JePz said...

herm...cerita semakin menarik nmpknye..akn ku tggu smbungan nye nnti..hihih

nabilah_2908 said...

hye Mr JEpz..

thnks ya..huhu.. :)

erm...bila sy masukkan elemn2 kerja..ok tk..or membosan kan..?

Sorayya said...

alam megah holdings ?
alam megah... nama sekola saya tuh.
heheh. berbangga pulak...