Monday, May 17, 2010

NOTA CINTA - PART 16

...HAPPY READING...

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:kL9EOJw3rf7kTM::www.zastavki.com/pictures/1920x1200/2008/Love_Heart_-_Magnet_011180_.jpg&t=1&h=177&w=284&usg=__xwDmxG_Y171MrfiiiQfKSkRBK2w=


" betul ke ni rumah dia Adam..?" soal Joe

" betul....nampak tak ada banner tu...."

Cuaca pada hari itu sangat baik, ramai tetamu yang datang ke Majlis Perkahwinan Fatin. Tema unutk majlis perkahwinan ini adalah purple dan putih, dapat di lihat sekumpulan wanita yang memakai baju yang sama kehulur kehilir sibuk menguruskan majlis.

Ada yang sedang menjaga makanan, ada juga yang sibuk melayan tetamu dan ada juga yang sibuk memberikan buah tangan kepada tetamu. Begitu juga ibubapa Fatin yang berdiri dihadapan pintu masuk menyambut kedatangan para tetamu ke majlis mereka.

" ok..ok...aku park kat sini jer la...senang sikit nak keluar nanti..si Sarah lak mana...?"

" jap...Adam call..."

Belum sempat Adam mendail nombor Sarah, kereta Sarah sudah berada betul-betul di belakang kereta Joe. Adam segera keluar dari perut kereta Joe, begitu juga Sarah. Tidak sabar rasanya untuk bertemu kekasih hati. Farah hanya mengikut Sarah dari belakang. Sebaik sahaja Joe keluar dari kereta, Joe dan Farah saling berpandangan.

" eh......beruang panda...." kata-kata itu terkeluar dari mulut Farah, kejadian yang berlaku tempoh hari bermain-main di fikiran.

" wah...wah...wah....sesedap mulut jer cik Kerempeng ni mengata yer..." balas Joe

Adam dan Sarah hanya memerhatikan sahaja, di dalam benak masing-masing sarat denagn pelbagai soalan.

" kak....akak kenal ke dengan Abang Joe...?"

" beruang panda ni la yang langgar akak hari tu...bukan main besar lagi jalan...takkan lah tak nampak...huh.." perasaan meluat terhadap Joe meyelubungi Farah

" hei Cik Kerempeng...bukan ke saya dah minta maaf...apa awak ingat saya takde kerja lain ke dok nak langgar-langgar orang...." Joe cuba membela diri.

" dah....dah...malu orang semua tengok...jom lah bang...." Adam menarik tangan Joe mengajak Joe masuk ke rumah pengantin.

Keadaan menjadi tegang, Sarah dan Adam kebingungan. Semasa mereka ingin menjamu selera, sekali lagi berlaku pentekaran antara Joe dan Farah. Ketika itu Farah ingin mengambil kuih yang telah dihidangkan di atas meja, begitu juga dengan Joe. Tangan mereka bersentuhan.

" ha......tengok tu.....orang nak ambil kuih ni...dia pun sibuk-sibuk gak....ish..." rungut Farah

" eh Cik Kerempeng ni....macam la semua kuih tu awak punya..saya pun nak juga...tepi lah..." Joe menepis tangan Farah dan terus mengambil kuih tersebut.

" ish si Panda ni........" Farah menahan geram.

Sarah menggeleng-gelengkan kepala bila melihat gelagat Farah dan Joe. Sarah mneghampiri Adam lalu mengajak Adam berjumpa dengan Fatin.

" Sarah nak ke mana...?" soal Farah

" Sarah nak jumpa Fatin..lepas ni boleh la kita terus balik...."

" ok gak tu...panas betul kat sini..." ujar Farah sambil mengipas-ngipas muka dengan tangannya.

" orang banyak dosa...macam tu la...panas jer...." Joe menyampuk

Farah memandang Joe dengan jelingan tajam, manakala Joe hanya mencebikkan bibirnya tanda mengejek.

♥♥ **************************************************** ♥♥
http://imagecache2.allposters.com/images/adc/10231306B.jpg

" Fatin......selamat pengantin baru...." ucap Sarah sambil memeluk sahabat baiknya itu.

Fatin mengenakan kebaya satin bewarna unggu lembu, manakala suaminya pula mengenakan baju melayu warna senada dengan baju Fatin. Pasangan itu sama cantik, sama padan ibarat pinang dibelah dua.

" thanks Sarah...ha...kau pulak bila lagi..?" soal Fatin

" aku...lambat lagi kot......eh...aku ada surprise untuk kau...."

" dari semalam aku tunggu...apa surprise nya...?"

Sarah menoleh kebelakang mencari kelibat Adam, sebaik sahaja Adam berada di sebelahnya, Sarah menarik tangan Adam lalu memperkenalkan kepada Fatin.

" tadaaa........ini lah surprise nya..."

" Selamat pengantin baru..." ucap Adam sambil tersenyum

Fatin membalas senyuman tadi, dalam masa yang sama dahinya berkerut memikirkan sesuatu.

" erm....macam pernah nampak lah...tapi tak sure kat mana..." ujar Fatin

" hehehehe...memang kau pernah nampak pun...lama dah..zaman kita sekolah dulu..." Sarah cuba mengingatkan Fatin

" Ini.......Alex kan....? Alex yang selalu main mata dengan kau tu kan....Alex yang suka selit-selit nota cinta dalam buku tu kan..?" soal Fatin bertalu-talu.

Adam tersenyum apabila Fatin mengungkit kembali kisah lama mereka.

" ya....tapi itu dulu...sekarang ni Alex tiada lagi...yang ada hanya Adam.." kali ni Adam pula mula bersuara.

" hah...Adam...? kau convert eh Adam..?" Fatin bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihat sekarang.

" iyer la Fatin...." Sarah menjawab

" wah........tak sangka betul...bersatu juga korang eh..."

" ha...siapa kata cinta monyet tak boleh bersatu...? tapi belum seratus peratus bersatu lah.."

" Sarah.....Adam...gembiranya aku.....next time kita buat reunion eh....sure seronok..."

" tunggu kau balik dari Manchester la...bukan ke kau kena ikut suami kau ke sana..?"

" hmm....betul gak tu...ala..takpe nanti jer kita plan...yang pastinya bila kau kawin...aku nak kau kawin dengan Adam tau....and aku akan pastikan aku ada bersama dengan kau...' ujar Fatin bersungguh-sungguh.

Sarah dan Adam saling berpandangan, pandangan yang membawa seribu satu makna yang tidak terungkap.

" Insya'Allah....andai ada jodoh....ada la....eh....aku nak minta diri dulu la..."

" la...dah nak balik ke.....cepat sangat...."

" ada hal lain pula selepas ni...."

" ok lah...nanti aku call kau....terima kasih tau untuk segalanya....." ucap Fatin

Setelah mereka bersalaman dan berpelukkan, Adam dan Sarah mula mengatur langkah untuk bergerak pulang, dari jauh mereka melihat gelagat Joe dan Farah. Joe duduk menghadap kuih muih yang terhidang, manakala Farah pula hanya memerhatikan orang di sekelilingnya. Masing-masing membuat hal sendiri.

Apabila melihat gelagat kakaknya, tiba-tiba Sarah mendapat satu idea.

" Adam.....apa kata kita balik dulu....biar Abang Joe yang hantar kakak balik..macam mana..?"

" erm...ok ke if kita buat macam ni...?"

" ok jer...if kakak marah...dia marah kejap jer...jom lah Adam...mana la tau dengan cara ni kita boleh satukan kakak dengan Abang Joe..."

" ok lah....bagi kunci kereta Sarah biar Adam yang drive...Sarah send massage pada Abang Joe and Kak Farah eh.."

Sarah mengangguk dan tersenyum apabila rancangannya dipersetujui Adam.

Dear Kakak & Abang Joe..

Adam & Sarah minta maaf,
kami ada hal yang perlu diselesaikan,
hope..Abg Joe boleh tolong Sarah untuk hantarkan kakak balik.
tolong yer...

to kakak tersayang....
I'm sorry....tak dapat nak elakkan...
Sarah kena selesaikan dengan Adam hari ni gak..
Kakak jaga diri baik-baik...jangan la gaduh-gaduh lagi dengan
Abg Joe eh.. I love you.....:)

Sarah menghantar pesanan tersebut kepada Farah dan juga Joe, setelah dia menerima Delivery Report, Sarah tersenyum puas.

♥♥ **************************************************** ♥♥


http://www.glogster.com/media/2/2/72/25/2722594.jpg

" Aduh Sarah........kenapa la buat kakak macam ni..." Farah bermonolog sendiri.

" oh Cik Kerempeng....takmo balik ke....?" Joe menyapa Farah dari belakang

" nak gerak la ni......" Farah mengikut Joe dari belakang.

♥♥ **************************************************** ♥♥

ok..cukup sampai sini dulu...esok sambung lagi... ;)


4 comments:

humayra said...

yey~suke2..
hehe..
pastu2...
kak farah kawin ngn abg joe..
ehehe

Mr JePz said...

erm...hahhaa,,,pasni kerempeng n panda bersatu pula...hhehehe

nabilah_2908 said...

hye humyra...

hehe...enth la belum terfikir lagi...myb..tak pun farah kawin dgn joe..sarah tk kawin dgn adam...huhu...

nabilah_2908 said...

hye mr jepz..

hehe...myb...tp farah ni...hati keras sikit...nantikan la yer.. ;)