Friday, May 14, 2010

NOTA CINTA - PART 13

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:lFU2Re-rjPHASM::i45.photobucket.com/albums/f89/lauren6669/--i-will-miss-you-by-laucha.jpg&t=1&h=199&w=253&usg=__Xz8X0ITfSfPrAPTXLnbARi994Ac=

Lamunan Adam terhenti apabila telefonnya berbunyi, dengan pantas dia mengambil telefonnya. Sebaik sahaja dia melihat nama yang tertera, hatinya kembali hampa. Rupa-rupanya Jessica yang menghantar SMS kepadanya.

Hye Adam....
sorry la ganggu...buat apa tu...
I sorang-sorang jer ni...rasa boring lak..
boleh kita berbual..?

SMS dari Jessica dipandang sepi. Tiada langsung keinginannya untuk membalas SMS tersebut. Segera dai mendail nombor Sarah.

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:AhLiZaBXtNH18M::peaceofart.files.wordpress.com/2009/01/lonely_girl_by_luhmorin.jpg&t=1&h=224&w=224&usg=__s1E6JKKW1bmtuaAACevvNErpBfM=

Farah sedang leka menonton rancangan Criminal Minds, dia memang meminati cerita bersiri ini. Sarah pula sudah lama lena di sebelahnya. Timbul rasa kasihan apabila dia melihat adiknya. Sudah tentu Sarah penat seharian bekerja ditambah pula masalah percintaannya yang melanda dirinya.

" Sarah.....bangun dik...." Farah menggerakkan badan Sarah

Sarah membuka matanya, lalu terus bertanya kepada Farah

" dah pagi ke kak...? "

Sarah bangun sambil menggosok-gosokkan matanya, Farah pula tersenyum melihat gelagat Sarah.

" tak la...baru kul 11 malam....Sarah tertidur kat sini..pergi lah masuk bilik..."

" hmmm...ok kak....good night...." Sarah terpisat-pisat bangun lalu masuk ke biliknya.

Farah melepaskan pandangannya ke sekeliling rumahnya. Semuanya tersusun rapi. Farah tersenyum puas, kondominium 4 bilik ni sudah hampir setahun diduduki oleh mereka. Rumah yang terletak di Kota Kemuning Shah Alam hasil peninggalan arwah suami untuknya.

Seperti di rancang-rancang pula, setelah arwah suaminya meninggal Farah telah ditukarkan sekolah dari mengajar di SK Pengkalan Balak Melaka ke SK Bukit Kemuning yang terletak berhampiran dengan rumahnya. Manakala Sarah pula dari duduk menyewa di Kota Damansara kini berpindah ke rumah kakaknya.

Bunyi telefon Sarah sayup-sayup kedengaran. Dia pasti Adam sedang mencari Sarah berdasarkan lagu dari telefon Sarah. Diangkatnya kusyen-kusyen yang bergelimpangan di lantai, ketika itulah dia menjumpai telefon Sarah dan sangkaannya tepat, memang panggilan dari Adam.

Segera Farah menjawab panggilan tersebut.

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:7Dm_9cSzZ13xIM::i1.trekearth.com/photos/913/lonely.jpg&t=1&h=194&w=259&usg=__dlSBW56ZHTuue0dNfXO_gBPi_HQ=

" Assalammualaikum Sarah...."

" Wa'alaikumsalam..."

Adam terdiam seketika, hatinya bertanya-tanya kenapa suara Sarah berlainan daripada biasa

" Adam.....ni kak Farah.....Sarah dah tidur...."

Adam menarik nafas lega,

" err...takpe la kak...nanti saya call Sarah balik..." suara Adam kehampaan

" eh..nanti akak nak cakap sikit....Adam gaduh dengan Sarah yer..?"

" entahla kak....saya tak tahu, tiba-tiba Sarah bersikap dingin dengan saya...Sarah ada cerita apa-apa ke pada kakak..? " soal Adam

Lalu Farah menceritakan apa yang telah terjadi, apa yang Sarah nampak dan apa yang Sarah fikir.

" Ya Allah......kak...percaya la...Sarah dah salah faham....bukan niat saya nak berpegangan tangan dengan dia kak..."

" kalau tiada niat..kenapa berlaku juga...?"

Kini giliran Adam pula menceritakan perkara yang sebenarnya. Dia ingin membetulkan keadaan.

" hmm...akak dah agak dah ni semua salah faham...Adam kena pergi jumpa Sarah, Adam kena terangkan perkara ni pada dia...."

" macam mana lah saya nak jumpa dengan Sarah, setiap kali saya ajak Sarah keluar...ada saja alasannya...saya buntu kak..." Adam melepaskan keluhan

" takpe...akak ada idea....esok...Sarah takkan bawa kereta ke tempat kerja, dia ada kerja luar pada waktu pagi dan dia akan menumpang kereta kawan sepejabatnya...petang barulah dia minta akak ambil dia pulang dari kerja...akak rasa ini la waktu yang sesuai untuk Adam bertemu dengan Sarah....Adam pergi lah ambil Sarah..."

Adam mendengar dengan teleti, lalu bersetuju dengan cadangan Farah.

" baiklah kak...terima kasih sebab sudi memberi saya peluang untuk beri penjelasan dan juga menolong saya untuk menyelesaikan masalah ni..."

" takde pape la tu...akak suka dengan Adam...akak rasa Adam mampu membahagiakan Sarah...Adam jangan sia-siakan adik akak tu yer...janji...?"

" insya'Allah kak....saya akan cuba yang terbaik..."

" bagus lah tu.....oklah Adam dah lewat ni....akak nak masuk tidur...Adam jangan risau sangat...insya'Allah semuanya akan berjalan lancar jika Adam betul-betul jujur dan ikhlas..."

" terima kasih sekali lagi..."

" ok....Assalammualaikum.."

" waalaikumsalam"

talian di matikan, Adam kini mampu tersenyum, bebanan perasaan yang ditanggung kini sudah berkurangan.

" Alhamdulillah...."

Adam memanjatkan syukur kerana Allah telah memberikannya jalan untuk menyelesaikan masalahnya.

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:qAM2z5JaUAldnM::farm4.static.flickr.com/3394/3239445852_c9a162dafe.jpg&t=1&h=194&w=259&usg=__E9ed6OSwURGKTrYEQLTAZLcPRs8=

" morning kakak...." ucap Sarah

" morning.....wah mentang-mentang la pergi kerja lambat hari ni...dia relax jer eh tak mandi-mandi...dah solat ke...?" soal Farah

Sarah tersenyum, rambutnya yang panjang mengurai disangul.

" dah la kak.....siap gosok gigi lagi tau...."

" solat...?"

" Sarah dapat ABC...."

Farah mengerutkan darinya..

" ABC...apa lak tu..Air Batu Campur ke?"

Ketawa Sarah meledak memecah suasana

" bukan la kak....Allah Bagi Cuti...."

" Sarah ni...macam-macam...." Farah mengeleng-gelengkan kepalanya.

" kak.....nak minta tolong sikit boleh...?"

" apa...?"

" tolong belikan hadiah untuk Fatin...dia punya majlis hujung minggu ni..Sarah tak sempat la nak beli...lepas habis mengajar...kakak pergi la..tak pun kita pergi lepas Sarah habis kerja...boleh..?"

" erm...takpe la...biar kakak yang tolong beli...lagi pun hari ni tiada aktiviti petang kat sekolah...Sarah nak akak belikan apa untuk Fatin..?"

" Sarah ingat nak bagi Set Bedsheet kat Fatin...akak boleh tak tolong cari kat Aussino Outlet...?" pinta Sarah

" Aussino....?"

" yupp...ala kat Mid Valley ada....ha....kat Sunway pun ada gak...tak pun kat One Utama..."

" ya....akak tau tu.....akak dah terfikir nak ke One Utama jer dekat sikit...so..Sarah nak yang macam mana...colour apa...?" soal Farah

" erm...Fatin suka colour purple and turquoise....akak cari la colour ni...if takde...cari purple or turquoise pun tak pe...design up to you...Sarah tak kisah....sure cantik pilihan kakak..."

Farah mendengar dengan teliti.

" hmm...ok lah....if tak cantik..jangan nak complain lak eh..."

" ok...janji...." ujar Sarah sambil mengankat tanggannya seolah-oleh ingin membaca ikrar


♥♥ **************************************************** ♥♥

nantikan sambungannya yupp...

amat kecewa dengan pasukan Badminton Malaysia... (-_-)

3 comments:

Ayu Zan said...

sy pun kecewa..uwaaa..

Adeq Aien said...

^^
I love novel like crazy!
bdw, hantar dah ke ur entry to
penulisan2u.blogspot.com
keep on writing!



D.A♥Simple♥Belog

Mr JePz said...

besh2,,,ble la adam nk jumpe sarah nie,,,eii..gawat2..hahha,,keep writing...