Sunday, May 16, 2010

NOTA CINTA - PART 14

...HAPPY READING...
♥♥ ****************************************************♥♥

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:xSAY4sRY_GXk_M::www.atlasnetwork.org/networknews/wp-content/uploads/teacher31.jpg&t=1&h=225&w=225&usg=__4tom8ps99az3D99qKuWPE0H1I7o=

" ok kelas....ingat...siapkan kerja rumah yang saya beri tadi...peepriksaan UPSR dah tak lama dah..kamu semua kena tekun belajar...kalau boleh saya nak semua murid 6 Alpha berjaya dengan cemerlang....faham tu...? " Farah menasihatkan murid-muridnya.

" faham cikgu......"

" oklah...kamu semua boleh berkemas untuk pulang..."

para pelajar 6 Alpha segera menyimpan barang-barang dan bersiap untuk pulang.

Kringgg.........bunyi loceng bergema di setiap pelusuk SK Bukit Kemuning menandakan sudah taman waktu persekolahan.

" terima kasih Cikgu...." ucap pelajar-pelajarnya, Farah hanya menganggukan kepalanya dan berlalu keluar dari kelas. Langkagnya dipercepatkan ke bilik guru.

" Cikgu Farah...dah nak balik ke...?" sapa Cikgu Daniel dari belakang

Farah memalingkan mukanya lalu tersenyum.

" ya.....saya nak balik dah ni...jumpa lagi... "

Farah mula mengatur langkah keluar dari bilik guru tersebut, dia perlu segera ke pejabat sekolah untuk menghantar buku laporannya. Lalu segera dia bergegas keluar dari sekolah dan terus memandu ke One Utama.

Sebaik sahaja tiba, Farah terus pergi mencari cadar yang Sarah mahukan. Dia tersenyum puas apabila dia dapat menyempurnakan permintaan Sarah. Set Cadar berwarna unggu dan turquoise sudah pun dibelinya. Dalam perjalan keluar, tiba-tiba Farah dilanggar daripada belakang, Farah jatuh tersungkur.

" cik.....cik ok ke.....sorry...saya tak sengaja..."

Farah mengangkat mukanya, mata nya memandang tepat pada wajah lelaki yang berada di hadapannya, hatinya mula panas.

" apa sorry..sorry....buta ke....punya besar jalan kat sini....saya juga yang awak nak langgar.." marah Farah

" sorry la cik....bukan saya suka-suka nak langgar...saya nak cepat ni...tengok jam dah pukul berapa...saya kena cepat ke masjid nak sembahyang jumaat..."

" tah ye tah tidak la tu....huh...sakit tau tak...kalau awak ni kecik-kecik orang tak pe..."

" eh...kenapa nak cakap pasal saiz lak ni...saya tau la badan saya ni besar tak macam badan awak yang kerempeng tu...sebab tu la orang langgar sikit jer dah mudah jatuh...kurus sangat..." jawab lelaki tadi

Marah Farah semakin membuak-buak apabila lelaki itu mengatakan badannya yang kerempeng.

" suke hati awak jer eh nak cakap orang kerempeng......awak tu dah macam beruang panda..." jerkah Farah

" eh...perempuan ni....lebih-lebih lak...orang dah say sorry dah cukup baik....ok lah cik kerempeng....baik saya pergi sembahyang dari melayan awak ni..takde faedah langsung..."

lelaki itu terus pergi meninggalkan Farah yang masih lagi berada di lantai.

" kurang ajar betul....sekali lagi aku jumpa kau...tau lah nasib kau nanti..." Farah hanya melepaskan kemarahnya di dalam hati. Dia cuba bangun dengan sisa-sisa tenaga yang ada. Kakinya masih lagi berdenyut kesakitan, tetapi dia tetap bangun dan berjalan.

♥♥ ****************************************************♥♥

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:KShTcmqaATkQ-M::byfiles.storage.live.com/y1pJmMqAupVA4GT_V0w3zS2TL_sdv3HTSo4J5COc8AaYuvPAXz615Xu8n-m5ZpyddK3L8ik9FSaNS0&t=1&h=179&w=282&usg=__EEiNMh2FXa3u8gI0VgHXWh-wI-4=

Jam di dashboard kereta Adam menunjukkan jam 6 petang namun kelibat Sarah masih lagi tidak kelihatan. Adam mula resah kalau-kalau perancangannya tidak menjadi. Lewat jam 615 petang, Sarah telah pun keluar dari pejabatnya. Dia memandang kiri dan kanan mencari kereta kakaknya. Adam pula hanya melihat Sarah dari jauh.

" cantik........" desis hatinya

Sarah hanya mengenakan sepasang kurung cotton berwarna merah samar yang lembut dan berbunga putih. Rambutnya hanya diikat sedikit dibelakang. Cukup manis dipandang.

" lebih cantik kalau Sarah bertudung...." sekali lagi hatinya berkata-kata.

Adam keluar dari keretanya dan terus mendapatkan Sarah

" Assalammualaikum...." sapa Adam

Segera Sarah memalingkan mukanya, sebaik sahaja dia ternampak Adam, Sarah menarik muka masam.

" Wa'alaikumsalam....hmm....awak nak apa....?"

" nak jemput awak pulang...."

" takpe lah....saya dah janji dengan kakak....kakak yang akan datang jemput saya...awak balik la dulu..."

" tak...kak Farah yang suruh saya datang jemput awak..."

Sarah mengerutkan dahinya.

" kalau macam tu saya balik naik teksi jer la...saya taknak susahkan awak...awak tentu sibuk kan...?" ucap Sarah dalam nada menyindir

" Sarah.......please.....time macam ni susah nak dapat teksi...lagi pun bahaya...please Sarah pertimbangkan lah...Adam tahu Sarah tengah marah...tapi tolonglah fikir tentang keselamatan Sarah..Adam dah janji dengan kak Farah tuk bawa Sarah pulang..."

Dengan separuh rela, Sarah menurut juga kehendak Adam. Sebaik sahaja kereta Toyota Vios berwarna hitam milik Adam dihidupkan, suara DJ dari Ai fm berceloteh memecah suasana. Sarah hanya mendiamkan diri, dan mendengar tanpa memahami apa yang sedang diperkatakan oleh DJ tersebut.

Adam segera menukar frekuensi radio, dari Ai fm kini bertukar kepada Hitz fm, dia tahu Hitz fm merupakan salah satu stesyen radio kegemaran Sarah.

" sorry...lupa nak tukar channel..." Adam memulakan bicara

" kenapa lak...ini kan kereta awak...so awak berhak memilih untuk mendengar saluran apa...if awak nak dengar siaran radio tamil pun saya tak kisah..."

Keadaan kembali tegang, marah Sarah masih lagi belum berkurangan. Adam kehilangan kata-kata. Dia terus memandu dan terus menuju ke Tasik Taman Jaya.

" jom...kita keluar jalan-jalan ambil angin..."pelawa Adam,

Malah dia juga telah membukakan pintu untuk Sarah. Sarah hanya menurut. Adam mencapai tangan Sarah, tetapi dengan pantas Sarah menarik semula tangannya. Adam mengeluh namun dia tetap bersabar. Mereka jalan beriringan.

" nak duduk lah..penat berjalan..dari pagi tadi asyik berjalan jer..." rungut Sarah

" ok...jom kita duduk di sana...."


♥♥ ****************************************************♥♥

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:03nbw2CjJkxPVM::bp2.blogger.com/_3_2FCxXqZPQ/SIlYDcHeGdI/AAAAAAAACIk/8Rt3CaaKTsU/s400/love-pain.jpg&t=1&h=224&w=225&usg=__2wnKJzhheLlIOLe-rsgCX3uYrbI=

sebaik sahaja mereka duduk, Sarah melepaskan pandangannya ke tasik buatan itu, walaupun airnya kotor tetapi pemandangan di situ cukup menenangkan jiwanya yang sedang kusut. Dia sempat mengerling sepasang kekasih yang sedang berbual dengan mesra. Tiba-tiba hatinya dihambat rasa cemburu.

" kenapa harus jadi begini...sepatutnya aku bahagia macam pasangan tu..." keluh hati Sarah.

" Sarah........." Adam menyapa, namun Sarah hanya mendiamkan diri.

" Sarah.....Adam sempat berbual dengan kak Farah semalam.....kini baru lah Adam tahu kenapa Sarah marah sangat pada Adam...boleh bagi peluang untuk Adam jelaskan semuanya..?"

" suke hati lah....."

" Sarah......maafkan Adam kerana tidak berterus terang dengan Sarah...bukan niat Adam untuk menipu Sarah...."

" kalau bukan niat untuk menipu....maknanya memang senagaja nak mainkan perasaan saya lah kan...?"

" bukan Sarah........tolong jangan fikir yang bukan-bukan....hati ni..hanya untuk Sarah...bukan untuk yang lain...Adam tak mahu Sarah salah faham, sebab tu Adam tak berani nak berterus terang..tapi Adam silap rupanya, seandainya Adam berterus terang...tentu masalah ini takkan terjadi...."

" ha tahu pun........tapi buat juga....awak tahu tak saya susah payah ke restoran tu untuk belikan awak makanan...nak awak makan....tapi bila saya sampai sana...wah...siap berpegangan tangan dengan perempuan cina tu....apa ni semua Adam....? sudahnya saya yang makan hati..." luah Sarah

" itu...Jessica.....dia datang jumpa dengan Adam.." lalu Adam menceritakan segala yang terjadi

" ha..bagus la....lagi-lagi si Jess...bila dia datang dah tentu hubungan kita akan bermasalah....dari dulu sampai sekrang...takpernah sudah...kini dia muncul lagi....argh...!!!! I'm sick of her..." Sarah melepaskan kemarahannya.

" I'm sorry Sarah....Adam pun tak menyagka dia akan datang cari Adam..maafkan Adam kerana tidak berterus terang....Adam dah jelaskan semunya pada Jess....Sarah....tolonglah maafkan Adam...Adam janji...ini yang terakhir...Adam takkan ulangi lagi..." rayu Adam

" saya rasa....memang dah takdir kot...jodoh awak dengan dia....awak pergi lah pada dia....biarkan saya sendiri....."

air mata Sarah sudah mula bergenang di kelopak matanya. Entah dari mana dia mendapat kekuatan untuk berkata begitu, walaupun hakikatnya dia tidak rela berpisah dengan Adam. Dia juga sangat mencintai Adam, dia juga tidak ingin kehilangan Adam, tetapi ego mengatasi segalanya.

Tangan Sarah digenggam erat.

" tidak.....Sarah untuk Adam...bukan dia...Sarah......apa lagi yang perlu Adam buat untuk membuktikan pada Sarah betapa sucinya cinta ini untuk Sarah...betapa ikhlasnya Adam mencintai Sarah, betapa dalamnya cinta Adam untuk Sarah..."

Sarah hanya mendiamkan diri, air matanya terus mengalir tanpa henti.

" Sarah....you are the best thing that ever happend to me...please belive me....you are my only one.....not Jess...I love you Sarah.....dont ever doubt about that..." luah Adam.

" sorry Adam....hati ni sukar untuk terima ni semua...." Sarah mula bangun dan meninggalkan tempat itu.

Adam sudah kehilangan kata-kata, dia hanya mampu melihat Sarah pergi.

" Sarah.........please...jangan tinggalkan Adam....hidup Adam takkan bermakna tanpa Sarah...."

Adam menundukkan mukanya, tanpa dia sedari air matanya mengalir, kini semangatnya hilang, hidupnya dirasakan kelam tidak bermakna lagi. Sarah masih dengan egonya, langkah terus di atur meninggalkan Adam. Tiba-tiba hatinya berkata,

" tidak.....aku juga sangat mencintai Adam....aku tak rela berpisah dengan Adam...tidak...!!" hati Sarah menjerit.

Sarah berpatah balik, lalu menghampiri Adam, bahu Adam disentuh lembut.

" Adam....."

Adam mengangkat mukanya, air mata masih lagi bersisa. Luluh hati Sarah sebaik sahaja dia melihat air mata Adam, air mata seorang lelaki.

" Ya Allah.....kini baru ku sedar...bertapa dalamnya cinta mu terhadap ku...." Sarah bermonolog sendiri

" Adam......" tangan Adam pula digenggam erat

" Sarah minta maaf yer....Sarah yang terlalu ikutkan perasaan....Sarah minta maaf.." kini giliran Sarah pula meminta maaf.

" tidak sayang.....Sarah tak salah....Adam yang salah...kerana berahsia....sebab tindakkan bodoh Adam buatkan Sarah kecewa dengan Adam...." Adam mengusap kepala Sarah

Mata mereka saling bertentangan, Sarah tersenyum lalu menampar lembut muka Adam..

" Adam jahat......" ujar Sarah perlahan

" ya...Adam jahat...maafkan Adam yer sayang...mulai sekarang..tiada lagi rahsia di antara kita...Adam janji..."

Sarah hanya tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Pegangan tangan mereka semakin erat, lalu Adam mengesat air mata di mata Sarah yang masih lagi bersisa.

Tiba-tiba suara azan berkumandang, menandakan sudah masuk waktu maghrib.

" Sarah.....kita berhenti solat dulu ya...lepas tu kita makan...ok..?"

sekali lagi Sarah tersenyum.

" Sarah sangat cantik bila tersenyum....Adam sayangkan Sarah...Adam cintakan Sarah sangat-sangat..." Adam berbisik ketelinga Sarah.

Mereka berjalan beriringan menuju ke kereta. Tanpa mereka sedar ada sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka.


http://cutestangel.files.wordpress.com/2009/11/scenic-pic-of-couple-holding-hands-photographic-print-c119870331.jpg
♥♥ ****************************************************♥♥

Have a great Sunday everyone....

Semalam tak sempat nak publish...huhu..

3 comments:

humayra said...

waa...sweet~suke2..

~cik tiram~ said...

best best..hee..

Mr JePz said...

besh2...shukew sgt2..huhuhu..chaiy0k2..