Thursday, May 13, 2010

NOTA CINTA - PART 12

...HAPPY READING...

♥♥ **************************************************** ♥♥
http://help.com/user-avatars/db/user-photo-108388-745256.jpg

Adam membelek-belek telefonnya. Setiap SMS dari Sarah dibaca satu persatu berulang kali. Dia bingung apabila memikirkan sikap Sarah yang dingin denganya baru-baru ini. Apabila Adam menghubungi Sarah pasti Sarah akan mencari seribu satu alasan untuk mengelak dari Adam.

Sarah.......Adam rindukan Sarah.....
kenapa Sarah mengelak dari Adam...
Adam ada buat salah ke..?


Adam menekan butang send.

♥♥ ****************************************************♥♥

" huh....pura-pura tanya pulak....agaknya semua lelaki sama"

Sarah melemparkan telefonnya ke atas sofa. Diambilnya alat kawalan jauh lalu menukar dari 1 siaran ke siaran yang lain. Jiwanya tidak tenang, fikirannya kusut bila memikirkan tentang Adam.

" Sarah ni kenapa....?" kakaknya sedari tadi memerhatikan tingkahlaku adiknya mula bersuara

" entah la kak....kenapa lelaki ni suka menipu..berlagak baik depan kita...pijak semut pun tak mati...belakang kita....hmmm..." Sarah melepaskan kemarahannya.

" lelaki mana pulak...? siapa yang tipu Sarah....Adam ke...?"

" yer la kak...siapa lagi....."

Farah mengerutkan dahi, dia kurang percaya dengan apa yang dikatakan oleh Sarah. Baginya Adam tidak macam tu, mana mungkin dia akan menipu Sarah.

" takkan la Adam....dia buat apa sampai Sarah tuduh dia menipu..?"

" ni bukan tuduh kak....ni Sarah nampak depan mata....bila Sarah ajak keluar dia kata dia sibuk...tau-tau dia dok keluar dengan perempuan lain..."

" ala kawan dia jer kot....mungkin Sarah dah salah anggap...dah tanya Adam...?"

" kalau setakat duduk-duduk...makan tu boleh la juga Sarah terima..ni siap berpegangan tangan..kawan apa macam tu...? bila Sarah try call....dia biarkan telefonnya tidak berjawab..sebab sibuk melayan perempuan tu...kalau kakak ada kat tempat Sarah...kakak boleh terima ke ni semua....semuanya berlaku depan mata Sarah kak...bukan dari mulut orang lain..." Sarah meluahkan apa yang terpendam di dalam hatinya.

Farah mengela nafas, dia masih lagi sukar untuk mempercayainya. Farah yakin pasti berlaku salah faham di antara mereka.

" cuba Sarah bincang baik-baik dengan Adam....minta penjelasan pada dia...Sarah tak boleh buat keputusan melulu macam ni.....dik....berfikir sebelum berntindak....kalau salah langkah..kelak memakan diri....Sarah fikirlah baik-baik yer...tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan..."

Sarah hanya mendiamkan diri apabila Farah bersuara.

" adakalanya apa yang kita nampak bukan apa yang kita sangkakan....ingat tu Sarah...."

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://farm4.static.flickr.com/3069/2973788460_4bb22089b0.jpg

Pesanan ringkas yang dihantar kepada Sarah masih lagi belum mendapat balasan. Adam semakin resah. Tiba-tiba dia teringat akan pertemuannya dengan seseorang minggu lalu.

Ketika itu Adam sedang memproses borang permohonan pelanggan untuk membuka akaun syarikat. Keadaan di bank hingar bingar dengan suara para pelanggan tidak di hiraukannya.

" En Adam.....perempuan yang saya ceritakan dulu...datang mencari En Adam..."

Segera Adam mengangkat mukanya, lalu memandang wanita yang ingin bertemu dengannya. Sebaik sahaja Adam terpandang wajah wanita itu, satu perkataan keluar dari mulut Adam.

" Jess......"

Jessica Ng, yang merupakan anak kawan baik papanya, kawan baik papa yang sudah memusnahkan keluarganya. Tiba-tiba hati Adam dihambat kebencian yang teramat sangat apabila melihat Jessica.

" hai Alex......" Jessica melambai-lambaikan tangannya

Adam mengahampiri kaunter. Jessica pula segera memegang tangan Adam.

" eh...apa ni....ni kan tempat public...kenapa pegang-pegang ni..?" marah Adam

" sorry.....bila you free...I nak sangat jumpa dengan you...please.....please darling...please....."

Jess mula merengek-rengek seperti anak kecil. Orang disekeliling hanya memerhatikan sahaja gelagat mereka. Adam berasa malu.

" Jess......kenapa macam budak-budak ni...oklah....1230 ni tunggu I di Restoran Anjung Seri di depan sana..."

" ok darling...see you there...." ucap Jess dengan nada manja dan terus berlalu pergi.

Semua mata masih lagi tertumpu pada Adam. Adam hanya mampu tersenyum menyembunyikan perasaan malu. Tiba-tiba telefonnya berbunyi, menandakan ada SMS untuknya. Segera Adam melihat telefonnya dan nama Sarah tertera di skrin telefonnya.

Hye Dear... thinking of you.....
buat apa tu....dah makan...dah minum...?
erm...boleh tak kita jumpa kejap....tak boleh pun takpe..
faham Adam busy....just asking.. sorry tau ganggu....
miss u a lot..

Adam tersenyum apabila mebaca SMS dari Sarah, ikutkan hati Adam, mahu sahaja dia berjumpa dengan Sarah. Tapi apabila mengenangkan janjinya dengan Jess, dia terpaksa menolak permintaan Sarah. Segera Adam membalas SMS tersebut.

Sorry Honey.... Adam banyak kerja hari ni...
kita keluar malam ni boleh..?

Adam merasa amat bersalah kerana terpaksa menipu Sarah, dia tidak sampai hati untuk memberitahu Sarah perkara yang sebenar, kerana dia sendiri masih lagi terkejut dengan kehadiran Jessica. Sekali lagi telefonnya berbunyi,

takpe la Adam... malam ni dah janji dengan kakak nak pergi pasar malam..
esok pula Sarah ada meeting... nanti-nanti jer la...
ok..Sarah taknak ganggu Adam lagi..
take care dear...makan tau...
I love you.......

Adam tersenyum lagi. Dia membayangkan wajah Sarah. Seolah-olah Sarah sedang bercakap dengannya. Perasaan rindu mula menyelubungi hati Adam.

" I love you too Sarah......I'm sorry...." desisi hati kecilnya.

♥♥ ****************************************************♥♥
http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:uSxkJZuuwA-HqM

Suasana Restoran Anjung Seri agak lengang, Adam sampai tepat jam 1230 tengahhari. Dari jauh dia sudah melihat kelibat Jessica.

" hya Alex....please have a seat....." pelawa Jessica

" thanks...." Adam mengambil tempat duduk yang bertentangan dengan Jess

" Alex...you nak minum apa....? makan...? waiter...!!" Jess memanggi pelayan

Pelayan datang membawa menu lalu diberikan kepada Adam.

" erm....bagi saya Iced Lemon Tea....itu sahaja..." pelayan mengangguk dan segera berlalu

Keadaan sepi seketika.

" so....how are you Alex...." Jess membuka bicara

" sorry....I'm not Alex anymore....I'm Adam...Adam Lim Abdullah..."

Jessica terkejut apabila mendengar kata-kata Adam

" what....? no wonder la that girl blur bila I sebut nama Alex Lim....you tukar juga ye dengan agama Melayu...." Jessica tersenyum sini

" I peluk agama Islam....bukan agama melayu...." jawab Adam keras

" ala tak kisah la tu.......sorry darling...." Jessica mengenyitkan matanya.

Adam hanya mendiamkan diri, dia melihat penampilan Jessica yang agak menjolok mata. Jessica hanya berseluar pendek yang menampakkan separuh dari pehanya, berbaju tampa lengan yang menapakkan sebahagian dari dadanya. Adam mengucap panjang di dalam hati.

" You nak apa datang cari I ni...? mana you tahu I berkerja di sini...?"

" dah lama I cari you....I terjumpa dengan Ong kelmarin...Ong yang bagi tau you kat sini..."

" ok...sekarang you dah jumpa...apa lagi you nak...?"

Kata-kata Jessica terhenti apabila pelayan datang menghantar minuman. Keadaan sepi kembali, Adam bermain-main dengan penyedut minumannya. Adam berasa resah gelisah, hatinya tidak tenteram.

Tiba-tiba Jessica memegang tangan Adam, Adam tersentak. Dia terkaku seketika, mata mereka saling bertentangan, daripada lirikan mata Jessica, Jessica cuba menyampaikan sesuatu.

" I miss you........" ucap Jessica

" Apa ni Jess......" segera Adam menarik tangannya.

" I miss you.........takkan itu pun you tak faham..." Jessica cuba meyakinkan Adam

" Apa yang you cakap ni....hampir 8 tahun kita tak jumpa...tiba-tiba you cakap macam ni...hey...I takde masa tau nak melayan permainan you ni.....apa agenda you sebenarnya....pasti papa kesayangan you yang suruh kan...? "

suara Adam mula meninggi, dia tidak menghiraukan pandangan orang-orang yang berada di sekelilingnya. Jessica menghembuskan nafasnya perlahan.

" memang...hampir 8 tahun kita tidak berjumpa...tapi sepanjang tempoh itu, I tak pernah lupakan you Alex....."

" its Adam....not Alex....."

" ok sorry Adam, papa I yang salah...tapi kenapa perlu hukum I...I tiada kena mengena dengan papa....more...dari dulu lagi I pernah katakan pada you, yang I amat sayangkan you...I love you Adam...with all my heart....and perasaan itu tidak pernah berubah..." luah Jessica

http://cdn.buzznet.com/assets/users16/greeneyesblueskies/default/day-137-wear-heart-sleeve--large-msg-12337110636.jpg

" what a nonsense....takan la selama 8 tahun ni you tak berkenalan dengan mana-mana lelaki...sudah la Jess....I'm not stupid ok..!"

Jessica menundukkan muka, air mata mula bergenang di tubir matanya.

" kenapa diam...jawab lah...?" sergah Adam

Jessica mengangkat mukanya, lebihan air matanya dikesat. Adam pula mula diburu rasa bersalah apabila melihat mata Jessica mula berair.

" ya.....all nonsense....memang la I jumpa dengan lelaki lain...tapi dalam hati ni hanya ada you....I cuba move on....tapi banyangan you selalu bermain-main di fikiran ni...terpulanglah pada you nak percaya atau tidak, yang penting I dah luahkan segalanya pada you.."

Kali ni Adam pula kehilangan kata-kata,

" Jess......apa yang dah berlaku...biarkan lah...lupakan saja.....masing-masing ada kehidupan masing-masing...lupakan kisah lama...mulakan hidup baru...." suara Adam mula kendur

" what about my feelings Adam..?"

Jessica sekali lagi cuba meraih tangan Adam, tapi dengan segera Adam mengelak.

" I'm sorry....I have my own life....and I bahagia sekarang....you pun patut mencari kebahagiaan hidup..."

" maksud you....?"

" ya....I dah jumpa dengan cinta hati I...even you suka I macam mana sekali pun...kita tetap takkan bersama...kita kini sudah berbeza....kita sudah berlainan agama..." Adam cuba mencari alasan.

" tentang agama...I sanggup convert Islam demi you Adam...."

" Jess.....agama bukan perkara main-main...." sekali lagi Adam meninggikan suara.

Jessica mendiamkan diri, otaknya ligat berfikir mencari kata-kata yang sesuai untuk meraih perhatian Adam.

" takpe la Jess.....cukup lah sampai di sini....I minta diri dulu yer...banyak kerja sedang menanti..more time macam ni ramai customer..."

Adam sudah mula bangun dan ingin beredar.

" nanti.........." langkah Adam terhenti.

" tak boleh ke kita terus berkawan....? " soal Jessica

" ok....kita masih lagi boleh berkawan..I tiada masalah..." Adam tersenyum

buat pertama kalinya, disepanjang pertemuan mereka, Adam tersenyum. Hati Jessica senang melihat senyuman Adam.

" can I have your number...? " pinta Jessica

" this is my card....oklah I minta diri dulu..." ucap Adam sambil melambai-lambaikan tangannya.


http://img2.pict.com/7b/17/a9/31c8203aab4eef1f3e4934ad41/lXQkk/strangerbyyazzros.jpg

♥♥****************************************************♥♥

opsss....panjang sangat lak...nanti I sambung lagi ya....

p/s : ada yang bertanya kenapa I selalu publish cerita ni di waktu malam...meh nak jawab ni..bagi yang tak tau...pagi I busy dengan kerja, main blog pun perlu di update gak..so I takde masa nak update Nota Cinta....malam macam ni jer la masa yang sesuai.. :)

tegur la yupp kalau terdapat kesalahan...kelemahan...

1 comment:

Mr JePz said...

im the first ke??hiohohohohoho...nice entry this time...best2...khadiran org ketiga...truskan cerita kmo0..